Kenapa Kita Perlu Boikot Crocs?

Salam to all reader, oleh kerana pandangan peribadi Khai sebelum ini mengenai isu boikot orang melayu yang selalunya bermusim telah menjadi kenyataan. Khai juga orang melayu dan cuba sedapa upaya untuk lari dari terikut-ikut. Isi Crocs telah pun redha secara mendadak selepas tibanya semula musim boikot Israel kerana serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza itu hari. Apatah lagi isu Sodomi Anwar Ibrahim, Altantuya, Memey Suhaiza, Fasha Sandha, pelajar ditembak polis di Shah Alam dan pelbagai lagi isu yang lain.

Dear myBLOG, Sebagai seorang yang bebal dan tak berapa tinggi ilmu agama, aku memang tak pandai nak bermadah-madah mengenai apa yang fikir dan bayangkan. Mungkin apa yang aku tulis selalunya “straight to ampang point” yang kemudiannya disalah ertikan dan menjadi bahan artikel baru blogger-blogger lain yang sejak azalinya, memang membenci aku sepenuh hati.

Ketika saat aku menulis mengenai PERSEPSI AKU mengenai isu Crocs, terlalu ramai yang menghentam aku walhal sebuta-buta hati aku pada agama, bukanlah tidak mampu untuk diterangi langsung.

Dah banyak pembacaan dari mereka yang tinggi Ilmu agamanya berbanding kita semua tidak menyokong kempen boikot-memboikot ini. Dari pembacaan dan pertanyaan, semuanya sama sahaja. Mengapa kita perlu terikut-ikut omongan kosong mereka yang entah hafal doa Qunut atau tidak? Apa lagi jenis mereka yang bina blog dan mendedikasi’kan hidupnya untuk menjatuhkan orang lain. (more…)

Posted on 17 June '10 by , under Hidup Khai, Religion, Tergempar. 36 Comments.

Ada Apa Dengan Crocs?

Justkhai-Crocs-Logo

Crocs? Rasanya satu Malaysia dah kenal apa lagi dunia. Walaupun korang tak minat, tapi mesti selalu nampak orang pakai kan? Tak pun kalau pergi Uptown Downtown, itulah yang paling banyak kedai jual. Dah macam takde benda lain nak jual. Semua nak jual brand buaya darat ni. Ada seorang makcik ni dulu Khai perasan dia jual kain baju kat Downtown. Sekarang ni dah tak jual kain dah tapi jual Crocs. Huh! Anyway, ini adalah sebuah cerita pendek (cerpen?) dari mana diriku mengenali dan bagaimana diriku boleh berminat dengan jenama dan design si buaya darat yang diberinama, Crocs!

Last year, Khai nampak seorang mamat Chelsea kerek ni pakai CrocBand warna biru line merah. Oleh kerana mamat tu kerek semacam (mungkin dia bajet awek dia tu cun), terus rasa meluat nengok dia dan kasut-kasut tu sekali. Dan tak pasal-pasal dengan awek dia yang tak bersalah tu pun meluat jugak nak nengok. Hahaha. Errr, tapi memang awek dia cantik pun! (more…)

Posted on 7 May '10 by , under Hidup Khai, Istimewa, Review. 84 Comments.