(Apps) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Review Nokia N8 diteruskan lagi (untuk yang berminat mengikutinya). Sebelum ini Khai dah buat sedikit review pasal Intro, Photo dan video. Siapa yang dah tersesat ke entri ini tanpa membaca entri yang lepas, korang tahu apa yang korang patut buat kan? Hehe.

OVI rasanya bukan satu nama yang pelik lagi bagi pemilik Smartphone dari Nokia. Bagi pengguna Nokia, semua benda yang korang nak buat kat phone tu, semua akan guna OVI. Nak pindah file ke komputer, korang akan guna Nokia Ovi Suite. Kalau nak download apps yang best-best, korang akan download apps ke dalam phone melalui website Ovi.com. Nokia fokus lima perkara penting melalui Ovi ni iaitu Games, Map, Media, Messaging dan Music. Dari semua perkara ni, banyaklah thirt party developers yang dah pun membangunkan macam-macam apps khas untuk Nokia dan Symbian OS.

Nokia Ovi Store buat masa ni mungkin tak setanding dengan Miscrosoft, Apple Store atau Google Android Store sebab diorang dah ada beratus ribu apps untuk di’download. Tapi melihat perkembangan Ovi Store ni, dari masa ke semasa, suatu hari nanti mungkin akan setanding dengan phone store yang lain. Apapun, apa yang ada kat Ovi Store sekarang ni, dah jauh lebih cukup dari apa yang korang perlukan untuk buat phone korang best!

Dengan wujudnya Ovi Store ni, korang memang tak perlu lagi nak download apps dari mana-mana kat internet ni. Semuanya dah dikumpulkan ke dalam satu tempat. Kalau korang access Ovi Store melalui phone, korang pilih je mana-mana apps yang menarik, terus dia akan download dan install’kan siap on the spot. Memang seronok kot install macam-macam apps dan cuba. Kalau tak suka, dengan sekali touch, terus boleh remove balik. Nokia cakap, lebih dari 2.5 juta download yang dicatatkan setiap hari. Tak ke satu perkembangan yang hebat buat Nokia tu?


* paparan utama website Nokia Ovi Store

Anyway, korang perlu ada akaun untuk access Ovi Store ni. Tak susah pun nak buat akaun dia. Boleh create dari phone atau pergi ke website diorang dan register satu akaun. Bila dah login, antara paparan berikut dapat korang access untuk men’download dari mana-mana kategori apps yang tersedia kat sana.


* interface Nokia Ovi store di’access melalui handphone.


* interface Nokia Ovi store di’access melalui pc.

Dan paparan apps yang boleh korang install ni mungkin berbeza bagi setiap phone. Macam Khai ni download untuk Nokia N8 so semua yang dia keluarkan, memang hanya untuk digunakan pada Nokia N8 yang dikuasakan oleh Symbian^3.

Antara applikasi FREE yang WAJIB, Khai sendiri rekomen kat korang adalah seperti;

1. Nokia Panorama
Apps ni memang amazing. Nokia N8 tak sediakan fungsi panorama dalam kamera dia. Tapi dengan apps ni korang boleh ambil gambar dalam mode panorama seperti yang ada dalam kebanyakkan phone Sony Ericsson. Yang membezakan panorama yang ada pada Nokia N8 ni, dia ada fungsi auto-scanning yang menjadikan setiap gambar panorama korang ambil tu langsung tiada cacat cela dari segi sambungan gambar. Boleh panorama 360 darjah lagi tu sekeliling korang. Contoh gambar panorama N8, sila refer entri Nokia N8 photo review.

2. ScreenSnap
Membolehkan korang snapshot paparan pada Nokia N8 korang tu dengan begitu mudah sekali.

3. HandyWi
Membolehkan phone untuk tarik lebih kuat signal WiFi disekeliling korang. So lebih mudah untuk korang mencuri guna WiFi orang lain yang ada. Hehe. Contoh kalau phone lain ada 3 wifi signal yang available, bila korang guna HandyWi ni, tiba-tiba ntah dari mana datangnya 9 lagi wifi signal yang lain. Nice eh?

4. SMS Preview
Bila SMS masuk, automatik dia akan keluarkan sms tu kat depan dalam bentuk cloud tanpa perlu korang memegang phone untuk baca. Tapi bahaya jugaklah sebab kalau ada orang lain main phone korang, memang kantoi teruslah apa-apa SMS yang masuk walaupun kawan korang tu takde niat pun nak baca SMS korang. Hehe.

5. NFS Shift
Need For Speed Shift versi mobile ni boleh di’download secara percuma buat masa ini. Memang best bila boring-boring, korang layan game ni. Grafik yang gempak dan game yang amat-amat menarik. Tak tahu la kenapa free. Kalau bayar pun orang sanggup beli.

Cukuplah 5 ni dulu untuk applikasi wajib dan percuma untuk korang download at the first place bila korang dah memiliki smartphone Nokia seumpama Nokia N8 ini. Dari segi apps, rasanya langsung takde masalah pada pengguna Nokia ketika ini. Mungkin tak banyak apps yang pelik-pelik untuk korang download. Tapi kalau Khai, memang tak download apps pelik-pelik seperti yang ada banyak pada iPhone. Download apps yang benar-benar berguna sudahlah kan?

Selain tu banyak lagi apps best yang ada kat OVI Store. Tapi ada harganya yang tersendiri lah. Kalau korang betul-betul suka apps tu, tak salahkan keluarkan duit tak sampai 10 ringgit untuk memiliki apps yang korang memang idam-idamkan. Apapun seriously, korang takkan menyesal jika menjadi pemilik Nokia N8 ni. Dengan harga serendah RM1690 atau RM990 (beli melalui Maxis), korang akan menjadi seorang happy user! Jangan dengar cakap orang sebab ada ramai yang tak pernah try N8 dan Symbian 3′ OS yang baru ni, tapi dah pandai berbunyi pulak kan? Hehe.

Review akan datang, Khai akan letakkan screenshot interface yang ada dalam Nokia N8. Dari segi homescreen, setiap foldernya, visual keyboard’nya dan macam-macam lagi yang lain. See yaa!

Ditulis pada 10:33 PM 6 November '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,841 views | Dalam kategori: Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by Piratz
2010-11-06 22:41:59

Nice.. Aku dah main panorama ngan NFS kat Nokia N8 MK semalam…

..
 
Comment by ejam
2010-11-06 22:55:52

menariknya apps utk N8 nie…menggoda btol…

..
 
Comment by iZwaN
2010-11-06 23:22:14

khai..klu kte page ovi tue gne nset…
dier ada charge ke?atopon free je?

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:01:36

Kalau suft internet guna 3g, mmg akan ada charge lah dari pihak telko. So kena apply data plan dari pihak telco. Kalau takde data plan, masuk web ovi dan download guna available WiFi ye..

..
 
 
Comment by nabilpotter
2010-11-06 23:28:21

khai, harga dia brape? mahal tak? huhuhu

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:02:29

Macam yg pernah diberitahu dalam review sebelum ni, harga phone ni murah dan amat2 berbaloi dengan apa yang tersedia di dalamnya. Retail price RM1699.

..
 
 
Comment by Kenzo
2010-11-06 23:39:27

apps tu bole download pegi pc ke?

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:03:30

Rasa macam tak boleh. Tapi dari website OVI send ke handphone, boleh.

..
 
 
Comment by finalcross
2010-11-06 23:40:37

ovi ni pd aku tak semeriah android market & app store…. terlalu sedikit app yg ade. developer msih takut nak buat pelaburan pd ovi kot…

..
 
Comment by h3r0
2010-11-07 00:01:05

5 je khai suggest… bagi la 8 ke 10 ke?
demand betul aku… tq khai.. info nie pun dah ckp…

..
 
Comment by gilalensa
2010-11-07 00:25:22

samsung 12 mgpxl gmbr cun, tp 2 ribu lebih, video tak HD. SE satio pon camtu gak, harge lebih kurang je n8. bek amik N8 ni je. aritu da test kat kedai, seyes symbian^3 neh tak sama cam symbian kat model n97 etc. terbaik ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:05:56

Yup.. Symbian3 mmglah tak nampak lame macam symbian yang lama. Kena try Nokia N8 dululah baru kita tahu camana kan. Hehe..

..
 
 
Comment by Hahn
2010-11-07 00:34:39

demn abeh kredit aku..
ingat acces pakai wifi..
tapi gi pakai data caj..
demmit.. bukan beli ya tapi access ovi itu sendiri

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:06:48

Nak download data, mesti la kena ada data plan. Tak pun pastikan dah connect via WiFi, baru download apa-apa. hehe. Hati hati ya. ingat nak buat artikel pasal ni hari tu awal-awal, tapi maybe dalam review seterusnya. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by aizuddin
2010-11-07 01:06:31

rasanya lebih kurang sama je dengan app. smartphone nokia lain..nokia panorama macam tak perasan pulak :aie:

..
 
Comment by azmirul
2010-11-07 01:31:52

aku sokong finalcross..susah ovi nak kalah kan jaguan android market dan Apps store…memandangkan tukang develop sekarang hanya tertumpu kepada Apps store dan android market….kebanyakkan application berada di Apps store memandangkan bayaran yang Apple bayar cukup lumayan kepada tukang develop…hehehe…hasil kerje mesti dibayar bukan…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ara
2010-11-07 03:50:25

rm999 dari maxis cane nk dpt? .. pls gtau. hehe ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:09:25

Hi ara, boleh refer di website maxis. Here: http://www.maxis.com.my/personal/nokia/N8/index.asp

..
 
 
Comment by Cikgu Azid
2010-11-07 04:50:32

Bila dah baca kesemua entri review Nokia N8 dari Khai ni,terasa pening nak pilih mana. Haishhh..Berat hatiku untuk ke Iphone..hehe

..
 
Comment by mastermindz
2010-11-07 06:22:47

:8 tak nampak lagi kecacatan pada nokia sejak aku pakai nokia 3230 yg aku penuhkan dengan berbagai program symbian… ๐Ÿ™‚ remote control tv,nes game :8 ,bluetooth camera antara henset ke henset,hidden masej sent dan banyak lagi aku dah cuba pada nokia 3230 aku…mungkin lepas ni aku akan cuba n8 lak…tapi aku still pakai 3230 yg bertahan selama 5 tahun dlm tangan aku tanpa sebarang masalah :love: …nampak gayanya kene aktif balik berforum dengan geng symbian program…hehehe
thankz khai for that info…assalamualaikum ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by adha
2010-11-07 07:57:30

erkk khai..N8 ni camera dy ade bunyi shutter x?.. 8) ..harga utk AP set berapo agak2..mula tertarik dah ni hehe :o:

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:12:46

Ada bunyi. Ada 4 pilihan bunyi shutter yang menarik. Hehe. AP set tak tak tahu la berapa tapi mestilah lagi rendah dari RM1690..

..
 
 
Comment by deankapal
2010-11-07 11:04:15

mastermindz…kite same..aku pon guna hs tu..sayang nk tukar, sbb bukan smua hs leh install masukkn ame, app mcm yg 3230 tu..memg tahan lama..4 tahun da..tgkla body cne, besi..haha

..
 
Comment by endrakesuma
2010-11-07 12:56:07

eh khai. rm990 tu camana nak dapat? membe aku cakap kalau pakai pelan maxis kene bayar 200 bulan2 eh? kalau macam tu serupa lah beli yang rm 1690 tu kan? kan? aa. explain aa sikit. aku tidak tahu B-)

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:16:15

Untuk beli dari Maxis pada harga RM999, di bawah contract 24 bulan dengan Maxis. Then mesti masuk postpaid ivalue50 at least dan data plan 500mb. Baru boleh beli N8 ni pada harga yang murah. Dan ya mmg betul, lagi ok kalau beli cash je phone ni. Baru tak terikat kan? Hehehe..

..
 
 
Comment by mrdeporte
2010-11-07 19:17:37

bro..
memandangkan skrg guna satio kn..
mintak tolong bagi comparison sket antara n8 dengan satio dari segi aplication ,os, jangka hayat bateri, & user friendly.
ada bnyk perbezaan x..
thanks..

..
Comment by Khai
2010-11-08 04:17:59

InsyaAllah. Dalam review yang akan datang.

..
 
 
Comment by Eriyza
2010-11-07 22:52:41

Wah, sms bebentuk awan??
Cam best jak! ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-11-08 00:56:18

waaa.. ade game NFS shift plak?! satu henset jer dah bleh kalahkan desktop aku… hehe, pc aku takleh angkat game2 graphic tinggi. hohoho

..
 
Comment by intankuterpilih
2010-11-08 17:49:06

nak beli n8 tapi mcm belum termampu je..nak dptkan c3 dulu…tu jer yg rasa mampu…

..
 
Comment by Encik Kool
2010-11-08 19:36:25

Kite same la samanosuke_04..dasat-dasat…nak angkat tp tak termampu lg..Kalau Khai ade wat contest bg N8 ni kan bagos..(ayat pancing)..haha..

..
 
Comment by jey yusuff
2010-11-09 13:06:09

khai satu masalah touch screen ni dia mudah hang dan jam. N8 ni ada problem mcm ni jgk ker

..
Comment by Khai
2010-11-10 02:27:40

Setakat ni takde lagi masalah macam tu. Mungkin penangan Symbian3 OS yang baru ni kot. Memang sangat-sangat berbeza dengan dulu.

..
 
 
Comment by asbesstos
2010-11-09 13:37:51

sebulan dua lagi… sabar…sabar… :bloody:

..
 
Comment by nur
2010-11-09 18:50:18

maaf ye mencelah. akak dh send email 2 kali tp khai tak reply.. so tepaksala akak contact khai melalui sini je. akak ada tempah iklan dan dh buat bayaran sejak Sabtu lepas. risau jugak ni takut inbox khai tu reject email akak sbb inbox khai penuh ker apa ker. sori ye khai tpaksa tanya kat sini pulak . kalau khai tk dpt email tu nt akak leh resend. thanks ye

..
Comment by Khai
2010-11-10 02:26:58

Salam Kak Nur,

Pihak saya akan menyelesaikan perkara ini malam ini juga. Mungkin komen akan termasuk ke dalam spam box. Jangan risau apa-apa saya akan hubungi akak semula melalui email yang akan gunakan untuk menulis komen ini.

..
 
 
Comment by muhafis
2010-11-11 09:23:55

slm,

saya dah 2minggu tunggu iklan di oh artis tidak disiarkan juga,
nak kata justkhai nie offline tiap hari update entry baru, then bila saya minta refund still no response, ape yg boleh saya buat, sy tiada num telefon die, boleh sape2 sampai kan pada si khai nie tak, kawan2 ke or sedara mara die, tq

0127522085

..
 
Comment by hafizmd
2010-11-11 14:33:04

arghh..tensen betul aku baca review khai ni..makin aku bace..makin tertekan buah pinggang aku…

haruskah aku beli utk aku hadiahkan utk isteri aku??? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by sonyon
2010-11-17 20:16:14

salam.. sy ad n8 nie.. pas2 nk bwt ringtone vdeo…
n cmna nk settg ovi 2?
tq

..
 
Comment by Pak Husin
2010-11-19 14:32:02

Salam.
Khai pakcik nak tanya tentang sistem pembayaran utk app. berbayar di ovi store ni.boleh tak khai terangkan mcm mana.
terima kasih

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post