Archive for 'Hiburan'

Wallpaper Dunia Baru the Movie

duniabaruwallpaper_justkhai.jpg
Dah nengok Dunia Baru the Movie? Nieza dah nengok. Dia cakap best gile.. kelakar gile gile.. Deenasour juga kata begitu. Khai juga yang masih belum nengok. Masih takde masa nak pergi nengok lagi. Tapi Khai janji nak pergi nengok juga nanti. Mana mungkin penonton setia Dunia Baru setiap minggu di TV3 boleh lepaskan Filem Dunia Baru ni.

cj7_justkhai.jpg
Ok jangan lupa ke pawagam berhampiran ok. Sediakanlah bajet lebih RM30 sebab korang mesti akan terpikat dengan dua lagi filem wajib tonton selain Dunia Baru the Movie iaitu CJ7 lakonan mantap Stephen Chow dan juga Kungfu Dunk. Kungfu Dunk betul menarik minat Khai untuk pergi menonton juga. Sebuah filem yang diadaptasi dari manga japun, Slam Dunk. Lakonan mantap Jay Chou (Hero Initial D) mungkin akan mengatasi kehebatan Shaolin Soccer? Mungkin kungfu + basketball lebih best kot.

Ok lupakan pasal itu, sebenarnya Khai just nak kongsikan dengan semua 13 Official Wallpaper Dunia Baru the Movie. Its Free!! memang ranggi dijadikan wallpaper untuk peminat setia Opie, Madhihah, Tajul, Adif, Suzanna, Anizah mahupun Darius.

download_justkhai.png
Telah di download sebanyak kali.

Bonus untuk korang. Dua lagu Original Soundtrack/OST Dunia Baru the Movie kalau belum ada..
Duta – Milik Ku.mp3 (4.29 MB) – download times.

Duta Ft. Baizura Kahar – Cinta Antara Kita.mp3 (6.8 MB) – download times.

Download pelbagai lagi lagu secara percuma hanya di Emp3s!

Posted on 10 February '08 by , under Daily Craps, Hiburan. 25 Comments.

Benarkah itu Video Seks Ida Nerina?

Pembuka bicara untuk domain baru lagi nampaknya. Baru je kita digemparkan dengan gambar “romen-romen” si Anak Pontianak, Zarina An-Julie, kini muncul satu lagi hasil keluaran selebriti. Tapi ini bukan gambar tapi video. Mana mungkin super impose! Mungkin Khai lambat sedikit memberi komen mengenai video yang kononnya dikatakan aksi seks antara Ida Nerina dan Fauzi Nawawi. Khai malas sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi tadi masa lepak mamak dengan akak Khai, kitorang ada cerita pasal Ida Nerina punya video. So Khai tergerak hati nak disemadikan dalam database blog ni. Mengenai Fauzi Nawawi tu, tak dinafikan lelaki berkenaan memang ada iras-iras Fauzi Nawawi (husband Lisdawati), tapi rasa Khai, Fauzi memiliki badan yang tegap bukannya boroi seperti dalam video tu. Pasal Ida Nerina pula, memang nampak macam dia dan gambar di bawah, mampu membuktikan, itu DIA!! Gambar tu Khai amik dari sebuah blog lain. Tapi mungkin juga itu bukan. Sila renung gambar di bawah tanpa berkelip. Kalau dah kelip, jangan nengok lagi nanti dosa 😛
ida_nerina_video_lucah_justkhaidotcom.jpg
Pic & link download di bawah Khai ambil dari xBrain. Terus terang, Khai dah download video tu dan apa yang mengecewakan, satu lagi penyalahgunaan handphone berkamera dari artis kita.

Download Ida Nerina & Fauzi Nawawi Clip

Apa pun, tak baik kita berburuk sangka walaupun ada bukti itu dia. Mungkin juga secara tidak sengaja atau bagaimana, wallahualam. Dan entri ini ada bukan kerana mahukan hits, itu kerana blog ini memang dah dikenali sebagai blog yang selalu mendedahkan perangai selebriti. Bagaimanapun, Khai tidak sama-sekali menyeru kalian agar mempercayai itu Ida Nerina kerana kita tahu, Ida Nerina sejak dulu lagi tidak pernah ada kontroversi yang membuta tuli.

Psstt: Link download Video Khai dapat dari link yang dah memang wujud dalam internet ni. Jauh sekali untuk Khai upload dan kongsikan bersama. Hurm, apa komen korang?

Posted on 9 February '08 by , under Hiburan. 93 Comments.

Ada apa dengan Gua.Com.My

gua.jpg

Tak payah aku nak perkenalkan lagi website ni kan? Hari-hari ada sahaja iklan kat TV3. Hurmm, baru-baru ni Khai sendiri dah join website ni. Malas sebenarnya, tapi kalau dah hari hari kena suap ikut iklan kat TV3 tu, nak juga la nengok kan? Lagi lagi dengan adanya drama online pertama di Malaysia, Kerana Karina. Hurmm, sebenarnya drama atau movie online di Malaysia ni masih lagi tidak praktikal. Almaklumlah dengan keadaan internet di negara ini yang masih lagi belum sampai di tahap yang boleh dibanggakan. Tapi itu satu percubaan yang bagus.

kerana-karina.jpg

Pertama kali berkunjung ke sana, melihat design’nya, boleh la tahan. Cantik walaupun agak messy tapi bagi aku ianya kena dengan jiwa remaja. Mungkin Gua hanya menyasarkan ahlinya kepada golongan remaja kat Malaysia ni. Ialah, lihat sahaja cerita Aku cuba lihat forum‘nya. Terus terang, topik yang tersedia di situ kelihatan sangat tidak mesra pengguna malahan ruangan untuk berdiskusi tentang apa-apa yang tidak faham di sana, tidak tersedia kategorinya apa lagi topiknya. Aku cuba membuka satu topik di situ bercerita mengenai Scukz pula. Kau pun faham-faham sahaja lah kan, kita kena bijak menjadi parasit. Gua yang dipromo hampir setiap hari oleh TV3, masakkan kita hanya mahu nengok. Sedikit sebanyak promo la web kau dan aku bukan orang pertama yang berbuat demikian di sana. Itu orang yang bijak. Go parasit go!!

Aku bertanya kepada seorang hardcore user di sana apa hubungan Gua.Com.My dengan TV3. Dia menjawab, Gua dan TV3 ada talian persaudaraan. Hehe.. actually, memang aku dah agak. Nengok saja apa yang selalu mereka promosikan. Semuanya rancangan Media Prima sendiri dan lagi, mana mungkin ada webmaster persendirian di Malaysia ni yang mampu mengiklankan website mereka di TV3. Setahu aku, setiap iklan yang kalian lihat di saluran TV3 itu, masing-masing bernilai RM60,000. Mungkin ibarat 60 sen bagi mereka tetapi bukan bagi aku.Heh!

Aku respek dengan idea yang ada di Gua dan boleh dicontohi oleh mereka yang mempunyai website komuniti serupa dengan Gua. Akan tetapi, keterlaluan atau tidak untuk aku katakan antara 20 ribu ahli yang telah mendaftar di sana dalam masa tidak sampai 2 bulan, ramai di antaranya hanya sekali masuk dan tidak ke sana lagi? Jika masuk balik pun, bukanlah pada tahap addict atau kata melayu nya, ketagih untuk kunjungan setiap hari. Mungkin ada seperti aku yang ke sana semata-mata untuk menjadi parasit. Hehe.. Terdapat user di sana yang membandingkan Scukz dengan Gua dengan mengatakan forums Scukz lebih teratur dan tersusun dari Gua. Perlukah perkara seperti itu berlaku sedangkan Gua dicanang hampir setiap hari di TV3? Pada aku Gua masih tidak bersedia sepenuhnya untuk dipromosi kepada umum seperti yang terjadi sekarang. Apapun, cubalah.. www.gua.com.my ..

Mungkin Gua perlu mencontohi Amacam.Com yang kerap mengadakan sesi selebriti bersama peminat melalui chating online.

Posted on 21 November '07 by , under Hiburan. 20 Comments.