Blogger Jalanan ke Blogger Aircond
Hi guys. Disebabkan dah takde apa kerja lagi nak buat, ini masa paling sesuai untuk update Justkhai. Tak tahu nak update apa. Ada lagi ke orang yang nak baca Justkhai ni? Hehe. Hope ada lagi la yang sudi membaca walau dah beberapa minggu kecundang tanpa update. Artikel kali ni lebih kepada personal, sekadar nak mencari mood untuk kembali menulis blog ini
Khai sebenarnya takde la busy mana, cuma saja buat-buat busy. Dengan buat-buat busy, kita akan mengisi setiap kelapangan masa yang ada dengan sesuatu yang bermakna dan berguna. Orang kata, “busy is a good problem”. Ya memang betul lah tu.
Dari blogger jalanan ke blogger aircond.
Maknanya, dulu Khai adalah blogger yang boleh online di mana-mana sahaja Khai suka tapi sekarang dah ada office sendiri. Oh! Media kini alhamdulillah, dah lebih meluas dari dulu dan kini dah ada beberapa krew yang bekerja kerana sayangkan jenama ini. Ada yang rasmi, ada yang sementara. Kena lihat dulu bagaimana prestasi mereka. Dulunya, kita try untuk push online market, tapi sekarang kita try untuk push offline market pula. Dengan lebih ramai kakitangan ni, satu sahaja harapan agar jenama ini dapat berdiri lebih gah dan bukan masih ditahap yang sama sahaja.
Bila diri bergelar graduan pada tahun 2008, Khai masih tidak pernah bekerja di mana-mana kompeni lain. Belum pernah lagi bergelar pekerja yang memiliki bos. Dahulunya, sayalah bos dan sayalah kuli. Kalau malas, tiada hasil. Bila rajin, hasilnya selalunya lebih dari pekerjaan yang mempunyai bos. Orang malas selalu rugi.
Sebelum ini lebih prefer untuk online di rumah. Alhamdulillah, rumah ada aircond dan dipenuhi dengan pelbagai barangan peribadi yang memberi inspirasi untuk diri sendiri. Jadi bila ada suasana yang selesa, baru kita pun rasa selesa nak lakukan sesuatu. Baru idea boleh datang mencurah-curah lebih-lebih lagi jika kita bergelar seorang penulis blog sepenuh masa.
DJ Oh! Media FM, Aim Dot Dot dan krew yang lain
Sebab tu bila dah ada office pun, susah kerja nak siap. Bila online kat Mc Donalds, mamak atau yang sepertinya, baru kerja boleh siap. Kadang-kadang rasa pelik, tapi Khai tahu untuk melakukan satu perubahan pada diri, bukan perkara yang mudah dan ianya memang memakan masa. Walaupun itu office kita punya, tapi kenalah tanamkan disiplin pada diri dan tunjukkan contoh yang baik pada yang lain. Bangun pagi-pagi untuk masuk office, sumpah berat gila sebab tu memang bukan diri kita.
Kadangkala sikap orang di sekeliling kita mampu menjatuhkan semangat kita. Takkan semua perkara perlu ditegur kan? Lebih-lebih lagi bila dah ditegur, tapi tiada feedback. Tapi memanglah bukan senang nak menjadi nakhoda sesebuah kapal ni. Macam-macam perkara yang perlu kita fikir dan selesaikan. Belum sempat selesaikan, sampai lagi satu masalah baru. Khai dari dulu dah biasa kerja seorang diri, jadi bila kena manage orang lain ni, memang “kureng” sikit sebenarnya tapi ianya satu perkara yang baru untuk Khai ceburi dan meluaskan apa yang diusahakan selama ini.
Apapun, apa yang penting kesabaran dalam diri dan jauhkan rasa cepat putus asa. Kita baru bermula dengan dunia baru, kenapa perlu kita akhiri dengan begitu cepat kan? Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata.
Itu sahaja artikel pembuka untuk blog yang dah bersarang ni. Hehe. Lama gila tak update. Kesian blog ni touching je nengok tuan dia buat tak tahu je dengan kewujudan dia. Hehe. Kepada kawan-kawan blog yang mengenali diri ini setakat melalui blog atau peribadi, doakanlah Khai dan yang lain untuk terus memperjuangkan sesuatu yang telah pasti, cuma untuk sampai ketahap pasti itu, bukanlah sesuatu yang mudah.
Orang nampak senang, tapi ianya tidaklah semudah dan seindah yang disangka. Selamat maju jaya juga untuk korang semua. Ini sekadar sedikit perkongsian hidup ku seorang blogger picisan. Harap adalah antara perkongsian pengalaman ini menjadi pengisian kepada yang lebih sempurna.
jadi bos sndiri senang… boleh buat keje ikut diri sdiri je,..tp bila dh ade pekerja mmg susah la manage kn..hho ๐
awal komen eh bro? Tak sempat nak letak gambar lagi kat entri ni. Hehe.
entry-entry dari blog ini banyak membantu akak untuk menjadi blogger.terima kasih.. ๐
Allhamdulillah jika begitu kak. Seronok saya dengar. Teruskan ya.
Salam… Wah khai! X sangka ko dh semakin maju! Tahniah bro! Mgkin ko dh x igt sape ni ๐ hehehe
oh tidak..sungguh jelez dgn khai..haha..tapi aku tetap malas..aduyai.. ๐
khai tak sedih ke steve job dah meninggal. (off topic pulak ) hehe ๐
Gunakan konsep “POLC” Planning, organizing, leading, controlling. InsyaAllah company tak bermasalah. Master it orang kate. haha. Good luck, khai !
Yeah. Thanks Azfar.
hai~~
semoge berjaya khai…
good luck, sebelum ni just silent reader sahaja. blog ni merupakan salah satu faktor saya kembali berblogging setelah di hijack pada 2010. 2011 bangkit balik buat blog baru dan berdomain sendiri sebab baca entri dalam ni. thanks and good luck khai ๐
hanks Nalem. Selamat maju jaya juga buat anda.
Semoga berjaya Khai~
Kalo boleh, introducekan Oh Media! kepada offline pulak, sebab cam trending FB ni semua mungkin ikut musim, 1 hari nanti, tak mustahil FB kurang populariti, takkan Oh Media! nak berkubur sekali bersama-sama FB?
Good luck Oh! Media!, I’m waiting for that day… ๐ฎ
Ya betul. FB tu sebenarnya antara satu perkara dalam tidak sengaja. Bila ramai pembaca blog LIKE, jadilah jumlahnya yang seperti sekarang. Kami masih cuba untuk terus memantapkan blog-blog network sedia ada dan juga yang bakal dikeluarkan nanti. InsyaAllah, akan bawa Oh Media Network ke dunia offline dengan lebih pesat.
aku baru je berjinak2 kat sini.nampak meriah jugak kat sini ๐
Salam Khai.
Sememangnya blog ini sudah besawang hendaknya. Hinggakan labah-labah sudah jumpa tempat baru untuk didirikan rumah yang indah. Apapun syabas kerna berjaya hilangkan sawang yang boleh menyebabkan penyakit.
Saya hendak tolong pun saya tidak tahu untuk tolong apa yang patut. Tapi, sebagai rakan maya yang seagama iaitu Islam dan sebangsa iaitu Melayu, saya mendoakan agar Khai sentiasa maju terus kehadapan.
Perbodohkan sahaja apa yang orang katakan. Mungkin satu hari nanti mereka akan terbuka hati untuk memperdengarkan apa yang disuarakan Khai.
Terima Kasih.

Penghantaran Beg Khai
Thanks Suka Cuka. Dengna usaha kami semua dan berkat sokongan dan doa dari followers seperti anda, insyaAllah akan dipermudahkan jalannya nanti. Beg? Hari ini insyaAllah. Hehe
Akhirnya ada gak update dari blog ini. he he..
Good luck khai… Walaupun ada orang yg dengki dgn Ko..
Sabar je laa… Memang dah jadi lumrah orang yg berjaya…
Keep going org putih kata… Xpun, ikut cam azwan ali…
Ada aku kisah.. he he he…
๐
Go khai, You are my inspiration. Harap-harap lepas lagi ramai blogger ikut jejak langkah ohmedia ngan Amanz ๐
Semoga Khai dan OhMedia terus memperoleh kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Amin. ๐
Thanks Aqif. Doa saya untuk anda dan team Majalah Niaga juga.
tahniah sebab dah buka comp sendiri…semoga sukses
Terima kasih ya.
Salam Khai.
Suka dgn ayat nie ” buat-buat busy” hehe…
Kdg tu kwn2 tny, hang nie bz ka bt2 bz?
Saya jwb cam Khai jwb…pastu sesama gelak.
Tapi mmg betul.
Bila kita sibuk dgn kerja, kita lupa sekejap segala permasalahan kt sekeliling kita, kita seolah2 dlm dunia kita ja…larian yg sebentar..
Sikap orang sekeliling kdg2 mmg menganggu jiwa kita dlm bt sesuatu keputusan, kita terpaksa “lari” agar keputusan yg tepat dpt dibuat..
Khai cakap betul, sabar penting dlm diri kita…biasala org muda…hehe…
Yg penting, misi perlu dteruskan…keep going Khai!!
Salam.
Orang lain, takkan tahu busy kita tu bagaimana selagi mereka bukan diri kita. So bila orang tanya, kita jawab je lah begitu. Tak perlu cerita apa yang kita lakukan dan sebagainya. Bila ada hasilnya, mereka akan faham mengapa kita busy sentiasa. Hehe.
Thanks Zaim btw.
Akhirnya ada juga update yang ditunggu-tunggu. Memang banyak info dan pengalaman yg boleh dikongsi bersama dengan orang yg buat biz sendiri ni.
OhMedia tu kalau buat offline marketing kat stesen KL sentral pun ok gak.. Ramai lagi yg blm kenal. ๐
Ya insyaAllah. Itulah target kami sekarang. Nak grab offline market. InsyaAllah. Thanks Cikgu Hairul.
dulu pernah curi gambar kereta polis Evo dari blog ni letak kat blog sendiri. tapi masa tu pakai blogspot, tak tahu apa kesannya pada empunya gambar, sehingga lah khai dah lock semua gambar dlm blog ni kuar kat blog lain. baru tahu semua tu ada kaitan dgn bandwith kan ๐
semoga semakin suksess wahai sahabat
Terima kasih, Suffer8zine. Lama tak nampak ๐
nk update yg mcm dlu2..iklas n jjur..hehe’
Blogger yang memberi inspirasi! Sentiasa berusaha agar boleh bekerjasama satu hari nanti. ๐
Semoga terus semangat.
p/s: dulu anem pernah dapat email :
“macammana nak edit blog macam justkhai?”
-dan anem rasa jejaka tersebut malu beremail dengan khai terus.
*anem balas email beliau guna keyword : photoshop, css , & wordpress .
selamat maju jaya bro khai ๐ ๐ ๐
hoho.lama gila dah aku tak masuk sini. ๐
untungla..