Trip to Taman Negara, Malaysia

Dua hari aku tak menghadap komputer. Itu adalah satu perkara yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan harian aku. Dua hari lepas seperti yang aku war-warkan, aku bercuti ke Taman Negara, Malaysia di Jerantut, Pahang. Tolonglah, aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. Mengapa?

Aku, Nieza dan dua orang member lain bertolak dari Cyberjaya jam 8 pagi menaiki RapidKL ke Puchong Utama. Kemudian menaiki satu lagi bas ke KL Sentral. Di sana, sempat aku keluarkan duit RM100. Aku rasa ianya lebih dari cukup kerana kata member aku yang seorang tu, jangan risau sebab tunang dia kerja kat situ so RM50 pon dah cukup. Mati-mati aku dan dua yang lain percaya. Dalam hati aku, wah! best nya. Dari KL Sentral, aku menaiki Komuter pula ke Masjid Jamek. Kemudian ambil tiket ke Jerantut di Perhentian Pekeliling. RM13 harga tiket itu. Bas ekspres ke Jerantut itu bertolak jam 11 pagi dan sampai di Jerantut pada pukul 3 petang. Di Jerantut, kami menaiki satu bas lagi untuk masuk ke Taman Negara. Bus Sekolah, buruk dan berhabuk, itu yang boleh aku katakan mengenai bas rasmi untuk masuk ke Taman Negara. Malu beb omputeh nengok!

taman-negara-trip-2.JPG
Sampai di sana, puas mencari bilik untuk tidur. Semuanya penuh dan sudah ditempah awal. Akhirnya jumpa dan sempatlah bermalam di Dakili Hostel. Satu kepala RM10 sahaja satu malam. Sangat murah bukan? Ya, memang murah kerana di dalamnya pun hanya terdapat satu plug untuk kipas kecil yang uzur. Menyesal aku bawa notebook. Buat penat badan bukannya boleh pakai nak charge handphone pun susah! Tapi si Zul (member aku) nak main game punya pasal, dia cabut je plug lampu ganti dengan plug notebook. haha. Pengusaha melayu di situ juga terbukti hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila tidak kira jika bilik lelaki dicampurkan dengan pelancong perempuan asalkan setiap bilik penuh dan duit mereka masuk. Melihat dari keadaan bilik itu, aku yang tiada pilihan hanya menghulurkan duit. Ye la, takkan nak tidur bawah pokok rambutan kot?

taman-negara-trip-3.JPG
Keesokkan harinya, sempatlah juga membuat sedikit research mengenai kampung tersebut. Baru aku tahu Taman Negara rupanya hanya sebuah perkampungan Felda yang mempunyai sungai dan hutan simpan yang menarik. Aku dan yang lain menaiki bot ke seberang sungai yang tidak sampai 30 Meter dan harga yang dikenakan adalah RM1 untuk sekali perjalanan. Harga yang sangat tidak berbaloi untuk perkhidmatan yang diterima. Sampai di seberang, tanpa dirancang, aku dan yang lain tiba-tiba terus memulakan aktiviti Jungle Trekking untuk ke Titian Kanopi iaitu sebuah jambatan gantung yang tinggi.

taman-negara-trip-4.JPG

Siapa sangka aku yang ber’seluar jeans dan tshirt mampu berjalan hampir 2KM meredah hutan untuk ke sana. Dalam perjalanan tekak aku dan yang lain betul-betul rasa dahaga. Ialah, perkara tak dirancang, sebab tu air pun tak bawa. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah restoran minuman di sana. Aku dengan penuh rakusnya, meng’order Coke dan diorang pun order 100Plus dan Coke. Minum punya minum bil pun sampai. Terkejut bagak aku bila nengok air coke satu tin berhara RM6.50. Oh!! patut ke? (more…)

Ditulis pada 12 August '07 oleh | 871 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 41 Respon

Sayo~Nara

Assalamualaikum pembuka bicara. Tadi aku ternampak satu buletin di Myspace yang menyela kewujudan sebuah video di youtube yang menghina lagu Negaraku. Apabila aku tonton sekali imbas, tiada apa yang hina pun aku rasa. Aku rasa ianya membuatkan lagu Negaraku menjadi lebih unik seiring dengan zaman sekarang. Tapi aku tahu, ianya sebuah isu sensitif dan lagu Negaraku memang tidak dibenarkan untuk diubahsuai atau dengan erti kata lain, akan merosakkan lagu tersebut. So apa pendapat kalian? Klik sini untuk lihat video.

Sekarang sudah pukul 3:45 pagi. Sebentar lagi dalam pukul 8:30 pagi, aku akan bertolak ke Taman Negara Malaysia, Pahang. Tujuan aku dan beberapa lagi member ke sana bukan sekadar ingin bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini, tetapi ada assignment yang perlu aku selesaikan di sana. Subjek Malaysian Studies ni memang menyusahkan sampai nak kena cari tempat jauh-jauh. Kalau nak support tambang aku pergi balik, takpe juga. Hish!! Mungkin aku akan berada di sana selama 3 hari 2 malam. Sabtu nanti baru balik. Aku harap semuanya berjalan lancar di sana.

39032633_9750b5acb5.jpg

Erti Merdeka dari pandangan aku telah aku rungkaikan dalam entry sebelum ini tetapi gambar di atas ni, adakah ini erti sebenarnya Kemerdekaan dan cintakan negara bagi rakyat Malaysia?

Entahlah..

psstt: blog berkemungkinan takkan diupdate selama 3 hari akibat aku yang nak jenjalan gi Taman Negara ni. Byee!!

Ditulis pada 9 August '07 oleh | 1,358 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 16 Respon

Macam-Macam Khai #3

remember_tomorrow___pink_02_by_temabina.jpg
Niat di hati hari ini rasa taknak aje update entry baru. Apa taknya semalam sakit hati aku sebab ni dah kali ke-dua aku takleh access domain Scukz dari hostel ni. Aku pun tak pasti even kene block or what, but bila aku email aja suruh bukak balik, terus aje boleh masuk. Ape kes agaknye yer? Nak cari gaduh ker? Tak pasal-pasal dah miss satu hari aku tak update blog. Hehe.. Sekarang dah pukul 4:32 pagi. Dah masuk hari Rabu pun. Pukul 11 pagi nanti dah nak gi campus ada kelas Web Publishing (2-5 petang) dan kelas paling takleh blah, Malaysian Study (5-8 malam). Non-Stop! Ikutkan hati malas je aku nak tutup mata ni. Mata tak ngantuk mana boleh disorong bantal kan? tapi bila fikir balik, takut tak tahan je nak redah sampai pukul 8 malam nanti. Untuk sesiapa yang masih belum tahu lagi apakah makna tidur bagi aku, mudah aja jawapannya. Bagi aku tidur adalah suatu perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah dan aku hanya perlukan 3 jam sahaja untuk tidur dalam sehari dan aku boleh lakukan kegiatan harian aku seperti sorang yang kaki tidur.

Semua assignment aku dah selesaikan. Bersemangat betul bila dah masuk Semester 4 ni. Subjek yang ada semuanya kena dengan jiwa aku la katakan. Assignment logo tracing dalam Adobe Illustrator yang nak di’submit next week pun, aku dah siapkan tadi dengan penuh jaya dan puas hati. Proposal Web Publishing juga aku dah selesaikan dengan cara mudah. Apa taknya, lecturer suruh buat sketch pakai pensil, aku buat pakai Photoshop kerana aku memang sangat anti dengan pensel, pen, pemadan dan pembaris! So terhasil’lah layout ini yang mungkin akan aku gunakan untuk submit Ezines akhir semester nanti.

Sebelum aku menulis entry ini, aku merewang kejap kat rumah member yang sama la jenis tak reti nak tidur (tapi kaki membuta masa petang). On the way balik bilik, selisih dengan kawan yang sangat aku kenali ni. Dari jauh aku dah tahu dia ni mabuk. Jalan dah macam kera. So aku tanya dia, “are you ok?”. Then dia boleh jawab, “kau ni sape?”. Then aku just jawab balik, “gi mampos la kau!”. haha.. betul-betul terbakar hati ni bila nengok anak-anak melayu kita sendiri yang mudah sangat lupa diri bila jauh dari keluarga. Arak tu bagi mereka ni dah macam minum air 100Plus je dah. Pressure assignment tu pastinya alasan mereka. Moga aku dijauhkan dari semua anasir tak berperikebinatangan itu.

Terima kasih kerana membaca entry kali ini. Maaf kerana tiada apa-apa info dapat aku kongsikan, cuma aku ingin memberitahu mungkin kepada yang masih tidak tahu lagi, jika kau budak designer yang baru nak naik macam aku, bolehlah usya DeviantArt untuk memdapatkan idea dan menghasilnya design yang kreatif lagi inovatif atau jika berminat dengan web design, apa kata lihat dari design website yang sedia ada dahulu di CoolHomepages, Mungkin dapat hasilkan suatu design yang layak juga tersenarai di sana suatu hari nanti. Mana tahu kan..

Ditulis pada 8 August '07 oleh | 781 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 4 Respon