First World Problem: Idea

797 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Selalu idea datang bila tengah mandi kan? Tak pun masa tengah duduk membuang air besar. Separuh orang masa tengah solat (kes solat tak kusyuk la tu, haha). Kalau laptop ni kalis air dah lama aku bawak masuk bilik mandi dan blogging time mandi sambil perah otak untuk buat apa-apa yang boleh mendatangkan hasil. Tapi selalu masalah yang datang, tak tahu nak start mana (kononnya banyak sangat idea) sampai lepas tu satu pun tak jalan.

Rasanya “first world problem” ni semua orang pun ada rasa antara sedar dan tidak je. Jadi agaknya apa jalan penyelesaian dia? Pada aku kalau ikut cara aku sendiri (setiap orang dengan cara berbeza), aku akan letak satu benda sebagai yang utama atau bak kata orang putih, priority. Kalau jenis yang malas nak mencatat macam aku ni (kononnya semua benda boleh save dalam kepala, ceh!), memang elok sangatlah set aje otak tu dengan priority mana yang nak jalan dulu. Ada nombor satu, dua, tiga dan seterusnya.

So lepas satu dah selesai, beralih kepada nombor dua. Lepas tu terus kepada nombor 3 pula dan seterusnya. Paling penting kena ada jadual la kot lagi-lagi kalau kerja sendiri ni. Anda boss, anda juga kuli kan? Hehe. Macam Khai ada jadual tertampal di dinding tapi nak ikutnya tu bukanlah senang sebab waktu yang kita jalani setiap hari tu pasti ada perubahan. Tapi paling tidak ada juga panduan untuk diikuti. Jadi kenalah pandai-pandai uruskan.

Tapi bila dah dapat dan tunaikan list tu, jangan lupa untuk pecahkan pula antara ibadah, kerja dan hal peribadi. Kalau ikutkan semuanya tu dah kira ibadah dah kan tapi tentunya tetap ada keutamaan? So nak hidup kenalah pandai-pandai. Tak pandai bawa diri ke laut lah gamaknya nanti. Bak kata pepatah yang aku nak tulis pun dah malas sebenarnya sebab dah clichΓ© sangat dah so aku ubahlah sikit ikut suka hati aku yang lebih kurang berbunyi begini, Jangan yang sepak tak kena, yang tendang melantun ke muka sendiri. Eh, ada ala-ala macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran tak? Ah lantak lah! Haha.

BLABLABLA!! bala bala!

Benda paling aku tak suka, orang yang tak pandai nak ketepikan soal kerja dan peribadi. Kalau kerja, buat cara kerja. Tolak tepi dulu soal peribadi yang remeh-temeh tu. Lepas tu kalau ada masalah kat tempat kerja, jangan bawa balik rumah. Kalau dah tahu dalam kepala berserabut, pergilah tenangkan diri dulu. Ajak kawan-kawan melepak dan sebagainya lagi bagus dari korang balik rumah silap-silap anak bini jadi mangsa. Dapat pula isteri yang macam hampeh, suami belum sempat nak buka kasut, dah tanya pasal bil itu ini. Paling teruk minta nak beli sofa baru macam jiran sebelah. Silap hari memang melekat tapak kasut kat muka. Tak pasal-pasal ye tak?

Cakap pasal kahwin, aku taknak cakap apa-apa sebab aku tak lama lagi nak jadi suami orang. Harap-harap dapatlah jadi suami yang baik lagi adil untuk isteri dan keluarga. Kalau dapat anak nanti, papa belikan laptop ye? Biar umur 3 tahun dah pandai main Facebook macam papa. Hehe.

Jadi itu ajelah buat masa ini. Lama tak update blog ni so kena update balik untuk tajamkan skill yang semakin tumpul. Jadi kalau ayat dalam entri ni merapu habis lepas tu kasar pulak tu, maaf lah ya. Aku masih sayang dengan passion aku sendiri untuk menulis blog. Agak benci juga dengan profession yang dah berubah sedikit demi sedikit, hari demi hari sebab tu bukan apa yang aku suka buat tapi demi kebaikan diri dan keluarga, aku teruskan jua dengan harapan lama-kelaman akan jadi passion aku yang betul-betul lahir dari hati dan terus memantapkan profession di hari yang akan datang.

All the best untuk aku dan korang. Nak ucap selamat hari raya sempat lagi tak? Ah lantak la sempat tak sempat pun! SELAMAT HARI RAYA!! Eh, macamana dengan merdeka? Ah lantak la sebab 365 hari setahun sentiasa hari merdeka untuk aku. Ini 31 Ogos baru nak faham apa itu erti merdeka, buang masa je. papai πŸ˜›

Apa kaitan artikel dengan gambar kat atas ni? Entahlah. Eh Lantaklah blog aku, kereta aku. Hahaha! (sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa untuk entri ni). Sekali lagi, eh lantaklah! Haha. Daaa.

pssttt: Terma “First world problem” yang digunakan pada tajuk artikel ini tiada kaitan dengan sebarang meme yosh!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 5:02 pm 1 September '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 797 views
Dalam kategori: Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

Comment by safwan seth
2012-09-02 00:44:48

entri sempoi mcm ni la best nak baca. tetiba ada gambar kereta plak kat hujung entri, hehe

..
 
Comment by Anuar
2012-09-02 02:48:21

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada Khai sekeluarga..

Lama dah tak singgah dekat blog ini.. Tapi blog ini, tetap menjadi antara blog terbaik yang pernah saya lawati..

P/s: Saya sedang mencari penaja untuk menganjurkan pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini, sila klik (Klik Di Sini)

..
 
Comment by Omar
2012-09-02 04:26:36

Idea datang time mandi. Setuju sangat. Haha.

Entri ni betul-betul lain berbanding entri-entri sebelum ni, terasa macam bukan dekat JustKhai pulak, nasib baik ada gambar gitar dgn tulisan sebelah ni. Haha. πŸ™‚

..
 
Comment by arnamee
2012-09-02 05:36:36

Idea anem selalu datang bila tengok satu satu situasi .hoho.

Santai je entri khai kali ni . Hehe. Selamat hari merdeka dan hari raya ya:)

..
 
Comment by admuhammad
2012-09-02 12:33:21

memang santai abes entry kali ni..caya la bro! πŸ™‚

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-09-02 13:54:12

dah lama tak tulis pun masih panjang lebar lagi kau tulis Khai. hehe

Selama hari raya Khai. =)

..
 
Comment by maha muar
2012-09-02 20:08:45

Idea pada aku satu benda yang subjektif, sebab idea tak semestinya benda baik. Personally aku pernah jugak dapat idea2 jahat.Hehehe. Tapi sungguhpun idea dah sampai ia terpulang pada diri kita sendiri untuk mengintepritasikan idea tu. Sama ada untuk jadikannya suatu realiti atau hanya sekadar idea. Yang langsung tidak membawa apa2 erti. Sesuatu idea perlu diolah sebaik mungkin untuk pastikan mendapatkan hasil yang memuaskan. So tak semestinya idea jahat tu tak bagus kerana at least bila otak terpikir satu idea sebenarnya otak anda berfungsi dengan cemerlang dan jayanya (ayat sekolah gile) Untuk pastikan idea tak disia2 kan make sure take note setiap idea yang datang. Yelah idea bukan selalu dapat. Aku suka cara Sisi (akak khai la) yang sentiasa bawak buku nota kemana2. walaupon agak oldskool.hehehe
BTW bunyi macam meluah perasaan je khai.ngeh2
*pssst idea tengah datang tu yang komen berjela. Menulis kalah owner blog.lulz..

..
 
Comment by Fadzmie
2012-09-03 12:11:42

Kereta nampaknya masih lawa. Haha.

..
 
Comment by Faizal
2012-09-03 23:33:39

Masa mandi memang idea sampai sebab kalau mandi waktu pagi pagi lagi sejuk lagi banyak idea dan masalah pun boleh keluar macam air mandi yang mengalir πŸ™‚

..
 
Comment by encik yoyok
2012-09-04 01:07:49

khai, sport rim kete kurang gedabak la, masuk 18inci baru mantap. ce try. dapat 18inci BMW mesti sangat gerek. kukukui.
8)

..
 
Comment by StaiBaqHang
2012-09-04 01:25:23

idea… passion… kalau tak dak.. mmg layu apa pun yang kita buat…

..
 
Comment by mediasiber
2012-09-06 03:26:17

dah lama x jenguk blog nie..
artikel yang sangat berkualiti..
selamat hari raya
Korang mesti baca nie –> OH TIDAK!Enjin kereta xdpt hidup..Kenapa?

..
 
Comment by ejardkethot
2012-09-23 05:29:46

πŸ™‚ walaupon bru baca ari ni… this entry make my day πŸ˜‰

..
 
Comment by hanafi abdullah
2013-01-20 14:11:21

Idea boleh datang bila-bila masa..terutama time dah rasa cool tu..cth : time mandi,driving,solat dan tengah lepas hajat.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?