Jom boikot Yahudi Israel the Laknat. Yay!


Haha, smalam masuk pertandingan “main-main” kat blog E-Sempoi milik Shifaa, leh plak menang topup RM10. Haha, cam kelakar je tapi ok la tu jimat RM10 aku. Thanks yerk Shifaa. Apesal la tak kasi RM100 jer, kan lebih afdhal?

Maaf kalau Khai bercerita pasal Nieza lagi. Semalam Khai dah janji dengan dia dan perent dia untuk hantar Nieza balik sampai ke Perlis. Parent dia pun teringin nak jumpa Khai. Tapi agak terkilan sebenarnya, even dah green light dari parent Khai, masih ada halangan dari akak-akak Khai yang nyatanya tiada lagi hati pada Nieza. Antara Nieza dan family, Khai masih waras untuk berfikir siapa yang patut Khai dulukan. Teman hidup datang dan pergi, tapi akak ibarat air dicincang takkan pernah putus.

Hope dia selamat sampai sana. Risau memang risau mengenangkan dia seorang diri dari KL ke Perlis dengan kereta Kelisa comelnya tu. Tapi elok lah dia hidup di Perlis bersama keluarga tercinta. KL bukan tempat dia dan kawan-kawan dia di sini, nyatanya hanya kawan yang mengubah Nieza menjadi satu lagi Nieza. Ah, dah janji taknak tulis pasal dia kat blog ni, apesal leh tertulis lagi ni? Hurm, mandi tak basah, tidur tak lena mungkin.. Untuk Nieza, kau simpanlah kata-kata SMS Khai dan komen-komen reader dari entri sebelum ini untuk terus menempuhi apa yang dah terjadi. Masa yang akan menentukan, sabarlah. I’m Yours..

Apapun, di saat Khai sedap menge’teh sambil update blog kat Mamak Nurin ni (best in Desa Pandan), kat TV depan tu duk sibuk pasal berita peperangan di Gaza. Bosan siot.. Menyampah dan meluat.. Meluat nengok kekejaman Israel yang tak habis-habis. Seorang warga Israel mati, satu dunia dia nak kecoh. Bila balas balik serangan (dengan alasan pertahanan), habis satu kampung kat Gaza. Habis awekawek cun ngan budak-budak comel yang nyatanya tak bersalah lagi lemah jadi mangsa korban.

Kita kat Malaysia ni yang boleh dikatakan boleh je enjoy bila masa korang nak, pernah terfikir camne nak tolong diorang? Hurm, jangan cakap korang nak bawak penyapu plak gi belasah tentera-tentera Israel tu. Well, satu cara yang sangat mampu kita lakukan, hanya memboikot barangan keluaran Israel. Dengan cara tu, sedikit sebanyak mengganggu kestabilan ekonomi negara laknak tu. Tak silap Khai warga Israel yang baru 30 juta tu kalau kene fight dengan berbilion umat Islam serata dunia termasuk kau, engkau dan ko, tak ke ibarat seperti menjentik tahi hidung ke dinding tu? (mampos macam takde benda lain nak diibaratkan. Haha)

Berikut adalah produk-produk yang bukan semuanya dikeluarkan oleh Israel tetapi telah menyalurkan sumbangan kepada Israel dalam operasi perangnya ke atas Gaza. Dengan cara boikot, mungkin mereka ni dapat mengurangkan sumbangan sikit demi sedikit dan lama-lama, tak kasi langsung. Well.. ini tanggungjawab kita semua. Ingat!

Coca Cola

Sumpah before entri ni ditulis, ni la air yang Khai layan bergelas-gelas kat mamak ni. From now on, minum air suam je la.. Ape nak buat?

Carrefour

Ah sudah. Kalau korang selalu membeli sambil membelah kat Carrefour, lepas ni tak reti-reti gi kedai bundle je ke? Hehehe. Better jatuhkan saham korang dengan bundle dari menyumbang kepada keuntungan yang disalurkan ke jalan memusnahkan saudara sendiri. Oh TV3, hentikan je rancangan yang pasal Carrefour tu. Khai pun tak ingat apa tajuk dia.

Maybelline

Wahai awekawek yang kuat melawa atau boleh dikatakan perasan lawa, lepas ni sila pakai arang dan tepung untuk solek muka korang yang kurang cun tu (orang cun tak bersolek kot?). Skali lagi, better guna arang sebagai celak dan tepung sebagai bedak dari korang menyumbang kepada Israel secara tidak langsungnya. Hehe, gurau je.. Pakai la produk lain asalkan bukan Maybelline dan juga Loreal!

Nestle

Terlalu banyak produk Nestle di Malaysia ni like Smarties, Kit Kat dan Milo. Termasuklah Maggie yang juga dikeluarkan oleh Nestle. Selain dari tak bagus untuk kesihatan diri korang, better tak payah sentuh langsung semua produk-produk Nestle ni. Biarlah korang tak sihat dan kuat pun tanpa Milo tu, asalkan peka dengan tanggungjawab.

Nokia

Alamak.. Ni berat sikit. Khai bukan anak orang kaya la nak beli handphone lain. Nokia N73 ni pun hadiah dari Kak Lea dulu. Hurm, mungkin apa yang perlu korang buat lepas ni, kalau rasa nak beli handphone lain, jangan sebut tentang Nokia pun kat kedai Handphone tu. Cuba cari jenama lain yang nyatanya tidak menyumbang kepada Israel. Jangan M-Mobile sudah. Pedulik hape aku ngan barangan buatan malaysia.. kalau hampeh sokmo!

Maxis

Saat entri ni ditulis, Khai masih lagi pengguna setia Maxis/Hotlink even though dan tahu yang Maxis ni memberi 10% keuntungan mereka kepada Israel kalau tak silap. Khai, bila kau nak tukar pakai Celcom ni? Celcom? Hell No! Pedulik hape aku dengan barangan keluaran melayu kalau dah melayu pun makan daging saudara melayu sendiri. Hurm, mungkinkah Khai perlu guna Public Phone? Kalau lah boleh muat dalam kocek Public Phone tu. Haish!

Intel

Khai dari dulu, kini dan sampai bila-bila, insyaAllah adalah pengguna setia AMD. Kepada hardcore Intel tu, haa padan muka kau.. Masih die hard fan Intel? Selamat berjuang untuk Israel! Yay!

Mc Donald

Honestly, dari korang mengidam nak makan berger Mc D, better korang gi cari gerai jual berger jer.. Pakar matematik bernama Professor Khai mengatakan, satu berger Mc D bersamaan 5 berger ayam yang dijual kat gerai-gerai berger tepi jalan. Berbanggalah korang kalau korang seorang penjual berger di tepi jalan.

Korang boleh nengok lagi segala-macam produk yang berkait-rapat dengan Israel di sini.

Ini lagu dari Ska P – Intifada khas untuk rakyat Palestin yang tertindas..
[audio:skaP-intifada.mp3]

Download | Lyric

Psstt: Kat mamak ni ramai yang online surf internet. Khai still wonder kenapa mereka still setia menggunakan Internet Explorer for surfing.. No Firefox Installed. LOL!! Come on folks/loser/nerd, Firefox Please..

Update 23 Febriari 2009:
Seperti yang korang semua dah pun nampak notis kat pintu Mc D, korang pun tahu apa yang diorang cuba kasitahu kita. Buat yang masih lom nengok tu boleh la nengok notis berikut yer… Klik untuk paparan yg lebih jelas yer.

Ditulis pada 11:48 PM 7 January '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 4,512 views | Dalam kategori: Istimewa, Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

132 Comments »

Comment by ikanstim
2009-01-08 00:22:59

kita try ban yg mudah2 dulu.
xpun kurang kan saja
kalau dlu mkn mcd smgu skali, kurangkan p sebulan skali
๐Ÿ˜‰

eh,aku org 1st komen?
oya,entri terbaru aku pasal wisdom teeth. kalau korang syg gigi korang, baik baca.

..
2009-01-08 01:14:44

yup betul.. ban yg mudah2 dulu dan mana2 produk yg dah terbeli tu guna je then bila nk beli baru, tak payah lg beli menda tu. huhu..

tp mek D tu tak payah la pegi even setahun sekali.. burger ramly kan ada. hehehe.. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Dj
2009-01-08 00:31:35

eh.. x link lagi ker khai?

..
 
Comment by haryani
2009-01-08 00:33:29

insyaAllah akak cuba kurangkan @ hapuskan terus penggunaan produk dari Israel @ menyumbang kepada pembangunan yahudi…

khai, jgn lupa….semlm dlm berita ABIM mention 3 produk utama…Colgate salah satunya!

akak dh lama bertukar kepada Ubat Gigi Safi…

..
 
Comment by sumwheronlywenoe
2009-01-08 01:00:41

Khai, ko silap taip ke, aku silap paham? kat bahagian Maybelline 2, nape jadik cam gini…. “…dari korang menyumbang kepada palestin secara tidak langsungnya.” Menyumbang kpd Palestin atau Israel nih? btolkan if memang aku yg agak bengap utk memahami.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-01-08 03:59:14

silap… hihihi.. thanks2 :[

..
 
 
Comment by megat
2009-01-08 01:17:13

sedang diimplementasikan penggunaan produk yahudi dalam hidup aku termasuk keluarga aku.

sorang dua yang boikot xde guna. klu sayangkan islam, perlu dipanjangkan rencana pemboikotan ini.

..
 
Comment by ikanstim
2009-01-08 01:39:21

aku suka ubat gigi mukmin
best!
aku xguna colgate langsung ๐Ÿ™‚

..
Comment by paklang
2009-01-13 15:51:18

err…ubat gigi mukmin tu org cine yang buat kalau x silap aku. hpa ade jual ubat gigi ape….

..
 
 
Comment by zol
2009-01-08 01:55:57

adush…
teruk aku cam ni…
nak ikut boikot…
smua nak kene beli baru ni…
henpon baru…
sim card baru…
leptop pun nak kene beli baru ni…
:oups: :o: :oups:

..
 
Comment by NoktahHitam
2009-01-08 02:04:31

Bro, mane ko dapat info Maxis ni sedekah kat Israel 10%? Baik siasat dulu betul2. Karang buat malu diri je.

..
Comment by Khai
2009-01-08 03:51:39

mengenai maxis tu, dah lama dapat via YM… orang dok forward2.. tapi samaada sekarang still same or not, Khai pon tak tahu.. dan kalau x silap Khai, 1% atau 10%.. tak sure/x berapa ingat..

harap komenter yang tahu hal sebenar, boleh la kasi tahu kepada yang lain.. :beurk:

..
Comment by NoktahHitam
2009-01-08 08:46:07

Dapatkan source yg betul bro. Kau hebahkan fitnah, kau tau nabi pernah bersabda,”tidak akan masuk syurga tukang2 fitnah”.

Jgn ikut ym tu, sbb dengki mcm2 hal bole jadi.

Kau bole bace kt sini http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

so far ini lagi tepat sbb die masukkan coretan paper. Sile click logo utk tau lebih lanjut.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-01-08 13:22:44

Khai baru ingat yg maxis tu bukan salurkan ke Israel tapi dia salurkan ke Genting Highland (perjudian).. thanks bro in advanced..

maaf di atas kesilapan fakta, Khai x niat pun nak boikot Maxis coz Khai dah guna Maxis pun dari 5 tahun lepas sampai sekarang..

cuma itulah, keuntungan dia still disalurkan ke tempat perjudian…

 
 
 
 
Comment by ubey
2009-01-08 02:12:49

betul tu. kejam sangat la kita jika duit dilaburkan untuk ekonomi yahudi dan membunuh rakyat palestin. secara x langsung, kita sebenarnya pembunuh. berdosa besar sebab x amk peduli apa barang yang kita guna tu menyumbg kepada Israel sebenarnya. Ya ALlah…

..
Comment by Khai
2009-01-08 04:24:00

hurm, sebenarnya bagi Khai, ianya dah jatuh “wajib” untuk kita umat islam memboikot produk2 tu..

Ini senarai penuh produk yang perlu kita boikot..

1. Fast Food
– Mc Donald’s
– KFC

2. Beverages, Drinks
– Coca-cola
– Dr. Pepper
– Fanta
– Sprite
– Schweppes
– Lilt
– Fruitopia
– Sunkist
– Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
– Buitoni
– Danone
– Perrier
– Libby’s
– Maggi
– Nestlรƒยฉ
– Shreddies cereal
– Nestlรƒยฉ KitKat
– Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
– Kimberly-Clark
– Kotex
– Huggies
– Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
– Biotherm
– Sanex
– Garnier
– Clinique
– Helena Rubinstein (HR)
– L’orรƒยฉal Paris
– Origins Natural Resources
– Maybelline
– La Roche-Posay
– Redken 5th Avenue NYC
– Vichy
– Johnson & Johnson
– Revlon
– Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
– Boss (Hugo Boss)
– Calvin Klein
– Lancรƒยดme Paris
– Giorgio Armani
– Estรƒยฉe Lauder
– Tommy Hilfiger
– Donna Karan New York (DKNY)
– Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
– Aramis
– Prescriptives
– La Mer
– Bumble and Bumble
– Jo Malone
– Kate Spade
– River Island
– GAP
– JC Penney
– Timberland
– J. Crew

8. Sportswear
– Champion
– Outer Banks

9. Home Products
– Ambi Pur
– Kiwi (shoe care)
– Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
– Douwe Egberts
– Maison Cafรƒยฉ
– Superior Coffee
– Pickwick
– Pilรƒยกo Cafรƒยฉ
– Starbucks Coffee

11. Technologies
– ICQ
– AOL
– Nokia
– IBM
– Intel

12. News Corporation, Publications
– Sky TV Network
– 20th Century FOX
– Star TV Network
– National Geographic Channel
– The Weekly Standard
– New York Post
– News of the World (UK)
– The Sun (UK)
– The Times (UK)
– The Daily Telegraph (Australia)
– Harper Collins
– Nursery World
– Disney
– TIME Magazine
– CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
– DIM
– Victoria’s Secret
– Banana Republic
– Structure
– Pryca
– Lindex
– Playtex
– Auchan
– Just My Size
– Hema
– Wonderbra
– Bali
– Hanes
– L’eggs
– Lovable
– Nur Die
– Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
– Carrefour
– Tschibo
– Marks & Spencer
– Selfridges & Co.
– The White Barn Candle Co.
– Mast Industries Inc.
– Express
– Structure
– Henri Bendel
– Intimate Brands Inc.
– The Limited
– New York & Company
– Lerner New York

15. Home Depot
– Expo Design Centers
– Georgia Lighting
– Villager’s Hardware
– Maintenance Warehouse
– The Home Depot
– Apex Supply Company

Renung2kan dan selamat beramal ๐Ÿ˜Ž

..
Comment by ubey
2009-01-08 09:49:37

mmm. padahal bende ni da sebar sejak 4-5 taun lepas lagi. tp cm tiada kesan. kita masih tidak prihatin. tv pun lagi la tak akan siar benda ini. sebab ramai gak list kat atas tu beli slot iklan

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-01-08 13:25:42

tv tu pedulik ape bro.. diorang fikir keuntungan jer kan..

 
 
Comment by ketuk_angel
2009-01-08 16:39:19

hurm.. boleh ker boikot brg2 tuh yer? sejak umor aku 12 sampai la 26 tahun nih… benda sama jer la hai… boikot-boikot boikot… tp diorang terus bermaharaja lela… diorang ada kutip dana maa… kita org islam sesama islam pon menindas… xpayah pergi sampai gaza sana… tgk m’sia sendiri… berapa ramai yg tertindas… paling memalukan dan menjelikkan… menindas taska untuk kepentingan parti… so fikir fikir kan la yer… kerana x lama lagi malaysia juga akan menerima nasib yg sama seperti gaza kerana wujudnya penyokong kuat yahudi yg bersembunyi atas nama Islam….

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by zieyn
2009-01-11 01:22:11

Phuh!bnyak yg aku guna pakai..
tp xkn nk buang je kot..
m’bazir plak..
tp insyaAllah pasnih xnk beli daa.. :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by akmal
2009-01-08 06:19:05

Perang kat Gaza tak tahu nak kata apa lah khai
sorang mampus semua nak kecoh
kalau fikir logic macam budak kecik ye

..
Comment by ikanstim
2009-01-08 10:56:18

siapa kata benda ni xberkesan?
jualan kfc mcd kat negara arab jatuh kalau dorg lancarkan boikot

dr chandra muzaffar yg ckp

..
 
 
Comment by annyss
2009-01-08 08:45:13

aku dh lama xguna colgate…
best sungguh..

YA ALLAH….. Selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin =(

..
 
Comment by pelukispelan
2009-01-08 08:59:04

entry yg aku tg2kan khai…
boikot…..takbir..

..
 
Comment by fira
2009-01-08 09:01:54

dugaan hebat..x dapat aq bayangkan kalo aq ade kt situ.
at least kat sini wpon x dpt tido sbb final exam n study yg x penah kesudahannye..elok lg la kan dr x dpt tido sbb takut denga bunyi bom sane sini..
selain boikot..same2 la kite berdoa utk diorang..wat smyang hajat..wpon jauh beribu2 batu..doa ttp sampai..huhuhu…ape2pon..wpon pkare ni satu situasi yg buruk d mate kite..tp kene ingt..smua nya ade hikmah yg tersembunyi..
n buat khai..slow2 la ye lupekan yg lepas..kene kuatkan smangat..

..
 
Comment by ilazz
2009-01-08 10:02:01

maybeline,maxis,mcdonald,nokia..aduiii….
camaner nie.. :choler:

..
 
Comment by PakciQue
2009-01-08 10:14:01

Kali terakhir aku menggunapakai produk2 ni adalah McD pada beberapa minggu yang lepas. Tu pun sebelum kekejaman ni berlaku.

Yang ada gunapakai sekarang adalah NOKIA. Tapi, takpe. Aku nak tukar ke M-Mobile lepas ni. Boleh tak?

Aduh! Blog aku down lah. Macam kena sindrom down.

..
Comment by ikanstim
2009-01-08 10:58:08

penjarahan tanah palestin, berlaku dari tahun 1917/11 time perang arab israel

negara israel tertubuh 1948

kita baru nak boikot hari ni 2009?

erm.. aduh,kena batang idung sendiri. :bloody:

..
Comment by Khai
2009-01-08 13:32:43

at least still lakukan sesuatu.. kalau bukan sekarang, takkan 10 tahun akan datang? bila lagi?

dan dulu dunia tak mudah macam sekarang.. adanya internet sekarang, sekelip mata je orang akan buka mata.. :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by MZ
2009-01-08 10:56:00

bro, yg maxis tu cane ade link ngan israel lak ek? ko ade reference mane2 x? aku pn pengguna tegar maxis walaupn ade u pax..hoho :bloody:

..
 
Comment by eda
2009-01-08 11:52:52

alamak..kebanykkn yg di boikot tu, sume selalu guna n menjadi hak milik…hehe..
Nokia,maxis?cam ssh la nk tukar kan…kalo takat makanan, kosmetik tu leh la nk di tukar kan..erm.. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by [anti-yahudi]
2009-01-08 13:25:16

aku akan cube sedaya upaya utk tidak menggunakn brg2 di atas.. cume yg dah sedia ada ni payah sket la cam maxis, nokia.. dan aku plak keje kat intel.. huhuhu.. :bloody:

Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. …”

(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah)

Surah al fil:
“A’lam tara kay fafa ‘ala rob’buka bi as-haa bil fil
“A’lam yaj’al kaydahum fi tadhli lin Wa arsala ‘alayhim ‘tayran ababil
“Tarmihim bi hijaratinm min sijjil Fa ja’ala hum ka asfin ma’kul”

Lipat gandakan doa ini.

..
 
Comment by anarm
2009-01-08 13:33:19

mekdi x best.. baik mkn kfc lg best.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by [anti-yahudi]
2009-01-08 13:35:24

KFC pun sama jgk.. satu taman la ngn mekdi.. (sila refer kat atas)

..
 
 
Comment by Rashah
2009-01-08 13:59:38

KFC, Mc leh boikot…lgpun mkan tu x sihat…sm2lah kta berdoa untuk saudara kita di Gaza…Laknat Israel!!!!!!

..
 
Comment by azleah
2009-01-08 14:03:42

Nokia ni milik Israel kah??? haiyo…. bukan france ke? (‘o’) dah la 2 henpon, payah juga nak boikot. huhu.

..
Comment by Khai
2009-01-09 00:59:42

dia mmg finland right? just nokia ni beri ‘bantuan’ dari pelbagai aspek ntuk israel.. doesn’t mean nokia dari israel..

..
 
 
Comment by Miss Tira
2009-01-08 14:23:34

salam, khai. saja drop comment. sebelum ni tira cuma mousing je kat sini, cegan nak join.. (sedihnya victoria’s secret perlu diboikot.. =( )

jom sign petition ni ramai-ramai.

http://www.thepetitionsite.com/takeaction/938380652

to stop the violence in gaza.

..
 
Comment by Luth Textile Dept
2009-01-08 15:45:09

urm khai..
no komen sgt pasal pemboikotan ini
kebanyakan produk tu kita juga selalu

urm cuma kena jarangkan diri ke restoran makanan segera dah la..

..
 
Comment by eSempoi.com
2009-01-08 16:23:13

hehe.. memang lagi banyak lagi afdal, nanti pokai la..hoho..
anyway..khai, aku tak dapat email ko lagi?? nape ye? :((

..
 
Comment by hafreze
2009-01-08 17:04:44

semua bende kat atas, aku pakai. haha except maybelline la…

..
 
Comment by hafreze
2009-01-08 17:06:06

btw..celcom laa bes..maxis byk telan duit…khai, ko ketinggalan..haha

..
Comment by Khai
2009-01-09 01:40:59

eleh… budak2 MMU mmg la pakai celcom.. lagi2 yang scholarship TM .. mmg pon sokong celcom… hehehe..

..
Comment by hafreze
2009-01-09 19:00:14

haha, ye la. itu salah satu sebab. tapi memang murah compare to maxis. coverage pun luas. aku pernah lalu kat muadzan shah nak pegi mersing. maxis tkde line, celcom full bar. apa la guna hp canggih, tk leh buat call ye tak. jgn marah bro..aku sayang kau. haha

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-01-09 21:47:14

abis, kalau kat tempat aku.. celcom takde line, maxis ada line.. tak ke sama tu? no body perfect.. haha.. mana ada marah bro. aku pon sayang ko gak.. tapi lagi sayang kat awek ko… muahxx!! ๐Ÿ™‚

 
 
 
 
Comment by shutitup
2009-01-08 18:17:52

blah korang…..cakap nak boikot2….. tapi cakap tak serupa bikin. korang sekarnag guna OS apa? windows?? windows tu dari mana? amerika? bangsa paling banyak & kuat kat amerika sapa? yahudikan? boleh korang sume boikot mende nie?

kalau setakat cakap nak boikot2, tapi kalau tak lakukan tak guna gak….boleh jalanlah…………

..
Comment by flip9
2009-01-08 18:34:06

hello..
aku guna linux..
sori..

..
 
Comment by [anti-israel]
2009-01-08 22:35:33

ko ni pehal bro / sis? period ke ape? haaa.. aku tau.. ko pakai aka pengguna tegar kotex.. tu yg ko bengang sgt kan? ๐Ÿ™‚ kekekee.. jgn marah.. guro2..

mana yg bole boikot tu kite boikot lerr.. sekurang2nye brbuatla sesuatu.. kalo dah dpt boikot satu barang pun at least dah berbuat sesuatu.. lain la ko.. xtau hujung pangkal terus hentam ckp org lain x buat.. :bloody:

..
Comment by Khai
2009-01-09 01:05:03

Hurm.. macam yg khai slalu cakap, at least lakukan sesuatu dari tak lakukan apa-apa.. jgn la nak boikot semua.. ulat dalam batu pun tak boleh hidup wahai “shut it up”..

pasal microsoft, hurm.. ko kaitkan macam “bangang” tahu tak? sorry to say..

microsoft from america? ok find.. then america ramai yahudi? ape kaitannya? yg buat microsoft tu yahudi ke? microsoft kasi yahudi bantuan ke ntuk berperang?

eh please la beb…. jgn ber’emo’si sangat yer.. ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
Comment by hafreze
2009-01-09 18:56:11

tau tkper. ape yg ko emo sgt ni. boikot mane yang blh boikot lah. kalau betul pun microsoft yahudi, takkan ko nak buat keje ko pakai mesin taip plak.

Tapi sudah tentu ko boleh boikot tak mau minum coke, makan mcd. Be pratical, and rationale.

 
Comment by Khai
2009-01-09 21:38:09

lagi satu windows vista aku guna ni mmg original.. tapi aku beli pada harga pirate.. rm12.. kira menyumbang untuk microsoft atau bankrupt kan tu? 8)

 
Comment by [anti-israel]
2009-01-10 23:32:52

aku baru nk taip.. ko dah taip dulu khai.. heheee..

aku lagi la.. pinjam cd je dr member.. so kos = RM0.. huhuhu.. xde myumbang ke mana2.. huhuhh..

kat opis kalo pakai ori pun, tu bukan kite yg beli dowh.. tu opis yg beli.. so, bukan tanggungjawap kite.. dowh.. lain la kalo ko tokeh besar kat situ.. huhuh.. ๐Ÿ™‚

 
 
 
Comment by sherina84
2009-01-11 22:33:52

Saudara cakap tak guna otak ke? Terang dan bersuluh Microsoft dengan jelas mengatakan mereka tidak memberi sebarang bantuan kepada israel. BTW, saya berani kerat 10 jari saya….sesiapa yang menggunakan windows kat sni, menggunakan pirated windows. huh..cakap guna otak…bukan kepala lutut. cakap biar berisi…jgn jadi bahan kutukan org. Ok? Kalau setakat nak jadi anonymous…boleh jalan la. blagak jer lebih. :choler:

..
 
 
Comment by Co _
2009-01-08 19:18:51

Zionis memang laknat. Selagimana negara2 ISlam masih mangamalkan pemerintahan sekular versi ‘ikut otak aku’.. selagi itulah umat ISlam senang2 dibelasah lumat oleh kafir laknat.

Tak kira negara Arab mahu pun negara Malaysia, kena kembali cara pemerintahan khalifah. Kembali Islam dari kehidupan cara pemerintahan kufur sekarang ini.

Berhenti drpd mengikuti fikiran bapak2 sekular yg bobrok dan menyesatkan.

Dalam hal ini, sepatutnya mana2 negara Islam memerangi yahudi Zionis ini, bukan hanya melihat dan menjadi pendamai di bawah payung kufur. Tabiat sekular sudah sebati dgn pemimpin2 yang cintakan pangkat, harta dan takut mati!

..
 
Comment by nurizwah
2009-01-08 19:58:24

Aritu pernah terbaca artikel yg bagi tau dari barkod kat sesuatu produk bleh tau adalah barang diaorg. Sape tau angkat tangan . Share lah..

..
 
Comment by zelo55
2009-01-08 21:39:02

aku pon pnggune AMD gak!
HAHAHAHAHAAH!!!

..
 
Comment by x-po shop
2009-01-08 23:16:38

aku pelik la, ckp nk boikot, tp still jual lg,,baik xyah jual trus

..
Comment by Khai
2009-01-09 01:18:14

diorang tak boleh nak buat macam tu.. ada la sebab sendiri… kira yang mampu sekarang hanya inisiatif kita semua sebagai pengguna..

tiada permintaan.. abislah dia..

..
Comment by hafreze
2009-01-09 18:57:51

hidup kene teruskan. aku setuju dengan khai. Ini berdasarkan konsep demand and supply dlm microeconomics. takde demand, takde lah supply.

pengilang kene jual, pasal dieorg pun ada anak bini nak tanggung. maka, kita sebagai pembeli lah kene boikot dari membeli. kuasa di tangan kita.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by bd fabregas
2009-01-09 02:10:17

alamak, laptop aku ni pakai intel la.. nampaknya ada la alasan nk beli laptop baru..

..
 
Comment by Kin
2009-01-09 06:36:43

bukan senang nak boikot semua sebab maximum barang kita pakai

..
 
Comment by zamri
2009-01-09 06:58:09

gua malaslah dgr pasal israel nie.. gua mmg anti-israel sejak dari dulu lagi. apa2pun produk atau service berkaitan dgn israel kita harus boikot habis-habisan. anti-israel!!!

..
 
Comment by chuckiesd
2009-01-09 12:01:53

Kurangkan jer penggunaan dan pemakanan untuk company2 dari Israel. Daripada pengurangan lama luput laa. Mungkin kena cari alternatif lain.

..
 
Comment by EiNS
2009-01-09 13:03:22

Khai,

Confirm ke maxis supply 10% keuntungan diorang kat israel? Aku xtau kesahihan dia…biasa baca dlm mail xpun org forward lam friendster je…

Ramai oo orang still guna maxis (tp bukan aku la…aku anti maxis dari dlu lg…ntah pape)

..
 
Comment by fza
2009-01-09 13:10:11

huhhhh cmni ssh la
dh byk gne brg2 tu
hurmm kne kurgkn la….
xpn brenti.. :oups:

..
 
Comment by miss
2009-01-09 15:30:21

thanks khai. huh, x sangka carrefour pun terlibat yek! akan cuba boikot produk-produk ni n sebarkan info ini.

..
 
Comment by SyruusSimplex
2009-01-09 16:16:40

alamak..lain2 tu boleh la boikot..
carrefour..hhuhu..
pegi kedai runcit je la..
walaupun drg suka jual mahal :bloody:

..
 
Comment by Hamdi
2009-01-09 17:50:20

adoiiii
aku guna semua product tuh ohh
macam mana ha?
nestle? nokia? maxis?
tidddddaaaaaaakkkkkkkkk!

..
 
Comment by aman
2009-01-09 19:41:23

memang celaka Israel nie..
ngan PBB skali di tibai..
boikot, jgn tak boikot..
hoho..

..
Comment by Khai
2009-01-09 21:48:42

PBB = poyo bodo bangang..

mmg x boleh harap!! :love:

..
 
 
Comment by lazy_rasta
2009-01-09 19:48:53

gunala google chrome….. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nashrieck
2009-01-09 19:59:35

Microsoft ? haha kite pun pkai yang pirate punye, die tak untung pape.
kahkahkah

..
 
Comment by iesha
2009-01-09 22:35:34

Wah, banyaknya yang perlu diboikot!

..
 
Comment by shutitup
2009-01-09 23:10:43

kat rumah yealah pakai pirate…kat ofis? kat kolej pakai ori kan? nak guna pirate kat ofis / kolej? nak kena BSA?

korang sume ckp nak boikot2… tapi cakap tak serupa bikin…

korang nak boikot kilang nestle / coca-cola / mcd kat malaysia? korang tak reti nak pikir ke? yg keje2 kat mcd/ coca-cola / nestle ni kebanyakkan org2 islam kat malaysia sendiri?

kalau korang boikot tak ke menyusahkan diorang pulak? kalau pekerja2 ni dibuang keje, korang nak tanggung diorang sume ke?

lain kali pikir dulu sebelum cakap nak boikot…..

..
Comment by Khai
2009-01-10 00:37:30

di office, kau just guna je.. ianya menyumbang pada keuntungan diri sendiri dan company.. bukan untuk yahudi.. aku tertanya2, apa kaitan microsoft dgn yahudi.. LOL.. paling penting, aku x suruh pon korang boikot Microsoft ๐Ÿ™‚

* kerja banyak bro.. sapa suh pi keje situ… kalau rasa susah cari kerja lain kerja je la situ.. cari rezki yg halal.. korang buat kerja, korang dapat rezki.. cuma kita yg nak makan kat mcd ni, cari la kedai lain.. mudah kan?

aku tak “paksa” pon korang suh boikot.. cukup la boikot sekadar yg termampu.. bukan 100% boikot.. mahu papa keadana nanti jadinya.. :bloody:

..
Comment by shutitup
2009-01-10 07:54:10

hohohoh….senang ko cakap…. sapa suruh keje situ??

dah memang kat situ REZEKI diorang sume nak buat macam mana??

kau nak suruh diorang berhenti time2 ekonomi gawat nie? dahlah sekarang ni, banyak company buang pekerja & makin susah nak cari tapi senang2 jea ko ckp susah diorang cari keje lain?

well, aku bukan EMOSI tapi aku terkilan gak kerana ada diantara komen2 di sini kurang menyenangkan hati aku.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-01-10 12:50:32

jgn manipulate komen aku… tq. ๐Ÿ˜

 
Comment by shutitup
2009-01-10 17:48:24

manipulate? sapa manipulate sapa ni? ke ko terasa dgn komen aku yang membidas kata-kata ko?

lagi satu, TAJUK entri ko kali ni pun TAK SESUAI langsung. Ada ke patut tulis “Jom boikot Israel the Laknat”?

Sepatutnya entri ko tulis BOIKOT BARANGAN ISRAEL… Bukannya ada tulis Israel the Laknat………

Nabi Musa dan ramai rasul serta nabi lain adalah daripada Bani Israel…. so kalau ko tulis Israel the Laknat bermakna ko juga menghina para nabi & rasul terdahulu yang drpd kaum Bani Israel ni.

 
Comment by [anti-israel]
2009-01-10 23:29:23

aku pun xtau la nk ckp ape dah.. kalo ko x arif pasal agama, bek ko jgn ckp.. kang silap boleh rosak akidah..

baik ko gi cari tafsir, online pun byk.. ko baca surah al-israa’… kalo ko tau arab la.. kalo x tau ko bc yg penterjemahan bhs melayu.. jgn bahasa inggeris plak, kang ko ‘tersilap’ terjemah lain plak sbb ko kan terlampau teror.. huhuhu..

ye ye betul tu.. khai, sila take note.. bukan “Israel the Laknat” tp “ISRAEL LAKNATULLAH”

btw, pasal boikot tu plak.. jgn risau org keje kilang nestle ke McD ke Coke ke.. ape2 jela.. rezeki Allah ade di mana2.. kalo die org yg beriman.. insyaAllah Allah sentiasa akan tolong.. so, aku rasa ko dont worry la lebey2..

 
 
 
Comment by fikri_hpa
2009-06-03 00:00:51

salam,sori saya lmbat baru dapat link dgn blog nie,,cuma saya nak cakap sket sume ni adalah permainan yahudi yg dah merancang awal2 lagi,,diorang akn buat kita rasa serba salah nak boikot,btul kan??mcam saham kfc lebih besar dipegang oleh anak johor,walhal e2 adalah strategi mereka(yahudi) juga..hinggakan RFC (HPA INDUSTRIES) nak masuk pasaran johor pun ada problem>>tq

..
 
Comment by im00
2010-01-08 10:34:21

btl tu…. ๐Ÿ˜‰
sa setuju ngan statement ko…

..
 
 
Comment by zamri
2009-01-10 00:10:58

wah…microsoft pun ada jg ke? klu mcm nie gua pakai ubuntu jelah.

..
 
Comment by geng sardin
2009-01-10 12:14:52

Sebenarnye kempen boikot ni patut dah lame dilancarkan. Masa aku skolah lagi dah tak pakai produk2 tu..tapi nokia, maggie, milo, nescafe dll, nak buat camne kann.kita buat lah takat yg kita mampu..asalkan amalan kita berterusan..gunakan sekadar perlu je. Tak perlu nak mewah2. Kalu ade alternatif lain, bagusla. Buat secara beransur2..Aku ni perokok, jadi tau2 la kebanyakan jenama rokok ni sekutu israel punya. Kempen boikot ni salah satu cara kita berjihad.. Kita bleh amalkan doa qunut an-nazilah. Kita bleh sebarkan kpd rakan2 ajak diorg bt slt hajat.. semoga ape yg kita buat ni dikira sebagai jihad..amin

..
 
Comment by dr.oracle
2009-01-10 13:12:44

huhu, payah gak bagi aku nak boikot smue bende2 nie, sebab kebanyakannye aku guna dalam hidup aku.. huhu, sori tapi aku rasa processor intel lagi power daripada AMD..haha, mungkin maybelline aku bleh boikot kot,, Mampos ko maybelline!!!!!

..
 
Comment by baldu merah
2009-01-10 15:35:55

Assalamualaikum Khai

akak ni baru jek surf blog khai ni..ntah le jumpa kat google..he he he memula nak cari pasal blog hina islam tu..ntah camana masuk blog khai ni..anyway akak setuju benar la kempen boikot barangan israel tu…laknatullah…. :bloody:

anyway…salam persahabatan dari akak…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Nurul Harun
2009-01-10 16:04:03

fuh..akan cuba.. :((

..
 
Comment by nabila...lalala
2009-01-10 17:27:45

bangun pagi…ketika aku gosok gigi ngan colgate ๐Ÿ˜Ž
palestin dibom…

tengah ari, ketika aku gi date kat mcd 8)
palestin dibom…

tengah malam ketika perot aku berbunyik carik megi :oups:
palestin dibom…

waaaaaaaaaaaaaaaa……..adehhh!!! :aie:

..
 
Comment by deena
2009-01-10 23:40:45

boikot je sekali media prima ngn RTM tuh. menyusahkan org, cakap tak serupa bikin. kunun kate kite patut boikot barang2 amerika & israel, tapi alih2 kentucky fried chicken,burger zinger dapt percuma jam zinger bangang & kelazat annya hinggga menjilat jari. burger prosperity tayang setiap selang 30 minit. mane nak sedar masyarakat sekarang.:-|

..
Comment by al jazeera
2009-07-12 03:39:31

betullah deena
aku tak paham betul dengan rtm dan tv3 ni.
iklan tu gak nak tunjuk beratus kali.
yang pelik tu,melayu lak pelakon iklan tu.
ada yang siap pakai songkok lagi tu.
memang la nak cari duit tapi……
aku sikit kliur pun takder tengok iklan tu.
baik aku bli kat pasar malam lagi bagus
takbir

..
 
 
Comment by izzti
2009-01-11 02:42:55

khai dijemput ambik lencana sahabat..if sudi..g la ambik

..
 
Comment by ubey
2009-01-11 03:39:00

Israel dengan Bani Israel adalah dua frasa yang jauh berbeza. Israel adalah sebuah negara. Bani Israel tu kaum terdahulu. Sekarang diorang prefer digelar Zionis.

iklan boikot ni dah lama sangat sejak tahun 2000 lagi x silap aku. agak2 mse intifada kedua. tapi kita rakyat Malaysia mana amik peduli sangat benda ni. kita lebih menangisi penceraian artis lagi. lagipun palestin berada jauh di timur tengah. secara jujur bahang peperangan sukar dirasai. :bloody:

langkah terbaik yang mampu diikhtiar adalah menyumbang untuk mangsa perang tersebut. boikotlah mana2 produk yang mampu. paling kurang pun, syarikat2 kepentingan Israel tidak mampu menapak di Malaysia lagi. Mungkin dibelenggu hilg pekerjaan dll, tapi inilah harga yg patut dibayar demi memperjuang agama.

(sedih. UTP, tempat aku blaja pun ada bangunan research milik Halliburton. Syarikat minyak yahudi. ade kaitan ngn Rockefeller dan konspirasi2 yahudi. antara penyumbang terbesar utk negara israel. rase nk bakar je klu blh)

..
 
Comment by Adila
2009-01-11 04:12:45

starbucks pun ye jugak kan?
tadi nak masuk starbucks pastu trus tak jadik haha

..
 
Comment by j_hafiz
2009-01-11 09:03:35

truskan boikot smua… hope everybody benci ngn israel…

..
 
Comment by geng sardin
2009-01-11 14:52:17

Bagus la skg dah dapat respon yg baik terhadap kempen ni. Ni menunjukkan bhwa masyarakat melayu islam di malaysia dah mula sedar, walaupun tak ramai..masih belum terlambat..
Skg ni brape ramai org kite ni yg menangis utk saudara kite di palestin?
Berapa ramai yg sebak bile terdengar khutbah jumaat baru2 ni, atau bile dibacakan doa qunut an-nazilah?
Sekurang2 nye kite terasa penderitaan dan penindasan yg mereka hadapi..

..
 
Comment by hanys
2009-01-11 19:37:25

betul khai n yg lain2.. kita kena start boikot. boikot mana yg boleh dulu. wat slow2. aku dah avoid mcd. byk benefit: duit, lemak dan palestine. maybeline, aku pakai dulu sampai habis. sebab dah beli. mcm yg lain2 gak. aku pakai la dulu. dah habes, cr lain la. erm, pasal KFC, aku confuse sebab KFC kalau kat msia under Kulim sdn bhd. means, msia saham terbanyak. duit kfc tak ngalir ke ISrael.. so afr yg aku tau la.. tapi mcd, shell, memang truly ke israel. ekonomi us pon dah tak stable, so, kaalu kita terukan boikot, insyaAllah us going down dan tak mmpu menampung israel lagi.. heih, anta nuklear je la kat israel ni. tak tau malu langsung. sah2 dalm quran ckp, tiada tempat untuk israel di muka bumi Allahni. :bloody:

..
 
Comment by Co_
2009-01-11 19:41:18

Boleh lihat video kat sini

http://www.youtube.com/watch?v=lXoAz1sBm0Y

..
 
Comment by Co_
2009-01-11 19:43:49

Kekejaman Israel Zionis Laknatullah di Gaza, Palestin.

YouTube video : /watch?v=lXoAz1sBm0Y

..
 
Comment by Baldu_merah
2009-01-11 21:15:03

assalamualaikum…

ni nak cakap sikit ni….kita ni sebenarnya telah menyokong deme tu secara tak sengaja…mana taknya….minum milo…makan maggi…lampin anak huggis..brg2 anak johnson&johnson…makeup nak pegi kerja..M.A.C…..lebih kurang banyak barangan hygine kat umah…keluaran sara lee..makan fast food sekali skala plak kat Mc Donald…lepak dengan memeber hujung minggu plak kat Starbuck…(kalo setarbak ok la)..t-shirt plak kalo tak brand tommy hilfiger…ke ..takpon sandel timberland ke…

kalo adik or anak nak chipsmore..kena beli walaupun under DANONE..yang minat pasukan ARSENAL plak..bawak2 la pikir nak tukar team lain…yealah..dah le sokong ARSENAL…nak plak tgh layan COCA COLA…fuihhhh

kalo akak nak senarai kan betapa kita telah ter”sokong” dengan tak sengaja ni panjang….jadi pikir la sendiri…

Nak dengan TAK NAK jerk… :[

jadi apa penyelesaian yang telah kita buat ?????
apa dah jadi dengan MALAYSIA kita hari ni?
=(

..
 
Comment by cucudatoknaning
2009-01-11 22:30:09

tuler pasal….kita ni selalu dgr jer…tp x dpt nk bertindak jauh kan. Nk pegi perang lagi la mustahil!! Sekurang-kurangnya dpt buat yg termudah dgn memboikot produk2 tu pon dh ckup membantu. Sapa plak suruh boikot secara drastik? Berdikit-dikit lah mengikut kemampuan. Dh terbeli tu xpelah kalau syg nk buang, kang pembaziran plak TAPI akn dtg toksah le guna lagi, ye tak? Tu pon kalau rasa diri tu ISLAM la…USAH dipertikai knpa baru skrg nk bertindak, soalnya dh thu knpa xnak buat biarpun baru skrg nk mula kan? Buatlah atas dasar & dengan niat membantu saudara ISLAM kita yang sengsara tuh…..niat je dh dpt PAHALA weh…..pe ntah lg kalau buat…….Insyaallah! Allah akan bantu kalau kita di jalan yang benar…..

..
 
Comment by kriket
2009-01-12 09:14:31

Assalam wm wb

Tetiba Tun M jadi champion. Tahniah.
Disarankan agar Tun M dapat menjemput pasukan kriket Israel SEKALI lagi ke Malaysia,cuma kali ini BERSAMA dgn pasukan bola sepak Israel.
Dulu org ISLAM solat hajat depan US Emabssy isu keganasan, Anjing dia sembur dgn asid.. memang Melayu mudah lupa..

Syabas Tun M.. Bila Tun nak p Israel lagi???

Wassalam

..
 
Comment by Baldu_merah
2009-01-12 11:08:19

Assalamualaikum

he he he,…kita ni kalo takat nak perang mulut boleh la..kalo nak perang angkat senjata betol…camana? ada yang sanggup ke?hermmm…pak-pak arab sinon nun plak haprakkk..hapak..bukannya nak pakat hantar seluruh batalion askar ke palestine… ๐Ÿ˜ …huhhh…berapa kerat sangat la memuda mudi skang ni alert dengan isu ni???,…ingat nak berseronok adala..dlm kepala tu ada saja nak buat benda x berfaedah…huhhh ๐Ÿ˜

kalo cakap bab sosial remaja kat malaysia…boleh panas telinga, nak pecah kepala…deme tu semua bukannye sedar pun…huhhhhh…apapun…teruskan lah boikot israel tuhhhh….bukan takat hari ni jerk…kalo boleh boikot la selgi mampu dan selagi hayat di badan :choler:

..
 
Comment by naufalhaziq
2009-01-13 17:38:31

Celcom mmg best..maxis penipu je lebih..dlu aku pki maxis asyik2 kena topu je..tp pki celcom ni, dekat 2 bln gak la baru top up..mmg jauh beza dgn maxis..dak2 UIA ni pon dah byk tuka ke Celcom..ape lg tunggu khai?hehehe~ ๐Ÿ™‚

..
Comment by VirgiGirlz88
2009-01-14 12:11:47

betui 2…maxis ni kdang2 hampeh..! asai mendung sket ja da x xdaq line… :p

..
 
Comment by Khai
2009-01-15 12:23:10

coming soon.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by loluconagama
2009-01-15 11:40:12

tuan;

pertama:

Jangan menghina Israel kerna Israel adalah seorang Nabi.

Jadi gunakn nam ang tuhan beri iaitu Negara Yahudi

Kedua:

Boikot adalah satu amalah kaum kuffar iaitu amalan Abu Jahal. Bukan amaln seorang Muslim

masa Nabi berhijrah ke Yatrib, ekonomi telah dipegang oleh kaum Yahudi, tetapi nabi tidak memboikot, sebaliknya menyuruh kaum muslimin ikut serta dalam ekonomi sehingga monopoli yahudi berakhir.

kalau mau boikot juga maka boikot produk utama mereka iaitu pemikiran, kemudian barulah boikot produk lain terutamanya “hiburan” dan rokok.

untuk bacan seterusnya boleh melawat:

http://loluconagama.wordpress.com/2009/01/10/israel-seorang-nabi-boikot-adalah-kecelaruan/

..
 
Comment by Enlargement
2009-01-16 13:39:48

I am amazed with it. It is a good thing for my research. Thanks

..
 
Comment by sreSHAziela
2009-01-16 14:18:00

huhuhu.. sekali maxis bkn geng israel lah.. dia sekutu lim goh tong daaaa.. aku kena btl kan blk info ni kat blog.. ape pon maxis related ngan casino genting.. kire tak bgs gak tu khai.. tukar celcom je lah khai ๐Ÿ˜‰

Menghina Israel Adalah Haram & Boikot Adalah Kecelaruan? :love: tq lah bro loluconagama bg info.. hina sape2 pon mmg haram kan.. tp ikut le otak msg2.. janji niat btl sudah.. 8)

Khai reply: Ya, khai memang saja tulis entri macam tu.. nak amik perhatian orang.. so dengan adanya entri tu, orang tertanya betul ke? then orang akan cari info tak pun baca komen2 kat sini.. now dah tahu yang Maxis takde kaitan dengan israel.. cuma ada buat pelaburan di perjudian genting… still hampeh gak kan..

..
 
Comment by twenty-six
2009-01-17 05:27:14

aku tak boleh memboikot milo..kenapa?kerana bila memboikot milo maka aku juga memboikot hasil keluaran tanah malaysia, kelapa sawit;bahan utama dalam pembuatan milo di malaysia.

..
Comment by Khai
2009-01-17 08:41:07

erk… ada betulnya.. tapi sejak bila orang buat milo guna kelapa sawit… guna coco la pakcik ๐Ÿ™‚

..
Comment by zenko
2009-02-01 17:39:49

wakaka lawak r…

๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by eyzzat
2009-01-17 18:13:31

korang cam konpem je pki microsoft pirate.. kalu yg dah format pc tukar pirate tu ok aa kot.. tp yg beli pc @ laptop br windows kat dlm tu original.. sbb ade tampal sticker hologram.. lgpon tauke pc ni die ade beli lesen utk install windows @ preinstall dr kilang

nak tau ori ke x sng je.. on je windows update.. buat auto install.. br korang tau cemane.. nnti ade kuar mesej windows counterfeiting.. tp nak buang kene cr crack..

..
 
Comment by zenko
2009-02-01 17:38:36

sometimes when time goes on,we should realize which 1 is true n fake…but da most important thing is boikot israel laknatullah…gunalah ubat gg mukmin…bersih dan suci..
:[

..
 
Comment by mazuki selangor2u
2009-02-03 03:10:41

sebenarnya belum lagi wajib untuk boikot tetapi sunat dan aku sendiri pon boikot mana2 yang nampak jelas diorg support israel seperti strbuck mc d seme…

..
 
Comment by wanie
2009-02-26 14:55:07

Saya memang sokong sangat dengan boikot nih, cuba kita gantikan benda-benda isreal tuh ngan baranga buatan tempatan ataupun made in jepon or taiwan… cadangan saya camnih ar…

INTEL tukar ngan AMD
– paling kuat pon kos upgrade dlm 3-4 ratus boleh tambah speed bila upgrade. takpon bantai overclock intel tuh sampai terbakaq ader jugak sebab nak upgrade :p

MAKANAN SEGERA tukar selera ke MASAK SENDIRI
– bagi yang beristeri tu baik beli sayur suruh bini kat umah tuh masak, bagi si isteri plak baik mintak laki korang beli sayur ngan lauk untuk korang masak kat rumah. Save oii… pahala pun dapat. tak tau resepi boleh google kat internet ๐Ÿ™‚

NOKIA tukar dengan ALIKE ๐Ÿ™‚
hehehe I LIKE… tukar la dengan apa-apa brand lain pon takpe janji boleh call kan? bukannya trend lagi phone gantung kat leher dah sekarang nih.. org pun dah tak heran ko pakai handphone model aper yg penting dia nak call korang dengar.

MILO boleh ganti ngan TONGKAT ALI ori
saper kate minum bendalah tin hijau tuh buleh kuat, takdenya… baik korang minum akar kayu kat utan tuh lagi banyak khasiatnya.

SUSU budak boleh ganti ngan NENEN
hanya orang malas je yang memperbanyakkan alasan. korang tau kan yang original lagi best dari buatan manusia nih. takde yang terbest selain yang asli. tak caya? cayelar.

MAKEUP vs BEDAK
makeup tuh takde melawarkan muka pon sebenarnya, dia memaikan pemikiran kita jek. dah jadi tabiat manusia suka berselindung dibalik sesuatu. bedak pon buleh putihkan muka jgk. lepas nih beli bedak timbang kilo ye… murah.

COCA COLA buang, tadah AIR MASAK
buleh jimat, buleh sihat, buang toksin dlm badan, buleh jaga suara, buleh cantikkan kulit, kalau nak senaraikan kebaikan air masak nanti lebih banyak dari kebaikan presiden amerika tuh… ๐Ÿ™‚

TESCO jangan toleh, tengok BAZAR MYDIN
kenapalah pasaraya TESCO tu jugak masih ramai nak pegi, pegi boleh tp jangan beli, gi lepak2 takpe, gi main free alat gym kat situ ke.. jangan la beli barang kat situ, baik pegi beli kat kedai runcit kengkawan kita, sedara mara kita ke kan ada pekdahnya jugak.

watever pon, saya sokong tindakan boikot nih, selain dari membantu palestin kita dapat tolong warga tempatan berniaga secara tak langsung banyak peluang perniagaan berasaskan pembekalan dan peruncitan.

kalau ada pendapat leh hantar guna SMS

BSTARZ BS WANIE BOIKOT mesej anda

hantar ke 32300

Khai says: wah ini orang blogstarz ni..

..
 
Comment by geng sardin
2009-02-27 22:52:48

bro, kena ingat2 sikit. kalu nuklear trus israel, kesannye terkena kat palestin gak, negara yg berjiran dgn israel..kalu nuklear israel, skali ngan palestin, jordan, sebahagian dpd mesir, syria, dan lubnan jugak akan terkena kesannya.
cuba pikir balik cmne yahudi mengalahkan umat islam? diorg bukan attack terus camtu, mula2 tu diorg slow2 jauhkan umat islam dpd al-quran.beratus tahun gak diorg merancang, skg betul2 terjadi..

..
 
Comment by Noemi Patrick
2009-03-05 17:06:52

Hebat sungguh orang Yahudi…Tapi tak heran lar, kan mereka ni bangsa yg paling pintar di dunia. Umat pilihan Allah…cuba kamu senaraikan brg2 keluaran Palestin?? Itu lar bezanya umat yg diberkati Allah dgn tidak…heheheh

..
 
Comment by fikri_hpa
2009-06-02 23:40:55

salam,kalu nak tukar produk,tukarlah ke HPA products..macam-macam ada,Radix Fried Chicken pun ada,,huhu,bestnyer x terkata =(

..
 
Comment by al jazeera
2009-07-12 03:31:07

boycott lah selagi kita bleh boikot.
bayangkan kalau kanak kanak di palestin tu anak kita.
renung-renungkanlah
takbir

..
 
Comment by al jazeera
2009-07-12 03:33:38

sokong sangat dengan produk HPA tu
steady la Tuan Hj Ali.
bila lah nak buka RFC kat mydin melaka ni.
dah lama tunggu ni.

..
 
Comment by yakult
2009-12-03 14:13:01

fuh khai.. xbaik tau ko menci2 clcom..
heheh..
haku dr dlu g clcom 100x..
maxis??
hell no!!
hehe..
cilok sket ayt..
jgn marah ekk.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by koya La
2010-05-07 12:14:17

hek eleh, koya ah.. apesal x boikot facebook.. sbb terang2 dia under israel ;))

..
 
Comment by Aku
2010-06-08 12:27:26

Boikot aje Israel JAHAMAN!!!

Kapal bantuan Malaysia disekat oleh israel mmg tersangat-sangatlah kejam betul.. Didapati ada kapal-kapal dari israel jahaman masuk di Malaysia…
Dari itu kita perlu mengusulkan, yang kapal-kapal perniagaan dari israel juga perlu diboikot untuk melakukan sebarang perniagaan di Malaysia…

Kerajaan pun perlu ambil tindakan pada kapal-kapal company Israel daripada masuk diperairan Malaysia…

Contoh Kapal : searching ” ZIM Line “

..
 
Comment by Haziq
2010-10-19 00:36:52

erkk.
kalau x silap saya, tengok jejak rasul dulu die cakap israel ni gelaran kepada seorang nabi (x ingat sapa).
tukarlah pakai yahudi laknatullah.
kalau silap perbetulkanlah.
xdd

..
 
Comment by insaniah
2010-10-21 10:37:13

israel = yahudi.
israel bahasa arab, yahudi bahasa melayu.

yg notis dari McD tu masih tak jelas. McD tu kan franchise. mestilah kena bayar pada McD sebab guna produk dia. Detail tentang ni takde tulis dalam notis tu.

..
 
Comment by Faris
2011-08-01 16:15:56

Senang cerita macam ni la…segala barangan keluaran Amerika hampir 100% support Israel The Laknatullah. Nak kata Intel, AMD pun sama jugak menyumbang pada Israel, ramai orang tak tahu cuma maianan bisnes punya pasal Intel memang laku sangat tapi nak boikot pun agak payah juga kerana segala produk diorang kita guna. Kalau la segala teknologi buatan orang Islam setaraf diorang boleh la kita boikot 100%. Sains & Teknologi semua asal dari Islam. Disebabkan umat Islam kita tidak bersatu selepas kejatuhan zaman kegemilangan Islam menyebabkan pihak Freemason & Illuminati buat kajian ke atas Al-Quran bertahun lamanya untuk mewujudkan satu teknologi gunaan yang boleh digunapakai kepada kita semua di seluruh dunia. Bangkitlah wahai saudaraku!!!

..
Comment by Khai
2011-08-02 15:52:06

Rasulullah pun dulu beli baju perang dari orang Israel. Jadi kita putuskan di sini, jika barang itu berguna kepada kita, tak salah kita nak beli barangan buatan Yahudi atau mana-mana sekalipun.

..
 
 
Comment by arissa
2011-10-11 12:36:50

tidak halal ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™ ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ˜ฏ 8) ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜ก ๐Ÿ˜› ๐Ÿ˜ณ ๐Ÿ˜ฅ ๐Ÿ‘ฟ ๐Ÿ˜ˆ ๐Ÿ™„ ๐Ÿ˜‰ โ— โ“ ๐Ÿ’ก โžก ๐Ÿ˜ :mrgreen:

..
 
Comment by insidewinme
2012-07-02 08:42:54

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

..
 
2012-12-10 09:19:37

Thanks for ones marvelous posting! I quite
enjoyed reading it, you happen to be a great
author. I will always bookmark your blog and will come back
from now on. I want to encourage you continue your great writing, have a nice day!

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post