Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1

WARNING! ARTIKEL INI AGAK PANJANG JADI PASTIKAN ADA MASA YANG LAPANG UNTUK MEMBACA. DAN IANYA KHAS UNTUK MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER SEPENUH MASA

blog or not

Hoi korang! eh kurang ajarnye.. haha.. ok kita tukar..

Wei korang! pun macam kurang ajar gak.. takde adab main wei wei pulak. Kita tukar lagi..

Oit!! Oit!! Ni lagi biadap. Hahaha!

Assalamualaikum korang! Haaa ini baru betul cara orang Islam. Dan salam sejahtera buat pembaca Justkhai yang bukan beragama Islam. Hari ni Khai nak membebel pasal kerjaya seorang blogger. Sejauh mana kerja macam ni boleh pergi berdasarkan pengalaman sendiri yang baru bernafas di bumi Allah selama 21 tahun ni. Mungkin 40 tahun lagi, mungkin 20 tahun lagi, mungkin 1 tahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin 1 hari lagi atau mungkin 1 jam lagi akan meninggalkan dunia yang fanak ini.

Untuk yang mengenali Khai secara in-person dia tahu sangat la apa Khai buat sekarang. Hari-hari duduk bilik tak keluar nengok matahari. Malam baru keluar lepak mamak. Kalau rajin sikit baru la keluar be’rekriasi nengok wayang, shopping, lepak-lepak tasik macam orang normal yang lain. Itu tak bermakna Khai tak normal cumanya Khai rasa cara hidup Khai sekarang atas apa yang Khai inginkan. Pilihan masing-masing la kan? (more…)

Posted on 9 December '09 by , under Blog, Hidup Khai, Pendapatan. 120 Comments.

Protected: Lepas Dua Tahun

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted on 4 June '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 262 Comments.

Sepi~

[audio:sepi.mp3]
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe

Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.

Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.

Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.

Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…

Posted on 4 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 65 Comments.