Oh! Artis bersama Sound Machine sedang menganjurkan satu contest di Oh! Artis. Menangi 2 tiket ke konsert gig Indie di KL secara percuma. Ayuh cepat! Anda hanya perlu memberi sebab kenapa anda ingin pergi dan 2 tiket percuma pasti menjadi milik anda!!
Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah ‘MIX BLOG’ iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging, duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai lupakan.
Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip. (more…)
Setelah menyelidik setiap jawapan dan respon yang diberikan dalam pertandingan Teka Choki-Choki, pemenang bertuah telah dipilih dari segi jawapan yang betul dan slogan paling menarik. Dan anda yang dinobatkan sebagai Raja Choki-Choki adalah….
Sayang seribu kali sayang kerana ramai yang memberi slogan amat menarik tetapi dengan jawapan yang salah. Jawapan’nya adalah 2 telah di makan dan 3 masih tidak diusik. Pemenang akan dihubungi melalui email. Setinggi-tinggi terima kasih juga untuk anda yang menyertai. Ada rezeki, kita buat contest lagi dengan hadiah yang real punya mahal. Hehehe.
Sebut pasal gambar, kita da TinyPic. Sebut pasal URL shorter, kita ada TinyUrl. Sebut pula pasal khidmat menyimpan perkataan, kita ada TinyPaste. Nak host file? ya, kita ada TinyUpload. Kesemua tu web-web tiny yang tersedia secara percuma untuk Khai dan korang gunakan tanpa meminta satu sen bayaran pun. Dan kini, tambah satu lagi dalam senarai iaitu TinyChat!
Web serupa TinyChat ni lah yang diimpi-impi’kan selama ini bagi mereka yang tak habis-habis ada problem proxy untuk guna YM, Skype atau sebagainya. Dan akhirnya ada jugak! Jangan kasitahu boss korang sudah. Fungsi TinyChat ni samalah macam mana-mana website yang menyediakan khidmat chating cuma ianya lebih special sikit di mana korang boleh create chat room sendiri dengan sekali klik dan share URL chat room tu dengan orang yang korang nak chat je. So takde sapa-sapa akan kacau. Cuma orang yang dah klik URL tu je akan dapat join chat room yang korang create tadi. Cool heh? (more…)
Hari mengurangkan penggunaan tenaga sedunia.. Mengurangkan global warming yang kian meruncing. Apa sumbangan korang? biarpun hanya men’shutdown’kan laptop atau mungkin hanya mendengar AF di radio (berbanding TV), ianya tetap sokongan pada kempen ini. Jangan isap rokok dalam tempoh masa 1 jam ni pun turut menyumbang kepada bumi. Hanya 1 jam sahaja dari masa anda ditagih bagi bekerjasama untuk kempen ini.. Ingat, Sabtu 28 march 2009, jam 8:30 malam. Pasang reminder korang. Hehehe.
Untuk Khai, maybe takkan shutdown laptop kot. Just tutup semua lampu kat rumah ni. Asal ado?!.. Sama-sama kita kembali kepada era zaman kegelapan 28 March nanti. Hehe.. Korang boleh teruskan pembacaan pasal kempen ni di website rasmi mereka. [earth hour]