
Oh Oh Oh! Hari ni – 01 Januari 2009 – umur Khai bertambah lagi. Dah 21 tahun rupanya Khai wujud atas muka bumi Allah ini. Korang pula berapa? Tahun ini, sampai masanya Khai memulakan karier Khai. Bukan lagi insan yang mengharap sesuatu yang tidak pasti.
Tahun 2008 adalah tahun yang betul-betul menguji Khai. Dua kehilangan yang Khai hadapi dengan penuh ketenangan. Allah menguji umatNya dengan pelbagai cabaran atas kehendakNya. Khai bukanlah insan yang kuat, tapi juga bukan tidak berdaya.
Khai.. Kuatkan diri kau.. itu ayat yang dah cukup lali untuk jiwa seorang Khai. Lelaki yang setia dan sayang tapi bodoh kerana wanita, itu aku… Untuk 2009, harap semuanya akan berubah dengan drastik. InsyaAllah..
Ya Allah, kau berikanlah kami semua kekuatan untuk terus hidup mengharungi dunia penuh sadis ini.. Amin ya Rabbal Alamin.. 
Untuk Nieza, sebuah lagu untuk-mu. Norasnizah Ab Aziz, kekasih hati dunia akhirat seperti apa yang Khai pernah bisikkan ditelingamu suatu ketika dahulu ketika kita bersama-sama berlari ke Bulan.. Sehingga hari ini nyatanya, tidak pernah berubah atau mungkin jua selamanya. Kerana cinta, aku pergi. Jika kau sayang akan’ku, inilah yang terbaik untuk dijalankan……
[audio:alasanmu.mp3]
download (coming soon)
(more…)
Ditulis pada 31 December '08 oleh KhaiHassan | 725 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 53 Respon
Fasyen Tudung Tebaru Siti Nurhaliza.
Usya di Oh! Artis
Mula-mula Khai taknak tulis pasal entri ni sebab macam menyebarkan benda yang tak baik la pulak. Tapi tadi dalam TV3 pun dah keluar pasal isu ni, so takpelah mari kita berkongsi bersama.
Adibah Noor adalah nama besar yang kita kenal dalam industri muzik tanah air, tapi siapa pula Adibah Ahmad? Adibah Ahmad bukanlah seorang artis mahupun selebriti, tetapi kini populariti Adibah Ahmad boleh dikatakan sama dengan populariti seorang artis. Mengapa?
Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Khai akan mengulas mengikut apa yang Khai tahu dan rasakan melalui sedikit siasatan secara terperinci.. Tapi takde la tahap CSI.. Hehe.. (more…)
Ditulis pada 27 December '08 oleh KhaiHassan | 6,499 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 142 Respon

Hurm.. Tahun 2009 dah nak sampai. Umur Khai dah pun nak masuk 21. Well, member-member semua ada yang dah pakai kereta. Dan Khai, tanpa segan dan silunya, lesen pun belum dapat ni. Member kampung cakap, “ape barang Nizam motor-motor lagi, nengok RXZ aku dah jual. Terus amik Proton tu ha”.. Pheww.. indah nya bila ada kereta sendiri.
Target Khai dari dulu lagi nak pakai kereta bila masuk umur 21, kira dah cukup baligh untuk keluar mengundi PAS (eh, undi itu rahsia eh?).. So, masanya sudah tiba. Usia perkenalan Khai dengan motor tak sampai setahun pun. Nak buat camana kan, kalau manusia bernama adik Sharlini yang hilang tu pun tak jumpa-jumpa, apa lagi kalau motor.. Banyak kembar pulak tu.. Ah lupakan motor buat sementara waktu..
Bercakap mengenai kereta, apa kereta impian Khai? Kalau dari segi keinginan dan kemampuan Khai, amik Myvi SE dah cukup memuaskan nafsu sarakah ni. Kalau nak ikutkan nafsu kuda, Mazda RX8 tu ha Khai belasah. Tapi sekarang ni ada masalah nak angkut Produa Myvi SE atau Produa Mylove? First time dengar pasal Produa Mylove? Takpelah, usya je gambar-gambar ni..

Gambar lagi… (more…)
Ditulis pada 27 December '08 oleh KhaiHassan | 2,641 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 44 Respon