Mak Saya Memang Champion!
Tiba-tiba rasa nak buat artikel tribute untuk mak sendiri. Dah 4 tahun blog ni wujud, satu pun takde lagi artikel tribute untuk ibu sendiri. Sedangkan, kalau tanpa dia, blog ni haram tak wujud. Korang pun tak wujud sama untuk baca artikel ni kalau bukan sebab mak korang. So, kalau teringat kat mak masing-masing tu, doakanlah semoga panjang umur dan sihat sokmo hendaknya. Buat satu artikel tribute pada mereka. Tak perlu lah tunggu Hari Ibu sampai, baru sibuk nak tulis pasal mak korang. Untuk yang dah kehilangan bonda terchenta tu, doakan semoga mudah perjalanannya menghadap Illahi. Amin.
Tadi, Khai tiba-tiba teringat mak kat kampung. Haritu baru je jumpa time raya. Rasa tak puas pulak nak borak-borak dengan dia. Bila lapar sikit je teringat rendang mak kat kampung. Rendang dia memang champion la. Takde mak orang lain boleh lawan. Ape lagi sambal kerepek pedas yang mak buat memang takkan jumpa kat kedai. Hehehe. Memang setiap dari kita semua akan cakap masakkan mak kita yang paling sedap kan sebab dah memang dari kecik lidah kita ni merasa air tangan mereka. Apa tidaknya.
Hidup seorang insan bernama Khai sekarang semangnya dipengaruhi didikan yang Khai terima dari mak Khai masa kecil dulu. Mak dengan Abah Khai dulu tak pernah rotan Khai. Tak pernah pukul, cubit ape lagi nak sepak terajang macam separuh ibu-bapa yang lain. Mungkin itu cara didikan mereka. Tapi bukan ibu bapa Khai.
Even tak rotan pun, perangai Khai tak la terjal macam remaja yang lain. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri tapi memang kenyataan. Antara didikan yang Khai masih ingat mak Khai pernah apply dulu adalah..
1. Tak kasi pergi merayau rumah orang. Sampai sekarang Khai tak suka melepak buang masa buat benda yang tak mendatangkan hasil.
2. Bila maghrib mak suruh tutup TV. Biarpun time tu cerita kartun best-best. Memang bangang TV kat Malaysia ni kan mak time Maghrib tayangkan cerita kartun nak suruh budak-budak abaikan solat Maghrib. Hurm, sampai sekarang anak mak ni reti balik rumah sebelum Maghrib dan diam bila azan. Cuma solat tu je selalu terlambat. InsyaAllah anak mak ni akan berubah menjadi yang lebih better dari hari ke hari.
3. Dulu bila Khai bercerita pasal anak orang ni orang itu, mak akan marah. Alhamdulillah anak mak ni tak suka mengumpat orang lain apelagi kawan-kawan baik yang tinggal serumah. Keturunan mak insyaAllah takkan ada yang talam dua muka.
4. Mak Khai selalu pesan jangan biar orang pandang rendah dengan kita. Tapi jangan juga biarkan orang pandang kita terlalu tinggi. Dalam maksudnya tu mak. Sebab tu hingga hari ini anak mak ni saje yang tahu siapa diri ini. Ingat, jangan bercakap sebelum ditanya takut digelar seorang yang berlagak. Jangan membalas dengan sesuatu yang lebih pada diri kita apabila ada insan yang bercerita akan kehebatan diri mereka. Jangan mengajar sebelum minta diajar dan paling penting hiduplah bersederhana bersesuaian dengan suasana sekeliling.
5. Mak Khai selalu pesan kalau duit terjatuh even 5 sen pun, ambil’lah sebab tu mungkin rezeki sebenar kita. Jangan biarkan ianya hilang. Kalau makan nasi pula habiskan. Dulu Khai selalu makan tak habis. Mesti nak tinggalkan seketul. Sekarang tak buat lagi dah. Sebab mungkin nasi yang seketul tu lah tadi akan jadi darah daging kita yang baik untuk zuriat kita di masa akan datang.
6. Dulu time sekolah, bila ada awek call je cakap nak bercakap dengan Khai, mesti mak Khai sound direct terus! Lepas tu terus letak telefon. Padahal awek tu nak tanya pasal homework je pun. Hahaha! Sampai sekarang, anak dia ni nak sebut “HI” kat perempuan pun takkan boleh. Pandang mata perempuan pun tak berani. Sebab tu la bila dah ada awek, akulah lelaki super-setia!
Mak Khai tak suka makanan pedas so dia tak pernah masak masakkan yang pedas-pedas. Sebab tu Khai pun tak suka yang pedas-pedas. Awek yang pedas-pedas (hot-hot) takpe. Uhuhu!!
Mak, bila orang nak dapat hantar mak abah pergi haji yerk? Doakanlah anak mak ni murah rezeki berlipat-lipat kaliganda. Niat orang betul-betul ikhlas ni mak nak hantar mak pergi sana. Orang sedar mak dah makin tua. Abah pun dah mula sakit sana, sakit sini. Ya Allah, tolonglah.
Mak, dari dulu mak selalu pesan supaya orang jangan hisap rokok. Mak kata jangan pecah tradisi. Takde anak lelaki dia yang hisap rokok. Demi nak jaga hati mak dan taknak bagi mak risau, orang cakap orang tak hisap rokok. Dulu orang ingat bila dah ada income yang selesa hasil titik peluh sendiri, orang boleh buat apa orang suka. Tapi orang silap. Frankly speaking nak minta maaf kat mak tapi sukar nak diluahkan. Sekarang anak mak dah tak sentuh rokok tu lagi. Maaf mak!
Mak, dulu masa sekolah lagi orang selalu curi duit mak kat atas peti ais. Buat beli jajan dengan air 100PLUS. Hehehe. Orang rasa mak tahu kot tapi mak tak pernah marah. Maaf mak! Alhamdulillah mungkin berkat doa mak, anak mak ni tak pernah mencuri apa-apa hak orang lain sehingga hari ini even duit 1 sen kat tepi jalan.
Mak, orang selalu cakap dengan mak yang orang nak kahwin. Orang gurau-gurau je mak tapi mak ingat serious la pulak. Hehehe. Mak cakap cari duit banyak-banyak dulu baru fikir pasal tu. Even orang tahu yang duit bukan segalanya, tapi memang betul apa mak cakap tu. 70% orang bercerai atas muka bumi ni adalah disebabkan masalah kewangan.
Mak, orang harap sejuk perut mak melahirkan orang 21 tahun yang lalu. Khai Khai Khai Khai Khai, jangan kecewakan mak! Khai Khai Khai, jangan tinggal solat. Berdoalah 5 kali sehari untuk Mak!
Nama dan gambar tak perlulah Khai letak kot since Khai sorang je tahu cukuplah. Korang boleh nengok gambar mak korang sendirikan? hehehe. Sematlah gambar mereka di dalam hati baik-baik. Ingat, anak yang soleh adalah anak yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu-bapa mereka. Oh! Mak, I Heart You!!
Tahniah kerana membaca luahan ikhlas dari hati seorang anak yang mencintai ibunya sehingga di baris ini. Saya Sayang Mak Saya! Hehehehe.
P/s: Sekarang seriously Khai tengah mengidam sangat-sangat-sangat nak makan Serunding dengan nasik. Makan dengan Maggie pun takpe janji serunding. Makan camtu-camtu je pun macam makan jeruk misai yang warna merah tu pun takpe janji serunding. Mana nak cari ye serunding kat KL ni? Korang tahu? Huhu, serunding ni problem sikit nak suruh Mak Khai buat since rasanya dia tak pernah lagi buat serunding ni kot. Aiyark!
ape kate esok ko call mak ko, soh die poskn serunding.. haiisshh.. sian benor aku tgk ko ni.. ngidam ngalahkan ibu mengandung.. huhuu :[
wakakakka.. butul2.. apa nak jadi. mengidam la katakan. hihihii
hoho.. panjangnyerr… bagus la khai ni.. anak soleh ๐
ALA anak mak …. :[
aku pun anak emak.. hehe
ade ke yang dilahirkan oleh bapak?
alahai anak omakkk….hehe
ish insap ak kejap bace artikel khai ni…
tahniah di atas penulisan yg jujur ni!
SY PON SYG MAK SY!! ๐
salam pagi khai.. ๐
bagus jugak ada artikel macam ni. mengikatkan kita dengan ahli keluarga. bukan saja mak, malah seluruh ahli keluarga.
saye pun sayang mak saye jugak.! :love:
tapi apesal en,kalau kita kata kita sayang mak kan.@or anak mak.org sebok2 nk dengki.
bangang mereka tak de kasih syg mak ke.haha.
nway,masing2.jaga ibu anda elok2.
dokan mereka
serunding berlambak kut kt KL.
susahla nk buat serunding.
try tnya org pantai timur,diorang tau kut kt KL kt mane.
pastu kau makan ngn nasik yang panas2 baru masak.
perhh!
sedap tuh..
err..terlebih komen sudey. ๐
huhu…. so sweet…..
mungkin pengalaman sume org xsame tp yang pastinye mak tu cuma satu dan setiap apa yang die buat sume sebab ‘sayang’.
walaupun kekadang cara nak tunjukkan sayang tu berbeza, tp niatnya sama…. (^^,)
erm.. betul tu…. ye laaa, kalo tny pun, masing2 akn kata syg org yg berbeza… gitu gak ngan masakan….biapun owg len x ske, kita ttp ske mskn ma kitaaaa… kn3.. ๐
saya pun sayang mak saye…..
owww ..
lorrr….sian nyeee…awat tak habaq siang2 sblm pose dulu…cek jual serunding laaa….memang ramai yg beli…kelantan mariiiii….:)
Betul tu..
mak byk berkorban untuk kita..
tapi selalunya kita tak menghargainya..
yup ..betul tu …..
sayang mak nak rak jugak!!
apsal slalu simpan duit atas peti ais ek>
same je kat mana2 pon
hoho
sy sayang mak saya jugak.. :8
syurga di bawah tapak kaki ibu.. ssyangi ibu 100% tp sbg anak kdg2 rasa x ckup pengorbanan & kasih syg yg kita curahkan.. demi anak2 ibu kita terlalu kuat.. walau apa pon kesalahan yg ibu kita lakukan sayangilah mereka.. doakan lah kebahagian mereka dunia akhirat..
Suruhlah mak Khai post serunding gune tele-post. Haha ๐
Khai.. nanti aku poskan t-shirt yang ada tulis SAYA SAYANG MAK SAYA ye.. jangan pula tak pakai.. ikhlas ni… ๐
alahai khai..kesian ko ..sedih gak aku..sebab mak ko macam mak aku =(
Jujur daus cakap, Khai mmg ikon daus…
sebab Khai:
1. Anak soleh
2. Hebat.
3. Cerdik
Tapi serius daus nak gtau…
daus sayang MA daus 7 kali ganda dari daus sayang abah daus…
maknanya, daus sayang Ma daus lebih sebab MA yg mengandungkan daus…
:o:
Aku pn sayang gile kat mak aku….
Sayang gile… :bloody:
SUPER SWEET ENTRY…
:8
sgt2 setuju, sweeeet sgt…
haah..agree…sweet sesangat entry dr ‘anak lelaki’ ni .besenyer pompuan lebey suke wat entry sal Mak ni kan..heheh ..huhu…
haaa
memang sangat manis ๐
holohhh holohhhh…
mcm manja sgt la pulok! serunding kat pasar2 tani ada jual rasanya.. sila la bangun awal pagi ye en.adik…
hampeh… last2 tulih mak ko tak pernah buat serunding… papepun bangga la… ramai lagi org yg berperasaan…
syabas! ๐
Sebab tu la bila dah ada awek, akulah lelaki super-setia!
i loooooooooooove this! hehe
agree! ๐
alhamdulillah, terima kasih atas catatan ini. jika diselami dan difahami sedalam-dalamnya, ia bakal menyentap jiwa.
klu jiwa disentap tapi tidak mendoakan pun tak guna juga kan khai? aku harap ramai yang sedar akan kedudukan ibu bapa dalam membentuk diri kita.
mungkin ramai yang komen disini masih punyai nilai-nilai murni yang tinggi tapi bagaimana nak sampaikan kepada mereka yang tidak menghargai ibu bapa? adakah mereka pembaca blog?
Love this entry <3
Along pun sayang Ummi ๐
*terus gi peluk Ummi kuat2*
cerita anak mak.biasalah tu.aku pun sama juga.
mak lebih banyak berpesan daripada bapa.kalau
tak dengar cakap bapa aku terus rotan.tak ada rotan
surat khabar lama pun jadilah.tapi tak sakit pun.
Mak aku kata jangan hisap rokok dan main
mercun.bunga api boleh kot.bukan meletup
pun.10 daripada kawan aku semua hisap
rokok.aku je tak.hehehehe………………………
serunding ade jual kat Giant la khai.. kt gerai yg jual kuih raya pon ade…
Sy pun sayang arwah ummi sy meskipun kini arwah tiada lagi di sisi. Maseh terbayang jelas di ruang mata setiap tingkah
laku dan kaseh sayangnya yg agung. Semoga arwah ummi damai di sana. Amin.
.hee so sweet
.bagus lah syg mak
.kite pun syg mak kite (: :love:
salam…
subhanallah, entry yg sweet sgt.. cara awak tulis nie wat sy teringat pd seseorang.. seorang lelaki yg jge sgt rapat dgn mak die.. kebanyakan hal dalam hidup die, antara orang terawal yg akan tau adalah mak die.. sungguh, sy percaya lelaki sebegini akan menjadi seorang suami yg baik pd ms hadapan.. utk khai jge sy doakan, amin ya rabbal alamin…
khai, anak lelaki biasanya akan rapat dgn mak kn? dalam keluarga sy pn cm2.. sebab sy ade 2 abang dan sy perhatikan, tahap kemesraan ade berbeza sedikit ble mak bergurau dgn anak2 lelaki dan anak2 pmpn.. mgkn sy yg byk fikir, tp nie la pe yg sy rasakan.. utk dri sy gk, sy rapat dgn ayah jauh lbh banyak berbanding mak.. kdg2 rse mak x syg sy cmne ayah syg sy.. berdosa kn khai sy fikir cmni? astaghfirullahalazim..
sbnya sy tau seorang ibu xkn pnh membezakan kasih sayang pd anak2nye, cme kadang kala perasaan 2 hadir sendiri.. ble baca entry nie, satu2 pengorbanan ibu hadir dalam fikiran.. pd waktu sebegini, air mata hampir menitis.. tanpa sedar, kte x hargai pn nilai kasih sayang orang tua ble usia semakin menginjak dewasa.. benar kan?
apabila awak menulis ikhlas dr hati, sy xkn pnh bosan membaca walau berapa panjang sekalipun.. nice entry khai, one of my favourites…
sy masih ingat lg dr.fadzilah kamsah pernah kata ibu rapat ngn anak lelaki dan ayah rapat ngn anak perempuan. mungkin cara ibu tunjukkan kasih sayang dia kt anak lelaki dan anak perempuan berbeza begitu juga dgn ayah. sy perhatikan mak sy sndiri. mmg betul ape yg dr. fadzilah kamsah cakap. tp sy tahu…mak sy sayang semua anak2nya dan sy pasti semua ibu sayangkn anak2nya…
betul tu kn awak? xtau la plak dr. fadzilah kamsah ade wat research cmni.. uhuk uhuk~ :oups:
aah la..aku pun rase gi2 gak..
mak lbh rapat ngn anak laki..
bapak lbh rapat ngn ank p..
tapi yang penting..kite kene igt ke2-2nya..
terutamenye bile pas kawin..
igtla mak bapak..
sblm Allah lebih igt n lbh menyayangi mereka.. =(
lawak plak aku rase. semue cite ko ni sebijik je ngn aku cume aku xprnh isapr rokok lah.hohoho.
bab time azan ttp tv tu mmg mak aku super tegas part tuh.cume, bile dh beso2 ni aku kejam sket. xttp pun, just kecik aje!hahaha
tp, biler ade yg dgr azan tp wat slumber tgk tv kuat2 tu…kompem aku maki2 dlm ati. otak letak kat lutut :p
Yeke tak sentuh rokok lagi ni, leh caya ker,
aku suka kesederhanaan ko khai, moga leh jadi inspirasi menegur hati pembaca dari sudut yg paling dalam, sayangilah ibu anda ๐
pe ni khai, mak aku nye rendang lagi superb tau!!
hee~
sayg kat mak ketat2..~~
saya pun sayang mak saya… ๐
serunding? kat pkns shah alam ada kot. tak pun kat alam sentral.
gila syahdu post kali nie khai.. aku pun cam nak buat gak rrr post camnie.. huhu, teringat kat mak aku.. mak aku champion gak tau.
apa2 pun teringatlah pada kedua ibubapa kita sebelum terlewat.. =(
First entry yang sangat bermanfaat …. harap countinuelah selalu cam ne erk k… ๐
baiklah.. ko dpt hadiah nanti.. ๐
=( terharu….
mak sye super awesome…
miss madiey…
im wondering wat’s ur real name
coz u really looks like my schoolmate ๐
Saya bersyukur saya masih tinggal dengan mak saye walaupun umur dah nak 22! ๐ ๐ ๐
Tiap hari dapat jumpe mak,
tiap hari dapat makan masakan mak,
tiap hari dapat dengar suara mak,
tiap hari dpt peluk mak, cium mak, manja2 dgn mak!
Saya pun sayang mak saya!
dulu…mase kecik2…
kantoi curi duit 50 hinggit…hahaha…
tp ngn ayah aku…
wakakakaka…smpai skarang aku ingat..
khai buat entri “Ayah Saya Memang Mantop!” pulak ye..hohoho…
atuk zelo,
pak cik yg sorang nie kn anak mak.. 2 yg die bias ckit kut? huhu~ ๐
ko kene rotan tak pakcik???
Salam Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Jangan lupa check update contest dan tolong promosikan undian yang dibuat.
huhu..khai , nnt dh kawin kna suruh bini khai blajaq camna nk masak rendang resepi mak khai…kalu x…kempunan la khai..
yeash,..masakan mak mmg terbaik, x dak sapa leh lawan ๐
semua org sayang mak n cara nk tunjukkan kasih sayang pon berbeza2….terpulang laa pada org tu….serunding???heh…aku pon suke serunding….kt kelantan ni berlambak2 tp.. mak ko konpem pandainye…cakap je kat dia…konpom ye wt nyer…
rase cam nak nangis jek bc entry nie.. nice entry khai.. sgt2 menyentuh perasaan..
yg time tgk tv tym maghrib tu.. teringat plak my mom pn slalu ttp tv.. tp, nk sgt tgk gak tv tym tu, (tym citer korea ngah hot gle) sggp mute kan volume! bile teringt blk rase lawak + cam bodoh pn ade.. huhu..
testing2..hehhehe…ermmm…mak miya dulu fuhyooo..garang woo.gile miya dulu kene kongkong…rotan sume tue mainan badan la,..pun begitu..tetap sygkan mak ayah…ye la pape pun…ayah dan ibu mestila sayang…jgnla jadi anak derhaka,..eyh pe ku membebel kat sini.,.
sbnarnye nak test avatar jek
khai…kalau aku jadi mak kamu…
sejuk ati mendengar luahan hati kamu ni
semoga aku bertemu jodoh dengan lelaki budiman seperti kamu
Amiin ๐
fact no 6 paling best ๐
sweet entry… tahniah di atas entry yang membawa maksud mendalam ni utk semua….
saya pun sayang mak saya… :love:
aku lagik best.. aku mmg dengar kate mak aku.. taat… sbb aku anak yg baik..
kenape? sbb bile mak aku ckp kat aku, “jgn balik tengah2 malam, tak baik…” aku yg dengar kate lagik taat nih, balik la kol 2-3 pagi.. hahahha…taat bukan? :p
ape ade hal? haha.. btw, thanx for d comment..
hik…dean2..
ank tholeh ker… :o:
tp kurag2 dgr kata gak kn.. :love:
nagis ler mak lam hati….. =(
wahaha.. taat abis ๐
kli prtama baca kelakar gak, cam budak kecik. :o: huhu tapi i vote ::like::for this entry!
khai xminat kamera? xnak buat entry pasal kamera?sy sgt suka kamera n ingin tahu komen kamu pasal kamera.
bila dah besar
mmg akan terkenag balik
apa yang dikatakan ibu bapa kita dulu
lebih2 lagi kalau dah ada nak sendiri
lagi terasa…..
giler best citer ko nih khai..
sampai abis ak bacer..
siap post dlm blog http://www.ohtengok.blogspot.com
meh try test tengok klu ader bran?? haha..
slute la..
hahaha… giler ah entry panjang giler pasal mak ko.. ape2pun masakan ibu gak yg terbaek ๐
2,3 kali baca cm nk ngis da………
umi, rndu sgt kt umi… =(
bro..
moga pnjg umur bonda y t’syg..
blh la dia tgk mnantu n cucu bgsu dia.. ๐
ahaks!
bagusla…entry ko nie khai
menusuk kat jiwa kalbu aku…… ๐
ala. sms aje. Mak aku selalu main sms dengan aku ape.. 8)
khai…
terharunye saye bace entri ni…. sgt sdeh… dh laa mak sy tgh sakit skrang…. waaa nak ngis guling2… mohon maaf dr mak!!
makkkk cepatlah sihat dan bleh buat kite tersenyum mcam dulu2! :love:
mak saya dah tak der..kuburnya pun tak der..meninggal masa wat haji…mak..saya sayang dan rindu mak walau dah bertahun mak pegi..satu masa kita akan berjumpa juga di alam barzah
innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Ya Allah, sedeynye baca pe awak tulis nie intan..
sabar banyak2 ye? insyaAllah banyak sgt hikmah ibu awak meninggal d tanah suci kota Mekah.. hanya insan2 terpilih je yg meninggal kt sne.. saya percaya arwah ibu awak seorang wanita berhati mulia.. semoga rohnya dberkati dan dcucuri rahmat.. amin ya rabbal alamin…
Ya Allah, sebak sangat hati nie… =(
sy ada bnyk emak…
emak yg pertama adlh emak yg melahirkan saya..
emak yg kedua adlah emak yg menyusukan saya..
dan emak ketiga adalah emak yang membesarkan saya…
saya sayang kesemua emak saya,tp saya syg emak yg membesarkan saya lebih.. sbb dia telah membesarkan saya dengan bersusah payah dari dulu sampai sekarang walaupun kami sebenarnya tiada pertalian darah pun..
i heart my mom too..
sebagai hakak dia.. mmg khai ni sorg adik yg super baiknya.. Alhamdulillah.. syukran ya Allah.. smpi la ni hakak saja saja nk cari silap dia.. tak sukses sukses..tak jumpa.. nnti ko.. hahahaah!
salam, terima kasih sebab buat entry yang mcm ni…lepas sye bca tiba2 je air mata jatuh…terus teringat kat mak kat kg…mcm dah lama xbalik tapi bru je balik dari kg seminggu yang lepas,huhuhu…ape2 pn thanks buat awak yang mengingatkan sye pada mak….
huhu… best nye baca entry ni. ingat mami kat kg. sa ni mmg anak yg nakal gila. asyik2 nak susah kan mak bapa n adik beradik yg lain. wuah…hahahahha…. :o:
huhu… ma mu ma ku juaaa… mari le kite sm2 balik kampung minggu depan… jangan nak adap n/book masing2 j kejenyer… keh3.. ๐
adik… bile nak mai cini… adik ni bz j manjang… smp atimu…. huahuahua :o:
huhu.. dah masuk streamyx ape kkcik? hehehe.. nanti free org datang la sane.. hehe
kc x msk pn lg.. huhu.. ni pki mxsBnd alg.. aritu kc d myCafe.. huhu… ni reply 4 adik.. ๐
!!cian, nape le tarik nafas lepas, tarik lepas… awat x lepas tarik, lepas & tarik lagikk… ๐ asalkan jangan tarik j tak lepas2 k… ๐
hah… tempat berhibur sdp sket di dgr, tp.. tempat nanges? huhu, ade nanges gak ekk.. sehari bape kali? ade 5x x?? ๐ btw, cantik bilik khai. x sabar nak tgk tempat tidur lak, dah taruk ke?? mane? x nampak pung?? huhu.. mimpi kering cane ek? mimpi basah tu bukan kencing malam kew.. ahaa… ๐
ermmm.. bx tentang artikel mak plak, sm le kn.. makmu makku jua.. haha… tp i kua dl dr u… teka sapa i.. ๐ lapa j igt kat ma yer… baru taw ma nye masakan paling sedap. nak nak kepek kegemaran adik, sggp ma buat lg dek krn nk bg adik… adik makan ke.. buang? ehh.. adik lak. khai. khai makan smp habis x? ke, smpn buat kenangan j..? huhu.. (ehh,khai pn de mention pasal kepek)
tak puas bual dengan ma ye? khai balik kg mmg de bual dengan ma khai? byk x bual? biasa bual tentang ape,khai? B-) bace tentang nasik seketul, t’igt lak, dl masing2 mmg sker tak habis makan, yg ketul2 jatuhkan dr pinggan konon tak pasan, tp ma even abah deraikan, akhirnye kite makan. .. smp skrg, kc pun sm, makan mesti nak habis,InsyaAllahhh (eh,dh tahu nampaknye sp i nehh..) bape ari le khai nak habisan bace ni kan.. dah habis bace sms bgth kc taw… ehee… ๐ kalo x sms tu membawa maksud x bace lagik le.. wekkss… ๐
waahh… khai ni super-setia… ehee… ckp pasai dl.. a’ahh, mmg kn.. garang kemain, nak nak abh le… if ma garang… ma sound direct, pe lagik abah… tol x? x berani sape nak cl ckp.. sure kena marah.. huhu.. ๐
huhu… cita2 adik nak anto maba p sanun, kc pun akn doakan semoga ia termakbul, Ameenn… ๐ bagus adik kc ni, dah le baik, dengar kata lak tu… tak sombong, lemah lembut & bagus le .. alim pun alim gakk.. ๐ so, cr le yg sesuai yg dijadikn isteri k.. kang payah lak nak didik.. ehee… ๐
adikkk….!!! “”””Demi nak jaga hati mak dan taknak bagi mak risau, orang cakap orang tak hisap rokok”””
ape ni arr… ooowwwhhh… isap ek.. nak kene tarik tinge ni… keh3… skrg x lagik kn? tamo buat lg taw.. sian maba… maba tamo bangat anknye isap bende alah yg tak b’pekdah tu… pleaseeee… kc pun tamo… meluat x kire le sesape pun.. ehe.. (sendiri taw le)
kah3… lawak2. tegolak den bc dik cuwik wet ma atas petiais… ahhaha… krg takdek lagik ek? pecah tabung de x?? ehheee.. eh, silap! sape yg pecahkan tabung ekk.. ehehe.. ๐
pasal kahwin, ehh.. tol ke dik gurau2 dl tu? kami pk kok tol2… biau bena.. mudo bona nak khwin… jasa maba pun tak dibalas lagik.. ehehhe… kc taw dik kc takkan mcm tu.. dik le 1-1ny harapan kami sekuage.. nak tgk adik bnr2 berjaya mencapai pe jua yg dik hajati, paling penting maba nyer hajat.. cian maba kita tu kn… tol tu, skrg ni kewangan amat2 le penting, tak stable, jangan nak men2 kn.. so, carik le bakal yg tak mata duitan jg… yg bole hdp dlm kesederhanaan, jangan nak perabehhh duit laki er yo…
aiiyaarkk.. artikel dik ni bile le dik masukkan… kc br j bace.. huhu.. cian adik. nak mam serunding ekkk… kc taw ade d mane? katne kc salu suwoh dik p bile dik nak kentot… hahaha… d situ le ade jual… kc pernah p. dik masih nak lagik ke… nnt kalo kc p relaz mart kc li kan yer… huhu.. :((
ok, sekian.. tahniah jg buat adik krn berjaya habiskan proses pembacaan even ade perangkap yg dik tggl2kn.. ahahaaa… bz le katakan, pe nk buekkk.. huhu..
tata titi tutu… bubbyee… :-*
6:53 AM 7/11/2009
huhu, td alang dtg dgn kt, kc pesan li kan serunding, tapi ah peng kater dah takdek jual le.. huhu.. sian adik. btw, adik dah dpt ke makan serunding yg adik idam2kn tuh? ciannyer.. ntah2 lm pewot adik tu de baby x..? ahakss.. ๐
12:24 AM 8/11/2009
ok.. hbs d… t’pernjt x…? ehee.. ๐
tamo pengsan taw.. ๐
aww…sweet giler.. :8
aku rse klu laki len msti mlu nak wat entry gini..
tkut kne kate ank manje..rsenyer la..
haha.. pe nk buat.. Khai mmg manje… kak rs die pun tak kisah org nk kata dia anak manje… ank mak or pape j le…. khai juga seorg yg pendiam… tul x? dia ske luah dlm ni j laaaa… tu ssb ny sp yg nk kondem tu leh blah j… ๐