Terhina dan lebih menghinakan
Salam Tahun Baru buat semua pembaca Justkhai dan Oh! Media yang beragama Islam. Kalau tahun baru masihi kita boleh pasang azam baru seperti nak ada kerata, nak kahwin, nak lebih kaya, nak jadi lebih kacak or whatsoever, bila tahun baru Hijrah ni apa kata kita pasang azam yang lebih ke’arah akhirat sikit? Contohnya taknak tinggal solat, nak menikah instead of bawak anak dara orang kehulu-kehilir (awek la tu) atau apa sahaja yang lebih baik. Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya ni. Haha!
Ok slot Khai membebel macam seorang ibu beranak 10 (semua lelaki pulak tu. Sigh~) kali ni bukan lagi pasal disebalik tabir seorang blogger. Nanti bosan pulak pembaca Justkhai yang tak heran langsung pasal blog. Ada juga orang yang rajin layan lambakkan blog kat internet ni tapi langsung tak minat untuk ada blog sendiri kan?
Khai pelik lah. Kepada korang yang beragama Islam pernah tak nengok artikel-artikel di blog lain atau di Facebook sebagainya dengan artikel yang menghebohkan tentang penghinaan agama Islam? Contohnya letak gambar, video atau sebagainya yang boleh mendatangkan ketidak-senangan kepada penganut agama Islam yang melihatnya? Khai selalu perasan dan kalau sempat Khai tegur. Kenapa Khai rasa bertanggungjawab nak tegur?
Korang tak pelik ke? Dah tahu video atau gambar tu terang-terang menghina agama, lagi nak pergi sebarkan sana sini sesama Islam. Yang tak tahu dah jadi tahu. Untuk ape? Kononnya nak kasitahu kawan-kawan yang Islam ni dihina. Well, semua orang pun tahu yang agama Islam ni dari dulu sampai sekarang tidak disenangi oleh mereka yang ber’agama lain (bukan semua). Well, itu hak mereka kalau tak senang dengan Islam atau melayu. Kita tak perlu terkinja-kinja mencarut sana sini (selalu jadi di Youtube), tapi sekadar itu je la usaha kita memaki hamun dan lepas tu buat-buat lupa tiada tindakkan. Apejadah?
Kita memang bukan Menteri atau pihak berkuasa nak buat tindakkan undang-undang atau sebagainya dengan adanya video atau gambar-gambar penghinaan macam tu. Apa kata kita lebih kool dan secara tak langsung boleh buat mereka diam dan dari keperibadian kita buat kita lebih disenangi dan disukai. Orang baling kita dengan api, kita siram pulak dengan Petrol, mana tak hangus wei.
melayu.jpg” alt=”chinesse-malay” />
Macam gambar kat atas ni, orang Melayu digelarkan sebagai babi. Agak kasar kan? Tapi kita sendiri tahu siapa yang menjauhi babi dan siapa pula yang makan babi? Itu belakang cerita. Ada dua option kat sini. Samaada kerana dua tiga cina yang keluarkan kenyataan macam tu dan kita nak cakap semua cina macam tu atau nak anggap bukan semua macam tu.
Pilihan yang bijak adalah menganggap kes tersebut sebagai kes terpencil dan bukan semua cina macam tu. Jangan kerana ada dua tiga mangkuk hayun yang cakap macam tu, terus kita nak salahkan semua. Sama juga macam politik, jangan sebab ada seorang orang UMNO buat kenyataan bodoh, kita nak anggap semua orang UMNO pun bodoh macam dia. Begitu juga kalau ada satu mulut dari parti pembangkang keluarkan kenyataan bodoh, tak adil untuk kita katakan yang satu parti tu bodoh atau bersalah.
Racism ni tetap ada sampai bila-bila tak kiralah Datuk Seri Najib buat 1Malaysia ke apa, ianya tetap akan ada sampai bila-bila. Sebabnya? Orang atas yang terkinja-kinja buat program ini dan itu, tapi yang kat bawah masing daring antara satu bangsa dengan bangsa juga agama yang lain, sebab tu lah racist ni takkan selesai sampai bilapun.
Dunia dan kehidupan ini hanya sementara. Apa-apa penganut agama pun tahu yang dunia ni hanya sementara even mereka yang takde agama pun tahu. Jadi dalam kehidupan yang sementara ni lagi-lagi di Malaysia ni pandai-pandailah bawa diri. Jangan membenci antara satu sama lain. Melayu ke, India ke, Cina ke semua sama sahaja. Yang lelaki suka kencing berdiri dan perempuan tak boleh kencing berdiri. Wohha! Sayangilah antara satu sama lain. Salam 1Malaysia!
*****
Kesimpulan artikel ni, jangan sebar-sebarkan gambar, video atau artikel yang menghina agama. Itu namanya korang dah membantu dengan jayanya niat mereka yang create penghinaan tu. Memang mereka nak benda-benda macam tu tersebar pun. Dan korang yang beragama Islam pergi tolong sebarkan. Dah lah terhina dan korang yang tolong sebarkan tu lebih hina sebenarnya. Apa punya pandai lah kan? Dan pandanglah orang sekeliling sebagai manusia bukan dari warna kulit, bangsanya atau agamanya.
first ke
nice comment.. :bloody:
hehe….so funny about this comment..
memang betul tu ape yg khai ckap..
jgnlah kita menjatuhkan maruah agama dan bangsa kita sendiri..
aku pun ada kawan bangsa laen jugak. tapi diorang nice2 ape.. selalu yang jenis macam ni aku rasa orang yang bergaul dengan kaum sendiri je.
cnth kalau org cina yg bersekolah cina.. bukan jenis kebangsaan plus jiran pun cina gak. mesti dia rasa weird gila kan? terutama melayu.. sebab kita kaum pertama π
kalau nak tau ngape sumer nih terjadi tapi tiada pembelaan dari umat islam… lawati laman web ini http://wakeupproject.com
tgk video arrival tu… dan korang sumer akan tahu ngaper…
arrival?
i watch dat..
is about how jews want to destroy Islam in silent right?
aku pon ade dapat email gambar neh.
sungguh keji la. buat tatu macam tuh.
kalau badan tuh suci lain citer.. tapi
tak boleh jugak. mane ade manusia yang suci.
lagi lagi ayat suci ditulis pada badan wanita.
moga Allah melaknati perbuatan tersebut. Amin.
erm… tul2.. de juga yg buat2 baik j d depan… tp hakikatnya cemburu smp snggup nak ngondem d blkg…. +ve thinking okay…. chayok!!
last ke?
second! π
ah.. terlambat! :o:
satu jer penyakit orang Islam walaupun dikatakan paling ramai dalam dunia nie. Tak reti nak berkawan !
Apa maksudnya … yang kawan dia pi buat musuh dan yang musuh dibuat kawan. Satu lagi berbahagia atas musibah yang menimpa … janji bukan dia yang kena.
Betul. Aku sebagai orang melayu merasa malu dengan sesetengah orang melayu lain yang suka nengok kaum sebangsa’nya jatuh tersungkur. Ketawa riang gembira. Rasa sakit hati gila bila nengok kaum sebangsa sendiri yang maju.
Orang macam tu, gagal nak bersaing dengan bangsa sendiri. Apalagi dengan bangsa lain. Kena pijak-pihak je lah kan? Hehe.
Kadang2, bukan nak kutuk kaum sendiri, bukan nak tikam belakang kaum sendiri, tapi memang die orang perangai gini.
Kadang2, tengok komen2 blog, banyak yang baik2, tak jumpe pun yang teruk. Mane golongan yang kita kutuk ni ek kalau semua baik. haha. Ke saya yang tak jumpe?
Ataupun komuniti blogger, profesional, matang dan berfikiran lebih jauh? Haaa, blogging adalah satu aktiviti sosial yang sihat! hehe.
betul tu.. lagi2 yg belah arab
Kak Jie pernah tegur juga satu entri di blog ( dah tak ingat ) sebab dia letak vidoe youtube yang menghina islam – adakah dia juga bersubahat kerana semakin ramai yang view semakin popular video tersebut?
Kita tak boleh halang orang dari mengambarkan sesuatu yg negatif tentang diri kita, apa yang kita boleh buat adalah buktikan kita lebih baik dari orang yang mengata kita..kalau 2X5 je…hang kata aku, aku kata hang…. tak payah cakap apalah….:p
Sebenarnya isu perkauman ini kita tolak. Tapi perkauman lah rencah politik yang paling sedap digigit .. maafla aku campur politik siket.
Bila saling mencurigai antara satu sama lain korang tengok sendiri sapa yang untung ? Sebenarnya pecah dan perintah adalah sistem yang paling ampuh dalam Malaysia. Bibit racis dah ditanam dalam bangsa masing-masing.
Kenapa kita tidak boleh bersatu mencari sesuap rezeki atas bumi tuhan ? Aku tak minta lahir sebagai cina, india atau melayu … cukuplah sebagai hamba tuhan yang merdeka. Kerana di sisi tuhanmu hanya taqwa bukan warna kulit atau fahaman politik.
tapi pelik siket la konsep 1Malaysia nie … kalau 1Malaysia kenapa mesti ada party UNMO, MCA, MIC ?
anak kak jie tanya, kenapa 1Malaysia?
Malaysia ada dua ke?
Apa yg Khai nampak dengan 1Malaysia ni, nak elakkan perbalahan antara kaum which is nice.. Elok sangat kalau cerita “Gadoh” dikeluarkan di TV. Itu realiti keliling kita sekarang kan? Baru semua bangsa melepek kepala kat dinding.
Assalamu’alaikum. Tanya diri sendiri. ada tak kita yg cube mendekati kaum lain? Adalah lebih baik perkara yang baik kita yang memulakannya. π Dalam memberi salam pon, pahala yang besar akan diberi kepada yang memulakan salam, bukan. Jelas, memulakan perkara yang baik itu adalah dituntut dalam Islam! Ni..kita yang sombong, hidung tinggi.. Tapi still tuding jari kat orang..salahkan orang lain pula. Menuduh orang lain sombong. Lebih teruk lagi, menuduh kaum lain sombong. Kah Kah Kah! Tidak perlu la membandingkan kaum. Kaum kita sendiri pon, kalau kita bertembung dengan orang melayu, tapi kita tak kenal. Adakah kita akan senyum kat dia? atau memberi salam? atau say hi ke. Kalau ye, alhamdulillah. Kalau tak? Layakkah anda nak kritik orang lain yang tidak ramah dengan anda? Hehe. Kalau anda seorang yang sombong, makhluk di langit dan di bumi akan menjauhi anda. Bukan sekadar Cina. Aku totally tidak bersetuju dengan kenyataan yang agak kurang bijak samada di atas atau di bawah ni. My best friend adalah Cina. Dia sedang membuat research tentang produk HALAL di Malaysia. Dia membuka al-Quran dan al-Hadith sebagai primary data. Ada apa2 bangkangan?? Pasti ada bukan? Even his Malay lecturer pon condemning dia. Tanpa berfikir!! Hoho. Sekarang, dia dah menjadikan lecturer dari Arab Saudi sebagai advisor dia. Sedih kan? Tapi, alhamdulillah. Dia berjaya mendapatkan phD nya. Aku bangga dengannya as his bestfriend!
Kawan-kawan sekalian…sebenarnya. Mentaliti kita yang tidak bernas. Tapi, sifat azali kita yang sentiasa melihat kesalahan orang lain, dan memandang diri sentiasa betul, itu yang kita nampak kaum lain menyisihkan la apela kan?? Padahal, kita yang hidung tinggi. Sampai tidak nampak orang sekeliling termasuk kaum sendiri. Fikir2 lah sebelum bercakap. Sebelum kondem kaum lain, cerminlah dahulu SIFAT dan SIKAP DIRI SENDIRI. π Wallahu alam.
Benar.. Macam artikel yg pernah Khai buat sebelum ni, melayu pun dengki melayu. Bomoh sana sini. Sihir sana sini. Bukak kedai lebih sikit, dah dia santau kasi org x nampak kedai dan macam2 lagi which is perkara ni x terjadi pada bangsa lain yang bersaing secara sihat.. (sepemerhatian Khai lah).
Wake-up maleis.. π
btul3… dah jd lumrah hidup… mmg ade bangsa2 yg sebegini gupenye…. perakhir zaman.. macam2 lg terjadi & bakal terjadikkk.. aduhai..
btl gak ea!!!sy stju! :choler:
Malaysia hanya ada SATU.Dalam SATU,banyak isinya.Banyak isinya pulak,bukan semua boleh dijaga.Kadang2 SATU tersalah ckp,yg lain pun kena.Pulas telinga kiri,satu badan sakit… :bloody: sampai hidung kluar darah pun ada… 8)
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/12/penang-bangkit-guan-eng-racist.html
http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/hasutan-perkauman-melampau.html
kalau khai rajin..khai tgk link kt atas tu eyhh..org laen pn..
aiseyy..sakit hati tgk entri tu..
well xpela..kita kan berhati mulia..tak mudah melatah dgn semua tu..yg pntgnya kita tau dimana kita..
ALLAHUAKBAR!!!
agaga
agree
mmg sebab susu stitik
sebelanga rosak
-certain keadaan la bleh pakai kot-
Salam,
Bagusnya khai ni. Mmg sesuai dibuat calon menantu. Dah ada awek blom ni, adik pompuan aku ada lagi ni. Comel2.
Oh, ok, agama seperti fesyen yang byk dan berbeza2. Kita semua bebas anuti fesyen masing-masing tak boleh paksa orang suka dan pakai fesyen kita. Tak perlu gaduh2, sebab after all, kalau telanjang semua sama aje terjulurnya atau terkepitnya, besar atau kecik aje. If only those extremists can understand all this.
wonderful.. fashion.. nice one!
p/s: ok ckp ngan adik minggu depan khai masuk minang.. haha..
uikkksss.. π
I couldn’t agree more. I’ve seen lots of chinese, (no offense la kan) in college, tak nak campur2 ngan malay, bashing malays for getting all the privileges in the country. Worse, they even judged people based on skin color. Aper? the whiter you are the more superior ker? horsecraps. high school mentality. :p
no one really cares. if you’re a bad person, you are a bad person, regardless of what race you are, your nationality, your income group and shit like that. there are good and bad in everybody, judge the person, not the race. some people just need to grow up.
sorry, emo sket. :8
Been following your blog for ages, first time comment. π good postings. keep doing what you do. π
Masalah tentangan dr si kafir laknat tuh satu hal tp yg original Islam dok beperangai kafir tuh lg patut digusarkan. Laa nih nama lam ic je menggambarkan muslim tp gaya hidup lg barat dr mat / minah saleh.
Bangga sgt bro Khai, bukan ramai org sekarang boleh berfikiran dgn betul apabila sesuatu perkara yang tidak indah berlaku antara kaum..
http://malaysiahateracist.blogspot.com/2009/09/misunderstand-worst-comes-to-worst.html π
Kesian plak aku tgk ko sorang..
aku respek ngan ko sebab buat blog Malay Eldy…
blog malaysiahateracist tu memang realiti yang ada kat mana2.. camne nak ubah?? Aku pun tak tau.. Kalau memacam kempen tapi ada pengasingan pun tak leh jln gak…
p/s :- Pendapat aku, mana2 pun sama..
Jom sama2 follow blog Eldy.. malaysiahateracist.blogspot.com
serius aku setuju…
aku xsuke ada org nk hebah2kan benda kita dihina and all… akan buat org lain bertambah marah and then bergaduh.
mcm la ade satu entry baru2 ni dari blog mane tah ttg pendapat chinese ttg malays… benda2 yang boleh menyakitkan hati org bc. mmg la dia kata fikir dari sudut positif, but still… aku rase xyah la nk hebah2kan benda2 tu…
ape motif tunjuk semua tu?
nk bg bergaduh?
merepek lah ngan budak empunya facebook tuh. aku rase, dia asal hutan lipur mana kot. tak campur malay. pada aku, soal kaum lain, bangsa, agama ni depends on pemikiran orang tu sendiri.
contoh, orang Kelantan yang kata diorang susah nak “masuk” ngan orang lain cuz orang lain macam tak boleh nak faham bahasa diorang. aku lak, rumet aku dulu from pasir mas and honestly aku tak faham ape die cakap. tapi, itu bukan alasan untuk aku close ngan die. ini soal mahu atau tak aje π
soal agama pulak. aku ade kawan ngn chinese2 yang agama die kristian n buddha pun ade. kristian ni type2 kuat agama. kalau ngan aku..siap naik 1 teksi. die turun church die and aku siap pesan semayang elok2 π
alah, ini soal diri orang tu sendiri.sengalisme lah budak tuh. oh, aku emo. wakakakaka
hahaha… mcm2 la skrg ni
Slogan satu malaysia pada aku sebenarnya satu helah untuk menutup api perkauman kat malaysia nie. Tapi langkah pemulihan nie perlu jugak supaya tak lagi terjadi tragedi berdarah macam dulu. Sila bukak buku sejarah
Kemerdekaan kita bukan mutlak macam indonesia dan india. ingat tu kengkawan.
tembak jew suma owg china..hahahahahaha
tapi tak semua orang cina macam tu…. kalau yang bugus memang bagus….
kadang2 diorang kutuk kita dalam bahasa diorang, so better kiter belajar mndarin skit…hoho
Adeh.. Ni sorg lg.. ‘hantu kentang’.. Mcm xda kawan cina ja.. Huh.. Mentaliti org mcm ni yg patut d ubah..
Soal 1Malaysia.. Bg aku, byk perkara yg merugikan org melayu.. Dlu.. Cina nk buat company, mst kena ada 30% ekuiti org melayu.. Tp skrg..? Cina leh buka company tnpa org melayu.. Terhakisnya keistimewaan bangsa melayu.. Persaingan dlm ekonomi makin sengit..
Dan sememangnya cina dh kuasai ekonomi, kita kecundang lg..
MeCD juga d bubarkan..
(Atau mungkinkah kerajaan nk ajar kita supaya berdikari..?)
Soal perkauman.. Ya.. Dorg sama, cina.. Tp x serupa.. Sgt berbeza.. Lain org.. Lain ragam.. Dr form 1-5, kwan2 aku yg cina semua ok.. Xda timbul hal perkauman pon hingga skrg..
Dan baru2 ni kerajaan ada cadangkan sekolah 1 aliran.. Aku sokong cadangan ni.. :-)..
pasal orang yang hebah2kan nie.. aku xde komen gak.. tapi aku memang xske orang yang racism, tambah2 lagi yang lebih2 and bajet brani..
hehe tp sekurang2nya ko pun dh tlg sebar2kan kenyataan cina tu bro..hoho
singgah sekejap kat link yang cik hanif ramli tu bagi..
agak sakit mata baca komen2 diorang..’elok’ sangat bahasanya..
(sakit hati, tak mampu memberi pendapat)
and one more thing, what’s with the Chinese with their slangs in English? it disgusts me.
budget kiut la tu. hampeh jer.
KHAI FOR THE Prime Minister in near future..!! 8)
bagi saya, ini memang kes terpencil la~ saya pun ada juga berkawan dengan orang bukan Islam. India, cina, iban, thai~ mereka jenis yang saling menghormati juga… π
mana bleh kata terpencil.. if dorang kutuk agama kita.. (ye la bukan la dengan kaitan cerita kat atas nih)
abis, kalo diorg kutuk, kite nk kutuk balik?kalo cmtu, kite same je la cm diorg.
Islam itu indah. knape xcube tonjolkan keindahan Islam tu rather than provoking. bg kefahaman lebih elok dr paksa org faham kan?
rasenye artikel ni sesuai. boleh bce bile free
http://frank-hasan.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah.html
btw, nice post khai.
klau aku laa kan..aku plih diamkan jer klau kes tue kes tpencil..lme2 diam laa org tue..lg kte respon lg laa dorg ske kan..tu yg dorg nak sbenarnye..
senang citer, tak yah sibuk2 nak entertain org cm tue..
well, racism punya issue ni mmg tkkn selesai. ckp smpai bila-bila pn sure ada je yg tk puas hati.
kakak i ada sorang kwn chinese, dia ni mcm baik gila.
then one day, ada laa contest hntr ucapan 1malaysia mcm tu, kwn kakak i tu menang.
then ada sorang kwn chinese dia ckp “none chinese will did that”
time dgr tu, i macam “WTF?” lantak laa. racist nk mati kot.
p.s : i prnh jumpa byk org racist, pergi kedai kat TS tu sometimes rasa mcm nk sepak2 je pekedai dia yg racist tu.
8) bagusnya kalau seoarang yang pakar.. yang boleh membina ayat yang dapat mendiamkan dan sekaligus.. membuat mereka yang menghina Islam dan kaum melayu..
mungkin di luar sana jika ada para ustaz atau motivator (yang motivate orang! diri sediri?)8)
ntah la khai, nak tegur dah besar! tapi tak boleh nak kata macam tu sebab itu wujudnya surah yang menyuruh kita berpesan-pesan.
ada orang berperasaan yang kununnya mereka sudah cukup tahu apa itu islam sedangkan tidak mengamalkan islam itu sendiri kan?
yang aku tahu, islam amat memandangkan tinggi kepada hubungan sosial antara kaum seperti menghormati kaum lain walaupun bukan dari suku kaum kita.
Khai, isu perkauman ni dah lama jadi duri dalam daging masyarakat Malaysia. Tun Mahathir sendiri pernah dituduh ultra-Melayu oleh Lee Kuan Yew hanya kerana dia perjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.
Untuk Malaysia yang stabil dan harmoni, jagalah kepentingan orang Melayu dahulu dan pada masa yang sama hormati hak-hak bangsa lain.
Akhir sekali sama-samalah kita hayati artikel Tun M ni: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html
π
eh,pic ni aku ltak kat profil aku ar
hahaha π
sy stuju…walaupun sy bkn beragama islam,tp x baik gak
menghina agama lain.mrk yg menghina agama lain sedarlah…klu ko org blh menghina agama org lain,org lain blg gak menghian agama ko org,btl….. π
alaa khai ni…teringat citer kat kem PLKN aku ni.ada la seorang macha berbangsa India ni.Mak bapak dia dah convert Kristian…tinggal nenek,abang dan dia sahaja yang still agama Hindu.Walaupun orang tua dia Kristian,dia tetap taknak convert to Kristian.Sebab Hindu sudah sebati dlm jiwa dia.Sejak dia masuk PLKN ni,dia rasa ada ‘sesuatu’ mengetuk pintu hatinya terhadap ISLAM.Sebelum ni dia pun ada belajar about Islam…Dalam hal ni dia boleh baca Alfatihah dan doa makan walaupun pelat tarak paham punya.Tapi ada yg betul.Mengucap 2 kalimah syahadah blom lagi…
Kalau ditakdirkan dia convert 2 Islam,dia terima…dia kata “drpd aku masuk kristian,lbh baik aku masuk Islam.kalau tak boleh jugak,aku tetap dgn kepercayaan aku skrg”
Dalam kem aku ada la seorang wirawati orang asli,dia dulu kristian,dalam 2 or 3 minggu dlm kem,ramai pelik apsal si orang asli ni pakai tudung.Malamnya,Ustaz KAGAT kem beritahu wirawati bernama Ling ni dah masuk Islam…Alhamdulillah.Hidayah Allah ada di mana2…and than,namanya pun Hidayah…. π dlm hal ni,Ustaz aku ckp seolah2 si wirawati ni berjangkit dgn Michael Jackson..hehe…aku pun tak tau Michael Jackson ni Arwah or mendiang…Wallahualam…berita byk tak betul buat aku tensen…
Selingan:Ni sumer citer benar…takde rekaan…Tiada yang benar melainkan yang benar…
pernah aku ternampak surat khabar cam harakah daily tapi orang cine punye.
kat surat khabar tu suma ngutuk artis melayu.
haha.
memang kite ni didengki sampai mati.
tapi tak sume.
kadang-kadang kita tak tau keadaan kita sekarang macammana.
bila kena kat batang hidung sendiri, baru kita sedar. Inikah yang patut berlaku kat kita.
renung-renungkan!! =(
1 malaysia :bloody:
patutnye 1 islam..
br la islam[maleis] bersatu balik..huhu :bloody:
1 malaysia… :bloody:
no comment ar…
nak salahkan bangsa lain xleh gak..
nak salahkan bangsa sendiri pn xleh gak… :beurk:
ahh..diorang ni memang kekadang melampau.. :p
alaa khai ni…teringat citer kat kem PLKN aku ni.ada la seorang macha berbangsa India ni.Mak bapak dia dah convert Kristian…tinggal nenek,abang dan dia sahaja yang still agama Hindu.Walaupun orang tua dia Kristian,dia tetap taknak convert to Kristian.Sebab Hindu sudah sebati dlm jiwa dia.Sejak dia masuk PLKN ni,dia rasa ada ‘sesuatu’ mengetuk pintu hatinya terhadap ISLAM.Sebelum ni dia pun ada belajar about Islam…Dalam hal ni dia boleh baca Al-fatihah dan doa makan walaupun pelat tarak paham punya.Tapi ada yg betul.Mengucap 2 kalimah syahadah blom lagi…
Kalau ditakdirkan dia convert 2 Islam,dia terima…dia kata “drpd aku masuk kristian,lbh baik aku masuk Islam.kalau tak boleh jugak,aku tetap dgn kepercayaan aku skrg”
Dalam kem aku ada la seorang wirawati orang asli,dia dulu kristian,dalam 2 or 3 minggu dlm kem,ramai pelik apsal si orang asli ni pakai tudung.Malamnya,Ustaz KAGAT kem beritahu wirawati bernama Ling ni dah masuk Islam…Alhamdulillah.Hidayah Allah ada di mana2…and than,namanya pun Hidayah…. π dlm hal ni,Ustaz aku ckp seolah2 si wirawati ni berjangkit dgn Michael Jackson..hehe…aku pun tak tau Michael Jackson ni Arwah or mendiang…Wallahualam…berita byk tak betul buat aku tensen…
Selingan:Ni sumer citer benar…takde rekaan…Tiada yang benar melainkan yang benar…
khai leh x aku nk copy artikel nie pasti ltak kat iluvislam.com??? sbb bleh bgi diorang ksedaran skit..
kalau rasa bagus untuk dikongsikan, why not? sila2.. hehe..
ok khai tq..
khai cam mner nk copy image tu nk ltak kat lain??
sorry aku noob skit pasal2 pc nie…
save picture dlm pc.
then upload kt http://www.imageshack.us π
tq bnyk2 bro sbb tlong.. π
No komen la beb..sb aq pon ade gak membe cine…diorang ok jer…lg ade membe cine aq yg muke je cine..perangai cam melayu…ni jenis cine komunis kot…toksah layan la
hi big bro, i think not all chinese like that, ni mesti cina tak campur melayu… tu yang sengal cam gitu. So far I’m working with chinese diaorang sume ok r but I dont like Chinese customer…fussy giler nak mamposs. Dun talk about other races..sesama Melayu pun boleh bergaduh, mengutuk, sibuk jaga tepi owang and dengki khianat, so macamana tu ???
but I like to send my daughter to Chinese School ….. π
Good.. sure x jadi macam “some” typical malay yg sekian lama dah wujud..
habislah ong siang ying & liang chua…huhuhu…xbaik ckp melayu macamtu… 8)
Kau ni pun satu hal la Khai…
Kau cakap mmg pandai kan?? Tapi kau pon sama je..
Bila org lain tepek gambar ni kat facebook ko kata gambar ni menambah pertolongan org untuk menghina Islam. Kau kata org kita sendiri takyah tengok gambar ni lagi bagus.Tapi yg ko tepek gambar ni kat blog ko boleh la pulak kan?? Dah tentuΒ² blog ko ni ramai yg terjah??
Abis tu caner?? Adakah ini kategori cakap x serupa bikin?? Lu pikir la sendiri..Assalammualaikum!!!!
ni sebagai bukti la oi…… nanti kalo khai tulis je ko ckp rekaan semata2….. btul x khai??? π
susah tul ada yg x paham bahasa.. adik ni budak sekolah darjah berapa ye? Thanks Rust_noel tolong ajarkan budak kecil ni.. musim cuti skolah ni, biasalah otak budak2 tak berapa nak aktif sangat.. hehehe.
tue ler otak budk2 x aktif sush nk faham hahaha π π
pasal komen kt facebo0k 2,ak ade terbace kt facebook satumalaysia…kt area ph0to… π
lol tau takpe. aku dudok negare org ni dah rase dah..
kne maki hamun tepi jalan semua dah rase..
memang susah nak ignore je, tpi kalau kite “tergedik2” pon tak bole jgak..
almaklumlah dudok negeri org.. =(
Manusia. Ada baik dan ada buruknya.
Pada satu hari di sebuah pasaraya. Sedang aku beratur nak bayar kat cashier. Di depan aku ada couple cina ni. Dia tgh punggahkan barang-barang dia dari troli ke atas counter cashier. Dalam dok dia punggah-punggah tu, tetiba dia stop. Lama sikit.. Dia cakap,
‘Yang ni saya tolong scan ye’
Cashier tu pun mengangguk la. Rupanya benda yang dia pegang tu barang makanan yang non-halal punya.
Kira, bukan semua cina yang tak nak memahami kita. Cuma segelintir je.
gbr tu aritu tersebar luas kat facebook. dorang asik tagged gbr tu. then ada yg sampai atr msg kat budak cina tu. budak cina tu dh mintak maaf pung atas apa dia tulis tu. dia ckp bukan dia tak suke malays. but dia kurang fasih ckp melayu. so susah nak ngam dgn melayu. betul ckp khai. buat pe nak sebarkan gbr tu. hanya nak melaga2kan kaum je aku rasa. =( =(
assalaimualaikum….. betul jugelah ape yang khai cakapkan tu …. dulu saye still ingat lagi yang semase saye tengah beratur nak ambik air.. ade sorang budak cina ni… main langgar je… bukan nak cakap “excuse me” ke ape ke… tapi main terjah je….. tapi walaubagaimanapun… kita tetap manusia biasa yang tak leh lari dari kesalahan ade jugak orang melayu yang cenggitu… contohnye ble time gaduh ngan friends je kluar perkataan yang tak patut kuar… ape kes??? so, ingatlah………………
sakit lak hati tengok bila nama ALLAH diperlakukan begitu..
Itulah yang selalu orang kafir harbi nak buat,, selalu x puas hati dengan islam
Moga Allah yang balas perbuatan terkutuk ni :-[)
Aku setuju sangat-sangat. Kite ni jenis pantang jer ade email terjah masuk. Terus forward kat member2. Cube bace dulu, teliti betul2. Wajar ke kite forwardkan benda-benda macam ni.
Itu tak termasuk lagi email2 yang berunsur fitnah sane-sini. Kalau kite tolong sebarkan, dapatla sahamnye sekali. Jadi, silalah kite berfikir sebelum bertindak.
Salam,
tu hanya cina2 yang bodoh saja akan berkata camtu…sebab apa? Sebab mama sy pon cina thai, takde pon mama sy hina melayu macam tu…kawan2 saya pon takde hina melayu camtu. Hanya cina yang tak sedar dia hanya menumpang di bumi Malaysia ni kalau dilihat dari segi sejarah. Buat malu kaum mama aku jek!!!
klasmate aku pon perangai cam tu lah…
konon baek..
dalam blog sume mencarut2 pasal org melayu….
padehal dy tu agama islam…
parents dy convert…dr kristian kot…kalo x silap….
~
“Ada juga orang yang rajin layan lambakkan blog kat internet ni tapi langsung tak minat untuk ada blog sendiri kan?”
Ada…saya~ π
Salam perkenalan En.Khai,
Saya dah lama ikut penulisan blog En.Khai, just nak bagitahu saya suka style penulisan En.Khai yang agak santai, bermaksud,ada ilmu dan adalakanya lawak yang kadangkala tidak terfikir di akal, but still dalam lingkungan menghiburkan, tahniah, kerana berjaya membuatkan saya mengikuti blog En.Khai yang saya rangkingkan antara Top 3. 8)
Bangsa cina yang muda2 semua dah termakan racun politik… tu sebab diorang racist… kalo nkorang tengok cina2 kampung n kawan dgn diowang… diowang lebih baek dari bangsa melayu… sket pon xda perasaan dengki…
good, very nice, like it very much…tolerance…you’re muslim.. be a good and pure muslim…long way to…the akherat are waiting for us..so be prepaid for it..
ni mesti jenis yang begaul dengan kaum sndiri. sbb tu otak sempit mcm tu.
aku pon ade kawan dengan bangsa lain. ok je.
klaw kite ok , dieorang pon ok.