Archive for 'Istimewa'

Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia


* ini kek harijadi tahun lepas

Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan “busy”, tapi si dia cakap, “busy is a good problem”. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! 🙂

Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah: (more…)

Posted on 3 August '11 by , under Hidup Khai, Istimewa. 82 Comments.

Saya sayang Chickenpox

Tajuk macam nak lempang diri sendiri je! Haha. Disaat kitorang tengah buat-buat sibuk untuk renovate office Oh! Media, boleh pulak aku sebagai mastermind diserang Chickenpox! Habis tertunda segala perjalananan office yang telah dirancangkan. Tapi takpelah, mungkin ini dugaan. Allah beri awal-awal sakit macam ni sebelum aku benar-benar terpaksa buat-buat sibuk nanti. Setiap kali aku kena sebarang penyakit, ianya membuatkan aku sedar tentang bertapa kerdilnya aku di sisi dia dan betapa banyak dosa aku di sisinya. Sakit inikan memadam dosa lampau kita.

Ini hari ke 4 aku di kampung. Di sinilah dulunya dunia kecil aku. Tempat aku jatuh bangun, dibuli dan membuli. Di sini tiada apa lagi yang istimewa kecuali ada dua insan yang paling aku sayang. Bila kena demam macam ni, memang membuatkan aku semakin rindu untuk ke sini menikmati udara yang amat segar dan menikmati kasih sayang sepenuhnya insan yang dipanggil ibu dan bapa. (more…)

Posted on 19 July '11 by , under Hidup Khai, Istimewa. 53 Comments.

Respon aku bila kerajaan sekat rakyat download sana dan sini

Salam guys. Baru-baru ini satu Malaysia memang kecoh la bila SKMM mengeluarkan notis kepada semua pembekal internet agar menyekat akses rakyat Malaysia untuk ke-10 website download yang popular. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Norman Abdul Halim (Norman KRU) yang juga kepala kepada RIM, meminta kerajaan menutup laman web Jiwang.Org dengan alasan laman tersebut juga menjadi tempat terbesar rakyat Malaysia berkongsi lagu.

Ya itu memang betul. Jiwang ni memang dah lama. Founder dia pun Khai kenal sejak zaman Khai buat forum Scukz lagi. Dulu selalu berborak di YM. Tapi sekarang dah jarang-jarang dah. Jiwang ni memang terkenal dengan followers yang amat setia. Biarpun sekarang bukan lagi zaman Forum, tapi mereka masih ada user yang setia tetap berbakti di sana tanpa sebarang bayaran. Semua pun tahu yang produk mereka bukan satu je, malah memang banyak. Database Torrent diorang pun pastinya terbesar di Malaysia.

Bila kerajaan kita buat semua ni, ramailah yang marah-marah dan kerajaan diugut untuk digodam lagi. Tapi semalam tunggu jam 3:30 pagi, tak kena pula. Pandai kerajaan kita awal-awal dah switch off website mereka. Jadi hacker pun tak dapat nak buat apa-apa la kan. Eh, gomen projek web juga-juta, takkan tak boleh nak tangkis serang hacker kot sampai terpaksa switch off website? Tapi ok la tu kira better la dari malu bila web ditutup atas sebab digodam hacker luar.

Untuk Khai, Khai sebagai manusia biasa memang tak terkecuali juga dari men’download movie dan memang selalu sangat download MP3 dari Internet. Kalau filem tu memang tak banyak sebab Khai memang takde kesabaran untuk bersabar menunggu sesuatu filem tu habis di’download. Hehe. Oklah, secara logiknya, kalau kita dengar lagu single artis tu kat radio dan rasa macam sedap, takkan kita nak pergi ke kedai terus beli satu album diorang yang original kan? Padahal yang sedapnya satu lagu je dan yang lain tu main tangkap muat. Mestilah kita nak download satu dua lagu penyanyi tu dulu kemudian cuba dengar dan kalau betul-betul berminat, cuba dapatkan yang original di kedai. (more…)

Posted on 16 June '11 by , under Daily Craps, Istimewa. 65 Comments.