Melayu memang Layu. Terima je lah

528 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

melayu-layu.jpg” alt=”” />
Tadi Khai menonton Cereka Pilihan kat TV3, title dia “Kelahiran yang Teristimewa”. Cereka Pilihan hanya drama ulangan untuk Cerekarama terbaik yang pernah ditayangkan sebelum ini. Hurm, dan ini second time Khai nengok. Kali kedua ni, membuat Khai tersedar buat kali kedua juga.

Pertamanya, alangkah elok kalau kita dilahirkan bukan sebagai orang melayu. Orang melayu sangat bertuah bila lahir je terus automatik sebagai seorang hamba Allah beragama Islam (Follow on mak bapak). Tapi lihat pada diri kita sendiri, adakah kita betul-betul bersyukur ke jadi orang Islam? Praktikkan sebetul-betulnya ke? Allah dah berikan kunci, tinggal kita nak buka je. Itupun kita rasa susah kan?

Cuba kita nengok muallaf “saudara baru” kita selepas memeluk Islam. Kita sendiri nampak bertapa mereka tu menghargai hidayah yang Allah beri. Kita yang dari lahir dah dapat hidayah free-free je ni, perangai macam hantu. Silap-silap melayu kita ni ada yang dah bercucu-cicit pun tak kenal alif ba ta lagi. Kenal memang kenal, tapi dah lupa sebab dah berpuluh tahun tinggalkan.

Orang kita (melayu) marah dan mengamuk bila orang kata melayu adalah layu (me-layu). Bila difikirkan, itulah hakikatnya. Kita pandai buat bidalan “kalau tiada angin, masakkan pokok bergoyang”, tapi bila kita sendiri dikritik, mengamuk pulak ye tak? Hurm, jadi ape tanggungjawab kita? Ubah fikiran mereka. Korang pun tahu siapa mereka tu.

Tak kan melayu hilang didunia,
ya,
Tapi apa guna tak hilang didunia,
Kalau kewujudan tidak dirasa..

Apa yang lebih menyedihkan, kita lebih marah dan mengamuk jika melayu yang dihina tapi duduk diam bila Islam yang dipermainkan. Contoh blog macam Adibah Ahmad dan Syurga Islam, sampai sekarang ada Government kita amik kisah? Ada polis masuk campur?

Kalau blog yang hina Umno, hina Melayu, laju pulak polis sibuk-sibuk nak siasat. ISA bagai. Walhal tu semua keduniaan je tu. Kadang-kadang Khai rasa Malaysia ni memang betul-betul hampeh! Tapi apa nak buat, sebagai rakyat yang dilahirkan di tanah air dinamakan Malaysia, nak taknak kita kena juga hipokrit konon sayangkan negara. Malaysia memang boleh (malaysia = melayu, india & cina).. Tapi Melayu takkan pernah boleh. So apa yang perlu kita buat, dari sekarang ubah segala-galanya supaya anak dan cucu cicit kita nanti tidak diperlekehkan sebagai Melayu yang Layu! Hurm, Tun M pun pernah kata yang Melayu mudah lupa.

Dulu sebelum merdeka, melayu kemain ramai pejuang-pejuang bangsa yang ada memperjuangkan nasib Islam dan orang melayu. Korang pun tahu siapa kan sebab ada dalam subjek sejarah darjah 5 (Mat Kilau, Datuk Maharajalela etc.) Tapi kita nengok sekarang, “pejuang-pejuang” melayu sekarang ni memperjuangkan nasib melayu dan Islam atau nasib parti dan wang poket mereka sendiri.

Itu adalah pendapat Khai dari apa yang Khai rasa. Mungkin salah mungkin betul, tapi nak buat camana, orang yang waras, logik la untuk rasa macam ni. Satu kesilapan paling besar orang Melayu hari ni, tak boleh nak terima hakikat. Rilek la, terima je hakikat dan ubah hakikat itu kepada yang lebih baik dan mulia. Sekian..

[audio:malique-melayu-layu.mp3]

Psstt: Cuba korang ke Google Images dan search “melayu“.. Nengok gambar apa aje yang keluar? Melayu.. Aku lihat layu dalam melayu..

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 3:54 pm 13 March '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 528 views
Dalam kategori: Daily Craps, Politik, Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

106 Comments »

Comment by abdusfauzi
2009-03-13 15:58:58

sokong ayat2 kamu. diri ini amat terasa. πŸ™‚ alangkah bagus nya, bukan?

hmm. sedih hati ini. tapi, tidak mampu diubati. πŸ˜›

..
Comment by Obefiend
2009-03-15 19:38:03

tidak mampu diubat?

yeah.. that sound like a typical malay response there if i can say so myself

i met hundreds of chinese,indians, jews, blacks and whites. they know they have flaws within their community but they dont just stand back and said

“well we cant change it so why bother”

as a modern malay male i often find myself disgusted with our defeatist attitude. what is wrong with you people. start thinking that you are a winner and you will be a winner.

secondly the malays need to move with the time. most malays are still entrenched in the 1950’s mentally. so what if a few malays are sexy. let them be. lets just concentrate on being progressive for once. if we stop arguing over petty stuff like seksi and tudung siti we will never pull ourselves out of the rut

thirdly its the way we see ourself. stop MAKING POSTS like this khai. you are enforcing the stereotype. start making post like

“remaja melayu 20 A… kita harus bangga”

concentrate on the postives for once. just look at harian metro. all they do is report NEGATIVE shit on us malays. mentally we are now being bombarded with the idea that malays are dirty and useless

stop that

it starts with us bloggers

you have a blog that THOUSANDS read on a daily basis. use that platform to show and teach your malay readers to be proud of being malay

remember kids

being a proud malays is not simmilar to being a RACIST. dont let the other races tell you otherwise

be proud

as for me?

i am useless. i know. i cant even type in malay properly. trust me im trying

but hey

every little thing helps! LOl

good luck Khai.. just paying you a visit after being away for weeks!

..
Comment by linn
2009-07-14 13:32:40

u hv yr own blog? can i know the address pls..tq

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by x-po
2009-03-13 16:02:30

diorang sume tu buta IT..klu diorg xbuta IT, mesti diaorang dh bc post ko ni bro. konpem insaf py..ekekeh

..
 
Comment by M&H
2009-03-13 16:04:31

erm… melayu… bila disearch kat google images… keluarlah gambar ‘beromen’ sebagai result pertama… hurm…

politik melayu mmg teruk.. bukan nak perjuangkan bangsa… tapi perjuangkan parti… mmg betol… pastu songlap duit sana sini…

politik malaysia mmg kotor… =(

..
 
Comment by n13@m
2009-03-13 16:19:20

Ya,saya setuju sangat dengan kata-kata di atas…Melayu sekarang banyak yang hampeh..Melayu hanya pada nama..Agama?entah di mana..Sebagai contoh,kita tengok je remaja-remaja sekarang.dedah sana sini tanpa rasa malu…Jadi,di situ pun kita boleh lihat kan…
Jadi,bagi kita yang Melayu dan beragama Islam,sama-samalah kita berdoa kepadaNya semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah…

..
Comment by ~miss shanas
2009-03-14 16:48:03

x payah tgok remaja skang lol..dri zaman 80-an n 90-an dah mcm tue..cume dulu xde enset kamera.. xde gadget yg secanggih skang..zaman dlu pown terok gak..tgok je la filem2 yg diterbitkan..x sah kalau xde pempuan pkai bikini la..pkai tuala je la..bju x ckup kain la..

..
 
 
Comment by nbie89
2009-03-13 16:54:20

kesian kat melayu
hak keistimewaan melayu pown da melayang jer…
fokuskan hak pertama…since aku student…

1. Hak untuk mendapatkan pelajaran setinggi mungkin

base on hak first, chinese xyahlar komplen pasal diorg x banyak tempatlar, aperlar…since kat um pown da ramai chinese kat saner…melayu da kurang…haih…
saper berani nak kemukakan kuota pengambilan ke universiti….huhu

melayu baek hati sangat… :aie:

..
Comment by Khai
2009-03-13 17:15:09

bukan baik hati.. tapi mudah kene “kincing”.. hehe.. melayu baik hati? melayu sama melayu la yg suka main bomoh ntuk melingkupkan orang lain.. tak pun sakit hati skit je, gi bomoh orang tu…

macam nasib pak ngah khai.. meninggal kene santau katak… Ustaz dengan Ustaz pun boleh ada perasaan macam tu. MasyaAllah.. :bloody:

..
 
 
Comment by yasha
2009-03-13 17:25:53

tatau la nak cakap.. kadang2 melayu tuh sendiri x nak berubah.. bukan x dek jalan nak berubah cume dowg yang x nak.. ermm… kadang2 ade kaum lain (cina@india) yang bersikap baik dgn melayu jika nak di bandingkan dgn kaum kita(melayu dgn melayu).. :bloody: same2 lah kita berubah.. =(

..
 
Comment by xmindfreakx
2009-03-13 17:25:55

aku skang dalam proses untuk memberi kefahaman pada diri sendiri…Melayu bukan bererti islam.
kalau buat persamaan serentak,( dengan menganggap melayu adalah islam),maka :
Melayu tidak semestinya muslim.

owh khai.Dulu pihak cina muslim mintak jangan gunakan perkataan Mualaf.Sebab diorang kata,jika india masuk islam digelar india muslim,mengapa tidak kaum cina masuk islam digelar cina muslim?

..
Comment by Khai
2009-03-13 17:43:12

ya.. melayu tidak semestinya muslim.. tapi dah memang tertulisnya agama rasmi melayu adalah Islam. Jika melayu tu bukan Islam, jangan panggil melayu, buat malu bangsa je. Hehe..

Ok kita tukar mualaf jadi saudara baru.. tak tahu pula pasal tu. Thanks πŸ˜‰

..
 
 
Comment by ahmadsufi6177
2009-03-13 17:29:35

ini pasal politik atau islam?? kalau pasal islam.. kau dah salah… Hidayah adalah milik Allah.. Dia boleh bagi kat sapa2.. kita melayu yang lahir bukan terus dapat hidayah tau.. tetapi ibubapa yg beragama islam…

“Iman adalah mutiara, didalam hati manusia, yang diterangi Allah. Maha Esa Maha Kuasa.”

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai. Walau apa pon caranya jua, kau mendaki gunung yg tinggi, engkau meredah lautan api. Namun tak dapat jua dimiliki. Jika tidak kembali pada Allah. Jika tidak kembali pada Allah…”

**Lirik lagu Raihan**

p/s : jgn campurkan agama dan politik beb..

..
Comment by Khai
2009-03-13 17:36:59

Of coz lanya mengenai Isam. Ini bukan blog politik dan owner blog ni tak tertarik untuk menulis mengenai politik. Apa yang ditulis memang benda yg benar. Jangan kerana ada nama “UMNO” dalam entri ni, ini dikira parti politik. Rumah saya pun ada TV dan Internet untuk nengok berita.. hehe

Memang hidayah tu milik Allah. Tapi kita ni dilahirkan sebagai anak orang Islam. Lahir je dah diazankan. Dah ada kunci tinggal nak buka jer.. membesar pun dengan cara Islam, kat sekolah pun belajar subjek agama islam..

Sekolah melayu ada belajar agama islam. Sekolah cina atau india takde kan belajar agama islam?

Itu maksud entri ni.. tolong jgn salah tafsirkan dan berfikiran positif’lah πŸ™‚

..
Comment by ahmadsufi6177
2009-03-15 09:18:16

sekolah cina ada agama islam… bagi student melayu la…

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-03-15 13:01:38

tahu pun kelas agama islam untuk MELAYU… 😐

 
Comment by Hamba Allah
2010-02-12 12:28:50

ada kelas agama islam bagi budak melayu kat sekolah cina.. aku tahu sebab aku sekolah cina dulu… hhmm..

tambahan.. india muslim adalah bangsa india yang dari india yang sememangnya islam.. atau dikenali mamak.. kalo yg baru masuk islam, dikira mualaf…

sama macam cina pon… kalo yang islam dari negara china, kita panggil cina muslim… takkan lah nak panggil mualaf walhal dia dah memang lahir je muslim?? :p

 
 
 
Comment by M&H
2009-03-13 17:37:23

aku sokong pernyataan di atas.. JGN SESEKALI SESIAPA NAK CAMPURKAN ANTARA AGAMA & BANGSA OR POLITIK…
sekian..

..
Comment by Abg Di
2009-03-16 11:22:30

Kenapa kita perlu pisah-pisahkan agama, bangsa dan politik?. Tidakkah Islam itu sempurna dan lengkap merangkumi semua permasalahan hidup manusia di bumi yang fana ini.

Bukankah Islam mempunyai semua penyelesaian kepada persoalan kehidupan ini. Cuma kita yang gagal memahami dan menterjemahkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian kita.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Zik
2009-03-13 17:49:02

melayu moden dah tak ada prinsip langsung, rosak, akidah tak payah cerita! budak-budak muda sekarang tahu nak enjoy, mengabiskan duit mak bapak/ptptn/mara..

budak kat kolej kalau ajak cerita pasal politik, jwb tak ambil port bab2 tu. tapi kalau cite pasal pergi gig, clubbing, lepak2 suke. aku pasti boleh dikatakan ramai yg buta betul sejarah negara, walaupun depa pernah belajar sejarah. bkn suruh nak berpolitik tp sejarah berkait rapat dgn politik. ada sape tahu mcm mana tanah melayu ni merdeka?

*kalau jwb pergi london mintak dari british memang otak bebal.

sekurang-kurang anak muda tahu proses kemerdekaan negara. apa yg telah diusahakan pada waktu itu. dan kenapa kite merdeka 1957 bkn 1959? atas usaha siapa semua ini?

belajar sekadar untuk lulus, langsung takda minat mendalam apa yg dipelajari. tak maju langsung, kalau aku katakan thesis kat Malaysia byk yg sampah ada sape2 nak bangkang? yg peting untuk melayu pandai meniru, bwk toyol masa exam, raba pompuan takyah ckp! main.. tut takyah ckp la! lecturer pun kalau setakat nak gaji takyah la nak ngajar.

kat luar sana heboh nak pertahankan melayu? what the hell la.. melayu yg mana nak dipertahankan tu? yg rosak ahklak? berzina? atau perkataan melayu itu?

bukan aku tak setuju semua, tapi please kalau dilahirkan islam pastikan kau di jalan islam dan baru bangkit soal prinsip telus, integriti, dan amanah!

melayu kalau kat malaysia sinonim sebagai islam kan..

πŸ˜†

..
Comment by Khai
2009-03-13 17:59:55

wah bro, dah leh buat new entri kat blog ko patutnye ni.. hehe..

Betul semua fakta tu.. cuma masalah kat Malaysia mmg byk datang dari Melayu.. kerana ape? kerana Malaysia ni majoriti dia melayu. Bukan nak racist, india yang ciput tu pun, melambak bikin problem.. itu fakta dan hakikat.. enough menyebut racist, politic or etc2…. bosan ~

..
Comment by Zik
2009-03-13 18:18:10

bab racist memang aku tak ambil port, sbb aku byk bercampur dgn bangsa lain.

yg sebenarnya aku nak tekan kan bukan politik atau isu2 sensitif. aku tegaskan soal ahklak, soal jujur amanah, ketelusan, dan semua berkait rapat dgn agama.

kalau aku bangkitkan melayu, cina, india.. semua dlm hukum agama dorang mencuri adalah haram.. jadi ketiga-tiga sama berkait..

aku just nak anak bangsa kite pandai, hebat daya intelek, maju dan membangun. tgk sekarang dgn dulu2 kalau nak keluar dgn makwe/pakwe senyap2 skrg pulak open sgt2..

bkn apa semalam aku pergi metro kajang, jln dgn mak&adik. bdk2 sekolah bertaburan dgn rambut sakai, jln berkelompok tunjuk hebat, awek sana-sini. lain la kalau benda ni terjadi hanya pada waktu cuti hujung minggu! ni tiap2 hari. buang masa.. naik malu aku dgn mak sendiri bile tgk gaya dorang mcm tu tau..

fakta & hakikat kita kena tekankan supaya tak terpesong 360′ ada yg kata itu fakta walaupun fakta tu dah salah.. susah nak kata semua 100% tepat.. ikut logik la..

(Comments wont nest below this level)
Comment by deennasour
2009-03-13 22:57:40

ok sekarang kita jangan dok fikir anak melayu sekarang pemalas. membazir duit mak bapak. membazir duit ptptn.mara segala bagai.

kenapa kita tak luaskan skop. luaskan seluas2 nya kenapa anak melayu sekarang teruk?? pernah tak kita fikir? kita asyik salahkan anak melayu jadi camtu sebab internet. pengaruh rakan. kan kan???

kenapa kita tak pernah tanya, kenapa mak bapak berbangsa Melayu sekarang tak pandai ajar anak???

hah?? semuanya bermula dari rumah. anak2 jadi kurang ajar, sebab mak bapak kurang mengajar.
πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

 
Comment by Zik
2009-03-13 23:49:15

takyah luaskan skop dah. takyah fikir anak melayu, bapak melayu, emak melayu ke. hanya ‘melayu‘ satu sahaja. takda la tunding jari kt pihak tertentu je…

p/s : benci tgk avatar kau.. ekeke 8)

 
Comment by Khai
2009-03-14 01:43:11

Deenasour, bila anak tu dah baligh atau mungkin dah menjangkau dewasa, ibu bapa tak boleh dipersalahkan. Bagaimana gagal pun ibu bapa mendidik anak, bila anak tu dah dewasa, dia sendiri dah pandai fikir mana baik mana tidak.

Kalau dia gunakan otak, semua’nya takkan jadi..

tapi itulah, ntuk ibu bapa, sayang anak, tangan tangan’kan, sayang isteri, tinggal-tinggal’kan.. πŸ™‚

 
Comment by lixdo
2009-03-16 22:25:53

“sayang isteri, tinggal-tinggalÒ€ℒkan.. ”

berat tue nak buat nanti di sambar orang lain pulak 8)

 
 
 
 
Comment by the adila
2009-03-13 18:16:18

sangat2 menusuk ke kalbu membca tulisan anda sehinggakan diri sendiri tertantanya..”layukah aku sebagai melayu..??”.So kepada Melayu..bangkitlah kamu dari tido y panjang.(untuk aku juga)thanks khai atas artikel y cukupmenginsafkan. =(

..
 
Comment by izzat aziz
2009-03-13 18:22:20

skali lg aku kata.. mujur aku islam bukan melayu πŸ™‚

..
 
Comment by Dj Diddy
2009-03-13 18:28:20

Ini semua permainan duniawi Khai.. mahu tak mahu terpaksala kita “membanggakan” diri jadi rakyat Malaysia.. betul tak?! Walaupun dalam keterpaksaan… Apa pun aku sangat-sangat menyokong yang MELAYU itu sememangnya LAYU, LEMAH, LEMBIK, LONGLAI…. HAMPEH!!

..
 
Comment by Jaws
2009-03-13 19:01:31

haha..
dulu aku ade gak post pasal masalah melayu nih..
ngan aku letak video kulihat layu dalam melayu..
mmg tak dinafikan..memang dah nasib melayu camnie..
nak buat camner..
maslah tol..
melayu kene bangkit semula untuk terus maju.. =(

..
 
Comment by abdusfauzi
2009-03-13 19:17:34

td aku google keyword melayu kat google. kalu kat image, mesti pasal sex ape ntah, kalu web lagi la, top search pasal perangai melayu cium2. adeh. buat malu je.

..
 
Comment by anarm
2009-03-13 19:22:34

bukan takde otak, tp xnk bepikir d luar kotak..
tepat sound direct.. hambik ko.. πŸ™‚ :o:

..
 
Comment by kiki
2009-03-13 20:25:30

kiki nk mnyebuk…
haha…khai x de cite best ke??
haha lame x tgk justkhai ni…
rase2 mcm tgh boring…
ingat view ur blog ade r yg best2 ke…
emchh…x de cite best pon…

huhu~
sorry terjujur sgt… πŸ˜€

..
Comment by Khai
2009-03-14 01:45:32

Skali skala buat entri “skema” takkan x boleh kot.. hehe.. πŸ™‚

..
 
 
Comment by wan
2009-03-13 21:05:27

syukur je la apa yg ada…
sudah amat bagus negara kita tak jadi macam Palestin,Iraq dan lain-lain negara yg duk asyik berperang. cuma kalo ada dikalangan kita yg jadi pemimpin negara suatu hari nanti,jgn la buat macam pemimpin skrang ni.. :o:

..
 
Comment by Sweet Thinker
2009-03-13 21:16:13

akoo google melayu kuar belog akoo. nape :love:

..
 
Comment by azleah
2009-03-13 21:28:13

emmm entah la. nak kutuk melayu walhal pakwe sendiri pun melayu gak. huhu…

..
Comment by Khai
2009-03-14 01:47:20

bila kutuk melayu, bukan semua melayu akan terasa.. sebabnye yang makan cili je yang terasa pedas.. yang tak makan cili ni peduli ape ye tak?

..
 
 
Comment by ezyreload
2009-03-13 21:33:29

betul tu, aku setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Zik.

budak melayu sekarang memang kurang hajar, tengok la mereka semua, sudah tidak malu untuk melakukan “kemaksiatan” di depan public….

diorg tak bayangkan ke kalu terjumpa mak bapak diorang sendiri di tengah “keenakan” mereka melakukan kemaksiatan tu..

mungkin diorg ni memang dah tak malu dengan makbapak sendiri??

entah la….sedarlah kita sekarang, keruntuhan akhlak dah semakin teruk dikalangan orang melayu kita ni…terutamanya dikalangan remaja…

sedar la…jangan sampai negara ini dikuasai balik oleh penjajah asing…mahukan kita???sapa nak mempejuangkan balik ???

tengok la politik sekarang, kalu buka tv3, mesti duk cerita pasal politik…tak habis2 cerita pasal politik…. :aie:

dah naik muak telinga ini dengar…

..
 
Comment by Eriyza
2009-03-13 22:27:24

Dah lama cheq lihat layu dalam Melayu. :p

..
 
Comment by Azman Ishak
2009-03-13 22:46:42

ye betoi khai. aku pon terpikir nak buat citer pasal ni,
tapi aku membatalkan niat aku.. atas sebab aku mungkin
akan menimbulkan sentimen hasutan. mungkin jugak aku
akan ditahan dibawah akta ISA.

ape ape pon… mende yang nko cakap kat atas tuh memang
tak salah la. kite melenting kalau orang hina bangsa kite,
tapi masalahnye.. bangsa kita yang tak mau ubah perangai.
dari zaman Tok Kadok sampai la sekarang ni, orang kite
cume maju dalam beberapa perkara:-
1. Masalah Sosial (anak luar nikah bebagai)
2. Hasad Dengki :p
3. Isap Dadah
4. Bunuh Orang
5. memacam lagi la… kalau sebut.. boleh bikin naik darah~

Bukan tadek Orang Melayu yang Me-Nyegar tapi kureng
penglibatan dan pembabitan. Lagipon bile melayu ni
dah maju… kite ni cepat nak lupe diri. Bukan sebab lupe
diri kekadang tuh… mungkin jugak disebabkan “Aku” yang
berkate demikian yang DENGKI.

Satu perasaan yang dah sebati dengan ungkapan perkataan
MELAYU. Melayu dan hasad dengki memang tak boleh
nak pisahkan. Mungkin ade orang yang rase marah dengan
komen aku. Well… terpulang la. Aku pon melayu gak.

Ade beberapa perkara yang aku bangga dengan
“Orang Melayu” dan perkara tersebut tadek kene mengene
dengan keadaan Melayu sekarang.

Kalau aku kate kite tak bertamadun nko stuju? Salah satu
ciri-ciri bangsa bertamadun adalah mempunyai sistem
penulisan… dan bangsa kita? meminjam tulisan Rumi
dan Jawi sebagai tulisan pengantaraan… jadi dalam koneteks
ini bangsa Melayu tak :bloody: ???? Ah lupikir la sendiri….

*aku tak kate ek… itu adalah FACT yang aku belajar
dalam sejarah tingkatan 4. Bab Tamadun Asia. <– ye kot.
dah lupe la…

..
Comment by Zik
2009-03-13 23:53:31

good point, kene fikir lagi ada byk benda kena tahu..

..
 
Comment by Khai
2009-03-14 01:50:27

Fuh… pasal tamadun tu, betul2 meruntun jiwa aku.. makin segan nak mengaku diri orang melayu. Dengan penuh hipokrit nye, saya bangga menjadi melayu.. :8

..
 
 
Comment by deennasour
2009-03-13 22:52:50

bagus!
aku suka baca blog2 yang memaparkan kelayuan melayu ni. biar ramai sikit yg sedar. tambah2 bila blog glamour and ramai reader cam ko ni. 500 lebih. aku dekat 100 jerk.

melayu dlm perlembagaan mesti memeluk agama Islam. dan kalau bukan Islam, ikut perlembagaan terang2 bukan Melayu lah. tapi tu definisi sempit. luas maksud Melayu ni.

Melayu ni gak diambik dari nama sungai la. patutlah bangsa kita ni hanyut je keje nye. keji kan? memang banyak yang tersirat di sebalik Melayu ni. kesian tol.

tadi aku bukak blog ni, ada sorang senior india kat sebelah aku. skang ni ah. aku tanya dia, “melayu tu pemalas kan mister kumar?”

dia jawab, ” i no komenlah,”

“alah, you jawab je, i tak kisah. Melayu ni pandai bercakap je kan? tapi tak reti buat keje. cakap je pandai,” deen.

“tak semua. sesetengah je lah,” mr.kumar.

“ye lah, bila Tun Mahathir kata melayu mudah lupa dok marah. dulu nak buat putrajaya bising lak, skang dok keje kat situ. dulu dok berang mahathir nak bina klia, skang dok pakai pg melancong, pg mekah. dulu bising kata membazir buat klcc, tapi bila valentine day, dok dating plak situ. terang2 melayu tu pelupa sgt kan?”

(mr.kumar sebelah aku diam je)

mesti dalam hati dia kata, “orang melayu ni kutuk bangsa sendiri, padahal dia sama gak,”

terang2 itulah perangai Melayu.

psst : pjg lak komen aku eh. besa ah, melayu ni pandai cakap je. :bloody:

..
Comment by Zik
2009-03-13 23:44:43

aku suke perbualan mr.kumar dgn engkau. mmg ada fakta chedet kata ‘melayu itu sendiri mudah lupa.’

..
 
 
Comment by menteil
2009-03-13 23:05:15

erm… kesedaran dari awal mungkin…
waktu blaja sejarah layan tido!

lagi satu tiadanya nilai menghargai dan menghayati perjuangan..
ntahla.. bak kata makcik berita harian “zaman dah berubah, dunia makin maju” (er.. betul ke?)
tak macam dulu.. kena rotan, pelempang, terajang ada.. sekarang nie tarik telinga jer dah heboh satu malaya.. ceh!

yang penting…….. kerjasama……

..
Comment by Khai
2009-03-14 01:55:23

haha.. betul la kata berita harian tu.. skang semua pun makin kecik. Otak dan pemekiran je yang dah lama kecik.. ekekke :bloody:

..
 
 
Comment by Marzuki
2009-03-14 02:45:46

malas nak cakap banyak, aku tersangat bosan dengan politik kucar kacir ni.

masing2 pentingkan diri.

aku lebih suka melayu tak ada dalam dunia daripada ada tapi xda guna, huhu. try google perkataan melayu yang keluar mesti seks melayu, rogol melayu, marzuki hensem dan khai gay.

nak cakap pun susah, pmerintah yg perlu atasi msalah ni. hukum hudud xnk amal camnilah jd.

..
Comment by Khai
2009-03-14 03:19:04

hahaha.. khai gay? wak lu.. hehe 😐

hudud tu jika diamalkan, aku no problem.. serious.. sapa berani nak buat jahat kalau hudud tu ada.. come on lah..

pemerintah kita pikirkan sangat nasib si jahat bila kene hukum hudud, berani buat berani tanggung lah…takutkan orang jahat ke, takutkan perintah Allah… ye tak? πŸ˜‰

..
 
 
Comment by syaquost
2009-03-14 08:41:20

melayu
cmni la (kata iklan coca cola)

..
 
Comment by fira
2009-03-14 10:27:38

penyakit turun temurun org melayu..tatau r same de genetically inherited ke or inherit sebab variation factors : environment etc.
1. hasad dengki.
2.bile di bawah mau brada d atas, ble d atas da x pandang bawah
3. ade impian, ade cita2..bagus2*..tp ramai yg kurang sabar, so amek shortcut, yg akhirnye bwk padah .eg: skim cpat kaye etc
4. suke pandang slek kt org tnpe selidik betul2 true color seseorang..
5. x senang duduk ble ade org lebey dari die…bab material, kepandaian lam akademik, kerja etc.
dan banyak laaa lg..oh satu…ORANG MELAYU SUKE JAGE TEPI KAIN ORG LAEN..

..
 
Comment by TipsGoda
2009-03-14 11:01:42

bila sebut je melayu kat bangsa lain :ni antara terlintas di fikiran

1)kalau janji susah nak ditunaikan dengan tepat
2)janji nak apa2 mesti setengah jam lambat(tu kira okeylah tu)
3)suka sangat merendah diri(“cukup la dengan apa yg ada” punya atitude)
4)malas sangat sinonim dengan melayu
5)kalau buat keje mesti lambat(tak caya?pegi kedai aper2 servis melayu,pastu pegi kedai servis cina.tengok mane siap dulu
6)sangat takut ambik risiko(tu yg bnyk tak berani buat bisnes.tpi skim cepat kaya laju plak masuk)
7)konfiden diri rendah(tak semua la,tapi rata2.dah asyik pikir ‘takut ape orang pikir’)
8)suka merempit(boleh kira berape mat rempit kaum lain kat malaysia ni)
9)bahasa kiasan terlalu bnyak sampai kdang2 tinggal message je
10)sibuk nak memartabatkan bahasa sendiri tapi belum mahu nak majukan diri..(kaum yang berjaya kat malaysia tak sibuk pun nak buat camtu?)
11)memandang bahasa Inggeris dengan remeh walaupun tahu bahasa itu yang satu dunia pakai(nak memartabatkan bahasa sendiri pun,make sure la diri tu maju and setanding ngan kaum lain dulu)
12)sibuk berpolitik and berebut kuasa berbanding penguasaan dalam ekonomi
13)suka cakap pasal orang lain.kalau orang tu maju sikit mula la dengki.(mula la cari bomoh guna ilmu hitam)
14)bergossip dan mengata adalah aktiviti utama kaum wanita melayu berumur(anak dibiarkan merempit)

oh..bnyk lagi la..

terpulang la nak terima atau nak tolak tepi fakta realiti and terus hidup dalam angan-angan ‘hidup melayu

adakah saya menghina bangsa sendiri?tak.sngat berbangga dengan dengan sape diri saya(masih makan nasi gun a tangan) cuma dah letih and jemu melihat orang melayu ‘cakap tak serupa bikin’ and tak nak belajar dari kaum yang dah berjaya..

ego kah?

..
Comment by Khai
2009-03-14 12:03:11

kalau amik exam masa SPM, mesti dapat A1 terus karangan bahasa melayu.. point yg betu dan tepat..

Ya, saye juga makan nasi dengan tangan.. siap lauk-pauk kampung lagi.. dan saya bangga dengan itu.. hehehe..

Tggjawab kita sekarang, nak ubah pandangan bangsa lain terhadap kaum kita.. kaum yg mempunyai sebuah negara tapi tercicir di negara sendiri :8

..
 
 
Comment by muhafis
2009-03-14 11:28:19

jgn enko nnti yg kne
ISA kang adalah.. heheh

..
 
Comment by Ashkebab
2009-03-14 14:22:49

Alamak,sedih bile tgk google images bile type melayu.adeh…. something has to be done about this bad scenario…

..
 
Comment by AmirulFaisyal
2009-03-14 14:28:14

Menarik ayat Khai yang last nih:

“Psstt: Cuba korang ke Google Images dan search Ò€œmelayuÒ€.. Nengok gambar apa aje yang keluar? Melayu.. Aku lihat layu dalam melayu..”

Cadangan aku untuk gain top 10 search results untuk keyword ‘Melayu’:

1. Mana2 blog yang dah lama online (lebih dari 2 3 tahun), kalau boleh buat entri khas pasal ‘Melayu’. Masukkan perkara2 positif berkenaan Melayu dalam entri tuh.

2. Blog2 lain yang baru boleh support entri blog tu dengan link-kan dengan anchor text ‘Melayu’.

Dari sini kita boleh ‘bunuh’ site2 yang mengarut2 daripada ranking top-10 di Google search results.

..
 
Comment by suri
2009-03-14 19:17:08

aku ingat kan bila ko cerita pasal “ala2 agama” koni akan berubah jadi baik tapi sama ‘dajal’nya gak…konon macam dah dapat hidayah…langkah pertama yg ko patut wat wahai khai yg x insaf2 adalah jgn suka sgt nak kutuk org…ni rencana kedua ko ckp najib najis…padahal ko 2 yg cam najis…jagan sibuk nak rasa malu menjadi melayu dan beragama islam hanya kerana sebuah drama sedangkan ko x cuba untuk mengubahnya…

..
Comment by Khai
2009-03-14 20:40:34

agaknye perlu ke blog ni diubah dalam bahasa tamil atau mungkin bangla? kerana ada orang bangla seperti kamu yang tak paham bahasa melayu… mungkin baca entri sekerat…

shame on u ~ bila I cakap nasjib tu najis, b0d*!! :love:

..
 
Comment by M&H
2009-03-14 21:07:06

ape la dia neh… baca tak abes.. pastu dtg2 blog org kutuk2.. pastu tak brani tinggalkan URL ngan email sebenar.. blah la… we dont need spammers like u… go to hell.. ahahhaha.. πŸ™‚

..
 
 
Comment by miss kaka
2009-03-14 22:52:00

wahai melayu sekalian, ubahlah diri kita semua agar menadi bangsa yang disegani..
amin…

..
 
Comment by aman
2009-03-15 02:04:19

hoho…oleh kerana aku bukan melayu, takleh nak komen lebih2…huhu

..
Comment by Sapitt
2010-03-20 17:25:28

Roti canai satu.. ngan nasi kandar satu.. boleh? :aie:

..
 
 
Comment by zelo55
2009-03-15 04:08:08

“kalau tiada angin, masakkan pokok bergoyang”

hahahaha…
mcm ayt aku gune kt entri sblom ni je…
hahahahah..

ke ko ktuk aku khai?

hahaha…

lalllalalallaalalaaa~

..
 
Comment by twenty-six
2009-03-15 09:46:05

bukan atas nama melayu itu layu..mereka yang berbangsa melayu itu sendiri memilih untuk menjadi layu..dan berapa ramai tak mahu mengaku melayu kini?

..
 
Comment by suri
2009-03-15 15:22:00

sorry yer bro khai aku mmng baca sekerat jer ari 2…g pun memang sajer jer nak cr pasal dgn ko ni…aku mmng suka cari gaduh terutama org yg aku x kenal cam ko ni…rajin yek ko bc balik komen2 budak2 ni…ala g pun mmng ko ni suka kutuk org….tul kan

..
Comment by Khai
2009-03-15 15:25:22

ko ni mesti tongong yg takde blog.. kalau ada blog, mesti ko tahu tatacara melayan readers.. lagi2 tatacara melayan reader tarak hotak, biadap dan bacul macam ko ni..

Suka kutuk orang? ye ke? mana? tak nampak pun.. selalu kena kutuk ada la.. contohnya takyah jauh… gi nengok cermin.. nampak la orang nye.. 😎

Sekian ~

..
 
 
Comment by fazrewl
2009-03-15 16:03:31

Aku tak tahu nak kata camna..
sekarang memang lain..
bukan cam orang dulu perjuangkan..
sekarang lebih kepada diri sendiri dan kaum kerabat dia ja…

..
 
Comment by suri
2009-03-15 16:19:30

aku ada blog tapi lebih kepada ilmu pengetahuan bukannya mcm ko blaja jer kat ipts tp penggunaan bahasa teruk yg amat…ko layak rasa malu jd melayu sebab ko memang melayu tahap rendah yg amat…mungkin aku silap kerana ini ‘cara’ ko melayan reader…teruskan perjuangan ko yg ntah apa2 2…aku pun x tau mcm mana aku bleh gaduh dgn org yg mcm x berpelajaran mcm ko ni…apa2 pun memang style aku komen kat byk blog2 org lain…nasib malaysia kini x leh komen kalu tak nak gak aku komen pedas coz kutuk kerajaan macam diri 2 bgs sgt…sama r mcm ko

..
Comment by Khai
2009-03-15 16:37:23

komen pedas mmg boleh saudara, tapi biar kena dengan fakta.. ni baca sekali pintas (atau mungkin tak paham bahasa melayu) kemudian nak komen pedas2 ye tak? wah.. siapa yang ajar saudara tu?

Cara saye mudah.. reader yang bagus dan ok, saye layan dengan sangat ok.. dan bila reader sesat dan bacul yang nak tunjuk bagus sesuka hati, saya 2x ganda boleh tunjuk bagus..

Oh ye ke blog ilmu pengetahuan.. ape URL, nak gak belajar kat blog ilmu pengetahuan tu. Wat pe nak rahsia2 kan? tak gitu?

Dan jika ada masa, bacalah ratusan artikel sebelum ini yang banyak jugak imu yang dikongsikan.

* lihatlah siapa yang hina siapa.. oh… πŸ™‚

..
 
Comment by M&H
2009-03-15 16:52:50

hohoho… aku pon nak baca gak blog pengetahuan tuh.. mana taw leh jadi pandai… bg la URL.. ala kedekot tol la dia neh… bak la sian aku nak baca blog pengetahuan pon kedekot… tak guna ada blog pengetahuan kalo tak bg URL.. umpama kedekot ilmu… bila kedekot ilmu, tak berkat la ilmunya… huahuahua… πŸ™‚

..
 
 
Comment by mads xy
2009-03-16 21:30:20

ni fakta khai…
yang namanya melayu itu mesti beragama islam…
ni dah termaktub dlm perlembagaan…
tgokla kes lina joy yang nak tukar agama, tpi x diluluskan krana dia sorg melayu dan islam x benarkan penganutnya murtad…adalah lebih baik dia trus dihukum bunuh…

dan satu lagi…
pasal blog adibah ahmad tu…
polis da wat siasatan…owner blog tu bkn adibah ahmad spt owner blog tu…tu keja manusia yg x btggungjwb…jgn ckp polis x wat keja…
lam negara ada undg2…smua pkara trutama yng mnyentuh hak dan keistimewaan org melayu dan islam adalah pkara sensetif yg menjadi salah satu tradisi dlam plembagaan…
hehe…chow

..
Comment by Khai
2009-03-17 00:22:52

mmg itulah yang diketengahkan dalam entri ni. Melayu adalah islam, kenapa saudara ni ulang balik ye apa yg cuba disampaikan..

Dan pasal adibah ahmad tu, bukan suruh polis tangkap adibah ahmad.. tapi tangkap dalang dia.. maklumla kes tu pun senyap gitu je.. takut senyap sampai bila-bila. saja nak mengingatkan..

dan saya sendiri dah lama buat kesimpulan pasal kes adibah ahmad ni pun…

http://justkhai.com/blog/adibah-ahmad-menghina-nabi-muhammad/

..
 
 
Comment by KNizam
2009-03-16 23:50:49

hehe tuh la kan
last2 kita tinggal keretapi tanah melayu je kan

..
 
Comment by Aby RAd
2009-03-22 12:20:41

knape bangsa kita nama me-LAYU??
knape negara kita nama malay-SIA [sia²]??

..
 
Comment by pening
2009-06-08 11:10:25

Dah name pun melayu..layulah dia..kalau xnak layu..namekan ‘menyegar’..segarlah nnt..hehe 8) 8)

..
 
Comment by aca
2009-07-21 18:01:53

xpayah penat2 pk nape melayu jadi camni, nape melayu jadi camtu.

xmo membebel bnyk. Islam tu sendiri ade hukum hakamnye. ade pantang larangnye. klu kite ikot 100% ape yg tlh ditetapkn oleh Allah, insyaallah akan selamat umat islam itu sendiri.

Pantang larang dan hukum hakam dlm islam bukan bermakne untuk menyusahkn. tapi adalah ntok kebaikan mannusia sendiri. “mencegah lebih baik dari mengubati” πŸ˜‰

satu yg saye agak sedih ialah. pndidikan matapelajaran agama disekolah harian biase amatlah tidak mencukupi untuk membantu dlm pembentukan anak2 kecil menjadi muslim sejati. klu dirumah mak ayah tak bg perhatian dlm didikan agama, sekolah ajela yg dpt bg didikan agama pd murid2 ni. yela klu org tue tu adela gak idea nk gi blaja agame kat masjid. dga kuliah agame pas maghrib ke.

tapi tu lah. adekah sistem pendidikan agama yg diamalkn disekolah skang ni mencukupi? trus terang syg katekn, saye tak yakin.

..
 
Comment by BiZi
2009-11-13 13:00:28

mlayu skarang mudh lupa sbb trlalu bnyak yg diberi dan disuapkan…dorg xpatriotik macm zaman dlu sbb dorg xprnah merasa apa itu kesusahan..lahir2 trus ada KLCC trus ada LRT.. mna nak tahu ssah….Just sedikit pndgan…salam…. πŸ™‚

..
 
Comment by hafiz
2010-06-01 17:31:39

apa cara pun kembali kepada islam..

..
 
Comment by dan
2010-06-21 01:26:32

khai , ade tak link untuk download lagu kat atas tu?
aku dah addicted dah , hahaha

..
 
Comment by Khai
2010-06-21 05:09:13

Dan, mesti la ada.. boleh download dari link berikut..

http://www.mediafire.com/?mnngyzth1m4

..
 
Comment by ejardkethot
2010-06-21 05:45:00

melayu….
kalau kita hidup berlandaskan ISLAM..
mungkin kita x jd melayu yg layu..
tp kini Islam hnya tulis dlm ic ja..tp cara hidup
cara pk…lngsung x brlndaskan agama..

tp btoi la..korang2 yg bloggers ni..tlg la..buat entri yg baik2 pasal melayu…leh la ubah kalu google2 nma melayu…harapan ku pada bloggers [sy x dak blog tp follower yg tetap]… =(

..
 
Comment by ika
2010-06-21 07:35:41

Well, mungkin antara sebabnya orang melayu tu sendiri menjadi semakin layu disebabkan terlalu dimanjakan di tanah air sendiri. Terlalu banyak keistimewaan yang orang melayu dapat berbanding bangsa lain sehinggakan orang melayu tu alpa, dan takde kesedaran langsung untuk bangunkan diri sendiri dan bangse melayu tu.

Lagi satu setiap apa yang kita katekan itukan doa, maybe sebab nama MELAYU tu sendiri tu meLAYU, maka layulah ia. Lagi satu bila Dr M kata “Melayu mudah lupa.” maka lupalah ia. Ini dari segi psikologinya.

Kadang-kadang disebabkan nak moden sangat pun bawa masalah (sosial etc). Bila tak moden/maju pun masalah jugak, bangsa jadi mundur, macam katak bawah tempurung. So apa-apa pun, apa yang aku nampak nak jadi orang melayu yang berguna kenalah berpegang kepada agama ISLAM! Barulah segala kerja yang kita lakukan berteraskan pada paksi yang betul. kenapa aku cakap camtu, sebab sekarang ni, segala masalah yang berlaku pada orang melayu ni disebabkan nilai-nilai “Islam” tu takde. Islam hanya pada nama, tapi bukan pada perlakuan!

Sampaikan aku rase, ‘aku tak bangga dilahirkan jadi org melayu, tapi aku bangga dilahirkan jadi orang islam’. Wallahualam~

..
 
Comment by suraya
2010-06-21 09:14:58

wah sajak ni khai baca ea?
bagus bangat isi dia!
hehe takpelah ambil yang baik2 saje, yg bruk jd kan teladan πŸ™‚

..
 
Comment by manusia
2010-06-21 12:58:55

terima jelah…kenyataan memang menyakit kan pun….

..
 
Comment by redz
2010-06-21 13:44:58

nak buat cam maner,,,,nama melayu…tp org paling kaya kat malaysia bukan orang melayu tp org cina dan india

..
 
Comment by riz
2010-06-21 15:57:43

Yg layu melayu yg malas.. suka maen judi, suka maen skim pat mat telo, merempit, berlagak macam ada duet, tapi poket kosong.. melayu nh yg merosakkan bangsa… kerja malas, gaji nak banyak, keja nak senang..

..
 
Comment by Noor Idayu Azmi
2010-06-22 23:47:56

sekalung tahniah kpd commenter coz ‘berani’ mengucap kan “jutaan pujian” kpd rakan2 kita, & jutaan terima kasih kpd khai coz membangkit ‘jati diri’ n kesedaran kpd kita semua, terharu sy bace sume komen2 nie, thankz =(

..
 
Comment by ketuk_angel
2010-07-09 17:02:26

aku tertarik dengan satu artikle yg di post kan kat facebook… cara2 bagai mana menyatukan melayu…..

http://www.facebook.com/album.php?aid=189557&id=659403585#!/notes/shafina-bidin/benar-kah-kite-benci-yahudi-anti-zionis/413901044678

blog nih selau kata benci yahudi, melayu mundur… tp xnyatakan plak camner cara yg berkesan nak bagi keadaan kembali normal… jd aku jempot nkorang sumer baca artikle nih kat fb… jgn lupa share ngan kengkawan laen

..
 
Comment by nafisa81
2010-09-27 15:46:37

digalakkan search perkataan melayu, cina, india…lihat apa yg melayu slalu cari,

..
 
Comment by heroo
2010-12-14 18:44:27

kita sebagai org melayu jgn hanya menunding jari pada yang wat salah je..mesti ada sebab atau punca jadi gitu..cube kita bersatu memperbetulkan yang mana tidak elok, ini main tuduh je sampai bila tidak selesai masalah lagi bawa masalah adala nak harap kerajaan je sepenuh masa ambil tidakkan payah la bukan setiap sorang pasang kamera, kita yang rapat dan nampak la ambil tindakkan awal..mengata kaum sendiri..kamu semua orang ape bukan melayu ke..patut malu la sikit, kalau la dibaca oleh orang yang bukan melayu apa pandangan negatif meraka pada kita..renung-renunglah sendiri..jangan pandai cakap ja buat tidak..untuk perbetulkan anggapan negatif sahaja..ibarat lidi kalau sebatang mudah je patah cuba kalau seikat mau tangan yang patah dakkkkk………sekian

..
 
Comment by heroo
2010-12-14 18:55:20

pehal la korang nie
xmalu ke mengata kaum sendiri cube la fikir cmne nak elak semua 2,yang duk mengata kaum sendiri cuba kalau kaum len bace ape anggapan diorg pada kita,jgn asik menunding jari je.
klu gni la smpai bile2 xkn settle..cube melayu mencari jln dan bersatu memperbetulkan keadaan yg hampir nazak nie..jgn tmbh lagi benda yang keruh.. jgn org anggap belajar tinggi2 bodo bertingkat2..asik mau kutuk dan menunding jari je..msti ada punca nape jd gtu..sekian 8)

..
 
Comment by eszairy
2010-12-22 07:21:14

Aku sokong sangat article nni.

Cerita-cerita camne la yg patut diperbincangkan sebab umat yg kian nazak dengan macam2 masalah.

klu cerita politik melayu terkenal dengan perpecahan.
Klu masalah sosial melayu juara.
Dan macam-macam lagi.
hanya pendidkan yg kita bangga yg melahirkan generasi yg rosak akhlak.
Cuba kita tanya diri kita adakah semua yang berlaku ni, agama yang nabi kita bawa.
Sekian, :p

..
 
Comment by ProfHariz
2010-12-22 13:03:13

Khai ada cadangan untuk kita blogger2 bersama-sama membangkitkan melayu yang dulu! Bukan melayu yang layu…

..
Comment by Khai
2010-12-22 14:30:01

Simple.. jangan kutuk blogger sesama blogger biarpun pendapat masing2 berbeza.. Benda ni dulu tak berlaku.. sekarang ni dah berlaku hanya kerana mereka ada niat yang tersembunyi..

..
 
 
Comment by wan
2010-12-22 13:13:01

blog obe yang femes pon ko xtau ke jizz in my pantsss!!

obefiend.blogspot

..
 
Comment by aaa
2010-12-22 13:54:01

org melayu ni hebat sebenarnya. πŸ™‚

..
 
Comment by eizal
2010-12-22 17:19:54

dunia yg sementara..akhirat yg abadi..fikir2kanlah…di akhirat perkara yg membezakan sluruh umat manusia adalah agama & amalan kita…

..
 
Comment by black presario
2010-12-22 22:19:40

So..ape yang kite boleh lakukan untuk mengubah nasib bangsa kita?

..
 
Comment by thai_long
2010-12-22 22:49:17

tak payah nak berpost bagai lah…aku malu lah lihat bangsa aku sendiri akan bergaduh dan salah sangka disebabkan ni…aku tau niat dan tujuan khai baik utk kesedaran anak2 jati melayu kita.tapi aku risau kalau2 ad yang berfikiran sempit terpesong pemikirannye dan beranggapan tidak baik.

..
 
Comment by orang baik
2010-12-23 01:59:54

korang baru sedar ke politik malaysia ni kotor..
bapak aku awal2 cakap kat aku..
“bila dah cukup umur..wajib undi PAS ye”
ak pelik bila bapak aku ckap mcm ni..
tp bila ak slidik balik mane yg perlu ak decide..
mmg ad kebenran kata bapak aku tuh..
wallahualam…

..
 
Comment by delimamerah
2010-12-23 10:45:02

aku sependapat dgn Abg Di…Islam dh cantik dh…meliputi semua aspek…politik juga xtrkecuali…Islam adalah teras…ape yg blaku skrg ialah teras trsebut x difokuskn…yg duk bz fokus pd politik bagai tu buat ape?? apetah lagi yg difokus(politik) tu xberlandaskan yg teras (Islam)…mmg menyedihkan… =(

..
 
Comment by syed hareez
2011-01-03 08:03:38

tah apa2 artikel nie. tahu berblog tapi otak macam tin kosong, saya tak kisah lah org cakap melayu layu ke melayu bagus ke… saya bangga kalo org kata kalo tengok saya nampak “muslimah” pakai baju longgar ,labuh dan berhijab, esok2 bukan Malaikat tanya apa bangsa kamu tapi bgaimana iman kamu, solat kamu ? sama je kita semua yg bezakan kita agama je. 😎

..
Comment by Khai
2011-01-04 02:10:40

Ntah ape ape komen ko ni.. Nak komen baca entri tu dulu baru komen. Aku pun tak tahu siapa yang tin kosong sekarang ni.. heh..

..
 
 
Comment by hareez
2011-01-05 21:46:18

blog yang menarik. syabas!

..
 
Comment by student
2011-04-18 13:37:44

aku student oversea,(alhamdulillah diberi peluang)rata2 kawan2 aku yang bukan melayu dan bukan bercakap dalam english sebagai bahasa utama sendiri memandang tinggi kepada umat melayu,lidah lembut bagi saja apa bahasa mesti boleh immitate, semangat tinggi xputus asa. sebagai nasihat, jgn merendah2 diri xbertempat, malu tidak bertempat, semua bangsa sama sahaja, yang penting jati diri, kualiti diri, apetah lagi kita umat islam yang dikatakan mmg umat yg terbaik oleh allah

..
 
Comment by melayu
2011-10-06 08:28:10

Layu kerana defeatist attitude. Bukan salah mak bapak atau sebab sekolah tak pandai. Sikit2 nak menangis…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?