Kita Tetap Kawan Kan?

482 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini



Nubhan – Aku Untuk Mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Memang betul. Bukan mudah untuk melupakan orang yang pernah bertakhta dalam hati kita. Bukan tidak cuba kembali untuk memulihkan perhubungan, namun sehingga kini tidak pernah berjaya. Dua-dua masih sayang, masih cinta, tapi entah mengapa tiada jawapan mengapa ini terjadi. Bukan kerana orang ketiga atau sesiapa sahaja. Khai tahu Nieza akan marah bila terbaca entri ini. Namun, kita terpaksa menerima hakikat dengan melupakan antara satu sama lain. You’re my Happy Ending. Kita tetap kawan kan?

Thanks buat mereka yang memberi kekuatan untuk Khai melalui entri ini. Mulai hari ini, takkan ada lagi “Nieza” dalam kamus hidup Khai dan tak mungkin ada “Nieza” di dalam blog ini lagi. Ini buat yang terakhirnya.

Kalau abang, akak ipar, adik mahupun ibu dan bapa Nieza membaca entri ini, Khai mohon ampun dan maaf kerana tak dapat menjalankan amanah yang kalian berikan. Ambil lah Nieza yang baru ini. Kak Aisyah, maafkan Khai.

Mulai entri akan datang, blog ini akan kembali indah tanpa dihiasi dengan rintihan perasaan dari mat bunga, jiwang karat dan tangisan seorang lelaki bernama Khai. Terima Kasih semua.

+ komen ditutup… maaf. :8

Ditulis pada 8:54 am 14 November '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 482 views
Dalam kategori: Kisah Cinta | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

6 Comments

Comment by annyss
2008-11-14 09:22:04

aku tumpang simpati dgn ko….xde perkataan lain yg boleh diucapkan selain SABAR

 
Comment by azleah
2008-11-14 09:36:44

khai…

ini baru permulaan kehidupan kita. jatuh bangunnya seseorang itu terletak pada kewarasan akal dan telunjuk mata hati.

tak semua yg kita miliki itu akan jadi milik kita buat selama-lamanya. ibu bapa yg kita sayang dunia akhirat pun pasti akan meninggalkan kita buat selamanya kelak.

terima kekalahan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk kejayaan pada masa akan datang. nieza kawan saya, khai pun kawan saya juga walaupun kita semua tak pernah jumpa tapi sebab khai lah saya kenal dengan pakwe saya sekarang ni.

saya tak boleh nak paksa khai musuhi nieza atau nak rujuk kembali ke apa… tak. kita tunggu masa dan hari yang sesuai, who knows khai dapat yang lain pula kan?

take it easy. sayang manusia ada batasannya. kekadang saya pun terfikir, sayang saya pada manusia lebih banyak dari saya sayang pada tuhan dan agama. betapa jahilnya manusia dan saya tidak terkecuali dari semua ini, pasal tu kot tuhan denda saya. huhu…

tapi…jangan juga kita cepat putus asa. kita masih muda lagi, lain la kalau harta dah ada, ijazah pun dah ada, umur nak dekat 30 ke atas tapi jodoh belum ada… haaaaaa masa tu la kita perlu risau serisau-risaunya. sekarang jodoh belum ada tak apa sebab khai pun keja tak ada lagi, ijazah pun lambat lagi nak dapat kan?… hehe…

🙂

saya putus cinta kan… kalau nak lupakan orang tu dan lupakan dendam di hati ni, satu je saya ingat… nak berjaya (kerja yg BOOM dan duit mashukkkk) supaya lambat laun orang yang ‘dulu-dulu’ tu mesti akan terhegeh-hegeh nak datang kat kita. wahaha.. tapi bukan nieza yang saya maksudkan. ini saya. huhu.

ok la. sampai sini je kot jari saya ketak ketik keyboard ni.

Comment by Khai
2008-11-14 09:51:05

thanks azleah.. hehe.. good luck for you n kechik..

 
 
Comment by Rjuna
2008-11-14 10:39:02

Layan lagu indon ni plak bro

“Ku cintaimu, tak berarti bahawa, ku harus memilikimu selamanya”-D’Masiv- Di Antara Kalian

Comment by Khai
2008-11-14 10:46:46

lagu favourite aku tu bro.. hehehe

 
 
Comment by Hamdi
2008-11-14 11:02:55

relax aaa bro
jangan sedey sedey nih

 

Sorry, the comment form is closed at this time.