(Menarik di Nokia N8) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review
Salam guys. Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir untuk Khai menulis review mengenai Nokia N8 seperti yang diarahkan oleh pihak Maxis, maknanya ini juga adalah entri yang terakhir untuk review Nokia N8 ini berlangsung di Justkhai ini. Dalam entri ini, Khai akan rangkumkan semua perkara yang Khai tak ceritakan dalam entri sebelum ini.
1. Ovi Navigation/Maps/GPS
Benda ni paling penting dalam dalam setiap smartphone kerana zaman sekarang, dah takde siapa nak sesat lagi untuk pergi ke mana-mana. Khai sendiri kalau ada member call tanya “eh Khai, camne nak pergi sana ye? Masuk kanan, kiri then lepas tu?”. Khai pun memberikan jawapan mudah iaitu “bro, phone ko kan ada GPS? lol”.
Untuk semua smartphones terkini keluaran Nokia, semuanya sudah dilengkapi dengan GPS dan Maps. Memang korang tak perlu susah payah nak install Garmin GPS (berbayar) lagi. Korang beli smartphones Nokia je, dah tersiap sedia Ovi Maps yang percuma! Berikut adalah antaramuka Ovi Maps yang diperlihatkan.
Lagi gambar..
Pada Khai, paparannya lebih menarik berbanding Garmin tetapi kurang sikit kemudahan yang ada seperti di Garmin yang lengkap seperti stesen minyak terdekat, ATM terdekat, kedai makanan menarik terdekat dan beberapa perkara lagi. Tapi menariknya, ianya di datangkan lengkap dengan pelbagai suara termasuk suara berbahasa melayu. Belok kanan! Buat pusingan Uturn! Haha. Memang menarik. Nak rakanm suara sendiri suara pun boleh!
Ovi Maps ini boleh digunakan secara offline. Tapi kalau korang ada subscribe Data Plan, lagi ada pelbagai kelebihan seperti view setelite image (macam dalam Google Maps), mencari tempat makanan terdekat dan sebagainya.
2. USB on the-go
Nokia N8 di datangkan dengan satu cable USB. Ini bermakna korang boleh membaca dan membuka files yang berada di dalam Pendrive, PSP, atau apa sahaja. Rasanya phone lain tak terfikir lagi untuk buat macam ni dan untuk buka pendrive melalui phone, memang dah lama kita nanti-nantikan.
3. FM Transmitter
Ini function yang amat menarik tersedia ada pada Nokia N8. FM Transmitter ini di mana korang set lagu-lagu yang korang suka (playlist), kemudian mainkan menggunakan radio di dalam kereta. Contoh macam korang set playlist korang tadi pada frekuensi 90.10 Mhz, so bila korang tune radio kat kereta korang tadi, automatik radio tu akan mainkan lagu yang ada dalam phone korang. Dah macam korang buka satu channel radio tanpa iklan. Ini bermakna korang tak perlu kecewa kalau radio dalam kereta korang tidak mempunyai fungsi bluetooth dan usb cable untuk memainkan lagu yang berada di dalam handphone. Menarik bukan?
4. Screen saver
Nokia N8 menyediakan 5 mode pilihan screen saver pilihan pengguna. None (tiada screen saver) Music Player, Animation, Slide show (gallery) dan Big Clock. Khai lebih suka gunakan Big Clock sebab menarik dan menjimatkan bateri. Gambar di bawah ni adalah contoh Big Clock yang dimaksudkan (default factory setting).
5. TV Out Feature/ HD Recording
Macam yang Khai pernah cerita pada review sebelum ni, Nokia N8 mempunyai fungsi sambungan ke LCD TV. Ini bermakna korang boleh nengok gambar dan video yang diambil dalam format HD. Memang sebelum ini banyak phone ada kebolehan penyambungan ke TV (Nokia 5800XM pun ada), tapi bezanya sangat besar kerana Nokia N8 sahaja phone yang mempunyai sambungan ke TV menggunakan HDMI (untuk memainkan video dan photo dalam HD mode)
Apa yang membuatkan Nokia N8 spoil?
Ini adalah pengalaman Khai sendiri selama 2 minggu menggunakan Nokia N8 ini secara heavy user. Jadi bila kita diarahkan untuk testing phone ni, memang Khai akan test habis-habisan. Hehe. Jadi apa yang spoil dengan Nokia N8 ini.
1. Lubang speaker di belakang.
Sistem bunyi pada Nokia N8 memang tak dinafikan sangat bagus dan cukup memberikan impak buat pengguna Nokia. Apa yang menjadikan ianya agak spoil, kerana lubang speaker pada Nokia N8 ini diletakkan di belakang phone (bahagian lens kamera). Jadi kalau korang letak phone kat atas tilam atau sebagainya yang membuatkan lubang speaker tersebut tertutup, memang agak payah sedikit nak dengar bunyi call atau SMS masuk. Tapi bukanlah tak dengar langsung. Boleh dikatakan lebih kurang 60% bunyi berkurang jika lubang speaker tersebut tertutup.
2. Symbian3 OS
Kepada pengguna biasa, semua ni tiada masalah. Tapi jika korang pernah menggunakan iPhone 4 atau HTC (Android OS), korang akan rasa yang Symbian3 OS ini masih tetap ketinggalan walaupun telah dipertingkatkan. Mungkin Nokia patut mengambil kira pada phone mereka yang akan datang agar tidak lagi menggunakan Symbian kerana memang agak membosankan. Boleh dikatakan jika OS yang ada pada iPhone4 adalah Windows Se7en, dan Android adalah Windows Vista, Symbian3 masih lagi di Windows XP.
3. Phone Hang/Stuck
Ini perkara paling membuatkan pengguna handphone mengamuk. Sepanjang 2 minggu Khai gunakan Nokia N8 ni, adalah dua kali phone ni stuck. Itu pun masa Khai lakukan terlalu banyak multitasking dan terlalu banyak apps running in background. Menariknya, oleh kerana Nokia N8 bateri’nya memang tak boleh nak dikeluarkan (sama macam iPhone), jadi phone ini akan automatik restart semula atau sekadar memadam application yang beku tadi sahaja.
Dan sekarang cukup 6 artikel yang Khai dah tulis dan persembahkan kepada korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nokia N8. Apa yang Khai tulis adalah mengikut kepenggunaan Khai tanpa sebarang berat sebelah kerana Khai tidak dibayar apa-apa untuk memuji handphone ini dan amaran awal dari pihak Maxis adalah menulis review yang tidak berat sebelah. So lepas ni jika ada apa-apa persoalan, tinggalkan di bahagian komen insyaAllah Khai akan jawabkan mengikut apa yang Khai tahu. Untuk mengikuti semula semua artikel berkaitan Nokia N8 sebelum ini, korang boleh klik pada banner Maxis di sebelah kanan blog ini atau klik di sini. Terima kasih Maxis kerana memberi peluang kepada pihak Oh! Media Network untuk menceritakan pengalaman menarik sebagai seorang pengguna Nokia N8.
Pssttt: Ingat nak compare’kan gambar di antara Nokia N8 dan iPhone 4. Tapi gambar dari iPhone 4 milik Een (Maxis10 untuk iPhone 4) tak dapat lagi. So mungkin Khai akan keluarkan juga pada review akan datang biarpun tempoh masa untuk Maxis10 review tamat pada hari ini.
khai, n8 oren n biru masuk Msia x.. klu msuk. agak2, ble release ek..
salam..khai nak tnye..
phone ni b0le gne prepaid tak..?hehehe
salam..
khai, bila nk publish iklan saya??
dah lama bayar..
-www.spypen2u.com
Anda akan dihubungi melalui email selewatnya malam ini.
aku tunggu perbandingan tu.. een cepatla…
Sabaq sat.. Semalam Keletihan sampai tidoq xingat dunia
aku g taye kat kedai..
die cakap nokia ni stsisll senang kene virus..
any komen?!~
Tak pernah perasan plak dalam internet ni.. Tak tahu la kenapa kedai tu cakap macam tu. Nak lariskan antivitus apps dia mungkin.. Hehe..
finally dah abih review… baca blk yg sebleum nie..
pas tue, decide nak ke tak..
Tq khai..
menarik penjelasan yang saudara khai bentangkan..
kalau bagi khai la kan..khai beli tak dengan harga dia, application dia, pape la pasal N8 ni?kira nye berbaloi ke tak….
rugi @ tak?
atau baik ambil yang lain(jenama) dengan harga sama ngn N8?
Thanks, ๐
Beli phone ni langsung x rugi.. Diulangi, LANGSUNG! dengan harga sekadar biasa (RM1690) dan dengan apa yang ada pada Nokia N8 ni, rasanya memang Nokia sengaja menyasarkan phone ini untuk pengguna dengan pendapatan sederhana. Percayalah.
Bro….hp ni mmg best, tpi sye rase E7 lgi mantap sbb ketahanan bateri n ade qwerty keypad…bntuk lbeh kurang je ngn N8. 8)
http://www.slashgear.com/nokia-e7-browser-multimedia-video-14102145/ chechk out this review.
Khai..
2 soalan..
1) Perasaan masa text Sms.. ?menyusahkan? x boleh blah lgsg? rasa nak buang phone? atau sama rasa menaip seperti phone yg ada keypad biasa?
2) boleh n sesuai tak n8 ni digunakan untuk theatering? jadikan modem untuk surf d pc?
3) kalau masa thetring.. call in.. sms.. email leh masuk x?
tq…
Salam Karim..
1. Langsung tak menyusahkan. Sebab Khai dah lama gunakan touchscreen phone.. Mula-mula Nokia 5800xm, kemudian Sony Ericsson Satio (sampai sekarang) dan sekarang guna Nokia N8 pula. Kalau baru2 nak berubah dari keypad kepada touchscreen, mmg agak sukar tapi lama-lama biasa lah. Tapi kalau atas motor or tengah drive, mmg menjadi kesusahan juga la sebab mata kene nengok visual keyboard tu. Kalau keypad, kita boleh agak2 je kan? Kalau touchscreen ni mmg kene nengok. Hehe..
2. Boleh sahaja. Tiada masalah.
3. Itu Khai tak sure. Sebab belum pernah jadikan N8 ni as modem.
e7?? slide keypad mcm n95??
cam best?? dah ada ke ktmalaysia??
usb on the go dengan fm transmitter..cambest :[
Macam bes je, nak dapat fon ni kena amik pakej Maxis je ke?
Tak beli dari Maxis pun takpe. Boleh beli di mana2 kedai phone berhampiran pada harga retail. kalau beli di Maxis, pada harga murah lah tapi dengan kontrak 12 bulan atau 24 bulan.
ermmm…kalau menulis iklan ini,kompem ek dapat duit banyak kan??? heheheh…bagus2…aku nie teringin nak tukar nokia,,tp xde kemaampuan dr segi kewangan…isk3
jom usha entri pasal lagu 90an masih popular zaman kini:
http://nash121.blogspot.com/2010/11/lagu-90-best-lagi-lahh.html
fungsi transmitter utk dlm keta tue sma mcm bila guna modulator…
so..klu dh ada n8…x pyh la lg nk kne bli modulator…(pdhl modulator lg murah..hehe…)
nyahahaha ^.^ saya sudah beli semalam kaler oren ! auww . suka suka ! B-)
still x dapat nk decide ni nk rembat or x…tgk Andriod Phone pun cam besh gak…. ๐
ermm.. N8 ni mcm best juga tapi bila Khai kata asik stuck terasa x best la pula. Tapi Nizam suka HTC punya model,lagipun HTC pakai Android n mkn popular skg kan…
ni yg payah ni klu kerap stuck bila run byk apps…hurmmm
Khai, semalam saya survey N8 ni dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Malangnya semua kedai da x jual, sbab da ditarik balik penjualan nye. Ade problem dgn sofware N8 tu, x stabil lg. Sesape yang da beli pun, dorang hantar balik. Bila dengar mcm tu, trus ilang mood nak beli N8 tu….. :oups: =( ๐
sangat menarik khai,terima kasih untuk infonya
ini kunjungan saya yang kedua kalinya,saya senang dapat ikut berkomentar disini
salam
khai nak tanya, macam mana nak amik gambar desktop phone macam tu ? takkan snap kot. tak percaya aku. ajar sket. ;D
Entri baru
Belajar semula grammar ilmu zaman dulu
wahhh..teringin nak ada satu.. :8
khai,dgr cite n8 ni hang,bila bukak youtube n google?betul ke??
sebab saya dgr dari mulut authorised dealer nokia??
betul ke??
n dia cakap,bila hang,dia takleh nak off @ buat benda lain,
n if nak betul kan ,kena hantar kat kedai balik?
betul ke??
cerita pulak pasal nokia c7, banding samsung wave…
ksimpulan nye satio dgn n8 mane lg ok??
boleh compare kot E7 ngan N8 nie..:-)….cm lebih kurang je…
http://europe.nokia.com/find-products/phone-comparison
review that pawn nokia n8.
http://www.lowyat.net/v2/the-curious-case-of-the-dying-nokia-n8-2.html
wow smart la nokia N8 ni..
thanks for da info ๐
salam .
khai , antara nokia n8 and iphone 4 .
mana 1 yang bagus bagi khai ?
:8 :-[)
iPhone 4 lebih sesuai buat saya. Lain orang lain keinginan dan keperluan sebenarnya.
saya ada guna nokia N8 tapi battery tak tahan sehari, baru guna sejam wifi…
menarik gak nokia N8 ni. berapa harganya bro?
Skarang dalam 1400 – 1500 macam tu rasanya.
bro khai,
sy ada mslh ckit..sy ada hp N8 ni tp msh byk application yg sy taktau nk guna..rugi la kan hp mahal tp tak tau function die. sy ni buta gadget ckit. sy dpt hp ni murah ckit,kastam punyer. adakah some application yg terkurang? sbb mcm lain jer dr pasaran.. klu bro bole guide sy..pm my emel ker..
thx bro khai.
btol ke gps die bole gne secare offline?????
=_=’
gps kalau guna garmin, mmg offline sahaja sudah mencukupi..
hari ni aq dah dpt beli sebijik N8 ๐ …thanks kat smua review ni ๐ …terbaek hehe… :love:
salam bro khai…ovi map tue klu kita guna masa drive.free ke kne byar bro…hamba kurang arif ckit nie….free tue maksudnye mcm(garmin xt )ke.sekian
salam khai….harap jawab dgn ikhlas. Betul ke n8 ni bermasalah terutama pasal amoled glidge yg terjadi pada skrin. Saya baca kat ” Masalah tone colour dalam n8 ” cuba sedara sedari layari wweb tersebut. sembang dlm facebook.
Saya tak pasti tentang itu kerana saya menggunakan N8 untuk tempoh masa yang singkat sahaja sebelum beralih kepada Apple iPhone 4.
admin kalau dia hang lama apa nak buat ye saya dah pening harap bantu
Hold Power button lama2 sampai dia padam.