Selamat hari Ibu, Mak!
Photo sebenar adalah hak milik Aminor Azmi.
Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 10 Mei 2009. Bagi Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke’dua pada bulan Mei.
Tadi Khai call mak abah di kampung. Saja bertanyakan khabar mereka. Mula-mula akak Khai yang dalam pantang tu angkat. Bebel-bebel jap dengan dia, dia passing kat Abah. Bebel-bebel lagi dengan Abah, diorang passing plak kat emak. Dalam hati, alamak habis kredit aku. Dah la Maxis call Celcom. Haha. Ape la ko ni Khai. Call keluarga pun ko boleh terdetik dalam hati macam tu. Kalau call awek dulu, berjam-jam pun tak heran. Kadang-kadang sehari habis 50 hengget pun senyum je. Awek punya pasal. Last-last kau clash jugak dengan awek kau tu. Dengan keluarga? air dicincang, takkan pernah putus la Khai!. Moga menjadi pengajaran juga pada korang yang lain.
Habis je bebel macam-macam dengan mak kat kampung, lepas je dia cakap suruh Khai jaga diri baik-baik, terus Khai potong percakapan dia. Khai cakap, Mak! Selamat Hari Ibu.
Tiba-tiba nada suara mak Khai berubah. Macam nada terharu + sedih gitu. Dia cakap terima kasih, tapi kenapa awal sangat wish. Then Khai jawab saja nak jadi anak mak yang pertama wish dulu. Hehehe. Lihatlah kawan-kawan ku semua, bertapa terharunya seorang ibu bila anak-anak mereka hanya mengucapkan selamat hari ibu. Tuhan saja yang tahu betapa mereka rasa disayangi dan dihargai.
[audio:ibu.mp3]
Nak cabar korang la kan, play lagu kat atas ni. Kalau korang rasa hiba atau mengalirkan air mata, itu tandanya korang betul-betul sayangkan mak korang.
Mereka tidak mahukan harta, mereka tidak mahukan emas permata, dan mereka juga tidak mahukan duit kita. Apa yang mereka mahu hanya dua. Anak-anak mereka berjaya dan sentiasa mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.
Terlalu banyak kita lihat dan dengar kisah anak-anak derhaka kepada orang yang melahirkan mereka. Oh! sahabatku, janganlah begitu. Hargai mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.
Khai ada akak yang punyai anak kecil. Bila Khai lihat dia berjaga malam menidurkan anak dan betapa risaunya bila hanya seekor nyamuk cuba menghampiri, Khai dapat gambarkan itu yang berlaku 21 tahun lalu bila Khai dilahirkan. Masa kita kecil dulu, ibu kita takkan pernah terlena walau penat bagaimanapun hanya semata-mata mahu menunggu kita tidur dahulu. Bertapa besarnya pengorbanan mereka. Kalau masa kita kecil dulu mereka tidak menatang kita bagai minyak yang penuh, mungkinkah? Mungkinkah untuk Khai menulis entri ini dan mungkinkah, kalian dapat membaca hingga ke baris ini?
Khai berdoa, agar kedua-dua ibu bapa Khai dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Khai juga berharap, biarlah Khai yang pergi dahulu sebelum mereka. Khai tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Khai teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.
Akhir kata, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Terima kasih kerana sanggup bergolok-gadai membesarkan anak-anak mu sejak dari kecil sehingga berjaya. Sesungguhnya tiada apa yang dapat mengandingi kasih sayang seorang ibu walau dengan apa cara sekalipun. I Love U mak!
fuhh.. terharu bro.. selamat hari ibu mak… =(
btol2.. rmai yg tak tahu.. tp ahad kedua bulan ni.. hehe
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah
Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
“Jika kamu menyayangi ibumu, “forward”kanlah Email ini kepada sahabat-
sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
(^^,)
**”SELAMAT HARI IBU”**
pada ibu2 seluruh dunia π
terima kasih utk segalanya.
Terharu… dan besyukur kerana aku masih mempunyai ibubapa =( =( =( =(
Make me cry. =(
ko buat aku nangis la khai…jap gi mak aku balik…aku nak suh mak aku dukung aku
oit3..
sian la mak ko..
khai.. aku copy ye email ni… =( =( =(
Selamat Hari Ummi… =( =( =( =( =(
khai…. =(
aku bce comment ko neh ngn membe aku… =(
nga bce tetibe smpai 1 part neh die nanes =(
upe2nye aku tlpe =(
die da xder mk =(
mak die tggalkan die tyme SpM trial =(
die nanes kt bahu aku =(
aku phm ap die ase =(
n aku xkn pat ase ap die ase cz aku still ade ummi lg n aku pasti akn ase 1hri nnti =(
n mse 2 aku hrp aku da bsedie 2k mghadapinye =(
n aku hrp aku sm[t mbls jsenye wlpun sekelumit =(
coz aku taw jse ibu xkan tbalas… =(
sElaMaT hARi uMMi =(
beruntung mereka yang masih ada ibu/mak/mummy/ma/mum
yang tadek… cuma doa dari seorang anak insyaallah
akan sampai kepada ibu tercinta. =(
klu aku, baik bg jer link artikel ni…
link dari email boleh share ke bang? ajar sket :[
sye tujukn ucapn slmt hr ibu ni,
pade mak aku yg sdg tdo drumh..
anakmu ini sntiase mrindui&
sntiase mnghrgai ksh
sygmu mak..isk..isk
ucapn ni jugak ditujukn pade
bakal2 mak mrtue aku gak(psl byk awek) :[
xkish la ye wat ucapn kat cni..bukn ape,
aku dail radio era tu,xprnh nye dpt..huhu..
p/s: chelsea the best π π π =( :bloody:
owg tngh sedih ko sempat lg ngan chelsea.. =(
yeah..
epi mother’s day pade sume mak2 ibu2 kt dunia ni.. π π
pada bakal2 ibu gk dn
juge pada bakal2 ibu2 mertua anda2 sume okeyh.. π π
hihihi..
slmt ari ibu! π π
bagus2… lagu belaian ibu- hijjaz lagi wat kiter sdih.. mak da baca artikel kiter untuk dia.. tp kiter lak yg nangis.. =(
dia steady je.. mak mmg tabah.. (“,) Semua ibu yang bertanggungjawab mmg penyabar n sangat kuat.. :8
ibu bapa kita takkan pernah menangis di depan kita. “Ego”seorang ibu sememangnya takkan tunjuk dirinya dalam kesusahan di depan anak-anaknya..
Tidak pernah tahu dibelakang kita, kadang2 dia menangis rindukan kita. Kadang-kadang dia menangis dengan perangai kita dan kadang-kadang dia menangis menanggung kerinduan pada kita.. :8
betul2… tp ble lihat mata diorg.. bila kita perhati gerak geri, percakapan.. anak mata.. mesti kita akan faham.. that’s why still kuatkan smangat utk tersenyum, nk sihat n tolg diorg mcm biasa..
klu la sakit ini ble disembunyikan supaya xbuat diorg susah hati.. =(
selamat hari ibu utk mak yg amat amat amat aku syg..
maafkan diri ini kerna selalu menyakiti hatimu
hrumm…sebak nyer bile dgr lagu nie…bnyk dosa ngn my mom..pape pun my mom still the best..xde gntinya..selamat hari ibu..:)
tul ckp khai..brhbs bagai ngn kekasih kita..akhirnya pts gk..tp kasih keluarga..xkn pernh putus smpai bilaΒ²… :love:
Pagi tadi, HotFM ada buka topik “Ibuku No. 1”
Dan seperti biasa, mesti ada yang teriak punya bila bercerita pasal ibu. Dan aku pun tumpang sebak gak. Memang menitis beb.
Kalau kau pasang filem hindustan mcm mana pun, aku susah nak nangis kalau setakat watak menangis menagih cinta sang dara.
Tapi, kalau kau tengok drama Ta’in dulu, memang menangis beb. Drama Mertua vs Menantu masa episod terakhir pun meleleh beb.
Nantikan entri Hari Ibu aku pada Sabtu atau Ahad ini. Ok.
hi kai,
this is my 1st comment dlm blog u..wpun sy adalah ur blog reader fan..tp x pnh nk comment..tp x tau la..entri kali ni..nk drop comment gak..
btw..so syahdu ok..
n sbb entri u ni..trus kol mak saya..byk nk share..tp x pe la..sume org punya kisah sendiri..apa yg penting..siapa ibu kita..??bagaimana si ibu mlayan kita??ibu sy x serupa ibu org lain?? ibu ttp sesorg ibu..di situ terletak syurga kita kan kan…??
selamat hari ibu!!
betul.. tahniah pada kamu nus..
Walau apapun perangai seorang ibu semasa kita membesar, ingatlah, dia yang mengandungkan kita ke sana ke sini 9 bulan 10 hari.
Dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Kita bernafas hingga ke hari ini pun hanya kerana sifat kasih sayang dia semasa kita baru melihat dunia dulu.
Ibu tetap seorang ibu. Tiada tolok bandingan kasih sayangnya dengan mana-mana manusia di muka bumi ini.
Huhu… first time aku betul tersentuh dengan artikel yang ditulis oleh khai. Kalau tak tersentuh jugak, tak tahu nak cakaplaa… Egois! =( =( =(
Minat betul aku baca (expecially kat “comment by Khai” tu)!
Betul-betul terharu.
Banyak dosa jugak aku ni ye dlm tak sedar.
Selamat Hari Ibu.. Ampun Maaf dipinta bu (bukan hari raya je baru nak mintak ampun…huhu) hari-hari lain pon boleh.
Akhir kata,
” Barangsiapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan perasaan kasih sayang, ALLAH S.W.T akan mengurniakanya ganjaran pahala haji yang mabrur” – Mafhum hadis Nabi S.A.W
khai, mtk izin nk copy paste k…
no worries, da bg kredit utk owner blog ni..
really nice entry, ngis ble bce.. cz i’m
currently studying overseas, tp cme dpt
hantar kad ucapan pd mak sbg tanda ingatan..
have a nice day π
for sure .. hehe π
selamat hari ibu mak..
neh buat aku rase cam banyak buat salah jer kat mak aku. =(
mak la yang lahir kn kite..yg jaga kite dr kecik smapai la skg..
tuh pn kadang2 ada anak yang x nak syang mak dorang.
aku teringat lak kt moyang aku kt uma aku tuh.
anak-anak2 die xnak jg mak dorang..
so,ayah aku neh cucu die. at0k aku plak da tade(atok aku anak moyang aku).so,ayah aku yg sgup jaga moyang aku tuh.ntah la.. :8
aku sayang wooo kat mak aku tuh.
love u mak!! =(
Semoga roh ibuku dicucuri rahmat.
Anakmu ini sentiasa menyayangimu selamaΒ²nya.
Selamat Hari Ibu Kepada Warga JustKhai.Com! :love:
sedih btol aku dgr lagu tu.. =(
nk wish 10 ari bulan jugak..lg best kowt..
heheh..
terharu aku…
lagu nie mmg best..
slalu kalu ingat mak aku, mesti lyn lagu nie…
aku pun sayang mak aku gak.. =(
hurm.. tetiba teringat lagu sudirman..
ayah dan ibu… ayah dan ibu..
engkaulah permulaan kami…
lagu siti – Air Mata Ibu – dia punya effect lagi power…sob² aku tahan air mata. runtuhkan keegoan wanita aku. huhu.
huhu. mse aku kecik2 lu. umo 5-6 taun. aku patah kaki sebab lompat dari buaian. bajet superman. 3 minggu duk spital, 2 bulan kaki kena balut. 2 bulan gak jalan hencot2. sekarang alhamdulillah ok. tp sepanjg aku sakit xley jalan tu. memang byk sgt jasa2 mak aku. mandikan aku, najis2 sume, mkn minum. sepanjang berbulan2 aku menyusahkan parent. hari ni pun masih xleh balas lagi jasa diorg. Ya Allah.. sedih beb
aku btul2 nagis dgr smua ni….
aku rse aku adlah ank yg tak bersyukur sbb slu mempertikaikan kasih ibu pada aku, akak n adk..
aku slalu rse yg mak lbih kan adk n akak sdgkan pd hakikatnya aku taw mak bersikap adil. kasih sayang mak tak pnh berubah walaupun kite dlm keadaan ape…
cme hati anak ni yg kerap digoda syaitan dan dipujuk supaya mempertikaikan kasih sayang mak…
sekarang aku sedar kasih dan sayang ibu tak penah berubah sejak dia mengandungkan kite hinggalah kiamat nanti…
aku pnh dgr… sorang ustazah crite…
kalaulah seorang ibu berdoa pada Allah…
hanya satu yang dia minta…
“SELAMATKANLAH ANK2 AKU DUNIA & AKHIRAT”
dan kalaulah mereka diberi kesempatan…
mereka ingin capai anak2 mereka masuk ke syurga bersama mereka dan merasai nikmat syurga sebagaimana Allah memberi mereka nikmat syurga kerana menjadi seorang IBU!
Selamat Hari Ibu… Mak….
betul. Jika ibu berdoa, dia doakan anak-anak dia. Dia x sebut nama certain2 anak.. tapi semua anak dia (anak-anak ku)..
Kasih ibu oh, di bawa ke surga.. :8
huhu~
sayang umi!
(*10 ek? bukan 11? silap lak~ 8) )
Ta berani ar buka lagu tu. Tau, konfem nangis. :bloody:
ish.. tk payah bukak lagu pun bole nangis… terharu sngt2 :'(
Urmm tks for the link invitation, kalau boleh malas dah nak dengar lagu2 IBU, cerita2 IBU, ghaser bingit tinger, ghaser hati membeku semuler cam ais…ghaser diri nak balik saat dulu2…..STOP STOP……
Why? Coz mak bapak i dah lama meninggal dunia…so pelik nak sambut camner?
Huhuhu anyway selamat hari ibu buat semuanya, kepada anda semua yang masih mmpunyai IBU, remember IBU adalah segala-galanya….hurmm dah tau dah camner ghaser tak der IBU……so hargaila IBU anda…HARGAI la selagi hayatnya di dunia ini….
For Khai beruntung yer masih ada IBU AYAH…n for KHAI bagus entri diatas tuh…harta bender bukan minat IBU AYAH Sejati……
ibu dulu dgn ibu sekarang banyak berbeza, ibu dulu sangggup bersengkang mata untuk tidurkan anak. tapi ibu sekarang tidur dulu sebelum anak tidur. ibu dulu utamakan anak drp diri sendiri sampai sanggup berlapar asalkan anak kenyang, tapi ibu sekarang utamakan diri sendiri drp anak biar anak lapar janji perut kenyang.
dan bermacam-macam lagi beza ibu skg dgn ibu dulu.
Sila ambik ingatan bahawa apa yang kita buat pada anak2 akan terbalik menjadi anak2 buat kembali pada kita bila mereka dewasa nanti.
8) 8)
Sebab tue anak sekarang perangai dia orang tak sama dgn anak dulu.
p/s: bukan semua ibu sekarang bersikap sebegini.
ini adalah luahan daripada kisah benar
ish..sebak gle aku khai..
air mate dh bertakung dh nieh..
huhu..nway..thnx menyedarkn kuh!!
betapa besar pengorbanan ibu terhadap kite..
bile lg kite nk brjase lau bkn skrg kn??
bila mak dh xde,xde gune nk menangis lgi..
MAK!! I LOVE U!!
ur da GREATEST mom in da world!!
mak… selamat hari ibu…
terima kasih kerana melahirkanku
terima kasih kerana menyusukanku
terima kasih kerana membesarkanku
terima kasih kerana melayan karenahku
terima kasih kerana mendidikku
terima kasih kerana percaya padaku
terima kasih kerana mendengar rintihanku
terima kasih kerana membahagiakanku
terima kasih kerana menyintaiku
terima kasih kerana menjagaku
terima kasih atas segalanya
terima kasih mak… terima kasih…. :8
sama-sama nak??
π :bloody: :bloody: :love:
fuh.. menusuk kalbu giler entry kali nie.. huhu, tringat aku kat mak aku yg kat tanah air..
eh2, apsal mata aku merah nie? Hua3..
sapeΒ².. tolong.. kasi aku tisu.. =( =( =( =( =(
sob.. sob.. sob..
x pe lah.. x yah tisu.. nak nangis sepuasΒ²nya…
ummiiiiiiiiiiiii….~! =( =( =( =( =(
terharu dengan entry ni..terasa sayu sangat..tak dapat bayangkan kalau hidup ni takde mak aku dah..huhu :bloody:
org melatah..knape mesti pgl mak?
” oh mak kau”
xpenah pun dgr “oh bapak kau” hehe..
skrng da lain aby..
skrng orng melatah sbut
“oh artis”
hehe…. π
Khai!!!
Semalam baru ak selisihan faham ngn mak aku.
Bila aku bukak entry ne…….
Sumpah aku dah takda air mata nk digugurkan ke bumi.
Arrrhh! Aku sedih!!!! =(
Hargai ibu anda selagi mereka masih hidup.
Perkataan percakapan mereka adalah doa.
Dan doa seorang ibu akan dimakbulkan oleh tuhan.
Aku amat amat amat bersalah…………………….
selamat ari ibu pada mama aku..
moge pjg umo n murh rezki..
x lupe gak pd sume warge ibu kat dunie ni..
korg mmg terbaik.. π
woi memang la mak ko panjang umur x kan pendek umur.
kat dunia ade banyak org ibu macam mane ko kata baik ade jahat π π π
ibu..ibu….. engkaulah ratu hatiku …..
nyanyi r pulak ….
sedap kan suara saya ? ..hehehe π π
yup..aku pun mmg slalu baca blog si khai nieh..
n x penah nak ntar2 kumen nieh..
ohh tpi kli nieh..waaaa…
mmg touching habes arr..hukhuk
meleleh glew!!..nak2 bila baca komen khai yg pertma tuh..addeyh…
=( =( =( =(
skunk aku kat umah..
tapi segan nk gitau n nak wish kat umi
“selamat hari ibu..”
asl segan??
tkut ak nangis dpn dia..
ohh dasr hipokrit..huaaa
arh..x kira..esok..sebelum umi pegi keja..
ak nak gitau juga!!:o: cayok!! hehe
umie..slamat hari ibu!!
umie laa yg terbaik..
terima kasih atas segalanya..
syg umie!!!!! :8 :8 :8
Buat mak yang tersayang,
Selamat hari Ibu.
π
(p/s: taatilah dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada di sisi supaya tidak menyesal di kemudian hari.)
besday aku sama ngn hari ibu. bangge2 π
sedihnye..tp bajet x nk nangis…mama de kt cni..hehe..mmg touching abis…esk,jnji nk wish kt mama…janji!!!!
khai aku suggest ko letak lagu warisan-jasa bonda lagi best n syahdu.try r khai yerk..pe hal pon slamat ari ibu tuk my ibu love u 4 ever..
Selamat Hari Ibu buat semua yang berkaitan =)
khai..
skali skala msuk la pasal politik skit..
sal DUN Perak 7 mei ker..
cam meriah je sidang tu..
hahaks~
=(
aku ni khai, jarang nak ucapkan selamat hari jadi ke, selamat hari guru ke, selamat hari ibu atau ayah ke.
jarang sgt.
memang dpt dikira. nak bagi hadiah kat orang?
lagik lah…kemalasan yang melampau.
tapi dalam jarang2 tu, pagi tadi 9 mei2009, ucap jugak aku kat mak aku.
siap tpon agi walaupun tgh join jelajah rakan muda kl-kemaman.
fuh
owh mak..
walaupun aku dekat perantauan,,aku akan tel mak aku esok..
wooo
tunggu anakanda balik july ni..
mak, adik sayang mak!! π
oh ibu….kau disiram bayu pagi…….:D
selamat hari ibu mak…..
erk.nk kol mak aku la..
waa…ako nak mama…
mama sori for being sturbbon all these time…
org tau dlm 3-3 org ler paling bnyak nyusah kan ma abh..
huhuhu… =(
org x sabo nak balik kamis ni,… π
mase ako susah ati ma ler yg bnyak tenag kan ako…
nak2…time2 nak abes stdy ni stressssss jer panjg sem… π :aie: :bloody:
ma la yg kuat kan smgat kate ako bley buat…
ma org syang ma…syg abh juga…maaf kan org cox penah pkir yg ma lebih sygkan abg dari org n ayong bt d truth is ma sgt2 syg kami 3-3…sume same jer …
ma…slamt ari mama…buat ma ako NURIAH MOHD NURUDDIN :love: :love:
nice post khai…. :8
aku sayang mak..uhukkk =( :8
selamat hari ibu to my mum,
norizan bt ismail..
sayang mama..
memang terharu..
sebak terasa
bagi aku, setiap hari adalah hari ibu….
kenapa tidak digunakan gambar ibu sendiri bro?…apa2 pun,bagus semangat kau..aku dapat ucapkan serta kasi sedikit hadiah..
ala khai kan pemalu … gambar die pun x berapa nak tunjuk π
takder perkataan yang bleh mewakili perasaan untuk seorang ibu.
ape2 pun ingatan yang tulus adalah hadiah terbaik untuk mereka… π
jgn luper asal usul kita..terutama bg yang dah berjaya..
teharu bila baca entri khai ni…begitu besar pengorbanan seorang ibu kan….xtau bak taip pe dah…sedeh sangat ni…sob..sob…
selamat hari ibu umi!!
luv u so much!!
heppy mothr’s day/…
selamat hari ibu…
smlm aku dh wish…aku pelok cium mak ..n bg hadiah sikit kat mak…sayu je mak bapak aku..sjak dua menjak ni..byk dugaan yg menimpa…terima kasih mak
sgt terharu dgn luahan khai..sbg seorg ibu,aku sendiri rasa sedih sgt..dh bleh rasa susah payah seorg ibu..selamat hari ibu sedunia utk mak aku dan semua ibu2 didunia ini..
tp bg aku,di saat aku melahirkan anak sulung aku,itulah hari aku menjadi ibu secara peribadi..
dan tarikh lahir abg sulung aku pula hari omak aku menjadi ibu..
“Mak,anak2 omak ni,slalu ajo mendoakan kesihatan omak dan abah..”
kpd ibu2 sedunia. yang beragama islam terutama. sy ucapkan selamat hari ibu. harap masih tidak t’lmbat utk sy ucapkan “selamat hari ibu”. tahniah kerana anda b’gelar ibu. dan tahniah juga buat mereka yang menyayangi ibu2 dan isteri mereka. semoga diberkati Allah. Amin.
mak sedara aku bru jer meninggal khamis yg lalu..mula2 die ade fibriod tp past2 die kne kanser pankreas stage ke-4 da..aku rs kesian tgk ank die..2 org, pompuan..tp sume da besa2..aku wish mak aku happy mother’s day smalam, terigt dkt cousin aku tu.. =(
betul tu khai.. sayangilah ibu kita..
“selamat hari ibu untuk ibu-ibu di luar sana..”
hari ibu ni membuatkan sy terkenang pd mak kandung..tak pernah sambut sama2 sejak lahir. jumpa pun berapa kali jek..
skrg ni ddk dgn keluarga angkat..syukur sgt mereka syg sy mcm keluarga sndri..
pd sesiapa yg ada mak tu, hargailah emak anda..
lagu ni sedih betul..teringat mak..
terharunya,,
kalau bab2 sal ibu ni,,
memang aku mudah sebak dan nangis,,
=( =( =(
Oh! Ibu…
Kaulah ratu dihatiku…
Tempat ku menumpang kasih…
Kalau kau tiada di dunia ni…
Apa akan jadi padaku..
Isk.. Isk..
Sedihnye.. =( Oh! Ibu…
Kaulah ratu dihatiku…
Tempat ku menumpang kasih…
Kalau kau tiada di dunia ni…
Apa akan jadi padaku..
Isk.. Isk..
Sedihnye..
Malang sekali ramai anak2 masa kini yang tidak mengenang jasa ibu… Rasanya orang2 mcm ni mmg berhati binatang.. Cuba renungkan wajah ibu kita semua.. Betapa redupnya wajah mereka memandang kita… Betapa mulianya pengorbanan seorang ibu…. Betapa hebatnya seorang ibu menyayangi kita………. IBU.. I LOVE YOU…………………. =(
aku sms jer… pastu esok mak aku call aku terus.. hehehehe! sms pun dah buat orang terharu. . wawawaaw~
Nak tahu apa aku buat sempena hari ibu? Kenalah ke blog aku.
saya sayang mak saya!muakekemuakeke π
xbrani baca n bukak lagu tu sbb tgh dok kat org rmai ni π
terus terang dalam hidup aku ini aku tak pernah ucap selamat hari ibu..selepas dgr lagu td,trasa hiba yang sangat2… :oups:
lagu tu kan intro jek dah bertakung kat mata..lom lg dgr lirik dia..bnjir hostel..huwuwuwuw…mama! mak ! fara syg kalian sgt2!!! ayh n abh gak !..thanx khai mengingatkan…
teharu sangat π π :8 :oups: =( π :o: :[ :choler: :love: :p 8) :beurk: π :aie: :(( :-[) π π :bloody:
selamat hari ibu pade semua ibu heheheheehhe π π
(casual feminine fragrance) and less feminine than βChance Eau De parfum Because of the presence of dark sensuous fruits,