Gegar U! 2
Aku baru lepas potong rambut. Ah rimasnya badan tapi nanti la mandi, baik update blog ni dulu untuk menunaikan janji satu hari satu post untuk blog ini. Hurm.. study di Limkokwing sangat untung. Dunia kau sudah cukup di hostel. Jika kau nak gunting rambut, kau boleh cari member yang amik course Hair Design. Kalau kau nak buat fashion kau sendiri atau seluar kau koyak, kau hanya cari member yang amik course Fashion. Aku beruntung sebab room-mate aku adalah seorang budak fashion. Jika kau perlu membuat editing atau web, kau hanya perlu cari member seperti aku kerana aku budak Creative Multimedia dan jika kau ingin tankap gambar kau dengan menarik ala-ala seorang model, kau hanya perlu cari member yang amik course Photography. Hah! tu baru sikit contoh aku bagi. Kau boleh bayang’kan tak bagaimana gembira’nya aku hidup di sini?
Oklah, sebenarnya aku still penat ni. Pagi tadi bangun tidur lambat. Maklumlah dulu ada alarm handphone aku yang bunyi takpun awek aku call, sekarang ni takde apa-apa bunyi dah. Handphone dah hilang la kata’kan. So aku naik bas pukul 12 tengahari. Sampai campus, aku nengok orang dah ramai. GEGAR U! dah start dari jam 10 pagi lagi. Ah aku terlambat! Aku jumpa member-member aku di sana. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang bersama artist. Haiya! Yang aku nampak tadi adalah Aqasha, Dafi dan beberapa budak Akademi Fantasia lain. Lepas tu ambil air tin free sumbangan Power Root. Cakar dinding la aku kejap lagi. Kawan-kawan aku amik ber’tin-tin. Langsung tak tinggal orang belakang. Apa la diorang ni.
Lepas je minum air, masing-masing busy bawa haluan sendiri. Tangkap gambar dengan artis la, main game yang ada la dan yang duduk lepak-lepak pun ramai. Aku ada la amik sekeping dua gambar dengan Dafi. Dengan Aqasha sorry la, tak berapa nak minat la. Kesian aku nengok Dafi, kene serbu sampai dia kena bawak lari pergi tempat lain. Gayat juga student-student Limkokwing ni. Buat malu betul. Kawan plak kepada Pat yang janji nak kasi hadiah cenkodok ntuk besday aku tu. hahaha.. Sibuk terjerit-jerit Dafii!! Dafii!! nak aje aku sekeh!! Nieza (awek aku) pun dua kali lima je. Tu la perempuan. Pantang nengok jantan jambu sikit terus mental! Awek kat atas tu takyah cakap la. Nyampes!
Then artis-artis tu semua perform la sket. Disambung ngan band dari student (member-member aku gak). Aku dan member pula bila dah penat bergambar, main kumpul sapa banyak dapat button plak. Cun button dia. Ada logo GEGAR U! Colour of Nation. Memang smart dia nya design. Nak dapatkan button ni kena la “Spread the Words” dulu. Banyak PC disediakan tepi pentas utama tu. So aku pun join la sekaki. Then dapatla button. Tapi aku dapat satu sudah la. Malas nak main lumba-lumba ikut kepala tak betul budak-budak ni.
Keadaan crowded gila. Ramai gila student datang. Macam-macam warna pula tu dari putih melepak sampai la ke hitam legam semua ada. International University, adat’lah tu macam-macam warna ada. Hehe.. Dalam pukul 2 petang, aku pun blah dan tak tahu la apa jadi lepas tu. Aku blah sebab ada kelas Web Publishing dan Malaysian Study. Pukul 2 sampai 8 malam tu. Tak tahan betul bila hari rabu.. Jadual aku untuk Semester 4 kat Limkokwing University kali ni agak best juga. Kelas aku dari hari Isnin sampai Rabu je. Lagi 4 hari tu, cuti la apa lagi. Lepak je la selagi takde assignment. Huuu..
kakaka…tina tina…giler r… giler dafi yay!!kawan sape tu khai…huuu tak ngaku!!hahahah
ntah nye.. padahal x layan AF… dafi pon tak kenal.. dan dan je dah jumpe, terus minat dafi… poyo je minah tu.. malas aku nak ngaku kawan de pat… pleasee la..
wah .. ader artis .. nape ko tak amik gambar ngan sumer jerk .. hehehehhee
khai bengong!!!!!!!!!!!siap ar ko…ade ubi ade bas…tengok ar..aku letak racun tikus dalam cekodok ko..
[Comment ID #11171 Will Be Quoted Here]
blah ar!! x takut pon!
ek eleh tina…mmg la ade ubi…bas pun ade gak dalam dunie ni,dah lame dah owang tau…kakaka..kahi..ko rase dafi tu bau ape…sudah semestinya bau……BUSUK..huhu dah nak pengsan tu sebenonye..hahaha
tina je yg nak amik gmbr ngan dafi..ntah2 dafi pun x nak..kah..kah..kah..
khai seorang yang kuat gebang….khai gebang…khai gebang….
alin ni nak kena ni!!!!!
siap ar ko…aku sekeh kepala ko….
ishk bile la aku nk pi jejalan limkokwing.. slalu lalu tgok kat luar je.. teringin nk masuk jgok dlm.. x de kesempatan.. aku x leh jadik jiran yg baik la.. x melawat jiran ceewah..
yarp.. memang untung kalo ade kawan2 lain kos sbb leh mintak tolong. same gak cam aku dl.. tapi kawan2 aku yg byk mintak tolong kat aku.. smpaikan format pc pun aku yang kene.
yay!!btol cakap alin huhuhu…tina tu yang cam org giler brebut2 nak amik gambo ngan dafi tu..
@zul : masuk je la bro.. nak masuk dia tak check ape ape butiran pon.. lenjan je.. berlagak macam student.. wakakaka..
@tina: poyo!
@alin: tahu takpe.. dia yg terhegeh2 ngan dafi.. nengok la muka dafi tu, muka terpaksa.. hahaha
@pat: thanks pat.. for cenkodok… nasib la ko pat sebilik ngan orang poyo ni.. mesti tension.. haha
best…tp tak berkesempatan nk gi..ahah next time aa…(bole ke org luar dtg?)
hahahaa..apsal muke dafi ngan tina cam muker tpaksa eh….muke dafi ngan kitoraang muke cute jerksss…aww…cute sgttt…kwang3
hhahaa.. dafi mmg terpaksa pon ngan tina tu.. sape la sudi amik gambar ngan tina tu.. please la.. ngee….
khai….lepas ni kalo aku tak tegur ko,ko jangan cakap aku sombong ye….aku dah malas…salam….
[Comment ID #11220 Will Be Quoted Here]
eleh.. merajuk… gurau pon x leh… hakhaks…
hahahahah…akhirnye ilang sakit ati aku bile baca blog ko ni…huhuhuuh
eh ehh…mana gmbar tina ngan dafi ni. xkan dah tkeluasr dri carta???? huhu…..just tinggal dlm kenangan…
seronok pulak bila baca budak dua orang atas ni bergaduh… kenangan… ~~~
taw xpa…aik?dgn tina pon x kwn dah ka?…tp kwn2 khai mmg best ah…supportive…