Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap.
23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari dia mengandungkan aku dengan penuh susah-payah. Ke sana ke sini membawa kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya. Cuba gantung apa-apa kat perut korang, dan bawalah benda tu selama 9 bulan untuk tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandungkan anak yang akan mewarnai kehidupannya.
Tanggal 3 Ogos 23 tahun yang lalu, aku dilahirkan dengan disinari bulan terang dipagari bintang. Kelahiran cara normal dengan berat badan hanya 3.2kg sahaja. Diazankan ditelinga kanan oleh papaku dan terus diberi nama, iaitu nama aku pada hari ini. Sebiji macam di dalam IC. (more…)
Lama tak berbicara soal cinta dalam blog ni macam ceritera sebuah cinta seorang Khai yang dulu. Seronok bila baca balik sebab semua tu dah jadi kenangan. Bila kita dah jumpa sang pengganti, doesn’t mean kita perlu melupakan perkara yang lalu. Kerana perkara yang dah berlalu tu selalunya menjadikan siapa kita hari ini. Apa yang silap dalam hubungan terdahulu, dalam hubungan kini kita perbetulkan.
Semua orang berhak berbicara mengenai cinta sebab kalau dah memang Allah jadikan hambaNya dengan perasaan kecintaan yang tinggi untuk pelbagai perkara. Berbicara soal cinta kepada kekasih, semua orang akan mengalaminya. Samada cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta suka sama suka, kira sama’lah tu. Kalau dalam dunia nyata, Khai lebih gemar diam dari sibuk menjadi doktor cinta. Orang kata kalau kita pun tak pasti rumah kita dah cukup tiang ke belum, jangan la sibuk nak pasangkan tiang kat rumah orang lain. Nanti rumah orang lain dah jadi banglo, rumah kita senget sebelah sampai tak kesudah. So, cukuplah sekadar jadikan kisah orang lain sebagai pedoman hidup kita dan pasangan.
Alhamdulillah. Selepas sekian lama menderita dengan cinta terdahulu dan melalui 1001 halangan, tangisan dan kekecewaan dek kerana seorang wanita yang tidak pernah menghargai, ditakdirkan Tuhan untuk Khai menemui seorang insan yang macam tak pernah Khai jumpa sebelum ini. Terlalu istimewa di mata sampai bila pandang perempuan lain, nampak perempuan lain tu macam tiang elektrik je. Seyes! (more…)
Warning! Ini adalah artikel kisah peribadi. Haters tidak digalakkan untuk baca. Nanti kepala korang jugak yang akan masuk air. Teehee!
Tiba-tiba rasa sangap nak update blog. Baru sampai KL untuk hidup normal kembali dengan internet yang tidaklah selaju mana, tapi cukup untuk buat tidur itu satu pembaziran masa ntuk aku. Hahaha! “AKU”? Kata-kata yang selalu digunakan dalam Oh! Khai. Kadang-kadang rasa rindu gak la nak update kisah diri balik macam dulu kat Just Khai ni. Since wujud Oh! Khai tu, sepi Just Khai ni dari sebarang kisah peribadi. Bila nak update, sentiasa nak kena fikir sebarang informasi yang ingin dikongsi. Walhal kisah peribadi yang menjadi identiti mewujudkan blog ini dulunya. Di tulis bukan nak suruh orang lain baca pun, tapi sebagai menyempurnakan kehendak suka membaca kisah dan catatan sendiri. So kali ni nak update kisah raya kat Justkhai. Ketepikan Oh! Khai dulu. Hehehe. Sorry diary.
Dua hari sebelum raya, balik kampung di Gemas, Negeri Sembilan dengan member-member. Kitorang konvoi je naik motor dari Kuala Lumpur. Dari KL nak ke kampung Khai tak jauh pun. Ada la dalam 2 jam setengah macam tu. Tapi kalau bawak superman, tak sampai 2 jam pun dah boleh sampai. Hehe.
So kat kampung banyak habiskan masa dengan family & kawan-kawan je lah. Streamyx dah potong awal tahun hari tu sebab takde siapa nak guna. Membazir itu amalam syaitan. W1max pulak takde coverage lagi dan Maxis Berukband, baiklah takde dari ada. Buat sakit hati je. Siput vavi jalan pun lagi laju. Hehe. (more…)