
Aku sangat berminat dengan sebarang pertandingan seperti ini. Kalau tiada pertandingan seperti ini, alamatnye, tunggu KLCC ditambah lagi 20 tingkat pun, belum tentu aku akan ambil tahu. Petang tadi, aku ke blog Azmie, dia ada review pasal contest dari Exabytes ni iaitu Spot & Win. Bagus betul Exabytes ni kan. Ada saja cara untuk membuatkan orang masuk ke website mereka dan mungkin akan tersangkut dengan mana-mana pakej hosting di sana. Berbalik kepada contest ini, ianya nampak mudah tapi telah membuatkan mata aku dan Azmie berpinar-pinar. Hasilnya, setelah hampir 1 jam, kami berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat. Siap ada bukti lagi dengan lambakan gambar-gambar di internet ni.
Aku tahu kau dapat mengenali beberapa tempat dalam gambar tu, tetapi pasti ada satu atau dua tempat yang kau tidak cam. Kerana aku telah lalui semua itu semalam.. Jadi, superhero KHAI akan membantu kau untuk menang hadiah yang best-best.. (more…)
Ditulis pada 11 July '07 oleh KhaiHassan | 367 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 21 Respon

Seperti biasa diwaktu orang lain sedang nyenyak tidur ditemani mimpi yang indah-indah, jari jemari aku akan pantas menari-nari di papan kekunci. Aku akan menulis sebuah entry baru dengan harapan pengunjung yang datang ke sini nanti akan mendapat sedikit informasi dari blog ini. Minggu ini aku mengambil keputusan untuk menulis entry baru setiap hari secara konsisten. Aku akan publish setiap entry yang aku tulis tu dalam jam 1 pagi hingga 3 pagi. Itulah saat di mana aku berasa tenang dan selesa untuk memberikan sesuatu untuk kau semua. So kepada semua pengunjung, harapan aku agar kau juga dapat membaca entry aku secara konsisten setiap hari. InsyaAllah, setiap hari, ada sahaja hidangan untuk kau baca. Makan tak boleh lah ye. Hehe.
Entry aku untuk kali ini ialah mengenai sebuah filem yang akan menggergar pawagam negara kita tidak lama lagi. Disaat bloggers lain sibuk membuat review mengenai filem Harry Potter yang merepek itu, aku tidak mahu membuang masa kau untuk membaca lagi entry yang lebih kurang sama. Aku ingin memperkenalkan dengan filem yang dijangkakan lebih thrill dan menarik dari Harry Potter iaitu filem Vacancy. Aku menonton trailer filem ini sewaktu menonton Transformer di TGV, Suria KLCC beberapa minggu lepas bersama Nieza. Trailer nya sahaja sudah cukup membuatkan bulu roma aku berdiri setinggi KLCC (penipu tak ingat). Bukan aku sahaja yang merasa bahananya, tetapi juga untuk semua mereka yang ada di panggung itu. Buktinya mereka mengeluh selepas menonton trailer itu kerana yang keluar adalah “cooming soon” dan bukannya tarikh filem ini ditayangkan. Ada juga yang berbisik sesama sendiri mengatakan filem ini best.
Vacancy menerima sentuhan sepenuhnya dari Nimród Antal. Nama beliau bukan lagi asing untuk peminat filem thrill. Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah seperti Luke Wilson, Kate Beckinsale, Frank Whaley, Andrew Fiscella dan Dale Waddington Horowitz. Hakikat yang perlu kita terima apabila menjadi rakyat Malaysia adalah sering lambat menerima kemasukkan filem-filem baru dari Hollywood. Nak keluarkan filem dah la susah, nak masuk pon susah.. Hish!! Filem ini sebenarnya sudah ditayangkan di Eropah bulan April lalu. Tapi tidak mengapalah, kita sudah biasa. Internet mahal tapi lembap, harga minyak tinggi tapi gaji susah naik, tol mahal tapi jalan macam bulan dan macam-macam karenah birokrasi lagi memang sudah biasa untuk rakyat Malaysia seperti aku dan mungkin juga kau bukan?. Filem ini akan ditayangkan di negara ini pada 19 Julai 2007 ini.
Aku akan berikan Sinopsis filem ini secara ringkas. (more…)
Ditulis pada 10 July '07 oleh KhaiHassan | 419 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 24 Respon
Siapa sangka blog ini semalam (ahad) menerima lebih 400 unique hits. Dan semoga prestasi seperti ini berterusan. Lagi hebat sambutan, lagi bersemangat aku untuk berkongsi apa-apa sahaja yang pastinya memberi kelainan kepada semua pembaca. Tiada apa yang diharapkan oleh seseorang bloger, selain mahukan setiap entry yang ditulisnya dibaca dan dikomen oleh pengunjung. Begitu jugalah yang aku mahukan. Suatu sumbangan yang sangat kecil dari kamu semua tapi memberikan seribu kesan kepada blog ni. Jadi kepada pengunjung blog ini, janganlah baca or pandang sebelah mata aje.. Ambil la sedikit masa untuk memberi komen.. Boleh? Lagi banyak kau komen, lagi tinggi nama dan link kau naik dalam list Kaki Komen (bawah shoutbox) di sidebar sana.
ok.. now aku nak share satu perisian yang amatlah berguna jika kau mempunyai website sendiri. Kalau ada Myspace atau Friendster pun boleh la. Jangan segan untuk mengaku itu website kau kerana kau mempunyai hak untuk mengubah page tersebut, itu bermaka itu adalah website kau sendiri. Berbalik kepada software tadi, ianya adalah sebuah software yang mampu merakam keseluruhan website kau. Namun jika kau menggunakan Firefox, tak perlu gunakan software ini, di bawah nanti aku akan berikan link untuk add-ons Firefox. Jika kau mempunyai blog yang panjang dan perlu di-scrool beberapa kali untuk tiba di footer, adakah mungkin kau mampu untuk merakam keseluruhan blog itu menggunakan fungsi Print Screen atau Snipping Tool (melengkapi Windows Vista) untuk keseluruhan blog tu? boleh tu memang boleh kerana aku pernah lakukannya suatu ketika dulu. Tapi semua orang tahu, itu satu kerja yang menyeksa diri sendiri. Macam aku dulu, masa tu perisian ni belum wujud lagi.. Aku Print Screen satu satu kemudian Crop dan merge-kan guna Paint.. Hah!! kelakar nya lah plak kalau fikir balik..
So dengan adanya software yang diberi nama oleh mak bapak dia sebagai Mohd Webshot bin Jamil, kau tak perlu lagi bersusah-susah macam aku tu.. Mungkin selepas ini, jika ada sesiapa yang lakukan begitu, jom sama-sama kita panggil dia orang gilak!! huhuhu… So meh sini aku ajar cara guna Webshot ni. (more…)
Ditulis pada 9 July '07 oleh KhaiHassan | 476 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 25 Respon