Motor Pertama Aku – Part 1

Masa tengok gambar-gambar lama kat Flickr, boleh jumpa pulak gambar motor ni. Ni la motor pertama Khai masa masuk belajar dulu. Masa tu memang susah kalau tak ada motor nak pergi kelas. Punya baik abang ipar dia pun belikan motor ni atas nama dia.

Motor ni Khai dapat pakai tak lama pun sebelum hilang kalau tak silap hilang pada tahun 2010. Memang rasa patah kaki betul masa tu. Dah la hilang dekat pondok guard. Sekali dua motor pulak tu yang hilang (member guna EX5 pun hilang sekali) sebelah-sebelah. Fuh!

Sekali lagi, abang ipar yang belikan motor tu tadi pinjamkan motor dia pula (125ZR jugak).

Disebabkan patah hati motor dah hilang, tetap nak ambil motor yang sama juga. Maka, Abah berbekalkan duit yang tak banyak mana (kami orang susah) pun bantulah untuk keluarkan motor 125ZR juga tapi bukan barulah.

Tapi motor 2nd ni korang faham je la. Tak ingatlah berapa ribu duit kena keluar lepastu… Tapi..

Bersambung..

Posted on 8 May '20 by , under Hidup Khai. 1 Comment.

Kenapa Saya Suka Rumah Saya

12zrku-mungkin.jpg
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya best. Rumah saya ada Mak, ada Abah. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada PS1, PS2 & PS3. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada TV Sony 50+ Inci. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada line internet yang laju. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab itu rumah saya, saya sukalah!

Kenapa saya suka blog saya? Sebab saya suka berkongsi sesuatu. Kenapa saya suka blog saya? Sebab ini blog paling best bagi saya. Sebab ini kan blog saya. Haha. Kenapa saya tak update lagi blog saya? Sebab saya tunggu motor baru. Hehe, bodoh sungguh apa yang Khai tulis ni. So untuk menjawab sebarang persoalan kenapa blog ini masih tepu tanpa sebarang entri, jawapannya ialah Khai sedang menunggu ketibaan 125zr Maroon beberapa hari lagi untuk dijadikan Entri blog ini.

So nantikan entri akan datang mengenai motor baruku. Jangan tak tahu, Yamaha 125zr adalah motor idaman Khai sejak bertahun-tahun lamanya. Bertahun-tahun telah diletakkan dalam Whis List di blog ini. Hampir setiap hari termimpi-mimpi tentang perkara yang sama iaitu Yamaha 125zr. Oh Yamaha 125zr, bunyimu, kelajuanmu, kecantikkanmu, meruntun kalbuku. Even orang cakap kau maintenance tinggi pun, peduli apa aku.

Adakah Khai akan menjadi seorang Mat Rempit? Nantikan kemunculan entri mengenai motor baru akan datang.

Pssttt: Sesungguhnya entri ini adalah tribute untuk menanti ketibaan motor idaman hati. Oh ya, Khai terjumpa sebuah Content Management System (CMS) yang sangat bagus untuk mereka yang ingin mewujudkan sebuah komuniti di hujung jari iaitu Ning. Ning langsung tiada pertalian saudara dengan Ning Baizura ok?! Lagi satu, sebut pasal rempit, aku ada satu video Minah Rempit untuk dikongsikan. Tak payah download, korang boleh nengok secara online je terus. Tapi jangan salahkan minah rempit tu, salahkan bapak dia sebab cuai jaga anak.. 18 tahun ke atas sahaja! (ngk dulu baru tahu).

UPDATED: Khai dah dapat 125zR.. Alhamdulillah.. Moga Khai akan lebih mengingati Allah SWT di atas limpah kurnianya. Klik di sini untuk entri mengenai 125zR ku itu.

Posted on 24 January '08 by , under Daily Craps, Istimewa. 28 Comments.