Mengenali Blog Perkomputeran Tempatan – Part 1
Salam korang. Hari ni blog purple tak cukup sifat ni nak memperkenalkan beberapa blog ber’niche’kan teknologi perkomputeran dan hal ehwal semasa berkaitan internet. Which is, dari korang membuang masa baca artikel-artikel merapu kat Justkhai ni, better lebihkan masa usya artikel-artikel di website mereka ni. Apa yang baik untuk Khai, insyaAllah baiklah juga untuk korang. Yang tak baik, buat apa kita nak share kan?
Tapi apapun, rasanya ramai dah yang tahu kot. Takpelah kali ni kita review beberapa blog berniche’kan perkomputeran dengan cara lain. Iaitu cara kritikan dan kutukan instead of memuji. Haha. Baru interesting kan? Lagi pun secara tak langsung menyahut kehendak seorang blogger di Twitter yang suruh mengeji blog dia sampai dia menangis. Tapi Khai takdelah kejam macam tu. Kahkah.
Amanz – Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Founder blog ni bukan orang lain. Rakan se’ghei’ Khai juga. Hahahaha. Terkujat? Haaa. Saja nak uji mentaliti korang sekali lagi lepas artikel yang sebelum ini. Mentaliti kita pada benda yang tak bernyawa memang lain dari manusia yang bernyawa. Contohnya orang cakap hari ni bulan warna pink. Terus korang terjun tingkap untuk pastikan betul ke bulan tu warna pink. Berlainan dengan manusia, orang tu cerita ini dan itu (fitnah), terus je percaya. Internet Marketer (IM) yang tunjukkan gambar dia pegang duit RM50 berlipat-lipat pun, korang terus percaya yang dia kaya dan berjaya. Sedangkan masa Khai nak beli laptop hari tu, lagi tebal duit RM50 tu kat tangan. Takde pun sibuk nak amik-amik gambar? Siapa terasa, makan hati sendiri ye..
Kritikan Sadis: Berbalik kepada blog Amanz, blog dia ni Khai tak pernah kenal pun sebelum ni sebab blog dia bukan pemes pun. Dah la first impression blog tak menarik langsung. Masuk je rasa terus nak pangkah Window Firefox terus je (bukan pangkah tab). Punyalah rasa tak tahan tu kan? Yang terbaru dah guna template baru pulak dah. Ingat cantik lah tu? Hensem lagi web Google yang plain white tu. Artikel kat Amanz ni tak berapa nak best la. Selalu mencarut dalam artikel. Tak ingat dosa ke dia tu ek? Lepas tu perasan comel plak tu. Nak je lempang laju-laju. Dah la ko amanz, ko balik kampung tanam jagung je la. Takyah buat blog. Choi~
Kritikan Sebenar: Alolo, sian Aman Firdaus. Nangis tak ko baca Kritikan Sadis tu Aman? Haha. Yang sebenarnya, kat Malaysia ni banyak juga blog ber’niche’kan komputer ni dan Khai rasa antara yang paling femes adalah blog Amanz ni. Selalunya blog dia antara yang terawal memberikan perkembangan terbaru apa yang terjadi dalam dunia internet ni. Kalau di Facebook, samalah function blog dia ni dengan Live Feed. Penulisan dia pun teratur dan rasanya suatu hari nanti boleh dah publish buku bulan-bulan macam yang dilakukan Majalah PC tu.
Kalau ada yang tanya mana Khai tahu banyak pengetahuan am di Internet ni pasal teknologi, jawapan dia kalau blog berbahasa Melayu memang ini lah blog pertama yang Khai letakkan dalam senarai paling atas di Google Reader.
Amanz ni juga blogger yang selalu berdiri di belakang Khai. Menyokong apa yang Khai buat. Dan banyak juga sponsor Khai dari segi domain. Sekarang ni dia dah sponsor Khai 2 tahun berturut-turut kot untuk beberapa domain name. Thanks Amanz! All da best to you! Oh ya! Aman masih single dan dia kata, siapa-siapa yang first masuk meminang dia, dia akan terima terus. Apa lagi, first come first serve lah kan? Hahaha.
URL: http://amanz.my
–tamat kisah amanz–
JomPHP – Pusat Informasi & Tutorial Komputer Anda!
Ok, blog milik si Einz dan Cyberfly ni kita tak payah la main-main kutuk lagi. Straight to Ampang Point je la ye? Panjang sangat artikel, berdarah mata korang nak baca. Hehe. JomPHP ni merupakan blog kedua pilihan Khai jika berkata di dalam blog bercirikan perkomputeran. Berbanding dengan Amanz yang lebih mengutamakan live feed mengenai apa yang terjadi in real time, JomPHP lebih mengutamakan tutorial, perkongsian software dan review sebagai tunggak utama kekuatan blog tersebut.
Gaya bahasa yang digunakan pun, bagi Khai tidaklah terlalu formal macam Amanz sekaligus mendekatkan lagi artikel tersebut kepada pembaca. Kenapa domain JomPHP yang digunapakai, itu kita tanya owner dia sendiri la ye. Kalau yang baru masuk blog tu, mesti ingat blog untuk belajar PHP. Hehehe. Einz dan Cyberfly, sila jawab. Hehe.
URL: http://jomphp.com
–tamat kisah jomphp–
Sembang Komputer
Blog ni di bawah jagaan Khairul (aiseh camne nama leh sama ni bro?). Hehe. Dia ni blogger kiut macam budak form 3. Tapi orang cakap dia ni kalau bersembang, agak lebat. Maka termaktublah nama timangan blog ni sebagai Blog Sembang Lebat. Hahaha! Sembang Komputer boleh dikatakan sangat lebih kurang dengan JomPHP. Tak lebih dan tak kurang. Cumanya blog Sembang Komputer ni kadang-kadang entri dia agak mencapab jugaklah tapi tetap menarik. Inilah jadi kalau tuan blog tak buat blog personal untuk mencapab. Mesti terbabas juga kadang-kadang dalam artikel. Hehehe. Ke Khai je tak tahu blog personal dia?
URL: http://sembangkomputer.com
–tamat kisah sembang komputer–
Konklusi, diorang semua ni dah habiskan banyak masa untuk buat research apa yang diorang minat dan berkongsi kepada pembaca. Samalah macam Khai pun tapi cumanya berlainan niche sahaja. Macam Justkhai ni, main tabur je semua tak pandang kanan-kiri dah. Hehehe. Jadi untuk menghargai mereka-mereka yang berhabis banyak masau ntuk study perkara baru kemudian di kongsikan dengan cara yang lebih mudah faham, subscribe la blog diorang. Bukan diorang mintak duit pun kan? Siap diorang yang kasi pengetahuan am kat korang lagi ada.
Jadi kurangkanlah (atau mungkin hentikan terus) follow blog-blog yang hari ni cerita dia makan bihun lepas tu dia sakit perut pergi berak jap. Lepas berak dia nengok berak dia agak unik (warna hijau) lalu mengambil gambar dan post ke blog. Wohaa! Contoh je la tu yang memberi maksud blog yang tak bermanfaat untuk korang habiskan masa walau 1 saat pun untuk baca.
Untuk yang selalu “post gambar berak kat blog”, berubahlah kepada sesuatu yang lebih sesuatu. Nak tulis pasal sakit perut dan cirit-beret, tulis dalam Microsoft Word dan baca sendiri. Maaf, leser sungguh hari in. Hahaha! Jangan saman saya, saya orang susah hati.
P/s: Artikel Part 2 nanti, Khai akan memperkenalkan blog-blog terbaik dan hebat tetapi kurang dikenali (ini kes kurang promosi la ni). Nantikan.. Oh ya, antara 3 blog dalam Part 1 kali ini, mana satu pilihan korang?
jomphp…blog fav aku…..hoho…blog terbaik?khai..hang bagi awards la…tapi bukan kah blog justkhai terbaik setakat ini?lalalalala
Justkhai ni lain. Entri ni kan pasal blog perkomputeran di mana mmg dia wujud kerana nak cerita pasal komputer. Justkhai ni merapu je lebih. Sbb tu no 11.. kahkah..
kilvearn punya blog pun popular gak π
aku nak buat gak blog tentag teknologi, tapi…..
nak format komputer pun tak reti baik tak yah ah.. haha
khai nnti review blog aku lak.. :love:
patutlah kat twitter duk ber “gay”.. post ni yg start.. π
blog si pge tu nanti dalam part 2. blog pge tu lagi aku kenal sbb aku ada masa dia dgn susah payahnya nak up blog dia tu. Hehehe.
Siapa rasa blog dia best dan layak direview percuma, boleh hantar email kat Khai ye.. sama2 kita kongsi.
Ps: oo.. ko jadi stalker kat twitter ye? hehe..
LinuxMalaya.com
MalayaGamers.com
Gajet.Net
x payah promote.. org masuk web ko pun mesti tahu ape projek2 yg lain.. wokeh? hehehe.. (sbb tu aku x tulis)
kesian amanz. ko tetap comel. π
haha. aku memang comel~
uiisshh… lg ghei bunyi nya.. haha
selalu baca blog amanz dan SK je.. ringkas dengan bahasa melayu penuh.. huhu..
MK ada blog personal kan? Rasanya dia pernah bgi link kat memane..
ye MK memang ada blog personal…nama apa ntah… ala2 diari gitu…hehe… satu lagi blog dia sembangprogramming kalau xsilap la…try google.
MK ade blog personal. saje je tanak tunjuk. hahaha.
hahahaha… cilak =(
Hahaha.
Kesian amanz
tak cukup ghei..geli aku khai tweet sama2 ngan aman kat aku..ahhhh!! WTF! :[
tak nangis pun aku baca..hahaha..mule2 igt nak sambut cite pasal amanz ssi kete kebal 20 ribu km tu..hahaha π
last2 citer pasal ilmiah..ok not bad..tapi korang 2 tetap ghei sejati..ahhh geli aku.. :o:
hahaha.. ok bro.. nnt ohgay.com dah up, aku akan pastikan ko jadi model. Nanti aku belikan skirt pendek warna pink ok.. jgn sedih2.. janji ni.. aku belikan.. hahahaa..
admit that ur r ghei yish bro..ish π
pi la cari pengganti baru tuh..takde la macam ni sekali dah..ish3 π
hahaha.. waklu… π
Paper tu kasi habes dulu.. =(
xtngok pun tahu…blog amanz memang tersenarai…haha… memang best blog dia… blog MK pun ok gak..bnyk info2…
First k0men! Yay!
[tiru aksi lagak ngeri pengomen kt oh artis yg padahalnye komen ke 5]
blog aku plak ea kemudian.. :p
sure bro.. ingat nak letak ko no 4.. tp cukup la 3 dalam entri ni.. hehehe.. kenangan aku bersama blog ko untuk TuneUp 2010 x dapat dilupakan.. cewah.. haha..
tahniah. Nanti aku kasi ko hadiah berupa sebuah rumah 7 kaki tinggi dan sepasang baju persalinan berupa kain kapan… nak? hehe..
huhu~ hadiah yg sangat menginsafkan~ :8
Bagi Khai. Jangan tak bagi. π
ketiga-tiga blog tersebut adalah wajib aku lawati kerana infonya sgt2 berharga & tk ternilai. Mantop la katekan…
Soalan kenapa letak nama jomphp tu kena @cyberflyx yang jawab coz dia beli domain…
amanz lebih kepada update berita2 teknologi terkini…itu sesuai ntuk orang yg rajin update hari2 cam aman…kalo aku buat tutorial aku kena amek masa 2,3 hari n mesti nak kena tulis panjang2 n padat…hahaah
anyway post seumpama ni ada kat jomphp;
– jomphp.com/senarai-blog-komputer-dan-it-berbahasa-melayu-yang-patut-anda-tahu.html
trimas sbb promosi kesingglean aku. wahahaha
suke ko ek? 8)
yup ak suka blog sembangkomputer
khai
nanti aku buat pembaruan gak
ko sombg xmo ajo kan
huhu
nanti nk tgok komen ko camne
da siap ak komen kat cni
π
thx for sharing
ko pon ada sini joe.. huhu.. btw.. aku selalu jenguk amanz jela.. tp x lama lg aku akan masuk myphp lak sbb aku punya final project pakai php.. harap2 ada la codin yang seswai boleh pakai.. huhu π
silap da.. bkn myphp.. tp jom php.. adeshhh :aie:
ak ada kat mana2
hehe
woo
ko pon tau kan?
rugi xtanye ko je
blog amanz nampak kool dgn antara mukanya yg menarik.. anyway, ketiga2 blog kat atas tu mmg kelas!
bro,aku nak suggest blog
killvearn
infomalaya
dan satu lagi blog piratz
Sembang Komputer…sbb MK ensem….muka innocent mcm budak darjah 6 terkulatΒ² kena marah dgn cikgu sains sebab pokok tougeh dia mati.
MK ada forum – Forum SK yang sunyi sepi :p
MK dtg nanti habislah…
hakhak.. x cukup promosi tu. sbb tu sunyi kot.. hehe..
i choose JomPHP. :8
blog amanz.my dan SK tu mmg aku selalu masuk,
tp skrg nie kenapa ntah SK tak hapdet, adakah MK sedang sibuk dilamun cinta?
demi memenuhi impian khai utk mengenali MK dgn lebih rapat, mesra dan serasi ni aku tempekkan blog tempat MK meluahkan kata2 cintanya… http://khairulthesmall.blogspot.com/
patutlah aku kepelikan jer bila baca twitter korg tetiba jer ber-ghei segala bagai…hehe
jomphp terbaik..hehe π
semua dlm subscriber aku. hah tak percaya? peduli apa, aku punya google reader bukan korang (kah3).
tapi kalau nak tahu sebenarnya, derang yang potong line aku untuk niche blog tersebut. aku ni pulak tak suka tiru (ceh!). tak pepasal aku terpaksa cari idea lain (ha3).
tapi yang pasti, apa yang mereka lakukan sememangnya tidak sia-sia. aku respek tahap gaban 0.02 saat. laju tak? (hu3).
tiga blog yg ko review tu mantap… xcukup kt blog aman, boleh cedok ilmu kt jomphp… xcukup jomphp leh cilok kt SK… 8) ekekekeke
Jangan lupekan raymond.cc serius banyak maklumat dalam tu dan takde satu pon laman web kat atas tu leh lawan.. tapi satu je la, walaupun orang tempatan punye tapi blog ru bahase mat saleh… tapi series… sekali je masuk baru korang tau best ke tak blog tu..
p/s: aku xde kaitan ngan blog tu
p/p/s:orang tu x bayar aku
p/p/p/s:uamh best aku promote.. macam scukz DULU, sekarang ni lom lagi π
raymond tu no 2 kot top blogger kat Malaysia ni. No wonder la kan? Hehehe..
http://justkhai.com/blog/top-malaysian-blogger/
bila blog aku yg pemalas tu nak naik taraf jadi blog camtu..huhu
KetigaΒ² blog kegemaran daku.
Hehehe!!!
thanks sebab tepek link2 tu..
wa ni dah la tak pandai lagi bab2 komputer ni..
boleh la kot nak belajar siket2..
yours pn really cool..
π
amanz.my dan sembangkomputer.com tu mmg blog faveret aku tu walaupun dah byk aku subsribe blog komputer bahasa inggeris π
jomphp yang paling best rasanya. padat informasi dalam blog tu. yang best ialah info dalam Bahasa Melayu. π
betul tu kerana ianya mudah difahami oleh mereka yang x berapa nak hebat dalam english. Usaha yang baik dari mereka.
Kalau kita anggap dah cukup dgn website english kat luar sana, kita kena ambil tahu juga nasib mereka yang kurang memahami bahasa english ni kan.. hehe..
yeash…tmbh bookmark aku!!~ hehe..nice larh..blog2 ni sgt b’guna bg org yg xpndai bi cm aku..huhu :bloody: thx 4 sharing dis
dgr citer amanz ghei? betul ke? ahahahaha π
aku selalu bukak amanz dulu,pastu baru sembang lebat.
Last skali baru bukak jomphp.
Tapi sekarang lagi banyak rujuk JomPhp sbb khairul mcm dah jarang update je blog sembanglebat dia π
hoho, dulu aku memang selalu singgah kat sembangkomputer tue.. tapi ader skali tue, tak berapa berupdate tempat tue.. skang nie aktif balik ke? nak jenguk rr kejap…
suka blog yg berilmiah dan blog ini juga..
Terasa aku.. Mentang2 blog aku citer tak berfaedah..
π
ada gak visit aman nyer blog sebelum nih. memang betul byk informasi ko leh dpt dari sana. Aku nyer blog hurm, tak tentu arr bro. sumer aku dumb into 1 blog jer. Tapi sort by kategori la senang manage.
naz pilih JomPHP! layanzzzzzz
π
saya suker blog ini… nyum3…
erm , semua blog – blog diatas aku suka tengok dan rujuk.. mmg mantap.. patut bagi anugerah la, blogger melayu it tempatan terbaik.. cheeewahh! π π
waktu aku belajar dulu, banyak sangat masa terluang.. tiga2 blog kat atas tu memang hari2 aku masuk sbb aku suka sangat info tentang komputer dan ahli2 jemaahnya.. paling aku banyak komen kat jomphp, paling banyak ilmu kat sembang komputer, paling laju update kalah F1, amanz..
lani dah kerja.. aku makin sibuk isnin – sabtu, 8am – 6pm non stop kerja.. masa takde dah.. semua ‘penjualan’ pon dah berhenti.. ramai nak beli, tapi aku takleh nak wat ape2.. hope blog aku yang bertujuan berkongsi ilmu dgn org lain tu dapat dirujuk oleh org ramai sempena ketiadaan aku.. ada cuti, insyaAllah aku update agi..
p/s: rindu gile nak on9 mcm dulu 24/7.. rindu nak tweet π rindu nak cari menda baru..
yup..ketiga2 blog kat atas paling menarik dan lengkap..saya selalu jadikan rujukan untuk mengisi blog saya…
saya jemput masuk ke blog http://www.mscreborn.blogspot.com
π
Sumber Informasi Terkini
Eh eh baru perasan ada linkback, huhu. Al maklum la tersangat busy bulan ni.
Anyway, thanks ^_^
P/S: Aku memang suka mencapab. Dan, memang ko yang tak tahu blog personal aku, wuahahaha
lagi kejam dari komen aku .. hahahahaha!