Cara mudah melajukan PC korang


Lama rasanya takde entri mengenai komputer di Justkhai ni. Bila Khai usya balik entri-entri terbaru kat blog ni, nyata blog ni dah tak macam dulu. Jarang-jarang ada tutorial, file sharing, software, dunia animasi, gadjet, artis, gambar pelik-pelik dan macam-macam lagi la. Korang boleh’lah usya kategori-kategori yang ada di blog ni untuk baca entri-entri lama yang pastinya, segala macam perkara tersumbat di blog ini dengan padat sekali. Kadang-kadang Khai sendiri baca entri-entri lama tu untuk flashback pengetahuan yang pernah Khai kongsikan. Alhamdulillah, berguna juga untuk diri sendiri.

Ramai dah sedia maklum, macam cerita mengenai artis tu takde, sebab semuanya dah move ke Oh! Artis. Macam tu juga dengan gambar-gambar menarik semuanya tersumbat di Oh! Tidak. Dengan adanya Oh! Cun plak, nyatanya makin kurang entri-entri yang cun di blog ini.

Apapun dari poll yang ada di sidebar ni, nyatanya readers di sini mahukan lebih cerita mengenai perkembangan semasa, hiburan, sexuality (?), tutorial dan sebagainya. Dengan tu, insyaAllah Khai akan kembalikan wajah sebenar blog ini seperti dulu dengan adanya entri hari-hari. So datanglah ke sini hari-hari dan lebih mudah kalau subscribe blog ni guna Google Reader. Tak tahu nak guna? Ada tutorial yang dah pun Khai sediakan awal-awal.

Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Khai dari dulu tak pernah guna PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM. Dan Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak? (more…)

Posted on 14 January '09 by , under Tutorial. 71 Comments.

10 Sebab Blog dikau sungguh Annoying!


1. Rasa pening bila masuk blog yang masuk-masuk je, terus keluar lagu. Mean lagu akan autoplay. Korang boleh letak lagu kalau rasa nak share lagu yang korang suka, tapi tak perlu autoplay kot? biar orang klik play sendiri kalau dia nak dengar. Lagi annoying kalau reader blog korang tu tengah bukak lagu dari PC dia sendiri then keluar lagu dari blog korang tanpa diminta.. Apapun, korang boleh dimaafkan kalau blog korang tu sangat comel apalagi kalau owner blog tu seorang awek cun pastinya Aiman tak kesah! ape lagi Khai?

2. Font terlalu kecil. Semua pun tahu yang kita boleh besarkan font kat browser dengan hold Ctrl + Scroll Up atau Ctrl and “+ – “, tapi ape salahnya korang terus je tambah besarkan sikit saiz font tu. Kan itu bermakna, korang tak perlu menyusahkah readers.. Tak la berapa nak annoying kot?

3. Pastikan blog korang diletakkan “read more” untuk setiap entri panjang.. Jangan bantai tulis beribu-ribu patah perkataan, then korang tak letak read more. Forsure jarak scroll browser orang yang nak baca blog korang tu jauhnya mencecah 100 Meter. Mungkin lebih.. Sian kot diorang nak scroll baca blog korang. Kalau Khai, tekan pangkah je la.. Ngerti kamu? (more…)

Posted on 4 January '09 by , under Blog, Tutorial. 109 Comments.

How to Make MP3 Streaming from Youtube


Hurm, benda ni dah lama Khai praktikkan. Saja lah nak share ngan korang kot-kot berminat jugak. Tapi mesti berminat punya. Hehehee. Ok, bagaimana cara nak buat streaming lagu melalui youtube? Mudah saja.

Ramai yang PM khai secara personal bertanya bagaimana dan di mana mereka nak letakkan mp3 koleksi yang mereka ada untuk diletakkan dalam blog atau website masing-masing. Bukan sahaja blog, of coz ramai yang nak letakkan lagu kat Friendster dan Myspace kan? Kalau korang tahu Myspace atau Friendster Khai, mesti korang dah nampak pun Khai gunakan helah ini. Begitu juga dengan Entrance Scukz.

Selain menjimatkan Bandwidth bulanan korang (untuk mereka yang host sendiri), cara ni juga memudahkan korang untuk tak perlu susah-payah nak cari free hosting nak letak lagu tu. Macam yang semua tahu, cakap je lagu ape semua melambak kat Youtube. Tinggal nak search jer kan? Ok now, buat pilihan player yang korang nak dan copy script yang terseida. Pilih je mana satu warna yang korang minat dan ikut tutorial yang tersedia. (more…)

Posted on 13 November '08 by , under Tutorial. 37 Comments.