(User Interface) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Untuk yang pernah guna Nokia dengan Symbian OS sebelum ini, rasanya memang tak banyak perubahan yang berlaku pada Nokia N8. Before Khai guna Nokia 5800xm dan Sony Ericsson Satio yang kedua-duanya menggunakan Symbian OS versi terdahulu. Apapun, Nokia bila Nokia N8 menjadi phone pertama yang menggunakan Symbian3, ianya satu berita baik untuk peminat Nokia dan dah bosan dengan Symbian sebelum ini.

Orang kata Symbian ni nampak lame dan ketinggalan zaman. Ya, memang tak dinafikan. Tapi itu kerana diorang belum cuba lagi Symbian3 yang dah diperbaharui. Pendek kata, everything nampak smooth tak ubah macam iPhone pun. Tapi dari segi icon yang digunakan, nampaknya Symbian mengekalkan icon lama yang ada pada version terdahulu. Tapi itu langsung bukan masalah kerana kalau korang tukar theme je, maka bertukarlah semua icon-icon tersedia.

Berikut adalah sedikit user-interface (Ui) yang diambil melalui Nokia N8 ini. Theme telah melalui perubahan (baru nampak menarik) dan gambar di’snap pada view vertical untuk paparan lebih panjang ke bawah.

Pertama sekali yang Khai perasan perubahan terbesar pada Symbian3 ni adalah bagaimana mereka menggabungkan web sosial dengan phone menjadi begitu baik sekali. Dari list contact pun korang dah boleh masuk terus ke Facebook atau Twitter mereka. Lepas tangkap gambar, terus boleh upload ke Twitter atau Facebook.

Selain tu, terdapat juga apps sedia ada untuk editing video dan photo. Kalau photo editor tu kita dah biasa dengar tapi video editor mungkin satu perkara yang baru untuk phone Nokia.

So cukuplah sekadar entri ringkas memperkenalkan Ui yang ada pada Nokia N8 ni sebab takde apa sangat yang menarik. Sama juga macam phone yang lain. Oh ya, ramai yang kata Nokia N8 ni bateri cepat habis. Ya memang betul. Sebenarnya semua smartphones atas muka bumi ni, mempunyai hayat beteri yang singkat kerana function yang ada di dalamnya. Lebih kerap bermain dengan phone, lagi laju la bateri habis.

Beberapa tips untuk memanjangkan hayat bateri mungkin korang boleh off automatic search pada WiFi setting, sentiasa off bluetooth, turunkan keterangan cahaya display, ambil gambar dan video jika perlu sahaja, tutup segala apps yang tidak digunakan dan akhir sekali untuk penjimatan paling maksimum, tekan sekali power button kat phone korang, then pilih “Activate Power Saving” (rujuk gambar di atas).

Artikel lepas ini lebih menarik sebab Khai akan berkongsikan pengalaman menggunakan GPS tersedia ada dalam Nokia N8 (Nokia Ovi). Zaman sekarang mana boleh orang nak sesat-sesat lagi. Semua dah guna GPS la katakan. Untuk yang tak tahu, Ovi Map adalah GPS tersedia di dalam phone Nokia. So tak perlu susah payah nak install Garmin dan sebagainya lagi. Siap ada suara awek melayu lagi tukang tunjuk arah. Hehe. Nantikan.

Review sebelum ini: Nokia N8 Intro, Nokia N8 Photo, Nokia N8 Video dan Nokia N8 Apps.

Ditulis pada 4:56 AM 10 November '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,476 views | Dalam kategori: Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Comment by PJ
2010-11-10 05:06:39

khai oh khai ko buat aku makin tertarik nak beli le..duit oh duit mana nie

..
Comment by Khai
2010-11-10 05:33:14

Letakkan target dan berjimat. InsyaAllah apa yang kita hajati akan dapat. Best beli apa-apa dengan hasil titik peluh sendiri.

..
 
 
Comment by aizuddin
2010-11-10 05:13:16

memang macam lebih kurang nokia 5800xm..mb interface dy lebih smooth..dan tambahan skit application lain macam video editing dll :[

..
Comment by Khai
2010-11-10 05:34:48

Haah mmg lebih kurang. Cuma lebih dipelbagaikan dan lebih smooth.

..
 
 
Comment by adha
2010-11-10 06:53:48

wah nokia dah ada video editor ke? :[ ..sebelum ni pkai software 3rd party jek nk edit video kat handphone (N73).. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by iZwaN
2010-11-10 07:03:13

Hebat gk ek N8 (sgt hebat rsnya..hehehe)
Dasyat2…makin rasa nk bli plak…
Nak review lg..nk review lg.. ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by MFMA
2010-11-10 09:15:31

Nice review!! Sebelum ni aku target nak amik Iphone 4 semata2 sbb HD Video recording tu je…tp lepas tgk N8 ni pun ada HD Video recording + 12mp camera…terus cancel plan nak amik Iphone4….N8! ko tungguu aku hahahahaha

..
 
Comment by ezhan-artwork
2010-11-10 10:43:55

rasanya nokia 5800xm sblum ni x de pon power saving ni. Ni kira benda baru la ye. menarik2!!!

..
Comment by Khai
2010-11-11 01:52:59

Yup! Sebelum ni memang takde kat 5800xm atau phone Nokia lain. Memang benda baru dari Nokia. hehe..

..
 
 
Comment by Wanmahdzir
2010-11-10 11:12:02

oh n8! oh gps! ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by syahirul
2010-11-10 11:39:42

GPS tu yang nak tahu berapa hebat n accurate dia.. harap maps adalah latest punya la.. hehehe

..
Comment by Khai
2010-11-11 01:52:04

Accurate.. Dah di cuba dah pun.. Hehehe..

..
 
 
Comment by Cursefinger
2010-11-10 11:41:42

Tunggu hack version symbian^3. Hehe. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by ejon
2010-11-10 12:32:20

symbian baru ni bleh masuk garmin tak mcm symbian yg lama

..
 
Comment by Azrul Hisham
2010-11-10 12:57:34

lawa pulak tengok handphone ni… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nash
2010-11-10 13:22:19

pergh..menarik nie…
bagus2…
aku suke ngan nokia nie tp mahal la..
xtermampu den,.. =(
khai belanje la aku :love:

jom lihat entri pasal ‘anak ikan’ dan ‘anak ayam’
http://nash121.blogspot.com/2010/11/apa-itu-anak-ikan-dan-anak-ayam.html

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-11-10 14:36:00

grrrr.. jeles2.. hehe, takleh pakai windows ke kat handset? hhahaha

..
 
Comment by Nasrulz
2010-11-10 19:05:36

Video editing sebenarnya dah lama dah ada dalam phone nokia..aku guna phone nokia 3250..memang tersedia ada didalam video editing..guna sejak tahun 2007 sampailah sekarang..anyway akan tukar ke N8 xlama lagi…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Kid
2010-11-10 21:54:29

pergh…bg aku gempak gila…

..
 
Comment by ash
2010-11-10 21:57:12

teng untuk tips memanjangkan hayat bateri. kuikuikui..
semoga panjang umor ye bateri..:)

..
 
Comment by nurfaiz shaidan
2010-11-10 22:10:32

memang dah nak beli rasanya ๐Ÿ™‚ tengah kumpul duit, mana boleh lepas. dah compare dengan iphone, bb bold, n8 lebih praktikal dan ada lebih money value. kamera 12 mp, ada carl zeiss lens lagi, mana nak dapat oi dgn price just 1690++, tambah dgn phone, upgraded symbian os lagi ๐Ÿ˜€ memang affordable. so, tnggu ape lagi, jom aa rembat reramai, pastu buat fanpage kat lowyat n fb. hahahaha

..
 
Comment by PutraRocker
2010-11-10 22:56:10

pergh…mantop gelo..tertarik gelo ni..huuu..o_O =(

..
 
Comment by msbmna
2010-11-11 01:42:20

Menarik. Khai, macam mana kualiti bunyinya N8 tu?

..
 
Comment by redzuan-ridz
2010-11-11 05:15:30

fuuhh best, tp xpela aku pun bru beli i-phone 3gs. dlm 4 bulan bru pakai, nk beli lain mmbazir duit plak

..
 
Comment by muhafis
2010-11-11 09:23:22

slm,

saya dah 2minggu tunggu iklan di oh artis tidak disiarkan juga,
nak kata justkhai nie offline tiap hari update entry baru, then bila saya minta refund still no response, ape yg boleh saya buat, sy tiada num telefon die, boleh sape2 sampai kan pada si khai nie tak, kawan2 ke or sedara mara die, tq

0127522085

..
 
Comment by rya
2010-11-11 14:33:46

Nak tanya…N8 ni boleh pakai as organizer tak?

..
 
Comment by hafizmd
2010-11-11 14:40:20

insyaAllah…akan diusahakan supaya lebih berjimat…bolehlah sambar satu nanti..thanks khai…

tunggu bab gps plak…ni yg cukup aku suke…sabar2

..
 
Comment by MONAT
2010-11-11 16:15:09

jelesnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr~ bila la aku nak pkai fon camni ๐Ÿ™ ishk~
huhuhuhu…takper! 1 masa nanti aku akan merasa gak!

..
 
Comment by Roslan
2010-11-11 17:45:52

apa2 pun aku suka usb on the go punye function .. lagi satu fm transmitter kat n8 ni.. haha 2-2 function ni best bai! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by orang muo
2010-12-14 23:51:41

sudah memilikinya.. memang teramat bagus …sgt berbaloi dengan harganya.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post