Rasanya dah layak sangat kot untuk buat artikel macam ni. Kalau before, lepas 7 hari Khai ada up satu entri mengenai W1max ni so kali ni, agaknya selepas setahun, apa agaknya yang Khai rasa mengenai P1 ni? Anyway, please keep in mind, setiap entri di Justkhai ni, tidak ubah hanya pendapat peribadi sang penulis. Dunia Khai, hidup Khai. Kalau dah nama blog’nya pun “JUST KHAI”. Kalau ada mana-mana entri yang korang rasa ter’provoke atau nak touching-touching, itu masalah korang dan bukannya masalah orang lain. Lagi satu memang kebanyakkan entri di blog ni panjang-panjang. Jadi kalau korang nak touching tiba-tiba tanpa baca habis dan fahamkan betul-betul, takde siapa yang dapat membantu melainkan diri korang sendiri. Kan kan? Hehehe.
Berbalik kepada W1max, awal bulan June ni, genap satu tahun Khai bersama P1 Wimax atau W1max. Nak cakap 100% perfect tu memang pembohong lah kan tapi kalau dari FiveStar, mungkin 4.5 adalah untuk W1max. Bagi Khai, Khai akan pandang pada 4 aspek ni je mengenai ISP iaitu kestabilan (masa), Sokongan (customer service), Capaian (lokasi) dan pakej (harga). (more…)
Posted on 19 May '10 by KhaiHassan, under Lain-lain. 86 Comments.
Ok ini bukan entri pasal ISP ye. So Streamyx or W1max haters, please go away lah. Korang ni pantang sebut pasal internet sikit kat Justkhai, semua bergaduh ini lebih baik, itu lebih baik. Kalau kasi komen cara orang pandai takpe. Ini bahasa macam mak ayah terlupa nak masukkan sekolah agama. Itulah orang melayu kita ni kalau kita perasan, bila cuba membangkang sebarang statement yang dia rasa salah, terus anggap orang lain tu macam tak pernah masuk sekolah pulak kan? Selalu sangat dapat kita lihat komen-komen kat Youtube yang macam tu.
Kalau Artikel Justkhai ni lain cerita. Itu memang trademark blog ni bukan sesuatu yang lahir dari naluri si penulis. Siapa la penulis dia tu ye tak? Hehe. Which mean Khai bukanlah jenis macam tu sebenarnya. Itu pun tips juga ni di mana korang biarkan je orang nak label korang camana melalui blog as long korang tahu siapa diri korang dan orang sekeliling korang senang dengan korang. Selama 21 Khai hidup, Khai sentiasa sebenarnya buat orang sekeliling Khai rasa senang dengan Khai. Tapi kalau ada yang rasa tak senang tanpa pengetahuan Khai tu, sorry la ye. Saya pun manusia biasa juga.
Sebut pasal kalendar ni, semalam buka Twitter terbaca tweet dari si Piratz.
Lepas tu Khai klik la amenda duda sorang ni bising-bising pagi-pagi buta ni. Hehehe. (more…)
Posted on 7 January '10 by KhaiHassan, under Blog, Hidup Khai. 60 Comments.
Sempena cuti hari natal ni buat entri personal pulak la sekali sekala. Lama dah tak membebel pasal diri sendiri kat blog. Hari ni (26 Disember 2009) banyak juga perkara menarik yang jadi dalam hidup Khai. Nak buat live blogging pun malas so update kat Justkhai je lah.
Pagi tadi pukul 9 pagi baru nak cuba lelapkan mata yang dah jem, dapat call dari City-Link. City-Link ni samalah macam Fedex Gdex segala tu syarikat penghantaran barang. Diorang dah ada depan pintu rupanya. Katanya ada barang nask kasi. Pergi kat pintu gila terkejut sebab cara diorang hantar barang tu macam hantar harta karun yang Ahmad Albab yang punya. Hahaha. Punyalah ramai kan? Hehe. Dalam hati tak lain tak bukan, ni mesti kerja P1 Wimax ni sebab hari tu diorang kata nak kasi hadiah kat Khai.
Dengan rakusnya Khai koyakkan bungkusan City-Link tu dan kelihatanlah sebuah kotak terisi sehelai Baju esklusif P1 Wimax dan sekeping kad ucapan. Baju dia ni memang terbaik mengalahkan kain POLO. Teruja habis.
Kad ucapan yang tak boleh tahan tu. Teruja gila bila CEO P1 Wimax sendiri yang kasi “personal thanks”. Kepada Mr Michael Lai, CEO kepada Packet One Networks, terima kasih banyak-banyak. Khai dengan P1 Wimax ni bukanlah ada apa-apa hubungan sangat pun cumanya dah lebih 5 tahun Khai menanti something yang baru di mana boleh jadi real rival untuk Streamyx.
Kemunculan Maxis/Celcom Broadband (buat masa ini) semuanya hanya palat sehinggalah kemunculan pencabar Streamyx yang sebenar iaitu P1 Wimax. Korang tak nampak betapa tercabarnya Streamyx sampai sekarang ni semua charge pendaftaran dah jadi kosong? Siap keluar iklan memperlekehkan W1max lagi menangkis kempen POTONG dari W1max. Memang totally stupid. (more…)
Posted on 26 December '09 by KhaiHassan, under Blog, Hidup Khai. 109 Comments.