Happy Birthday to Me: Genap 24 Tahun Usia

Tiada apa yang mampu dicoretkan melainkan untuk memanjat rasa syukur kerana masih diberi peluang dari Illahi untuk menikmati ulangtahun kelahiran yang mendatang. Jika dikira secara kasar, hari ini genap hari ke 8,760 diri ini hidup di muka bumi yang sementara ini. Jika dibezakan dengan tahun-tahun sebelum ini, ulangtahun pada tahun ini teramat istimewa kerana ini merupakan ulangtahun kelahiranku buat kali terakhir berstatus bujang. Tahun depan mungkin akan candle light dinner dengan isteri tersayang bedua-duaan dan tahun-tahun berikutnya mungkin kami dah bertiga, berempat, berlima dan seterusnya dengan izin Allah bersama zuriat jika diizinkan Allah.

8,760 bersamaan dengan 24 tahun jika benar setahun itu ada 365 hari. Usia yang bukanlah petunjuk bahawa aku harus menjadi lebih matang dalam hidup tetapi inilah usia yang menyatakan aku perlu bersedia untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk isteri dan keluargaku juga dalam masa yang sama, tidak terlepas dari tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu dan bapanya. Pada aku, aku telah lama cuba untuk jadi matang. Dunia huha dan huhaaa telah lama aku tinggalkan mengjangkaui hakikat sesetengah rakan seusia yang lain.

Dari tahun ke tahun, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, kadangkala aku gagal atas ketandusan iman sendiri. Doaku memohon pada Allah agar jadikanlah aku anak yang soleh dan suami yang terbaik serta sentiasa senang untuk berbakti kepada orang lain dan memberi manfaat kepada semua orang. Begitu kencang masa berlalu meninggalkan hari-hari dan kenangan sebelum ini bagaikan rasa baru semalam menulis artikel sempena hari jadi ke-23 tahun, 22 tahun dan seterusnya.

Terima kasih kepada si dia yang bersusah-payah melakukan sesuatu untuk hubungan kami kali ini biarpun dilarang keras untuk tidak menyusahkan diri untuk melakukan apa-apa. Ya, tidak perlu sebenarnya kerana semakin kita berusia dan matang, semua sambutan hari jadi ini tidak perlu lagi bagi aku bahkan sejak kecil dulu, keluarga memang tidak membiasakan anak-anaknya menyambut hari jadi. Apapun sememangnya manis bila diri dihargai oleh insan tersayang yang bakal memegang status seorang isteri, tidak lama lagi.


Sedapnya kek ni. Ada banyak lagi lebih dalam fridge tu. Nasib puasa! malam karang la. Hehe.


Tak pasal-pasal jadi mat bunga. Hehe.

Blog ini, Justkhai. Ianya sebahagian dari hidup aku selama beberapa tahun. Terlalu banyak menyimpan kenangan terindah dan tak lupa juga terselit pelbagai kenangan saksi hancurnya sekeping hati ini yang sukar untuk dilupakan. Semuanya ada di sini jika dikorek sedalam-dalamnya. Semuanya cukup mematangkan dan alhamdulillah sehingga kini, semua itu terus membuatkan aku menjadi seorang insan yang terus kuat, untuk terus memajukan diri tanpa memandang ke bawah mahupun ke atas. Jika terlalu pandang ke bawah, takut tidak nampak apa yang di atas dan jika terlalu pandang ke atas, takut tersungkur dek batu. Hiduplah dengan memandang secara terus ke hadapan (fokus) dan sentiasalah cuba menyenangkan hati orang di sekeliling kita. Blog ini adalah tidak lebih dari sekara diari pandangan perspektif seorang anak kampung sahaja yang berusaha keras tanpa sedikitpun pernah risaukan tentang waktu tidurnya hanya untuk membuktikan kepada diri sendiri sejauh mana kemampuan yang diberikan Allah. Semua orang percaya diri mereka ada keistimewaan dan begitu juga aku.

Oh! Media dan pelbagai anak syarikatnya pula merupakan simbolik kepada Scukz, dua jenama yang banyak persamaan kerana lahir dari otak yang sama. Ya, otak budak kampung yang mahu melihat sejauh-mana kemampuan otak seorang remaja yang membesar dikelilingi ladang sawit dan getah. Ianya penjenamaan yang cukup aku sayangi kerana ianya penjenamaan yang aku bangunkan beberapa tahun berseorang diri tanpa diendahkan orang sekeliling, menempuh pelbagai duri dan liku. Sehinggalah hari ini mampu membuka mata ramai orang untuk mendekati apa adanya pada penjenamaan ini dan apa yang mampu untuk dilakukan. Tidak perlu digambarkan dengan perkara lain, cukuplah dengan menggambarkan yang dahulu waktu tidurku yang sama seperti insan normal lain, kini bercelaru dek kerana penjenaan ini tetapi terus buat aku gembira untuk terus mencuba. Dengan sokongan hebat dan berterusan dari keluarga, rakan-rakan, staff dan krew yang terlibat, Alhamdulillah, usaha ini tampak tidak mungkin akan sia-sia.


Meeting bersama Pixel Media.

Ironinya, di awal permulaannya dulu, dari online dengan ehsan wifi percuma di mamak dari jam 10 malam hingga ke 10 pagi dan hari ini aku masih lakukan perkara yang cuma dengan lokasi yang berbeza termasuklah dari dalam sebuah kondominium yang cukup istimewa di mata aku kerana dilengkapi dengan barangan yang pernah aku impikan sejak kecil dahulu tetapi tidak pernah tertunai, kerana aku belajar segala-galanya aku yang perlu cari sendiri. Ya, cari sendiri! Bukan aku sahaja yang patut belajar, malah semua orang juga sebenarnya. Itu sahaja yang mampu membuatkan kau menangis jika mengenangkan perit-getir perjalanan untuk mendapatkan sesuatu yang kau idamkan. Ya, biarpun aku punya office yang aku setup sepenuhnya dengan duit sendiri tetapi bukan jiwaku untuk keluar masuk office untuk bekerja di waktu kerja yang normal seperti orang lain bertemankan dinding dan waktu yang tidak fleksibel. Biarlah mereka yang sanggup mengambil alih tugasku. Padaku, apalah gunanya hidup ini jika kau tidak cuba memerah dan menguji sejauh mana kemampuan sebenar dalam diri. Cukuplah office disediakan sekadar satu tanda kemampuan dan perjalanan menuju kejayaan pada sesebuah penjenamaan dan perniagaan.

Istimewanya tahun ini, aku menyambut hari jadi ke-24 tahun yang juga sebagai sambutan hari jadi terakhir aku sebagai seorang lelaki bujang, usia telah mempunyai kereta idaman sendiri dan lebih istimewa lagi, aku kini di dalam status tunangan orang yang bakal merempuh masuk dunia alam perkahwinan tidak lama sahaja lagi. Seruan untuk menguji sejauh mana kemampuan diri mungkin telah tiba untuk aku sambut dengan redha dengan tangan penuh terbuka. Lebih istimewa lagi, ada ramai juga kawan-kawan yang akan menamatkan zaman bujang mereka, dan aku ucapkan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Tahun ini sekali lagi ulangtahun kelahiran jatuh pada bulan Ramadhan penuh mulia. Tiada apa yang diharapkan jika kau mengenali diri ini secara empat mata atau sekadar berkenalan di internet sahaja agar kita semua sentiasa baik-baik sahaja menerima dan melengkapi kekurangan antara satu sama lain. Maafkan segala salah dan silap andai ada kata-kata pernah mencucuk jauh ke dalam jiwa. Terima kasih di atas doa dan ucapan di Facebook, serta sokongan yang berterusan keapda Khai dan Oh! Media seluruhnya selama ini. Moga Allah sahaja yang membalasnya.

Amat kekok untuk menulis lebih panjang kerana kini aku sedar, yang aku bukan lagi seorang blogger sepenuh masa seperti dulu malah ianya telah berubah kepada sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan dan kehidupan dan kerjaya seperti ini benar-benar buat aku mampu ketawa di dalam dunia aku yang sendiri sambil memanjat penuh rasa kesyukuran ke atas Illahi dengan limpah dan kurnianya. Fuh, tarik nafas kejejap. Hehe. Alhamdulillah. Terima kasih jika membaca coretan ini hingga ke baris ini. Tiada apa yang menyebabkan dunia ini best selain kerana kewujudan korang semua yang dirasakan sangat hampir dengan diri ini. Kejap lagi nak ke Bangsar ada hamba Allah nak belanja open table. Yes! Hahaaa. InsyaAllah kita jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Ini kek untuk Tunang saya. Samaada anda kenal kami atau tidak, tolong doakan kejayaan kami berdua ya.

Ditulis pada 4:51 AM 3 August '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,668 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

51 Comments »

Comment by azman
2012-08-03 05:41:39

Happy Birthday Khai,wah dah tak lama nak tamatkan zaman bujang.Congrats!

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:06:59

Fuhh… seram pula membacanya. Haha. Tenkiyu Azman. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Safra najaa
2012-08-03 06:11:30

HB Khai.. Sama la usia kita. Hopefully Khai akan sentiasa berjaya menjadi insan yang mampu berdiri atas kaki sendiri sampai bila2 dan tidak melupakan asas sebagai Muslim dan tidak melupakan asal usul. Bila dah berjaya jangan lupa melihat orang yang berada dibelakang kita yng sentiasa memberi sokongan ye. Semoga Khai success selalu. Panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dibawah lembayung redhaNya. Amin

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:06:39

Terima kasih Safra Najaa. InsyaAllah, di mana pun saya berada, tetap akan berpihak di bumi yang nyata. All da best juga untuk anda ya.

..
 
 
Comment by beliamuda
2012-08-03 06:20:51

Selamat hari ulang tahun yang ke-24 buat Khai.

Semoga terus maju dalam bidang yang diceburi.

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:05:55

Terima kasih wahai sahabat, Beliamuda. Moga anda juga begitu ya.

..
 
 
Comment by Myvitrd
2012-08-03 07:25:58

happy birthdy bro.. semoga terus di murahkan rezeki dan di beri kesihatan berpanjangan untuk menguruskan tugasan harian

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:05:40

erima kasih saudara. Amin amin.. Moga anda juga begitu.

..
 
 
Comment by wandisini
2012-08-03 07:50:11

selamat ulang tahun. walaupun masih muda, banyak kejayaan peribadi yang ko dah capai..tahniah dari aku..walaupun ko tak kenal aku.hehe..

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:05:25

Alhamdulillah. Terima kasih Azwan. Moga anda juga berjaya dalam bidang yang diceburi. Umur 24 tahun pada saya tidaklah muda lagi. Hehe. Banyak benda perlu dikejar sebelum usia menjelang 30 tahun. Fuh! Ayuh!

..
 
 
Comment by Faris
2012-08-03 14:31:52

Happy birthday Khai! Semoga hidup ko kali ni lebih bermakna dari sebelumnya & terus maju dengan jayanya. Birthday aku dan Hamdi dah lepas, satu tarikh yang sama pulak tu. Kita ni team Leo… Hehehehehe… =)

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:04:30

Terima kasih Faris. Hepi belated besday juga untuk korang berdua. Ada rezeki nanti, boleh open table.

..
 
 
Comment by Izahatta
2012-08-03 14:58:34

waalaukimusalam….

mmg best ikut blog ni… semoga ada pengikut yg mewarisi buat blog macam ni… best! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:04:02

Terima kasih Izahatta. Moga apa sahaja yang dikongsikan, memberi manfaat kepada orang lain apa adanya. Hehe.

..
 
 
Comment by Lorna
2012-08-03 15:45:01

As slm Khai,
Slmt Hr Lahir yg ke 24 thn!
Mogaaaaaa lbh murah rezeki….lebih ceriaaa….lebihhh gumbira….bersama sumer tersyg ๐Ÿ™‚
Sentiasa nntikan entry best2 dr Khai ๐Ÿ™‚
Keep it up!

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:03:34

Terima kasih Lorna. Amin. Moga anda juga dimurahkan rezeki bersama yang tersayang ya? <3

..
 
 
Comment by Ryehana
2012-08-03 17:18:14

sangat kagum with your achievement. Yup, not easy to have business on ur own, handle ur own company etc… that’s y sgt2 kagum u’ve come this far.

sumber inspirasi n motivasi gak ni walaupn br nk berjinak2 with my own bizz ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:03:13

Alhamdulillah. Terima kasih Ryehana. Rakan blog dari dulu hingga kini. Moga berbahagia bersama keluarga tercinta. Rindu dengan Panda-panda anda. Hehe.

..
 
 
Comment by Sukacuka.com
2012-08-03 22:08:16

tahniah Khai. Nanti tunjukanlah blog ni dekat anak. hehe

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:02:32

Hahaha. Ya gerenti akan tunjuk. Harap2 zaman anak2 dah besar nanti, zaman blog masih hebat seperti sekarang.

..
 
 
Comment by Syed Naqiuddin
2012-08-03 22:19:26

Happy Birthday Mr. Khai. Baca je blog ni, memang memberi sumber inspirasi dan motivasi untuk terus cuba berjaya dengan apa yg diceburi. Thanks. ๐Ÿ™‚ And, Saya sedang sabar menunggu tees Oh Media sampai. hehe. Harap2 dapat tees tu sebelum masuk uni. ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:02:02

Terima kasih Syed Naqiuiddin. Ya moga anda berjaya juga ya dalam bidang yang diceburi. Keep it up!

..
 
 
Comment by arnamee
2012-08-04 05:36:41

Walaiakummussalam .

Selamat hari lahir lagi buat khai. Semoga dipermudahkan dan bahagia bersama keluarga dan si dia tersayang di dunia dan akhirat , insyaallah .Semoga terus kuat .Apapun dugaan lepas ni, kuat tau . Tahniah untuk semua pencapaian:)

p/s: mungkin satu nanti khai boleh bagi talk untuk terus menginspirasi seperti selalunya, buat buku ke, mungkin.:)

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:01:35

Terima kasih Arnamee. Ya insyaAllah saya akan kuatkan diri menempuh onak dan duri. Cewah! Macam bahasa Sembilu Kasih pulak. Hehee. Pasal buku tu, pernah buat ebook tapi simpan je tak release pun lagi. Kalau pasal buku menginspirasi orang lain tu, cukuplah sekadar di blog ini kot berkongsi dari pengalaman diri seadanya. Hehe. Thanks Arnamee di atas sokongan kepada saya selama ini.

..
 
 
Comment by Omar
2012-08-04 07:25:55

Bila rewind balik Justkhai dan OhMedia dulu, memang kagum bila dah sampai ketahap ini. Btw, Happy Birthday Khai! ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:00:17

Alhamdulillah. Terima kasih saudara Omar. Saya akan terus kuat bekerja meneruskan apa yang patut saya teruskan. Mudah-mudahan dipermudahkan.

..
 
 
Comment by aunty Yin
2012-08-04 08:27:21

HAPPY BIRTHDAY ADIK…..
KAMI SAAAAYANGGG ADIK…
MOGA ADIK TERUS BERJAYA DGN KERJAYA PILIHAN ADIK,
TERUS BAHAGIA DGN EIFA COMEL..
BERTAMBAH KEIMANAN SETERUSNYA BAHAGIA D DUNIA & AKHIRAT YG PASTINYA…

**ermmm… dapny cake… nk sikit….. nyum3… :-*

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:59:44

Terima kasih akak ku yang tersayang. Muah2 skit!! Hehehe.

..
 
 
Comment by fazrol
2012-08-04 15:14:06

HB adik Khai… he he…
Tak sangka dah lain skrg berbanding masa awal blogging dulu…
Apapun, tahniah..

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:59:25

Terima kasih Fazrol. Haha adik la sangat ye? Hehee. Time changing bro. Haha

..
 
 
Comment by marou apple hijau
2012-08-05 04:47:18

selamat hari jadi khai.
rasa macam baru semalam khai update entri untuk hari jadi ke 23 tahun.
sungguh cepat masa berlalu..

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:58:43

Terima kasih Marou. Hurm kan? Saya pun rasa benda yang sama. Masa memang akan terus meninggalkan kita. Lambat sikit, tercicirlah kita di belakang.

..
 
 
Comment by wazy
2012-08-05 04:56:39

Selamat hari jadi khai,semoga sukses bersama OhMedia

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:58:06

Terima kasih saudara Wazy. Moga anda juga terus success dalam bidang yang diceburi. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by the red rambutan
2012-08-06 04:27:07

Selamat Harijadi dan semuga rezeki bertambah tambah serta diberkati Allah dan Selamat melangsungkan perkahwinan.

Noa ikhlas:- kalau boleh jangan campur adukkan sangar bahasa Melayu dengan Bahasa Inggriss, sayangi bahasa Melayu, kalau tak kita yang jaga bahsa Melayu, siap lagi kan?
berbelas tahun di Minesotta, namun tetap sayangkan Bahasa Melayu.

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:57:38

Terima kasih The Red Rambutan. Tentang bahasa tu, di blog saya ni memang saya gunakan bahasa santai. Maaf kalau ada campur-campur sikit. Hehe.

..
 
 
Comment by the red rambutan
2012-08-06 04:27:58

Minta maaf banyak kesilapan ejaan, susah sikit menaip guna iPad ni.

..
 
Comment by mello
2012-08-06 21:14:54

selamat hari lahir Khai..
kawen nnt jgn lupa jemput.. Irfah tu org kg kawe tuh.. hihi 8)

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:56:55

Hi Mello. Terima kasih. Oh kawan ke? hihi. Nanti kenduri kami jemput datang ya! ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by cidimidi
2012-08-08 22:39:35

Salam hari lahir yg ke-24..
n tahniah ๐Ÿ™‚
semua blogger yg nurul kenal dulu makin matang.. smoga semuanya berjaya dlm membina hidup masing2..

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:55:29

Terima kasih Nurul. Itulah kan, blogger2 yang dulu pun ramai dah tak aktif lagi. Ramai dah berumahtangga dan ada karier lain mungkin. Yang tinggal budak2 baru setup blog je sekarang ni.

..
 
 
Comment by ad muhammad
2012-08-11 18:21:52

tahniah bro..semoga sentiasa sukses dalam hidup selalu serta dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan olehNya..Insyaallah.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:53:31

Terima kasih Ad Muhammad. All da best juga untuk anda. Amin.

..
 
 
Comment by aizuddin
2012-08-14 17:25:13

moga panjang umur murah rezeki ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:52:50

Terima kasih Udeen ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Izzuddin Shah
2012-08-26 23:52:19

Happy bornday! semoga adik lebih berjaya di masa hadapan.

p/s: saya tua setahun je hihi… 8)

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:16:54

Terima kasih Izzuddin Shah. Tak payaj nak “adik” sangat ler. Hahaha

..
 
 
Comment by PutraRocker
2012-08-27 05:39:44

seusia melangkah kematian

maaf zaher baten bero

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:16:30

Ya benar. Ya selamat hari raya maaf zahir batin juga ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Nur
2012-09-07 04:01:40

Happy besdaY & slmt hr rya ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by AD
2013-01-03 06:17:10

bagus lah khai ni, mude2 lagi dah berjaya..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post