Sehari di Puduraya
Puduraya, tak perlu diperkenalkan. Selain dipenuhi dengan bas lalu-lalang yang entah datang dari mana. Kadang-kadang ada tahap yang pelik namanya. Takpe tu tak penting. Beberapa jam Khai menunggu seseorang di Puduraya, sempat jugak untuk nengok pelbagai ragam manusia. Hurm, memang Puduraya satu tempat yang penuh warna-warni ragam manusia pelbagai rupa. Penyangak pun tak kurang ramai kat situ. Kalau rasa macam nak kene “POW” tu, pandai-pandai la simpan duit backup dalam stokin. Hahaha. Kalau perempuan, paham-paham je la tempat apa paling strategik kat bahagian kolar baju tu.. ehehe..
Polis berdaya kreatif

Dua orang polis trafik yang berada di tempat yang amat strategik. Dalam tempat parking kereta stage 2 kat Pudu tu, Khai nampak dua orang lelaki berbaju putih atau tak perlu Khai perkenalkan lagi, mereka adalah Polis Trafik. Dari jauh tanpa berkelip Khai perhatikan apa yang diorang buat ni. Mata penuh sayu lagi kesian (ala-ala kucing dalam cerita Shrek) merenung jauh ke depan dan kemudian menulis ke bawah. Lama Khai perhatikan mereka. Oh, sekali diorang tengah seronok menulis surat saman. So lepas ni bila korang park kereta atau motor kat depan Puduraya tu untuk ambil orang, hati-hati kerana dengan meletakkan kereta di situ dengan harapan selamat kerana tak nampak kelibat polis or DBKL, rupanya diorang ada dicelah-celah bangunan daaa.. Sekali lagi, hati-hati.
Peluk-peluk di’khalayak ramai

Well, ini perkara dah macam “lumrah” kat Malaysia ni apa lagi di Kuala Lumpur. Kalau nak sebut peluk-peluk tu, kat mana-mana aja korang boleh nampak kan. Lagi-lagi mereka yang datang dari luar negara. Cuma apa yang Khai nampak kali ni pelik sikit. (more…)

















