Cuti & Mana satu pilihan kalbu?
Agak lama aku tak dapat online. Hurm, yeah kehidupan di kampung betul-betul menenangkan. Aku akan berada di kampung yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ini mungkin sehingga semester 5 menjelma awal Januari 2008 nanti. Ah, sesungguhnya aku agak bosan dek kerana ketiadaan sambungan internet di sini. Dulu ada, tapi dah potong sebab takde sapa-sapa nak guna lepas aku sambung study kat Limkokwing University tu. Apa yang aku lakukan hari-hari? Oh, jadual harian aku tidak pernah lagi digunakan. Notebook yang dah sebati dengan internet kini dijadikan tempat bermain game. Aku kini seorang gamer. Wtf? Ni pun aku dapat online di sebuah kawasan yang agak jauh dari rumah tetapi bila sesuatu dah diberi nama FREE, apa boleh buat. Tapi bukan selalu lah.
Membuka inbox, lebih 80 email baru yang masih belum di baca. Itu termasuklah Encik SPAM yang tak pernah diundang turut mendiami inbox Yahoo Mail aku. Ada email daripada lecturer, email dari Cgyhost selaku penaja Scukz, email dari Advertlets, email dari rakan sekelas dan pelbagai lagi email yang perlu aku baca. Lecturer bising suruh lebihan student pemalas menghantar assignment yang masih tertangguh. Aku abaikan sahaja email itu kerana akulah pelajar pertama yang hantar. Ini assignmentnya http://ezine.scukz.com. Aku turut me’reply email tersebut dengan mendesak lecturer tersebut terus sahaja gagalkan lebihan assignment yang masih belum diterima. Ini kerana bagi aku ianya tidak adil kepada pelajar lain yang bersengkang mata untuk menghantar pada due date yang telah ditetapkan. Email dari CGYhost memberitahu yang kini Scukz hanya diberikan jumlah bandwidth 30GB sebulan dan 10GB bandwidth untuk images. Ini kerana Scukz terlampau banyak menggunakan bandwidth setiap bulan. Dan pastinya, perkara ini membuatkan kerja aku bertambah untuk menapis segala perkara yang ternyata menggunakan bandwidth dengan tinggi setiap bulan sehingga mengganggu rangkaian yang lain. Ingin juga aku maklumkan di sini, kejadian Scukz yang disuspend sebelum ini bukanlah di bawah kawalan aku. Ianya kerana CGYhost mungkin ingin melakukan pemindahan web-web yang berada di dalam server yang sama dengan Scukz.Com. Perkara tersebut langsung tidak kena-mengena dengan kelemahan CGYhost atau dari pihak Scukz sendiri.


Aku juga menunggu masa untuk mengeluarkan motor baru yang akan aku gunakan sepenuhnya untuk ke kampus awal semester 5 nanti. Sesungguhnya, hidup aku tidak terlalu taksub kepada sesuatu yang melibatkan enjin. Aku tidak seperti orang lain yang mengimpikan ingin mempunyai kereta ini dan itu juga motor itu dan ini. Oleh kerana sebab kedua ibu-bapa aku berbaik hati ingin menaja pembelian motor untuk kesenangan aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku mempunyai dua pilihan di sini iaitu 125zr dan 135lc yang ternyata kedua-duanya menjadi motor idaman para remaja dan pencuri motor di negara ini. Sebut tentang 125zr, bagi aku tiada motor lain yang mampu menandingi design secantiknya. Bunyi enjinnya juga, betul-betul membuatkan nafsu aku melonjak-lonjak. Heh! Mempunyai 6 gear dan cooler system menggunakan angin. Mengenai 135Lc, motor ini masih lagi hangat di pasaran. Melihat daripada enjinnya, cukup membuatkan mata aku alpa untuk berkelip. Mendengar pada bunyi enjinya, bunyi rantai jauh lagi kuat dari enjin. Tidak menggunakan 2T tetapi 4T. Cooler’nya menggunakan air yang sudah tentunya sangat sesuai untuk perjalanan yang jauh. Tetapi design 135Lc bagi aku masih tidak mampu menandingin 125zr. Dua-duanya pun bagus dan mana satu pilihan aku nanti, sama-sama nantikan entri terbaru aku akan datang. Jika kalian di tempat aku, mana satu yang mahu dipilih?

















