Kenapa Blogspot dan WordPress harus diboikot?

1,277 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini


Rajin Khai update blog kan? Boleh kata setiap hari Khai akan update dan ada tarikh tertentu yang sehari sampai 2 entri baru Khai tulis. Entahlah, mungkin ilham nak menekan keyboard ni tiba-tiba datang, dan tanpa buang masa, Khai tekan je la apa yang terlintas. Sambutan yang diterima pun alhamdulillah, makin hari semakin meningkat. Online users pun makin hari makin bertambah dan dalam sehari untuk terima 30 komen dalam entri tu bukan sesuatu yang susah lagi untuk Justkhai. Ada yang letak iklan terus untuk setahun (RM100 jer pun). Terima kasih atas sokongan korang. Allah je yang membalasnya.

Tadi, melalui reader Khai cuba nak masuk blog DesignZen yang beralamat di http://designzen.wordpress.com. Malangnya, apa yang keluar adalah seperti di bawah.

Itulah penangan paling ditakuti mereka yang ber’blog menggunakan khidmat blog percuma. Sayang sekali untuk blog yang bagus begitu disuspend dengan sangat mudah.Tapi jika blog WordPress percuma korang di’suspend, masih ada peluang untuk mendapatkan balik blog tersebut dengan cara menghubungi mereka kerana WordPress menggunakan robot untuk mengawal mana-mana blog di bawahnya yang mempamerkan scam link di dalam network mereka. [ini contoh satu kes]

Begitu juga pernah terjadi dulu, Blog Tun Mahathir di Blogspot yang di’suspend untuk selama-lamanya akibat dicop sebagai scam dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan. Biar menangis air mata darah sekalipun, korang tiada hak nak marah mereka kerana blog korang adalah percuma dan korang dah tentu takde 1% pun share dengan mereka di Blogspot.

Kalau ditanya Khai mana satu yang bagus Khai akan jawab dua-dua pun bagus kerana WordPress dan Blogspot masing-masing ada pengikut dan cara persembahan mereka yang tersendiri. Lagi-lagi Blogspot yang dimiliki sepenuhnya oleh Google dan dah cukup lama dalam dunia blogging ni. Paling best dengan Blogspot korang boleh create berapa banyak blog yang korang suka dengan mudah hanya dengan satu akaun. Kan? Pendek kata, mana-mana pun, hasilnya tetap sebuah blog yang boleh ditulis dan dibaca oleh orang lain se’antero dunia.

Sekarang lupakan mana satu yang terbaik dan korang hanya perlu fikirkan satu perkara iaitu bila blog korang di WordPress (Free Version) atau Blogspot disuspend sementara atau mungkin untuk selamanya. Mesti ada yang menangis air mata darah nanti kan? Berputih mata kerana ada antara blogger yang menggunakan Blogspot berjaya generate income sampai bertatus dollar US melalui Adsense tapi akhirnya berputih mata selepas blog di suspend. Khai juga nampak awekawek cun yang memiliki blog di Blogspot, sangat pandai menghias blog mereka sehingga nampak begitu ranggi, funky, pinky, cutey dan mantap habis. Kalau kena suspend, pasti menangis bagai hilang dara sebelum berkahwin. LOL!

Jadi dapatkan domain dan hosting sendiri. Kalau korang tak kisah blog yang korang tulis dan usya pagi petang siang malam hilang macam tu aje, ok takpe. Teruskan dengan blog-blog percuma ini tapi jika blog itu adalah nyawa korang, buat backup dan pindah kepada self-hosted WordPress.

Yang sebenarnya, hanya WordPress self-hosted yang terbaik untuk sesebuah blog berbanding Blogspot dan juga WordPress free-host. Bila korang mempunyai blog yang dihost’kan pada hosting dan domain sendiri, who cares, itu hak korang dan korang boleh lakukan apa sahaja asalkan tak melampau sampai masuk isu ISA pulak nanti. Hehehe.

Macam blog Justkhai ni, jika Khai host’kan di WordPress percuma atau Blogspot, rasanya dah lama kena suspend kot. Hehehe. So tepuk dada tanya selera. Pepatah melayu ada cakap, sediakan seluar dalam spare sebelum cirit-birit akibat terlebih makan sambal belacan.

DBP, jangan saman saya, saya orang susah.. :oups:

Pssttt: Paling ditakuti mereka yang menumpang di hosting orang lain atau mereka yang menggunakan perkhidmatan blog percuma. Ini kerana, nyawa blog korang sentiasa berada dihujung-hujung tanduk. Al-maklumlah, nasib hidup dan mati blog korang bukan ditentukan oleh korang sendiri, tapi si penyedia perkhidmatan tersebut. So jauhi perkhidmatan-perkhidmatan blog percuma yang korang tak tahu asal-usulnya.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 3:30 pm 22 February '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,277 views
Dalam kategori: Blog | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

67 Comments »

Comment by |1f34|-|1r3
2009-02-22 16:22:20

guna hosting sendiri pon ada masalah tersendiri…tp sudah pasti tak akan kena ban sesenang….antara masalah guna hosting sendiri

– kena DDOS
– pelawat terlalu ramai dlm satu2 masa smp server terlalu busy, hosting leh ban jugak atau paksa upgrade pakej
– kena pepandai time masa nak renew domain n hosting
– penggunaan bandwidth melampaui batas akan menyebabkan hosting leh charge extra :p

..
 
Comment by menteil
2009-02-22 16:22:22

klau free nie bagi aku blogspot terbaik..
sebab tak banyak sangat limit dia…
boleh edit macam2..
buat la apa suka..

tapi WP.com banyak sangat yang tak boleh..

macam ko cakap, dah tentu la ada hsoting sendiri yang terbaik..
segala2nya hak anda..
cuma bila server down..
arghhh!!! huhu

..
Comment by menteil
2009-02-22 16:27:32

lupe nak cakap…
aku peminat design zen tu..
kecewa jugak kena macam tu.. huhu..

..
 
Comment by Khai
2009-02-22 17:16:17

wordpress.com sangat hancus.. lainlah kalau wordpress yang self-host ni ye tak?

wp.com nuffnang/advertlets pun tak boleh setahui aku.. dan tak boleh nak customize theme/design blog ikut suka hati.. tak macam blogspot.. ๐Ÿ˜

Psstt: designzen takde, jgn lupa layan ohtidak.com je la hari hari.. yerk manteil? hehe :[

..
 
 
Comment by JRY
2009-02-22 16:44:37

hoho.dulu dah pernah ada domain dan hosting sdiri tp malas nak teruskan lak. sekarang ne, nak beli domain ngn hosting xda duit plak.. siapa murah hati spend aku?haha

aku hostkan di malaysiahoster.com aritu. perkhidmatan ok tp agak mahal sket.hehe. Khai. bagilah cadangan web hosting ya terbaik.haha

..
Comment by Khai
2009-02-22 17:11:24

semenjak khai kenal apa itu internet, Exabytes la yang terbaik.. tiada yang lain..

If company bumiputera dan harga berpatutan, usyalah di fivio.com .. terbaik!! ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by cidimidi
2009-02-22 16:48:32

jadi sekarang.. ble bg suggestion kat mana nk bli hosting terbaik spy jarg server down n harga tak la mahal… ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2009-02-22 17:13:55

Exabytes tu uptime dia sangatlah 99.99% cuma harga dia agak mahal sikit. Tapi u’ll still boleh amik pakej untuk student.

kalau blog baru2 nak ada hosting n domain sendiri, beli je pakej yg murah2.. takpayah nak sapu bandwidth or space yg besar-besar. Rasa tak cukup nanti, baru upgrade.. hehe ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by cyberfly
2009-02-23 16:21:03

bro, try jenguk http://malaysiahostingreview.net untuk comparison hosting2 kat Malaysia ni 8)

..
 
 
Comment by abrar
2009-02-22 17:05:03

betul tu khai..risau juga pakai yang free blog ni..nak kena buat backup then pindah rumah baru..tengah kumpul duit nak beli hosting..huhuhu

..
 
Comment by flip9
2009-02-22 17:21:58

huhu..
aku pon risau gak kena delete blog kat blogspot nih..
dgn selambenye aku wat blog TV Show..

..
 
Comment by azizwan[dot]com
2009-02-22 17:27:10

betul.. kalau nk ada blog even suka2, apa salahnya beli hosting. jd, tak la takut kena banned apa semua. huhu.. tp kalau baru nk berblog tu, better guna yg free je dulu utk study ๐Ÿ™‚

tp kan, aku nengok yg free ni jarang nk ada problem banding self-hosting.. ye la, kadang2 smpai 3 hari server down dan mcm2 lg problem. :bloody:

oh ya khai.. blog aku sejak kebelakangan ni asyik error establishing a database connectioin. walaupun dah betulkan database, tp pandai prob balik.. kau boleh tolong mcm mana nk setelkan? :aie:

..
Comment by Khai
2009-02-22 18:39:52

ada pencanggahan dalam sistem WP ko dan database… camni, upload balik 100% fresh wp files… then tukar wp-config.php tu dengan nama database skang.. move wp-content folder ke folder baru.. sbb tu dulu blog ni bukan dalam directori /blog , skang aku dah pakai /blog.. supaya x memeningkan kepala bila jadi problem2 macam tu.

nak ajar detail pon susah mau cakap.. better guna google.. :[

..
Comment by azizwan[dot]com
2009-02-22 19:58:03

aku dah google dan baca detail kat wp itu sendiri. tp.. arghhh satu apa pun aku tak tahu. hahaha ๐Ÿ™‚

btw, tq sbb kau bg pembayang dan nanti aku cuba try test ๐Ÿ˜‰

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by cidimidi
2009-02-22 17:37:51

hoho.. exabytes mahalnyer… sy pun xreti sgt nk pakai.. biasa2 sudah.. first domain.. then hosting biasa ja.. best price n serve from where?

malaysiahoster cam ok… sempoihosting tu limited.. fivio.. n datakl.. piki2 lagi.. ayah cam nak jual hosting gak ajer.. ku sudah pening.. hehe…

myportal n niagakit erm.. outlist dah.. sayang blogspot… penat buat…

..
 
Comment by deena
2009-02-22 17:40:07

oh, risaunye dengar :8 . nantilah, bile dah matang sikit baru buat kat wordpress tuh, hahaha. takpe, blog deena masih lagi di tahap yang baru. agak-agak dh rase tergugat baru buat hosting sendiri. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Merah&hitaM
2009-02-22 17:43:26

hurm… sebelom ni aku guna blogspot… ok aje… takde prob.. then kazen aku soh tuka wp… dia taja.. wah sonok gile.. hehehe… mcm ne nak bekap ek data2 kita kat wp.. aja la aku.. aku kan newbie kat wp..hehehhe ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-02-22 19:43:43

Download database blog dari mySql.. atau boleh tersengih dengan menggunakan plugin.. WordPress Database Backup..

http://www.ilfilosofo.com/blog/wp-db-backup ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by x-po
2009-02-22 18:01:25

aku sbnrnya still xphm nape blog yg free ni akn disuspend..disebabkan scam? apa yg boleh menyebabkan blog dianggap scam? xphm aku..hoho

pe2 pun, jom lyn contest ni dlu..wang tunai menanti anda..cpt sblm terlambat!!

..
Comment by Khai
2009-02-22 18:42:54

mcm contoh yg khai kasi tu, dia publish email2 yg dia received dari email SPAM.. dia just share je kat blog pasal email tersebut yg menipu, last2 robot wordpress automatik suspend blog dia.. hehe.. bila report, dia dapat balik blog tersebut..

ye la kan kadang org gunakan blog ntuk tujuan penipuan, business online padahal penipu.. hehe ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by j_hafiz
2009-02-22 18:56:05

saya suka wp self hosted. tp ade jgk yg lbihnya pd blogspot.nk ssn alih kddudkan jez drag je kan khai kan? lagi satu,xla ssh2 mcm wordpress yg siap wat sidebar left and right lagi.klo blogspot,jez drag je :[

..
Comment by Khai
2009-02-22 19:28:07

Hafiz, WordPress pun ada function drag widget tu.. hehehe.. ๐Ÿ˜€

skang budak kecik pun dah leh wat blog.. makin mudah.. hehe 8)

..
 
 
Comment by alana
2009-02-22 19:07:14

kalo blogspot plak, sbb ape ek di suspend? :oups: khai plz jawab

..
Comment by Khai
2009-02-22 19:20:38

hehe.. macam2.. kalau ikutkan betul2, rasanya melambak dah blogger blog yg kene suspended…

ada 4 t&c dia yang kita kena ikut..
http://www.blogger.com/terms.g

Kalau tak ikut, anytime je dia boleh suspended.. dan nak cakap ape.. redha je la lepas tu.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by aman
2009-02-22 19:39:08

nanti kena start blog servis tempatan cam blogmas kot…hehe

..
 
Comment by EiNS
2009-02-22 20:19:08

Pelik aku tgok tajuk…ingatkan ko nak boikot wordpress plak…

Kepada pengguna blogspot, rajin2lah buat backup blog korang tu…export template, posts dll…mana la tau tiba2 kena suspend memang sedey ooo

..
 
Comment by an2blur
2009-02-22 21:06:56

adeh.
tetiba rasa takut.

..
 
Comment by Eriyza
2009-02-22 21:15:59

Huhuhu!
Cheq gerun nengok isi kandungan topik ni.
Bape rega hosting + domain??

..
 
Comment by Jaws
2009-02-22 22:10:35

owh..nih firstime aku dgr wordpress gantung user dier..
thanx sebab bgtau..
haha..
yg kat luar tu yg still gune blog free tuh bawak laa beli hosting ng domain sendiri..
bukan mahal pon..
bayar sekali setahun jer..
hehe :8

..
 
Comment by TipsGoda
2009-02-23 00:08:50

dah banyak sangat dah dengar member punye blog kene banned.sangat menyedihkan.especially yg dah bnyk entry.

self hosted adalah yg terbaik..and tak la mahal sangat pun..belanja kat kedai mamak lagi mahal.

..
 
Comment by Zik
2009-02-23 01:00:02

apa lagi, sekarang shared hosting dah murah. kalau tahu pakai berpada-pada tak sampai ciput dibuat loading website OK la. gunakan function transfer database dari blogspot ke wordpress stand-alone. kalau tak tahu jomm suruh cikgu khai ajaq.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by finas
2009-02-23 02:53:59

buat org gerun sudaaaaa
ces~

..
 
Comment by overdreams89
2009-02-23 03:48:47

pergh.. betol ker nie khai…
gisau gak akuh.. aku pki blogspots jer nie..
da la aku still amatur lagik…
so, xkn ko x tau camner nak elakkan blog aku nie kene suspend..
cbe criter sket…

..
 
Comment by muhdzahari
2009-02-23 08:30:15

slow-slow, kalau dah trafik banyak + duit pun banyak, boleh lah nak pakai domain & hosting, he he

..
Comment by Khai
2009-02-23 14:14:22

kesilapan yg kita buat, tunggu traffic byk dulu. Well, mmg betul. tapi kalau traffic byk dan popular itu adalah blog korang yang di blogspot, then bila korang buat blog wordpress baru (contohnya), PR korang jatuh, alexa rank korang jatuh.. Google pun nak index balik.. pheww ~

Dan setahu Khai, mereka yg bersubdomainkan blogspot, tak boleh check alexa rank kan? sbb dia automatik baca rank blogspot.. hurm, kan x best tu.. kebebasan bagai bukan milik kita… :bloody:

..
Comment by muhdzahari
2009-02-23 14:38:26

owh..PR jatuh lak ek? pulakk..
okay..tunggu fulus je la kalau macam tu..

dah lama teringin, tapi tak buat2 lagi pun ๐Ÿ˜›

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Aby RAd
2009-02-23 10:27:48

sape la yg dengki aritu gi flag blog aku as spam
nasib baik bleh dpt balik

..
Comment by MRguest
2009-02-23 12:12:26

ko hidekan lah navbar tuh..
kekekekkeke..

..
 
 
Comment by fillah88
2009-02-23 10:53:21

klu blog kita kena band,cmne nak wat ek??de tak cara wat blog sendiri forever kita pnye????

de sape2 leh bgtau cara dia??
๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by alana
2009-02-23 15:24:59

khai, tq jawab…tapi mslh i, i tak expert bnor wat blog ni…blogspot sng pake…
lagi satu..bape riggit nak byq utk domain?
khai tolong jawab..lagi, hehe :((

..
Comment by Khai
2009-02-23 15:32:14

domain .com kat malaysia ni dalam 28 – 40 ringgit jer.. setahun.. ๐Ÿ˜‰

..
 
 
Comment by zamri
2009-02-23 17:47:09

klu tak mapu lg guna sj domain percuma contoh seperti http://o-zam.via.my ๐Ÿ™‚ saya bkn org kaya nak pakai domain dotcom ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-02-23 18:46:17

alamak cik zamri.. setakat harga domain n hosting tu, takkan memiskin’kan sapa2.. hehe.. tak sampai rm40 pun domain tu.. dan hosting ada rm80 pun dah boleh dapat..

tak guna juga jika pakai add-on domain, tapi still di’host kan pada blogspot right? kalau kena suspend, still same.. :8

..
 
 
Comment by Hamdi
2009-02-23 18:52:28

aku setuju dowh
hidup self-server people!
contoh macam ko kan
heheh
ko ok lar
ada orang sponser
aku nih dah la sengket tapi cuba gak nak hidup
hehe

..
 
Comment by Azman Ishak
2009-02-23 21:17:02

oh oh oh… tajuk yang agak mencuakkan untuk aku seketika.
maklum la sekarang ni zaman dan era boikot memboikot.
apa yang aku paham pada tajuk nko tuh, aku ingat nko suh
boikot blog engine… upenye boikot hosting…
hahaha… cakap le terang terang… idak la aku terkujat…

*tajuk…. chis.. terkene lagi.

bagi aku memang aku bersetuju sangat dengan kate-kate nko
ni. kalau sayangkan blog.. better bayar jer. dulu aku tak mo
nak ambik kesah pasal ni. maklum le… dari dulu sampai
skang ni pon, aku masih newbies dalam blogging ni.

tapi kalau dah setiap hari, nko tatang… nko jaga… nko lawat
blog sendiri.. kalau kene suspend… dah tak gune.. kene plak
blog nko tuh terhangat dipasaran blogger.. huhuhu… rugi..
biar ar abis duit skit.. beli hosting dengan domain… tak pe.
jangan menyesal sesuatu yang bukan hak milik abadi
(blog sphere)

blogger.com & wordpress.com same same hebat. tapi dasar
sikap keterbukaan aku lebih selesa pada blogger.com.
sebabnye blogger ni tak kemut ilmu. Tak macam WP.com,
kalau boleh.. semua mende die nak control.. tenssiiii maa~

walaupon macam tuh, aku rase.. rate-rate taiko blogger,
boleh dikatekan bermula dengan blogger.com hosting.
tak terlampau terikat dengan term. meskipon mase kite
nak sign up dah kasik taw terang-terang… *biaser la,
kalau dah ghairah nak register… sure main [NEXT] jer.

blog kene tutup disebabkan dengki… hahaha… pihak
hosting pon bleh dengki kan.. tau la nkorang bg percuma..
lepas nkorang tengok kite dah maju… nkorang bleh close
la plak blog kiteorang… so kepada kengkawan yang lain..
aku rase dah tibe masenye kalau nkorang rasekan nkorang
sayang kat blog nkorang macam sayang bini… so beli la
hosting + domain. Bukan mahal pon. Kalau nkorang citer
masa tahun 1999.. :bloody: mungkin orang takut nak ade hosting
dengan domain sendiri… sekarang ni? Semua orang mampu
memiliki maa… yang penting duit jer.

Alah…. kalau stakat RM130 setahun = Hosting + Domain,
kire ok apa.. daripada nkorang bazirkan tak tentu hala…
baikle nkorang kosentret dalam bidang penulisan ni…
kire macam seruan kembali ke alam skolah ar. Dulu mase
skolah… cikgu suh buat karangan tak mau…. so skang ni
teringin laa plak.. Tapi aku rase seronok per buat mende
karangan online ni.. siap bleh tengok komen orang gituuu…
hahaha…

op oh oh… ni blog sape ek? aku taip entri ke… aku balas
komen kat blog aku? ke ni blog menteil? oh khai… blog
hang upenye… miahaha… sekali macam umah sendiri
la plak… ok lah tuh… cukup-cukup la aku merepek.
kene tibe malam ni aku rase happy sesangat, sebab dapat
berite yang agak gembira untuk kehidupan aku :love:

ok ar khai… nanti ar aku goreng lagi kat blog hang…
janji yang penting… tajuk mau best~ hahahaha!!!

AzmanIshak.Com @ Mr. Kreugerร‚ยฎ :bloody:

..
Comment by Khai
2009-02-23 22:55:32

ni komen ko yg paling panjang pernah ada di justkhai bro.. hehe.. thanks2… ape yg ko tulis tu, x dapat aku nak sangkal.. mmg betul la tu.. better gi buat entri kat blog je.. hehe ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by o-zam
2009-02-23 22:37:11

aku mmg ada hajat nak beli hosting sendiri dan domain tu.. tp belum masa-nya lg. Aku nak tunggu blog jenis PHP klu ada baru nk beli domain n hsting.

..
Comment by suhz
2009-02-24 06:53:01

wordpress tu kan php… ๐Ÿ˜

..
 
 
Comment by bd fabregas
2009-02-24 21:26:26

masih dlm proses utk membeli domain & hosting sendiri.. mungkin dlm jangka masa setahun dua ni kot..

..
 
Comment by atap_aje
2009-02-24 23:21:54

bahaya gak nih, kena backup blog aku selalu ni.

aku ingatkankan ko nak suh boikot pasal yahudi ke apa.

kekeke..

..
 
Comment by Taufik SM
2009-02-25 11:46:55

cam mana ni aku daftar domain+hosting pakai fivio.com tp kat sini problem nye “http://billing.fivio.com/signup.php” – kat ruangan Billing Information….. aku nak pilih bank transfer …akauan maybank leh x ….

Coupon Code tu ape lak ??? =( =( =(

..
Comment by Taufik SM
2009-02-25 12:03:58

akauan asb, cimb bank leh kan ??? ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Taufik SM
2009-02-25 12:11:21

satu lagi saya nak hosting+domain kat fivio.com tp saya nak kat wordpress.org macam blog ko ni … cam ne…

..
Comment by Khai
2009-02-25 12:16:11

ah sudah… nape x tak email diorang tanya.. tanye khai mana khai tahu.. Scukz tu sponsor ma… ehehe..

nak blog wp.org macam justkhai ni? gi a download wordpress kat wordpress.org .. lepas tu guna ftp upload file2 tu masuk dalam server.. install… selesai..

ask google k bro? menda ni dah melambak gila kat google.. :[

..
Comment by Taufik SM
2009-02-25 12:44:23

x pe ar ko …. marah2 pulak … =( =(

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-02-25 12:49:52

marah2 ape nye pulak taufik SM sayang oii…. adus.. bukan dah jawab ape yg ko tanye ke… mana yg marah nye tu… ๐Ÿ˜

 
 
 
 
Comment by zen
2009-03-06 12:55:47

thanks khai for mention – blog aku kena suspen sbb 1 menda ajer – lol…salah sendiri jg aku rasa..Adsense for feed – tuh yg aku buat :p

aku nak setting blik blog baru – tp aku xpandai nak host-host nih….sapa yg rsa bole tlg aku tlg email aku blik, mungkin kita bole usahakan sesuatu.. :bloody:

..
 
Comment by Sapikk
2009-05-25 16:27:21

Aku mengalami masalah hosting selalu down.. lol :o:

..
 
Comment by IP PBX
2009-06-08 17:19:32

You have really chosen a very nice theme that really helps to answer my my question. Thanks for this useful information that you have been shared to us readers. I am looking forward for your next post! Good luck for that:)

..
 
Comment by putera shazlan
2009-07-07 22:31:21

Salam saudara Khai..saya nak bertanya mengenai adsence dan nuffnang..betul ke ianya boleh duit dan bagaimana caranya..

..
 
Comment by fazz
2009-07-21 17:01:28

aku sgt tak setuju tajuk diatas,

kenapa kena boikot? klu dia ban, pun, sebab kita guna free, kita la kena tanggung akibatnya, itu pun kira beruntung dia bagi pakai free. takkan kita nak boikot makcik jual karipap sebab dia tak bagi kita karipap free?

:o:

..
 
Comment by tehsafiah
2009-07-31 03:36:32

adoi…khai
sy baru nak berpindah ke self-hosted blog
tapi ilmu cket sgt..huhu
sesiape blh tlg??

..
 
Comment by Guru Tajwid
2009-08-08 13:50:04

Dah nama pun sel-hostedkan, dah tentulah hak kita 100%. Walaupun tak dinafikan tetap akan aa masalah, namun taklah sampai blog kita direject. Putih mata kalau reject.

..
 
Comment by Nizam Amad
2010-06-20 05:44:07

Bahaya jugak kalau guna platform percuma ni..baru terfikir..

..
 
Comment by hai Pip
2010-06-30 14:24:01

pernah juga punya blog gratisan disuspend ga ngerti karna apa,,dulu blog pake engine blogspot :((

..
 
Comment by azhar
2011-06-15 19:14:19

salam..khai,aku dlu ade wat blog,tp kat blogspot..minat gak la hias2 mcm kat myspace..tp lps tu dah lme tak men blog,tbe2 trase nk wat blog lg..bile bace sal nie,tkotlaa pulak lau kne banned kan…aku nk wat blog psl game yg aku main skrg,tpkan..tolg bgtau ape laman web yg utk wat blog kne byr tu?pastu domain2 hosting,nk kne daftar dan bayar kat mane ek..?dorang ade bukak kedai ke kat area2 bndar..giler naif aku nie,,,,huhu :bloody:

..
 
Comment by azhar
2011-06-15 19:15:46

klu bole nk wat blog mcm ko..tp xnklaa top pon,skadar utk kisah2 game yg aku main jek…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?