Bandwidth Habis lah Weii..

Mohon maaf kepada semua pelawat setia mahupun baru pertama kali yang cuba masuk ke JustKhai ni bermula 2 minggu lepas. Bandwidth habis la wei. Tension gak Khai pikirkan 50GB bandwidth tak sampai separuh bulan dah KO. Itu namanya JustKhai makin mendapat sambutan dari korang, korang dan korang. Ada 3 orang hamba Allah yang email Khai nak sponsor tambah bandwidth. Tapi kalau boleh Khai nak Syia jugak yang upgradekan coz Khai nak blog ini disponsor oleh seorang, bukannya dua atau tiga. So hari ni adalah saat yang Khai nantikan. 01 May 2008, bandwidth dah reset serta adalah hari yang menyeronokkan buat korang yang dah bergelar sang pekerja. Hari ni kan Labour Day wei!. Well, untuk student macam Khai, sama saja. Apapun Khai tengah bercuti sebulan ni sebelum mulanya internship 02 Jun nanti. Sekarang Khai di Desa Pandan ni dan sebentar lagi, Khai akan pulang ke hometown di Gemas, Negeri Sembilan. Merempit dengan Yamaha 125zr kesayangan Khai tu. Doakan Khai selamat yosh!

Congkak

Dua hari lalu, 10 Malam – Khai, Aidil dan Ayem ke GSC, Berjaya Times Square untuk menonton Congkak. Itupun dek kerana cerita yang still ditayangkan langsung tak menarik minat. Percayatak? cerita seram tapi kitorang boleh gelak macam nengok cerita Senario kat dalam tu. “Isteri Saya Terapung” adalah ayat yang membuatkan kitorang gelak macam nak pecah perut. Kesimpulannya, lebih enak jika RM9 korang terjatuh ke dalam mangkuk tandas dari pergi menonton cerita Congkak!!

Tokoh Maal Hijrah Kita

Beliau ni dianugerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah atau Tokoh Maulidul Rasul kerana beliau seorang Angkasawan Negara (melancong je lebih sebenarnye). Meh sini Khai petik apa ayat yang keluar dari mulut si bangang ni!! (jangan saman saya, saya orang susah).

PENGANUGERAHAN Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan adalah satu penghormatan yang begitu besar buat diri ini. Saya berasa begitu terharu dan berbangga menerima anugerah itu memandangkan ia adalah satu tanggungjawab yang begitu besar. Ia sudah pasti membuat saya berusaha dengan lebih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan harapan dapat mengembalikan keagungan Islam khususnya bidang astronomi dan sains. Bagi saya, “Islam is a way of life” dan amat penting ibadat dilakukan baik di bumi mahupun di angkasa.

Fuh. Best gila skrip mamat ni buat. Hahaha. Siapa ek nama dia ni. Dulu Khai ingat tapi sekarang tetiba rasa macam nak buat-buat lupa plak. Korang nengok je la gambar-gambar di bawah dan cuba hayati maksud “Islam is a Way of Life” seperti yang dikatakan beliau tu.

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3

Wahai juri-juri pengendali Anugerah Tokoh Maal Hijrah, ape korang nak sangat aku cucuk mama tu dengan garpu ke hape?

Tersirat dan Tersurat

via Scukz forums.
Anak siapa ni wei? Tolong angkat tangan cepat!!

Ada Apa Dengan Nieza?

Ada lagi yang nak manja-manja request nak nengok gambar gurl Khai la, gambar awek Khai la. Gambar nenek Khai taknak plak request nak nengok. Agaknya diorang ni buta Myspace ke hape. Pergi la usya kat Myspace jer. Haiyaa… Hah, ini Nieza! Tolong jangan cakap dia cantik, comel dan sebagainya sebab Khai dah sedia maklum semua tu. Hahahaha.

Pssttt: Nieza dah ada kat Perlis sekarang ni. Dan kejap lagi Khai plak akan balik Negeri Sembilan. Yup, cinta utara selatan. Bila cuti semester ni la terasa azabnya berjauhan. Rileks la sayang, sebulan je. Takyah windu-windu. Hehehe. Eh korang, izinkan Khai berehat kat kampung untuk beberapa minggu ye? Nak amik lesen lah. Teruskan mengunjungi blog ni. Kalau boleh, baca semua entri yang ada dalam blog ni. Kalau bosan, kerat jarilah. Bukan jari Khai, pergi la kerat jari kuda ke kalau ada. Hahaha.

Ditulis pada 1 May '08 oleh | 753 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 48 Respon

Khai’s New Hair Style

Tak tahu nak cakap ape.. just esok hari jadi orang yang penting dalam hidup Khai. Tapi Khai ngah kering ni dan pada masa yang sama, orang tu tengah merajuk sekarang. Entah lah, dia memang suka merajuk, tapi Khai tahu yang merajuk dia bukan betul-betul sangat. Sekejap sangat dah ok dah. Takpe la, korang tunggu je la perkembangan terbaru nye nanti dalam entri terbaru..

Now, pernah korang terpikir apa jadi kalau watak2 kartun kat dunia ni betul-betul jadi realiti depan mata korang. Cuba bayangkan kalau Doraemon yang kita nengok dari kecik kat dalam tv tu berdiri depan korang membawa pokot dia yang best tu. Dah la kemetor, takde jari. Kucing warna biru plak tu. Hahaha. Tak ke haru.. Tapi Doraemon tak tahu la bila lagi nak direalitikan, yang Khai dapat via email ni pun, gambar si Simpson yang dah dijadikan manusia. Seakan-akan Simpson ni betul-betul wujud. Hahaha.

Kelakar ek? Nengok mata dia. Kalau nak nengok lain-lain kartun yang dah direalitikan, korang nampak URL dia kat gambar tu kan?

Oh ye, sabtu ni kat Limkokwing ade Graduation Day untuk student batch 1. Kira senior Khai la. Datuk Najib datang nanti. Kitorang semua kena pergi la plak untuk sambut kedatangan Najib tu. Dalam hati Khai, ape kejadahnye? Tapi nengok la kalau rajin nanti pergi la kot. Err, korang nak nengok keadaan rambut Khai sekarang tak? Chop chop!! bukan botak tapi.. errr, errrr.. sure ada antara korang yang cakap rambut macam orang sakai la, rambut orang tak guna la. Satu je Khai nak cakap. Sekarang ni kita berada dalam dunia global yang dikelilingi dengan dunia kreativiti. Apa lagi jika korang seorang student sebuah University Kreativiti seperti Limkokwing University. Everything is about creativity. Tiada yang lain dari itu.

Amacam? Hahaha. Rambut Khai ni di design oleh dua student hair design, Bob dan Botak. Terima kasih kepada diorang. Buat kat Headline, Limkokwing je. Takyah pergi jauh-jauh. Free pulak tu kalau dah namanya member yang buat. Hahaha. Tapi ni gambar beberapa minggu lepas (awal april). Sekarang dah panjang sikit dan line pun dah tak berapa nak nampak. Errr, kalau ditanya mengenai tema, disebabkan sekarang we’ll kat sini tengah tergila-gila nengok bola dan main game Fifa08, so tema untuk rambut kali ni adalah Football Maniac. hahaha. Ni kalau nampak kat abang Khai ni, mesti dia bebel. Tapi bukan ke kreativiti tu bukan hanya terletak di atas sebuah kertas, kat Sungai Klang area Pasar Seni tu pun, kalau korang perasan, ada jugak yang nak buat grafitti. Cool heh?

Beego Bercerai

Alahai, baru je lagi tulis entri pasal artis main geget-geget, sorang mamat ni dah pun dikatakan bercerai. Ape kejadahnye kejap je dah nak bercerai. Ni khawin ke main khawin-khawin ek? Hahahaha.. Entah la.. itu la yang pernah Khai katakan dulu, kalau khawin ni orang cakap mendirikan sebuah masjid, tapi dalam masjid tu dipenuhi dengan maksiat, ape kejadahnye? bukan begitu?.. Beego jangan saman saye ๐Ÿ˜› saya orang susah ๐Ÿ˜›

Entri artis main main geget-geget, klik sini.

Ditulis pada 18 April '08 oleh | 738 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 13 Respon

Gila Wayangkah Diriku?


2 Minggu lepas, Khai gi Alamanda, Putrajaya untuk shooting video clip. Untuk final assignment bagi last semester ni, Khai pilih lagu dari Sixthsense bertajuk Tak Bisa Memilihmu untuk Khai jadikan video clip. Video clip diorang kat Youtube tak banyak membantu pun. Bak kata Lecturer Khai, sah-sah diorang tak banyak budget nak buat video clip tu. hahaha. So habis shot kat Alamanda, Kitorang gi Genting plak shot kat sana dan sampai Cyberjaya balik dalam pukul 11 malam. Nanti dah siap editing video clip ni nanti, InsyaAllah Khai publish’kan untuk korang semua komen.


So untuk sesiapa yang tak tahu lagi, GSC Alamanda dah dibuka kepada semua. So jom la merasa nengok wayang kat Alamanda plak. Hehehe. Rasanya ni adalah GSC yang paling besar dan cantik yang ada kat Malaysia ni. Agaknya ada yang tertanya, apesal cerita 2 minggu lepas Khai cerita hari ni plak, ini adalah disebabkan ketidak-boleh-belah-an Internet di Limkokwing Hostel ni. Memang siot. Memang Khai akan cuba jugak dapatkan Maxis Broadband nanti.

Evolusi: KL Drift


Ini pulak kisah hari Ahad minggu lepas (6 April). Lepas frust cari rumah/bilik untuk disewa tak jumpa-jumpa, boleh pulak melencong gi IOI Mall nengok KL Drift. Serious, memang tak rancang langsung. So kalau korang still tak nengok lagi sebab terdetik dalam hati tu cerita ni macam taik, sebenarnya korang tu yang taik sebab cerita ni bagi Khai memang awesome! Kalau nak dibezakan dengan Impak Maksima, macam langit dan bumi bezanya. Cerita ni bagi Khai sangat OK (bagi standard cerita negara kita). Lagi-lagi ada satu scene yang memang susah nak lupa time Farid Kamil kene langgar kat Jambatan Cinta tu. Memang real and powerfull!! Kepada yang dah nengok, betul tak? Tahniah kepada Skop Production. Dashat jugak anak Yusof Haslam ni ek? Bapak dia pun tak boleh nak buat cerita macam ni agaknya sebab bapak dia dah tua. Ni kan cerita remaja. Hahaha. Jangan saman saya, saya orang susah ๐Ÿ˜›

Pssttt: Usya tiket wayang tu, apesal la duti hiburan mahal sangat. Sampai RM1.60 sedangkan harga tiket just RM6.40 jerk! Semua nak cukai. Makan KFC pun nak cukai. Cam siak je government ni!!

IMAX Theater


Fuh, kenapalah Khai tak pergi IMAX ni dari dulu lagi. Semalam, Faculty of Multimedia Creativity Limkokwing University buat satu program ramai-ramai gi IMAX, Time Square KL (Level 10). Harga tiket RM11 je tapi kepuasan dia tuhan saja yang tahu. Sampaikan cerita hampir 1 jam Khai rasakan macam 5 minit aje. Tak puas! Nak lagi nak lagi!! Kitorang nengok cerita Hunted Castle. Kalau still tak tahu, IMAX ni adalah wayang terbesar di dunia. Bila korang masuk je, korang akan terpegun dengan screen dia setinggi 3 tingkat bangunan dan sound dia, 5 bintang! Cerita kat IMAX ni semua cerita 3D yang akan membuatkan korang seakan-akan watak dalam cerita tu. Mean macam korang berada dalam cerita tu lah sebab gambar dia akan timbul membuatkan korang rasa nak pegang je apa yang ada kat depan korang. Contoh macam Khai nengok semalam, ada satu hantu yang mengerunkan cucuk camera pakai tombak. So kitorang kat dalam semua jerit sebab rasa macam hantu tu nak cucuk kitorang. Hehehe. Burung terbang pun rasa macam boleh tangkap je. Bila try tangkap, tak dapat pun. hahaha. InsyaAllah, ada masa Khai akan ke sana lagi. Nak nengok cerita T-Rex la plak. Sure rasa macam nak kena makan dengan Dinosour nanti.

Ditulis pada 12 April '08 oleh | 668 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 40 Respon