Ada Apa Dengan Sony Ericsson Satio

Peringatan awal kepada pembenci Justkhai di luar sana yang selama ini tak habis-habis memberi fitnah kata Khai nak berlagak la, apa la dengan gadget-gadget baru dia, lantak korang la. Pesanan untuk kamu, syuh syuh. Pergi main jauh-jauh kerana artikel ni sekadar akan menceritakan mengenai gadget baru yang baru dibeli. Berkongsi dengan mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Benda baik kita kongsi la kan? Kepada yang nak baca, teruskan pembacaan kerana insyaAllah perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan berguna untuk kita bersama.

Guys, meet my very new girlfriend, Miss Satio.


Motif utama kewujudan entri ini dibuat adalah untuk peringatan Khai sendiri mengenai apa yang pernah Khai beli. Dan kerana itu apa sahaja akan tertulis di Justkhai mahupun Oh! Khai dan kedua-dua blog ini tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membaca. Kalau suka baca boleh teruskan dan jika tidak, anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Actually Satio ni Khai beli 2 June 2010 lepas dan terus diberikan nama Miss Satio. Macam nama awek jepun lak kan? Hehe. Warna yang dipilih, semata-mata kerana ingin sama dengan warna Miss Merlot dan Miss Merlot Junior iaitu warna merah hati atau maroon (merlot). Satio dipilih selepas menitik-beratkan enam jenis keperluan utama untuk diri Khai iaitu;

1. Touch Screen beserta phone screen yang lebar (wide).
Screen yang lebih tinggi dari iPhone, tetapi kurang lebar berbanding iPhone. Bagi Khai, biar tinggi jangan melebar sebab akan rasa tak selesa bila asyik nak kena pegang dengan 2 tangan. Kenaoa Touch Screen? Sebab Khai dah bertahun-tahun guna touch screen phone. Dah rasa susah nak guna phone yang ada keypad. Lagi satu, bagi Khai ruang untuk keypard tu amat membazir sebab nak beli phone, biarlah dengan screen yang besar dan lebar. Baru puas hati.

2. Gambar yang cantik
Untuk projek terbaru Khai di mana akan direlease’kan dalam masa terdekat ini, sememangnya memerlukan camera yang baik. Khai tak akan beli DSLR sebab sekadar tahu basic sahaja dan tak berminat untuk tahu lebih mendalam dan Khai juga takkan membazir duit untuk beli Digital Kamera. So perlu cari 2 in 1. Digital Camera + Handphone. Satio kamera’nya tersedia 12.1MP lengkap dengan pelbagai fungsi lain, jauh meninggalkan mana-mana phone ber’camera yang berada di pasaran setakat ini.


Menggabungkan 3 gambar menjadi 1 (panorama)

3. Garmin (GPS) available
Mengelakkan sesat walau di mana saja diriku berada. Kalau korang beli phone (esp di Low Yat), jangan lupa suruh diorang masukkan Garmin sekali secara percuma. Kalau dia nak charge, korang blah terus pergi cari kedai lain yang melambak-lambak lagi. Atau rujuk link di hujung entri ni mengenai pemasangan Garmin (GPS) ke dalam Satio.

4. Browser internet yang baik with WiFi & Bluetooth.
Browser Satio lebih kurang dengan Nokia (sebab dua-dua pun Symbian kan?), tapi Satio nampak lebih smooth dan terperinci berbanding Nokia. Isu browser ni tak perlu dititik beratkan sangat sebab kalau tak suka dengan default browser, korang install la sendiri Opera Mini, Firefox atau sebagainya.

5. Symbian OS tentunya.
Since Sony Ericsson menggunakan Symbian sebagai OS mereka, tiada apa apa lagi yang menarik dengan Nokia. Secara jujurnya, Nokia memang agak jauh ketinggalan dari segi kualiti gambar (kamera) dan juga OS mereka. Even OS Nokia dan SE Satio adalah sama, nyatanya Sony Ericsson mampu menjadikan Symbian lebih menarik dan pelbagai.

6. Ringan dan saiz masih masuk akal.
Untuk Saiz dan design Satio ni, masih masuk akal walaupun berbentuk “candy-bar”. Besar beberapa CM dari Nokia 5800XM dan ketebalannya adalah sama. Berat juga lebih kurang Nokia 5800 (sangat ringan) tetapi dengan kegunaan yang pelbagai. Hebat bukan?

Video ini mungkin lebih menggambarkan “Ada Apa dengan Satio”. (wajib tonton)

Contoh-contoh gambar yang sempat Khai snap semalam menggunakan SE Satio, semalam.

Harga untuk Sony Ericsson Satio ketika artikel ini ditulis (3 june 2010), berharga RM1700 (Zitron) dan RM1300 (AP). Konklusi’nya, 9/10 diberikan untuk Sony Ericsson Satio. Terima kasih untuk korang yang respon di Facebook mengenai pendapat antara Satio atau Samsung Omnia dan ingatlah, sebelum beli apa-apa, buatlah research semampu yang mungkin di internet.


Info lanjut mengenai Satio dan harga terkini, boleh refer spec dia semua kat website Sony Ericcson [klik sini] ataupun Mobil88 [klik sini].

Psstt: Untuk gambar-gambar lain yang Khai tangkap, Khai akan update di Facebook (album Satio). So korang boleh lihat dari link ini.

Ada yang bertanya, kualiti gambar sama ke dengan DSLR? Jawapannya Ya dan Tidak! Bagaimana tu? Ya, kerana saiz gambarnya yang besar. Bila korang masuk dalam Photoshop. kasi resize dan edit sikit, kualiti gambar memang tak nampak beza pun dengan DSLR. Contoh pada gambar contoh yang Khai letak kat atas. Tidak pula kerana biarpun saiz gambar yang besar, tapi oleh kerana compressor Satio ni kecil, so gambar bila korang zoom 3 4 kali, ianya akan pecah. Biarpun bersaiz besar. Ianya berbeza dengan gambar yang terhasil dari DSLR. No wonder benda ni terjadi kerana faktor saiz. Sebab tu DLSR jauh lebih gedabak dari Satio.

Dan kalau Satio mampu hasilkan gambar yang langsung tiada beza dengan DSLR, semua photographer akan guna Satio je la untuk amik gambar. Senang nak bawak & handle. Hehehe.

Untuk Nokia 5800XM kekasihku, Terima kasih kerana hampir satu tahun membantu menjadikan aku apa yang telah aku jadi hari ini.. Kembali ke tempat asalmu dan jika bertemu tuan baru nanti, harap tuan mu mampu memberikan yg terbaik seperti betapa hebat dan kagumnya aku kepada mu selama ini.

Update: Untuk install Garmin (GPS) dalam Satio, korang boleh refer entri yang disediakan rakan blog, menteil. Untuk men’download pelbagai ringtone, wallpaper, theme, game dan software, boleh ke m.zedge.com melalui Satio korang atau boleh download dari menu Play Now yang tersedia ada pada Sony Ericsson Satio. Enjoice!

FB: Discussion di Fan Page.

Ditulis pada 6:31 PM 3 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,261 views | Dalam kategori: Gadget, Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

130 Comments »

Comment by khairil
2010-06-03 18:42:27

kamera satio memang terbaik..tambah2 yg panorama tu

..
 
Comment by are-pa
2010-06-03 18:45:10

Awesome!! Aku bule beli, tapi tunggu Khai topupkan dua, tiga, empat, lima, enam ratus nge3

..
Comment by Khai
2010-06-03 18:54:16

Haha.. suruh akak ko masuk minang aku dulu.. hehehe..

..
Comment by huda
2010-06-03 19:06:29

πŸ™‚ kalo takde kakak? hahaha

nak jugak~ =(

(Comments wont nest below this level)
Comment by ahmad albab
2010-06-09 10:21:36

cakap je la yg awak nak masuk meminang πŸ˜€

 
 
 
 
Comment by fahmi ibrahim
2010-06-03 18:46:22

Lama dah mencari riview live dari penggunanya.. And now khai dah buat. Tak mengecewakan nampaknya 12 Mp cam. Bukan sekadar gempak2kan.. Hari-hari klua gadjet2 yang canggih manggih.. Ponin den nak pilih.. Tapi satio mmg best!

..
Comment by Khai
2010-06-03 18:55:27

Satio amat berbaloi berbanding membeli PS3.. Hehehe..

..
Comment by syukris
2010-06-03 19:22:38

haha..ps3..takde lcd tv tak puas men..bazir2..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by adha
2010-06-03 18:48:58

terbaek siot gambo dy..lagi2 yg bilah kipas tuh..fuhh.. :[

..
 
Comment by Rara
2010-06-03 18:49:31

wahh cousin pun pakai satio, and best sangat. tapi dah ada dua handphone SE, so macam nak cuba Nokia pula. thats why beli e72 baru-baru ni. apapun, pilihan yang tepat, antara samsung omnia dengan satio πŸ™‚ i pun buat research dulu antara blackberry bold 9700 dengan nokia e72, tapi akhirnya pilih e72 sebab kita sama, nak 2 in 1, camera + handphone.

..
Comment by eyra
2010-06-04 09:26:30

HAHAHAHAH sama je mcm i tau rara ni. sbb nak tkr angin kan? dr sony kita pindah nokia pulak. yunk, i beli e72 nanti nak jugak soft skin comel mcm u tuh haha

..
Comment by Hanc
2010-06-04 10:02:29

adek pun same ar.. jan lupa~zz πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by menteil
2010-06-03 18:49:57

Tapi aku nak beli dslr jugak.. Huhu… Best wooo…

..
Comment by zaryl
2010-06-03 23:11:10

bila tu bang? πŸ™‚

..
Comment by menteil
2010-06-04 09:36:40

dalam masa terdekat insya-Allah..
dan orang yang akan aku banyak tanya ko la bro.. hehe..
bersiap sedialah… =P

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by eiyda
2010-06-03 18:51:08

wah…cantiknyer..canggih lg best,,huhu…kualiti gambar pon sangt cantik.. knp Miss..knp tak Mr? ehehe

..
Comment by Piratz
2010-06-03 18:55:20

kalau Mr jadi ghei la khai.. hahaa πŸ™‚

..
 
Comment by Khai
2010-06-03 18:58:03

Betul kata piratz tu.. Hehe.. Khai kalau barang2 yg sentiasa ditekan-tekan dan gosok-gosok (macam Miss Merlot) atau yg sentiasa di bawa ke mana2 dalam kocek (Miss Satio), akan diberikan jantina perempuan. Hahaha!

Macam PS3 (mr Blackie) yang sentiasa duduk kat rak TV tu, biar dia jadi jantan. Haha!

..
Comment by Sy8
2010-06-04 00:53:53

hak3…ayat ko tu… tekan2, gosok2…hehehe..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Nizam6281
2010-06-03 18:51:56

Khai jual ngan aku nokia lama tu hehehe

..
Comment by Khai
2010-06-03 18:58:22

Member aku dah cop la bro.. Hehehe..

..
 
 
Comment by Piratz
2010-06-03 18:52:36

Pergh.. dengki tul aku ngan ko bro.. nak beli henpon baru pun tak mampu gik gua.. haha..

gila gadget gak ko ni.. aku nak pinjam sat boleh? :love:

..
Comment by Khai
2010-06-03 18:59:46

Aku memang minat gadget sejak kecik bro. Tp masa kecik dulu, mana la nak ada duit. Aku anak orang sederhana je. Semua benda kene kumpul duit sendiri.

Hinggalah sekarang bila dah bekerjaya, sebelum kahwin ni, bina satu syurga zaman bujang dulu. Dah kahwin nanti tiap2 bulan bini nak beg LV, mana dapat dah gadget2 ni. hehehe..

..
Comment by Piratz
2010-06-03 19:04:13

betul2.. dah kawen nanti tak ade blog gik ke tah kita ni kan…
len la azman.. hehee πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by eyra
2010-06-04 09:27:17

azman jugak dpt nama haha

 
 
 
 
Comment by are-pa
2010-06-03 18:53:47

btw, khai!! tanak topupkan, Nokia5800 bagi aku la..*make puppy eyes*

..
 
Comment by x-po
2010-06-03 18:56:14

hp nokia tu ko nk jual ke bro? hehe

..
Comment by Khai
2010-06-03 20:41:22

member dah pre-order bro.. hehe

..
 
 
Comment by kamarul
2010-06-03 18:58:59

pergghh..lawa giler gamba nset ni

..
 
Comment by cyberfly
2010-06-03 19:18:24

beli ap ke zitron bro?
oklah sbb camera phone, nokia n86 je boleh lawan Sony Ericsson.

..
Comment by Khai
2010-06-03 20:44:00

Zitron bro.. Kalah membeli menang memakai. Cewah! hehe.. πŸ™‚

..
Comment by Scromix
2010-06-05 03:00:08

sony kalo ori bukan nama die midland ke? zitron nokia je rasanya~

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Fatehah A.
2010-06-03 19:19:40

smart gile.kalo khai wat review psl gadget mmg puas hati baca.bagus khai, teruskan usaha

..
Comment by Khai
2010-06-03 20:44:56

Terima kasih Fatehah A.. Hehe.. Apapun kena ingat, Khai tulis mengikut keperluan Khai. So mungkin berbeza mengikut kepenggunaan mereka yang lain.

..
 
 
Comment by Meow
2010-06-03 19:25:49

c905 pun cun gak…tapi camera 8.1mp jer :-[)

..
 
Comment by Takenaga
2010-06-03 19:56:03

Bagus khai. Pilihan terbaik. Memang berbaloi la beli mahal2.
Cop, aku dari dulu lagi nak tau ape beze hp AP dgn hp yang ade warranty ni? Aku buntu. πŸ˜›

..
Comment by Khai
2010-06-03 20:46:42

AP warranty kedai dan Zitron warranty dari pengeluar.. contoh kalau beli Nokia Zitron, bila problem leh gi kat mana2 Nokia untuk apply warranty.. tp kalau AP, boleh pergi kat kedai yang kita beli tu je dan selalunya warranty AP hanya setahun berbanding Zitron.

Itu sahaja perbezaannya. Hanya warranty.

..
Comment by Takenaga
2010-06-03 22:59:41

Ohhh itu beze die. thnks khai. πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ring2
2010-06-03 20:17:53

12 Mp?? fuhh..gile ahh..teringat dulu phone samsung kamera 5 Mp pun dah dikatakan gempak gile…..tp skrg..fuhh…

dan Mp lg besar dari kamera digital aku..huhhu =(

..
Comment by Khai
2010-06-03 20:48:24

Haah kan.. zaman teknologi mmg laju meninggalkan kita. Memang tak daya nak kejar.

..
 
 
Comment by paiz
2010-06-03 20:39:54

satio n iphone maner lagi best.. tp satu iphone takleh beat satio ialah camera 12.1mp tp design satio aku cam tak berkenan sgt la..

..
 
Comment by lixdo
2010-06-03 20:46:16

jadi juga ko beli satio tue. πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

komen aku cuma jangan kasi jatuh Miss Satio ko tue.

..
Comment by Khai
2010-06-03 22:14:47

hehe.. tul tu.. phone touchscreen ni mmg sensitif skit.. Kalau yg jenis lasak suka campak2 handphone tu, jgn la pakai.. hehe..

Tpi pengguna Satio mesti akan anggap Satio ni digital camera kot. Mana ada orang nak campak digital kamera kan? hehe..

..
 
 
Comment by jambatan
2010-06-03 21:24:50

bateri die cane plak? thn lame x?

..
Comment by Khai
2010-06-03 22:09:17

bateri dia Li-ion. Standby 360 hours / talk time 11 hours..

mmg diorang kene buat bateri yg tahan lama. Sebab kamera dia leh tahan kuat makan bateri. Kalau bateri dah low, mmg dia akan disable camera terus.

Maklumat lanjut, refer link ni:
http://www.sonyericsson.com/cws/corporate/products/phoneportfolio/specification/satio

..
 
 
Comment by rizzar
2010-06-03 21:32:40

teruss menjadi idaman… mau tangkap satu jugak laaa dan nk bg nma SESation… heheh
mmg hebat laa ngn camera 12mp tu…. best best

..
 
Comment by iZwaN
2010-06-03 22:15:59

Nice review…
Troskan support Sony..hehe… πŸ™‚

..
 
Comment by aizuddin
2010-06-03 22:30:56

macam biasa kualiti gambar sony lagi best dari nokia..tapi dulu kan ko anti sony?hehe πŸ™‚
smart r kamera..tangkap gambar kipas selamba je..dah macam kamera digital dah..

..
Comment by Khai
2010-06-04 02:55:31

Aku x pernah anti Sony sebenarnya (sbb tu aku beli ps3 dari Xbox). Yang aku anti “ericsson” tu.. memburukkan nama je.. hehe..

..
 
 
Comment by Benrauf
2010-06-03 22:51:06

cun satio

..
 
Comment by Nasrulz
2010-06-03 23:20:00

bagus2..dah ada entry pasal satio nie..hehe..
khai punya excited smpai xsempat nak setting phone..hehe..
anyway,ade juga buat survey kat kedai..,ujung bulan may lepas..harga pun rm1700 juga yg zitron..kedai kat city plaza alor setar..
alih2 beli phone nokia biasa jea..harga rm130..kih kih..phone lama still pakai..dah 3 tahun..

agak2 bila la aku boleh beli satio nie..,mesti time tu dah ada phone yg cameranya 20megapixel bwu dapat beli satio :bloody:

..
 
Comment by ruben
2010-06-03 23:37:23

ahah…. when i buy nk5800 the next day i saw yr article…. then nw when i bought the satio yr article was about the same phone as mine…. anyway the phone is a awesome device…..
(kite geng!!!)hehehe πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-06-04 02:56:16

Woot! Hehehe. Nice2.. Kita geng..! πŸ˜€

..
 
 
Comment by Eriyza
2010-06-04 00:23:47

Zitron tuh bermaksud apa?
Maaflah, agak ketinggalan sket
babΒ² camnih. :p

..
Comment by Khai
2010-06-04 02:57:17

Zitron tu bermaksud Ori… Tp tak bermakna AP tak ori. Yg membezakan dia hanya warranty. Zitron warranty dengan SE dan AP warranty dgn kedai yg kita beli tu. Selalunya AP dalam setahun macam tu warranty.

..
 
 
Comment by Sy8
2010-06-04 00:48:31

terbaik woott! bleh tgkap kipas bputar…mcm DSLR…. haruslah dibeli….

..
 
Comment by julietANNA
2010-06-04 02:27:55

khai, agak2 mana lagi bagus, satio ni ke nokia n8 yang baru nak keluar tu? πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-06-04 02:58:57

Nokia N8 not bad.. Pilih la mana satu ikut kegunaan. Mana yg kita nak guna selalu, pastikan ada kelebihan pada handphone yang kita nak beli.

Even nak beli phone hanya sebagai call dan sms je pun, tetap kene cari phone yg battry tahan lama. Kan? Hehe

..
 
 
2010-06-04 03:22:39

x tau plak benda alah ni wujud.. ttiba plak rmai ckp best.. huhu..

look like a perfect gift for my next birthday. πŸ˜‰

..
 
Comment by izzuddin ismail
2010-06-04 03:26:52

akhirnya, kte geng laaa khai…. hahahahaha…. n wrne fon kte pwn sme…..

..
 
Comment by din
2010-06-04 03:56:22

bro semoga perkongsian hidup ko akn diteruskan..sbb ada yg mmpu menaikan smngt aku ni..thanks bro n gudluck 4 your life bro..kejayaan ko aku akn jadi teladan.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-06-04 10:48:12

Sama2 la Din.. Apa yang termampu, akan ku kongsikan melalui penulisan.. Selagi diri ini menghela nafas, ilmu dan pengalaman yg manis harus disampai2kan.. Moga menjadi “sesuatu” untuk generasi akan datang.

..
 
 
Comment by Nerzhul
2010-06-04 08:32:28

untung beli. dapat kamera ngan hp 2 dalam 1. farewell 5800xm. hehe

..
 
Comment by eyra
2010-06-04 09:25:02

dtg nak cr gaduh dr smlm ni. HAHAHAHA

panaroma? i pon boleh. cis.

hahaha btw, i nak beli satio but since i guna iphone dlu, ngan O2, i rasa nyampah gilak pakai touch screen. i kan jenis sms laju2. hahaha maka, kna la beli fon ade keypad. dan tentunya bukan BB. pk2 balik itu semua trend je. btol u ckp dlu, org yg tatau technology je beli BB.mcm artis. then semua nak follow. opps statement kontroversi. kang ade yg nyampah hahaha. i plak dlu nak beli BB sbb kwn2 pengaruh but pkir balik, 2mp je cam? no radio? no video call? rejek.

and then tercalon satio and e72. but…mcm y=tak mungkin satio. belum mampu kununnya. HAHH padahal leh ej beli AP. tp touch screen tuh sumpah la i malas. and sony? nak tukar angin la. pakai nokia balik. sony dah bertahun pakai =p

sekian, ulasan dr tanpanama. haha

..
 
Comment by |A N A K A H M A D|
2010-06-04 09:30:55

sukati ko la khai nak beli apa.. duit ko.. persetankan apa orang nak kata.. wakakaka.. πŸ™‚

nak beli tak mampu.. dapat tengok review org pun jadi la.. =(

..
 
Comment by inspire_evo
2010-06-04 10:07:30

henpon lama jual la? =( trade in ea?

..
 
Comment by rain
2010-06-04 12:05:50

aduss best nye … 12MP tuh … tp mampu tgk je la dulu … huhu

..
 
Comment by Lun
2010-06-04 12:28:42

satio tak lag ke? tgk kat utube hampir kesemua lag je

..
Comment by eyra
2010-06-05 01:04:44

tu la. ramai ckp satio lag je. my dad’s officemate pon pakai satio

..
 
 
Comment by syahirul
2010-06-04 12:46:06

fuh mcm best aje.. aku guna nokia classic aje la buat panorama dah cukup oke.. hehehe… nanti ada rezeki lebih leh belikan aku satu ye khai πŸ˜›

..
 
Comment by rusydina
2010-06-04 15:01:07

wah,SE Satio nih mmg idamanku.tringin sgt nk memilikinye.
kbtulan ms Satio nih baru kuar,enset sy rosak.sibuk duk mencari SE baru.duhh..berkenan ngn yg ni,tp apekan daye.
sy x mampu membelinye.so,sambar w705 je la.
:oups:

..
Comment by kacakbergaya
2010-06-04 19:23:55

aku pun guna w705, so far puas hati juga. sesuai dengan harganya la… πŸ™‚

Mungkin aku akan sambar Satio ni sebelum raya. πŸ™‚

..
 
 
Comment by kacakbergaya
2010-06-04 19:17:24

Salam khai, sekadar nak berkongsi. “Zitron” tu adalah pengedar sah untuk Nokia sahaja, untuk pengedar sah Sony Ericsson di Malaysia adalah “Midland”…
πŸ˜‰

..
Comment by hyde
2010-06-04 23:16:22

btl 2..cmne zitron leh edar phone SE plak nih? bkn spatotnya Midland ke?..penin la plak..sedare khai sile jwb 😐

..
 
Comment by Khai
2010-06-04 23:32:23

Thanks korang untuk maklumat. Ekceli dari apa yg pernah Khai baca disebuah website berkaitan mobile, begitu jugalah cerita cuma agak rumit. So Khai sebut zitron (dalam kurungan original).

..
 
 
Comment by arnamee
2010-06-04 23:41:14

Cunnya. macam nak juga lah!:)

..
 
Comment by Scromix
2010-06-05 02:34:00

wehh khai, audio satio nie kuat x?

..
Comment by Khai
2010-06-06 06:04:29

Audio dia kuat dan cukup baik. Tapi tak sehebat express music sebab Satio ni not into entertainment sgt. Tp Satio ni kalau cucuk earphone, baru marbeles.

Untuk aku, aku x layan lagu dari handphone. Kerana itu la, kepenggunaan amat penting sebelum kita beli sesuatu jenis handphone. Ialah nak guna bukan sehari dua kan? Hehe..

..
 
 
Comment by saje nak tau
2010-06-05 17:45:51

khai…tanya sket. Satio ni leh upload gambar direct FB tak? x silap Satio x leh…ke ada software lain? sbb hambe tgh review hp ni nak beli (xperia @ satio) mu kan dah guna….

..
Comment by Khai
2010-06-06 06:05:36

Yup ada. Dari option “To Web” selain “To Email”, “Bluetooth” dan sebagainya. Dalam option “To Web” ini mengandungi web-web yang popular seperti Facebook, Blogger, WordPress, Picasa dan lain-lain lagi. Pendek kata, ya ada! Hehe

..
 
 
Comment by h3r0
2010-06-06 01:03:34

Nie yg leceh nie.. baru je ikut khai beli nokia 5800…
dah tukar plak.. asyik terpengaruh je aku nie…

he he he..saja je..

..
 
Comment by Aunty Yin
2010-06-06 04:52:09

bestnye jadik Khai … kuage Khai mesti untung kn.. πŸ˜‰

..
 
Comment by ejardkethot
2010-06-06 07:16:22

khai…satio leh wat panggilan 3g x?

..
Comment by Khai
2010-06-06 13:05:05

sure.. mesti la boleh.. hehe.. sbb tu ada front camera berbanding Vivaz yg xde front camera..

..
 
 
Comment by hyde
2010-06-06 17:49:35

it will be a much better complete phone klu ada physical keyboard…2 je yg kurang hehe~

..
 
Comment by illa
2010-06-07 22:06:17

kalau SE aino ok x, khai?

..
 
Comment by sara
2010-06-12 15:50:19

harga skang dh rm1700 eh?
y ni beli bile?
beli katner ehh..
berkenan benor ler kalo kamera ngancam..
skang guna w995..8.1mp..
nk update ngan phone 12mp plak.. πŸ™‚

..
 
Comment by wani
2010-06-25 13:25:18

sy pun pakai satio nih n ia sememangnya superb! puas hati klu membelinya.lagi2 camera dier. :love:

..
 
Comment by Zara Robertson
2010-06-30 12:34:58

What are the latest gadget reviews this month ?”*’

..
 
Comment by barongsakti
2010-07-04 20:44:17

aku ada se satio and nokia n900….nyata setelah mnggunakn hampir 2 bulan nyata skali se satio jauh ketinggalan oleh nokia n900….sebabnya…..malas nak citer…korang beli dan try sendiri… πŸ˜€

..
 
Comment by barongsakti
2010-07-04 20:48:00

oooo…ya…lg satu nokia n900 mnggunakn os maemo 5….ada apa pd syambian d bndingkn ngan maemo 5…

..
 
Comment by rayban wayfarer
2010-07-06 00:42:38

ok ke Hp ni??
im only interested in Nokia
dah try pakai sony tapi xde chemistry hahahaa

..
 
Comment by Miss Satio
2010-07-07 16:17:58

Haha..tetibe t`jmpe entry ni..n sy baru je memiliki “Miss Satio” ini on July 2010..Anyway, tkjut coz name yg awk bg same dgn name satio sy ni..xksahla..haha..For gamin, I hav been charge for RM40..trok btol, coz i dono yg tu free je.. :choler:

Anyway, nk tnye la..mase jwb call kn, org yg mjawab call sy tu msti ckp yg suara die mcm b`gema..die blh dgr suara die sndiri..xbestla cmni..ad pape setting yg kna btolkn x?? Pls help :oups:

..
 
Comment by jippon
2010-07-17 05:02:08

khai…

bpa jam lifetime bateri satio ni arr>??

..
 
Comment by Diego Gray
2010-07-21 02:17:37

i always read gadget reviews from the internet, i want to always be updated with the latest gadgets.-**

..
 
Comment by sha myheart
2010-07-24 22:02:05

cun giler la, satio ni…

igt nk jgk grab satu ke dua ke.. hehe…
tp, dlm msa akan dtg la… skrg ni, msh bljr….

hrp2 lps ni, dapt kerja elok n dapat bli satio.. hihi

sb suka sgt ambik pic… nk bwa kmra digital @ bli SLR tu, besar gedabak r nk usung sana sni…

tq khai, very2 nice article..

i love all ur gadget’s n technology’s article bcoz im interested… ur article really make my life… :-X (adus, mcmna nk trgkn ni…) artikel khai buatkn hidup saya lbh bermakna… (moga2 sampai la mksudnya)

i really appreciate…

tq khai vmc… πŸ™‚

..
 
Comment by Chuck_VTEC
2010-09-08 05:52:06

SATIO, memang terbaik dari segi camera.
12.1 MP. Memang lawa lah quality gambarnya.
Aku penah guna enset nie dlu tapi hanya untuk beberapa bulan sahaja.
BaruΒ² nie aku tuka kepada SE Xperia X10i sebab tak tahan dengan condition bateri SATIO ni..
Boleh dikatakan bateri SATIO nie tahan dalam 1 day jer.
Setelah dibandingkan dengan SE Xperia X10i, X10i memang superb dari segi bateri.
Tapi ye lah kan, X10i hanya dilengkapi dengan camera 8.1 MP sahaja.
Dan juga tiada front camera. So, mmg takleh nak video call lah. =(
Kepada sesiapa yg pentingkan quality gambar, sila lah beli SATIO nie.
Ah, lagi satu, masa aku guna SATIO ni, enset aku slalu “hang”.
Itu yg membuatkan aku bebai.
Mungkin disebabkan oleh OS SATIO itu sendri (Symbian s60 5th edition).
Lepas update firmware, kurang la skit “hang” tu.
Tapi faktor utama yg membuatkan aku tukar enset tu adalah dari segi ketahanan bateri.
Bagi aku yg suka sms, gayut dgn awek ni, mmg tak tahan lah.
Mmg confirm kena sediakan in-car charger takotΒ² bateri “kong”..
Setiap orang ada taste sendri.
Saya hanya memberi review sebab aku sendri penah guna enset ni.
Tepuk dada, tanya selera.
Hehehehehe.. πŸ˜‰

..
 
Comment by bksempoi
2010-09-19 16:12:45

kamera ok, tapi xda cybershot!!! nset jer canggih, bateri hampeh… selalu kena kutuk. wah…

..
Comment by Khai
2010-09-19 16:28:52

Dia x tulis cybershot kat belakang camera tu, doesn’t mean Satio tu tak cybershot.. Ape daa.. Kalau nak tahu, Satio ni gabungan 3 perkara dalam handphone yg pernah Sony keluarkan. Phone, Cybershot & Sony Walkman. Harap maklong. Soal bateri tu, mmg x dinafikan.. cepat sgt kong.. nak kene ada bateri spare..

..
 
 
Comment by slimshadys
2010-09-19 16:12:46

samsung jet! πŸ™‚

..
 
Comment by teashy
2010-09-19 17:08:37

ne bgus satio ngan iphone????

..
 
Comment by c a k a p b o h o n g
2010-09-23 20:28:50

hp 5800 lama 2 x nk jual ke??? πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-09-23 21:45:22

member dah angkat dah. Hehe..

..
 
 
Comment by misscoklat
2010-09-30 18:47:18

uihh memang best giler ni Satio…n yg buatkan aku bangga..dapat gak aku belikan bapa aku ni Satio…kira hadiah raya tahun 2010 ni..bab bapak aku suka ambik2 gmbr haha…
cayala Satio.. πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by sayang satio
2010-10-01 13:36:40

baru miliki satio Ogos 2010..nak tanya… mana link yg nak d/load gamin kat satio..?? puas cari sampai juling biji mata…

..
 
Comment by ajam
2010-10-27 05:19:40

satio niy b0ley main game raging thunder kn?game kete yg senget2 kat hp 2…. :aie:

..
 
Comment by lin
2010-11-10 09:33:05

hai khai..1st time here. thanks for review this hp. i really in love with this hp. luckily i’ve found this blog. good review u have. bytheway, i nak pinjam your photo and link your entry tu my blog ok. for further reference. πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2010-11-10 15:54:58

Sure can. Silakan lin.

..
 
 
Comment by anafanas
2010-11-10 10:01:01

aku beli enpon ni warna hitam dlm bulan 4..sampai skrg ni xde mslh lg.sume cun esp gmbr+internet(laju gila)+gps+touchscreen(amat responsive)+menu yg pelbagai…yg kureng sket die punye video,xbyk format video yg bleh main.yg lain sume thp excellent.tp xsume henfon serba lengkap kn? πŸ™‚

..
 
Comment by airwicksz
2010-11-16 00:43:11

khai… boleh x lepas neh buat satu entry perbandingan SE satio neh dgn nokia n8..
tima kaseh..

..
 
Comment by Kuuyan
2010-11-27 16:19:54

Hi khai .. ini blog paling best ak penah bace..teruskan usaha tok review macm2 perkare lagi.. Moge pengunjung blog sume dpt info yg TERBAEK!!
Tahniah Khai! πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-11-27 20:05:20

Thanks Kuuyan! πŸ˜€

..
 
 
Comment by Syah Indra
2010-12-14 18:24:26

Aku pun baru guna (dapat) Satio..haha..abah aku bagi sebab katanya jarang guna (terperuk dalam beg je kot)..

Dapat la jugak guna wat main Internet, dengar lagu, amik gambar..lagipun aku takde kamera..zaman aku membawa laptop ke UM untuk main Facebook masa lecture dah berakhir..haha..

Nice la Khai..aku suka phone ni..cuma Symbian OS kurang mantap sikit kan..

..
 
Comment by kuuyan
2010-12-22 21:58:25

Hi..Khai..ak baru je beli SE Satio set hitam dlm 3minggu lepas.. mmg x dinafikan bateri die mmg cepat kong.tapi ak still beli gak sbb ak suke ngan picture dia.. TAPI Disebbkan ak masih baru je jd pengguna Satio..so ak nk mintak Khai explain kat ak, 1) cmne nk gune ternet kat Satio sbb ak dh try connect kat opis aknye Wi-Fi, mmg de connection tapi bile ak try open pages Facebook n dah siap masuk email n password, die x ley masuk “Unable to complete login”..byk kali ak try bnde yg same gak..Ade x ape2 setting yg ak kene buat??
2) Satio bley capture gambar gune camera depan x??

Please help me Khai..TQvm! =(

..
 
Comment by kuuyan
2010-12-22 22:15:54

Hi..Khai..ak baru je beli SE Satio set hitam dlm 3mingg lepas..Disebbkan ak masih baru je jd pengguna Satio..so ak nk mintak Khai explain kat ak, 1) cmne nk gune ternet kat Satio sbb ak dh try connect kat opis aknye Wi-Fi, mmg de connection tapi bile ak try open pages Facebook n dah siap masuk email n password, die x ley masuk “Unable to complete login”..byk kali ak try bnde yg same gak..Ade x ape2 setting yg ak kene buat??
2) Satio bley capture gambar gune camera depan x??

Please help me Khai..TQvm! =(

..
 
Comment by hadi_92
2011-01-08 16:31:38

sumpah jeles ngan ko khai…mcm2 ada dlm umh ko ea…ley bkk kdai bundle pe…haha.. xpe aa 5 taun g aku challenge ko la khai… πŸ™‚

..
 
Comment by Shafa
2011-02-08 23:47:55

betul. satio mmg best. fa pun pakai dah setahun. tak pernah merungut pun lagi2 tang camera tu. terbaekkk… tak payah berat2 kan bag bawak camera lain.

..
 
Comment by pieza
2011-02-21 00:50:50

aii khai sy dah pakai sony satio nie dr thn lps mula2 tu leh guna gamin utk cari tempat skrg nie dah x leh nak go bila klik go jer dia akn kuar “awaiting better gps accurancy” lama klu biar jer leh sampai 3 hari 3 mlm kot, nape ekk hope boleh bantu lah yer… =(

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:49:23

Mungkin boleh format Satio tu balik dan install balik Garmin tu. InsyaAllah akan kembali OK. Apapun Satio ni dia punya kureng memang part GPS Signal tu lah. Slow sikit untuk tarik compare with Nokia.

..
 
 
Comment by zura
2011-05-31 10:51:51

abg khai..nak tanye cikit..kat mane nak off setting internet..poning carik nih…

..
 
Comment by sukacuka
2011-07-26 13:18:51

Khai!!!!!!!!!!!!! sejak baca post ini, man terus rembat satio hitam. memang best. pertama kali man guna smart phone. terbaik,

..
Comment by Khai
2011-07-27 02:05:20

Hehe. Tahniah untuk phone baru.. Hehe btw ni artikel lama ni.. Hehehe..

..
 
 
Comment by hadi halim
2011-08-16 02:45:20

salam khai…aku dah ada nokia 5800xm..aku nk trade in ngan satio..agk2 berbaloi x sebab dua2 symbian..lari cam x jauh beza je..utk kamera,aku dah ada garmin asus m10..resolution skrin dya satio pun kalah..bedal je la noh,dah tringin sgt..hehe πŸ™‚

..
 
Comment by julia
2011-11-02 13:35:22

Salam Khai…..nak tanya sikit, mengapa rakaman video satio saya ni macam ada tersekat sekat. Tak syok laaa. Harap Khai boleh terangkan sebab dan cara atasinya. Ten q

..
Comment by Khai
2011-11-07 18:32:05

Saya tak pernah mengalamai masalah yang sama. Jadi maafkan saya kerana tidak dapat membantu. Mungkin anda boleh “restore factory setting” untuk lihat samaada ianya dapat diperbaiki atau tidak. Jika tidak, anda boleh hantarkannya ke bahagian technician.

..
 
 
Comment by julia
2011-11-09 13:27:54

Abang Khai, boleh saya tahu awak guna memori berapa gb? Sebab pomen telefon ada cakap masalah rakaman tersekat disebab kan memori yg besar. Untuk makluman abang khai…saya guna 8 gb je. Harap dapat respon. Ten q..

..
Comment by Khai
2011-11-10 18:42:52

Rasanya dulu pakai 8GB juga. Saya dah tak gunakan Satio ini lagi jadi amat payah untuk saya sah’kan. Mungkin anda boleh cuba dengan memori yang kecil untuk melihat masalah berlaku lagi atau tidak. Itu jika apa yang dikatakan technician tu benar.

..
 
 
Comment by mthir
2012-03-09 08:54:01

betol 3x khai pedulikan show off ke apa ke bukan senang nak tuliskan bagus sesangat blog ni at least ada info yang bagus daripada orang yang dengki tu. sharing is caring bagus 5x

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post