Kenapa Blogspot dan WordPress harus diboikot?


Rajin Khai update blog kan? Boleh kata setiap hari Khai akan update dan ada tarikh tertentu yang sehari sampai 2 entri baru Khai tulis. Entahlah, mungkin ilham nak menekan keyboard ni tiba-tiba datang, dan tanpa buang masa, Khai tekan je la apa yang terlintas. Sambutan yang diterima pun alhamdulillah, makin hari semakin meningkat. Online users pun makin hari makin bertambah dan dalam sehari untuk terima 30 komen dalam entri tu bukan sesuatu yang susah lagi untuk Justkhai. Ada yang letak iklan terus untuk setahun (RM100 jer pun). Terima kasih atas sokongan korang. Allah je yang membalasnya.

Tadi, melalui reader Khai cuba nak masuk blog DesignZen yang beralamat di http://designzen.wordpress.com. Malangnya, apa yang keluar adalah seperti di bawah.

Itulah penangan paling ditakuti mereka yang ber’blog menggunakan khidmat blog percuma. Sayang sekali untuk blog yang bagus begitu disuspend dengan sangat mudah.Tapi jika blog WordPress percuma korang di’suspend, masih ada peluang untuk mendapatkan balik blog tersebut dengan cara menghubungi mereka kerana WordPress menggunakan robot untuk mengawal mana-mana blog di bawahnya yang mempamerkan scam link di dalam network mereka. [ini contoh satu kes]

Begitu juga pernah terjadi dulu, Blog Tun Mahathir di Blogspot yang di’suspend untuk selama-lamanya akibat dicop sebagai scam dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan. Biar menangis air mata darah sekalipun, korang tiada hak nak marah mereka kerana blog korang adalah percuma dan korang dah tentu takde 1% pun share dengan mereka di Blogspot.

Kalau ditanya Khai mana satu yang bagus Khai akan jawab dua-dua pun bagus kerana WordPress dan Blogspot masing-masing ada pengikut dan cara persembahan mereka yang tersendiri. Lagi-lagi Blogspot yang dimiliki sepenuhnya oleh Google dan dah cukup lama dalam dunia blogging ni. Paling best dengan Blogspot korang boleh create berapa banyak blog yang korang suka dengan mudah hanya dengan satu akaun. Kan? Pendek kata, mana-mana pun, hasilnya tetap sebuah blog yang boleh ditulis dan dibaca oleh orang lain se’antero dunia.

Sekarang lupakan mana satu yang terbaik dan korang hanya perlu fikirkan satu perkara iaitu bila blog korang di WordPress (Free Version) atau Blogspot disuspend sementara atau mungkin untuk selamanya. Mesti ada yang menangis air mata darah nanti kan? Berputih mata kerana ada antara blogger yang menggunakan Blogspot berjaya generate income sampai bertatus dollar US melalui Adsense tapi akhirnya berputih mata selepas blog di suspend. Khai juga nampak awekawek cun yang memiliki blog di Blogspot, sangat pandai menghias blog mereka sehingga nampak begitu ranggi, funky, pinky, cutey dan mantap habis. Kalau kena suspend, pasti menangis bagai hilang dara sebelum berkahwin. LOL! (more…)

Posted on 22 February '09 by , under Blog. 67 Comments.

10 Sebab Blog dikau sungguh Annoying!


1. Rasa pening bila masuk blog yang masuk-masuk je, terus keluar lagu. Mean lagu akan autoplay. Korang boleh letak lagu kalau rasa nak share lagu yang korang suka, tapi tak perlu autoplay kot? biar orang klik play sendiri kalau dia nak dengar. Lagi annoying kalau reader blog korang tu tengah bukak lagu dari PC dia sendiri then keluar lagu dari blog korang tanpa diminta.. Apapun, korang boleh dimaafkan kalau blog korang tu sangat comel apalagi kalau owner blog tu seorang awek cun pastinya Aiman tak kesah! ape lagi Khai?

2. Font terlalu kecil. Semua pun tahu yang kita boleh besarkan font kat browser dengan hold Ctrl + Scroll Up atau Ctrl and “+ – “, tapi ape salahnya korang terus je tambah besarkan sikit saiz font tu. Kan itu bermakna, korang tak perlu menyusahkah readers.. Tak la berapa nak annoying kot?

3. Pastikan blog korang diletakkan “read more” untuk setiap entri panjang.. Jangan bantai tulis beribu-ribu patah perkataan, then korang tak letak read more. Forsure jarak scroll browser orang yang nak baca blog korang tu jauhnya mencecah 100 Meter. Mungkin lebih.. Sian kot diorang nak scroll baca blog korang. Kalau Khai, tekan pangkah je la.. Ngerti kamu? (more…)

Posted on 4 January '09 by , under Blog, Tutorial. 109 Comments.

Oh! Saja tak kasi aku tidur


Tak tahu apa masalahnya, tiba-tiba blog Justkhai ni lenyap dari dunia ni. Innalillah. Tapi tak tahu kenapa, blog ini ibarat mayat yang bangun semula. Hahaha. Takut? Secara officialnya, blog ni adalah blog hantu sekarang. HUWAHUWA!! Khai menaip dalam keadaan penuh senyuman menyaksikan bertapa indahnya WordPress 2.7-beta3. Nak nengok Interface WP 2.7 ni versi Khai? click sini.

Tak terniat pun nak try WordPress 2.7 ni, tapi pukul 12:30 pagi tadi, bila masuk je Justkhai ni, keluar problem kat bawah ni. (more…)

Posted on 21 November '08 by , under Hidup Khai. 15 Comments.

Membina WP-Blog di Windows XP atau Vista

Lama tak buat tutorial kan? Sebenarnya Khai nak bercerita mengenai localhost. Sebenarnya amende fungsi localhost ni? Untuk sape yang tak tahu tu, biar Khai terangkan sedikit apa yang Khai faham. Localhost ni sama aje fungsinya macam hosting yang korang beli. Ada harga puluh-puluh, ada plak yang harga beratus-ratus sebulan. Apa yang bestnya, localhost tidak memerlukan korang membayar satu sen pun kerana korang akan gunakan computer korang sendiri sebagai server. Tapi jangan sampai syok sendiri pergi tulis entri pelbagai pulak kat blog dalam localhost tu nanti sebab takde sapa pun yang dapat lihat kecuali korang seorang aje.

Abis apekejadahnye kalau orang tak boleh baca? sebenarnye tujuan memasang blog dalam localhost ni membolehkan korang ber’dokumentasi dengan sesebuah theme, plugin atau apa sahaja sebelum proses upload dilakukan ke dalam server sebenar. Itu kan lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa. Inilah perkara asas yang dilakukan oleh para designer. Khai juga gunakan ini untuk menulis entri bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini semasa menulis melalui WP sebenar menggunakan Firefox. Orait, ikut tutorial mudah tak sampai 10 minit ni.

Langkah 1:
Download XAMPP Lite untuk Windows. Amik yang EXE version tau. Kemudian install dalam C:
scukz_wordpress_in_localhost_1.png

Langkah 2:
Klik Start dan pilih Run. Kemudian, paste C:xampplitesetup_xampp.bat then tekan OK sehingga kelihatan paparan seperti gambar di bawah. Ikuti arahan yang terpapar.
scukz_wordpress_in_localhost_3.png

Langkah 3:
Bila dah selesai, double click xampp-control.exe kemudian tekan start untuk module Apache & Mysql.
scukz_wordpress_in_localhost_4.png

Langkah 5:
Buka browser korang kemudian point’kan ke http://localhost/ dan pilih bahasa yang sesuai. English la kot yang paling ok kat situ. Then, click phpMyAdmin di bahagian belah kiri (http://localhost/phpMyAdmin)
(more…)

Posted on 23 December '07 by , under Tutorial. 23 Comments.