Mari teruskan kempem peribadi, 1 hari 1 update di Justkhai. Kira kempen ala-ala menyokong gagasan 1Malaysia la ni. Haha. Burkz! Alhamdulillah kenyang. Baru lepas makan KFC. Ngee.. Hampir 24 jam tak menyuap apa-apa di mulut. Asyik minum, minum dan minum je. Masuk toilet buang air entah berapa kali tak tahu lah.
Tadi sebab nak buat kerja pun dah tak boleh sebab lapar, keluarlah kejap pergi KFC yang jaraknya adalah seminit dua dari rumah ni. Masa on the way tu sempat terpikir betul ke tindakkan aku ni nak pergi makan KFC lagi. Tak takut ke dengan video ayam di tapak kasut yang tersebar baru-baru ni? (more…)
Hah Update! Korang memang saje je kan? Blog ni sunyi sepi tanpa komen bila takde entri baru. Ok takpe, kita buat entri baru.
Sebenarnya, Khai demam. Dah 3 hari macam tu. Hingus tak henti-henti keluar. Benci syial! Annoying gila. Dah la hari-hari tidur bape jam je, tambah plak dengan selsema babi ni, lagi la tak boleh tidur. Sebab tak boleh bernafas. Koyok semalam beli 1 kotak terus. Penuh satu kepala dengan Koyok. Dua kat bahagian leher, Dua kat tepi kepala, satu kat batang idong dan satu lagi kat belakang badan. Nengok dalam cermin, macam dah tak lama je ko ni Khai? hahaha.
Nak dijadikan cerita, dah seminggu mengidam nak makan KFC. Dari sebelum demam lagi. Hari tu masa kat Ampang tak selera pulak nak beli walau dah terpandang dah pun. Maklumlah, baru lepas memboroikan diri kat kedai mamak sambil online. Mana nak selera dah nak makan kan? So petang tadi, dalam demam-demam pun, rempit terus satu Bangsar cari KFC. Malas nak pergi jauh-jauh almaklumlah orang demam. Tapi apa nak buat, dari pagi tak makan sebab tak larat nak keluar, nak taknak kene juga la keluar makan. Ye la orang dah takde awek kan, takde siapa nak amik berat lagi. Fuuuu~
Lepas puas merayap satu Bangsar, menyumpah-nyumpah sebab tak jumpa KFC. McDonald’s Duck ada la kot. Berhenti jap kat Petronas beli Air Cap Badak dengan Panadol Soluble 2 bijik. Akak Khai cakap kalau demam, dia minum Air Cap Badak dengan Panadol 2 bijik, kompem okey. Masa nak bayar tu tanya la awek cashier yang comel ni kan, mana nak cari KFC. (more…)
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.