Burger Bob yang best!
Tadi Khai dengan beberapa member yang lain try nak makan kat satu tempat baru ni, tapi tempat tu tutup pulak. So bila dah tak tahu nak makan kat mana, Khai suggest diorang untuk cuba satu burger yang pemes ni kat Keramat. Siapa lagi kalau bukan Burger Bob.
Burger Bob ni memang best dan memang tak jumpa kat tempat lain. Dari satu blog yang bercerita tentang kedai burger pernah Khai baca sebelum ni, dia cakap hanya ada dua stall burger sahaja yang paling best kat Malaysia ni. Kiranya dia yang memang rajin jalan-jalan cari burger paling best tu, hanya suka kepada dua burger ini sahaja. Satu di hadapan 7 Eleven, Pandan Jaya dan satu lagi di AU 5C, Keramat.
Ini kali kedua Khai ke Burger Bobby ni atau lebih mesra dipanggil Burger Bob. Dulu sedap, sekarang pun still sedap lagi. Dengan kedai burger dia yang dalam kawasan rumah dan amat jarang ada kereta lalu-lalang, still ramai orang yang datang. Memang ramai yang sanggup datang dari jauh untuk cuba sendiri Burger Bob ni termasuklah kitorang sendiri.
Kalau nengok dari si Bob yang buat burger ni, memang kita rasa yakin akan tahap kebersihannya. Orangnya juga peramah. Selama kitorang kat sana, walaupun sibuk dengan pembikinan berbiji-biji burger tempahan pelanggan dia, dia stil beramah mesra dengan kitorang yang tengah syok makan tak ingat dunia. Siap cakap kalau nak tambah sos ke, mayonis ke jangan malu-malu beritahu dia. Kool eh?
Bob ni juga bila kitorang ajak berbual dan tanya macam-macam pasal burger dia, semua dia cerita dengan penuh mesra. Hehe. Bagus Bob! Kerana itulah anda berjaya walau sekadar menjual burger. Patut menjadi contoh kepada remaja lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan dari awal.
Ni number plate yang tergantung rapi betul-betul kat depan kedai dia. Khai tanya ada apa dengan number plate tu. Bob ni cakap, number tersebut ada kisah yang tersendiri buat dia. Apa ceritanya Khai tak tanya pula cuma menurut Bob, itu number plate yang membawa tuah untuk’nya.
Kalau korang rasa nak cuba burger ni, pergilah try sendiri kat Keramat tu. Terus cari kat Jalan AU 5C/14. Nombor rumah Bob ni nombor 3. Kalau takut sesat, bawak-bawaklah guna GPS ye? Hehe.
Khai beri 5 bintang terus untuk Burger Bob ni. Serius sedap dan memang tak pernah lagi jumpa burger sesedap ini sepanjang usia 23 tahun Khai di atas muka bumi ni. Kalau nak compare dengan burger si badut belang merah tu, lagi la bagai langit dengan bumi. Hehe.
Ok tu je nak berkongsi untuk artikel kali ni. Lama dah tak update blog ni. Maaflah kalau ada siapa-siapa yang tertunggu-tunggu artikel baru. Khai sibuk sikit ketika ini. Moga suatu hari nanti diberi kelapangan untuk sentiasa mengeluarkan idea-idea dan perkongsian bermanfaat melalui blog ini. Untuk artikel kali ini, berkongsi kedai burger pun kira bermanfaat jugaklah tu kan? Hehehe. Till then!
+ Lagi gambar dan respon pembaca di Oh! Media.
besar kot burger bob ni. sesuai la dipanggil bob hehe. nampak sedap kot
untung brader bob ni free advertising tapi memang berbaloi. wahai sedara khai lu kat desa pandan wa kat ampang teringin rasa nak tengok muke lu depan2 ๐ bilakah kita ada peluang untuk ngeteh bersama harapan ni kot haha
Aiyark! Hehe. Desa Pandan tu opis je. Rumah bukan kat Desa Pandan, Hehe. InsyaAllah ada rezeki kita katemu..
pe kata post skali google maps , takyah lee sme org nak kne beli gps chet
Search je la kat Google Maps. Takkan nak kena paste peta kat artikel ni juga kot? hehe..
Nak kena try ni. Dengan satu artikel ni pasti ramai yang akan menyerbu burger bob.minggu ni jugak nak try.haha ๐
Berger Bob ni memang terbaik. Dah banyak kali makan dekat kedai tu. So far, memang tidak mengecewakan. Cumanya, kena standby bawak tisu lebih sebab confirm comot!
Haha itulah pasal kan.
Peh, Tak muat mulut kalau makan tu. Memang besar, termasuk orang yang bikin burger itu sekali. Tak tau nak start makan dari mana. Semua sudut nampak sseeeeeeeeeeeeeeddddddddddaaappp sangat.
Simpang 3 ๐ Heheh orang dalam.
Boleh try gak nnti nie…
Besar gila… Brapa rggt khai?
Yang dalam gambar tu, RM5 sebiji. Double Cheese Burger..
aih, baca khai tulis macam sedap bebenor lah burger ni… nak kena try ni.. huhu. g keramat semata2 nak carik burger Bob. malam je ke bukak?
Tak sure la bukaknya pukul berapa. Tapi kalau Khai pergi makan kat situ, memang belah malam je.
memang sedap pun. sy yg x minat mkn burger pun kata sedap. dia guna worchester sauce, black pepper gravy. pastu bawang digoreng dulu. mmg lain drpd yg lainlah. disyorkan jgn tapau sbb nnt balik rumah burger dah benyek sbb pemeluwapan. makan je kat situ.
wah…kolestrol..i like…. hehe… ๐ macam sedap ni, nak kena try
demmm kene try nih…
fuhh da lama tak makan burger kat stall burger ni..terliur la plak
“Burger Bob ni memang best dan memang tak jumpa kat tempat lain”….Kat Kuantan ade la Burger Bob…cube try lagi best..penangan burger rare…hihihiih
perghhh dah la besau owner pun besau hihihi…gaya persembahan mcm sedap…:)
mcm mana nak sumbat lah burger besar tu…:)
Kalau orang KL yang tulis , maknanya semua burger yang best di Malaysia pun dekat KL. Cuba bagi orang Perak , Kedah , Kelantan tulis .
Orang KL bukan hidup di KL sahaja seumur hidupnya.
perh berger bob…. untung nko si khai makan kat situh…. dapat masuk tenet… kot kot pas nih leh terima tempahan online lak… ahaks
dah lama x follow justkhai, rindu nye zaman tu.tahun 2008-2009.hehe. klu online je first skli bukak msti justkhai. second baru facebook. hari2 tggu entri baru, xprnh bosan. since 2010 kot khai jrg update entri baru. hehe. skrg dh sllu update ni. buat balik la hobi lama ngadap justkhai
Hehehe, Thanks Hunny.. Ya, memang ingat lagi dengan nickname “Hunny_Qtn” ni.. Hehe..
kat miri ada KFCK…hehe.
bro makan burger yg rm6 ke 17.50 hinggit… ๐
student price xde ke hehe…
Makan yang RM5 tu je. Tak pernah try lagi yang sampai RM17.50 tu. Pengsan kot kalau makan karang.. Hehe.
besar betul saiz burger tu.. selalu burger yang kedai2 jual semua kecik2.. burger bob jual memang besar la..baru la pelanggan puas hati..
betul. kalau nak banding burger kat restoran fastfood, memang takleh celen langsung dengan burger tepi jalan.
aku sampai sekarang tak suka makan burger fastfood. burger tepi jalan boleh letak memacam dalam. mayonis lebih, sos lebih. daging garing. pergh. enak gila.
…dan paling penting, jauh lebih murah kan dari fast food yang ada. Hehe. Murah tapi kepuasan, double Triple!
harga brapa ek burger die?
dah try OM Burger? Makcik yang bungkus tu slamber je buat. Bungkus asal bungkus je..sos, daging burger, roti sume sepah2
Tapi ramai orang suka. Huuhuuhu pelik2
OM burger di 7E Pandan Jaya tu ke? Kalau situ dah try. Pun sedap juga. Tapi presentation dia biasa sahaja. Tak macam Bob ini yang menyelerakan biarpun kompem mulut comot. Hehe..
perghh…ni kalau makan,takyah makan lagi untuk 2 hari 2 malam.kenyang giler kalau makan ni ๐
terliur bro, nak try la nanti..:-)
Sekali imbas pandang muka si bob tu ada rupa aku la.. tapi aku kena tambahkan lagi ketembaman pipi tu.. huhuhu
Salam bro, bole bagi GPS coordinate tak lokasi stall ni. Dulu penah try cari tapi sesat larat.
Alamak.. Tu masalah gak tu. Tapi dah ada nama jalan tu. Kalau jumpa jalan tu, jumpalah kedai si Bob ni.
Alamak, macam kena try ni…… nampak sedap betul!
ceq teringin nk mkn burger ni la…
antaq mai kedah boleh dak ? ๐ ๐ ๐
uish…. Conpem nak kena g try ni….
koordinat cmana nk cari ek dlm maps ni.. 3 12 7 N, 101 45 16 E
ko ni, dari dulu lagi dok asyik cite beger aje..hehe
Terliur bila tgk gambar yang pertama tu…peh!!!!!!!!!!!!!!!!
wahh..bole la try nnt..klau khai pg penang bole try ed burger..area permatng pauh..hehe.. :D..
arrgghhh,.. meleleh air liur tengok,.. pui,.. haahaa :o:
aku duk puchong sanggup pi beger bob kat keramat tu sbb lapa..muahaha…
keramat AU5 ?
org yg duduk keramat hujung nie pun x pernah rasa lg , nanti nak g lahh ๐ ๐
emm..mnarik nie…tapi ada lagi tmpt jual burger yg mnarik n sodap..aku pnh g kuching thn 2006..smpat la merasa burger ketam..mmg femes la kat kuching..
tp awal thn nie..aku berpeluang lg ke sana..tp tmpt tue da tutup la..kempunan nk makan burger ketam nie..
lg 1..try g alor setar..ada gak stall burger yg memang full slalu meja..kat ngn area rumah kelahiran dr mahathir..
bapak lah rm5 dapat burger besar cam 2, lagi berbaloi daripada mcd.
best gilerr…
AU5 ni kawasan Lembah Keramat ni dekat2 Giant Taman Permata
bro khai…agak2 telur yg digunakan tu dia dah basuh bersih2 dulu ke belum????