Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 2
Ini adalah kesinambungan artikel Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1. Baca part 1 dulu baru lebih kool untuk part 2 pulak. Hehe.
Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~
Artikel kali ni mukadimah pendek je. Jadi Khai teruskan je la dengan part 2 yang akan menyentuh sedikit mengenai dunia pengiklanan. Kita semua tahu, website popular contohnya Google, Yahoo dan Facebook boleh memberi perkhidmatan kepada umum tanpa sebarang bayaran dari pengguna. Jadi dari mana pulak la kan mereka tu dapat cover balik modal bulanan website yang semakin hari semakin meningkat? Jawapan utamanya adalah dari pengiklanan. Totally from advertising!
Kita ambil Facebook atau Myspace sebagai contoh bagaimana pengiklanan mampu menguntungkan mereka. Senang je pun. Lebih tinggi pelawat maka lagi tinggi permintaan iklan. Dan setiap tempahan iklan yang diorang terima, memberikan keuntungan yang berbeza-beza dengan sekelip mata.
Facebook dan Myspace kedua-dua website ni menjual iklan based on CPM (Cost per Thousand Impression). Kalau pengiklanan nak iklan tu dilihat sebanyak 1000 kali, Facebook dah dapat keuntungan antara 1 hingga 10 dollar dari situ. Itu kalau pengiklanan nak iklan dia dilihat sebanyak 1000 kali je tapi selalunya ada yang nak mencecah juta kali kot. Dah berapa Facebook untung kat situ? Itu baru dari seorang pengiklanan. Kalau 10 juta tempahan pengiklananan, Khai rasa Facebook dah boleh beli negara Malaysia kita ni secara cash kot? Whoaa! Hehe.
Ok cuba korang bukak Facebook dan nengok kat Footer. Nampak yang Khai tanda warna merah kat gambar bawah ni?
Bukak Google pulak. Nampak?
Myspace? Nampak tak?
Jadi sekarang korang tahu betapa pentingnya pengiklanan untuk sesebuah website untuk terus hidup. Samalah macam TV3. Korang nengok free je hari-hari tak perlu bayar macam Astro. Tapi TV3 iklan dia punyalah banyak sampai korang rasa nak lempang je muka Datuk Farid Ridzuan CEO TV3 tu. Tapi kita kena fahamlah kenapa TV Station percuma ni ada banyak iklan. Kalau takde iklan banyak macam tu, memang pekerja-pekerja TV3 mati kelaparan la tak bergaji. Rancangan kat TV3 tu pun jadi rancangan sampah jugak sebab takde duit nak beli cerita yang best-best macam Nur Kasih tu. Sepengetahuan Khai beberapa tahun lepas, satu iklan kat TV3 tu berharga RM60,000 dalam beberapa hari tempoh tayangan. Harga terbaru tak tahu la dah naik berapa memandangkan TV3 makin popular hari ni.
Itu sebabnya website popular dan tak popular harga iklan dia berbeza-beza. Tak logik untuk website tak popular nak letak harga iklan mahal-mahal sedangkan iklan tak dapat dilihat. Jadi kita perlu ada website yang popular bagi membolehkan pendapatan di jana. Jadi di sini, kebijaksaan si peng’iklan untuk memilih website yang benar-benar layak untuk meletakkan iklan amatlah perlu. Macam Oh! Artis, Khai running dengan harga pengiklanan yang amat rendah tetapi dengan unique hits website yang tinggi dan popular berbanding rival yang lainnya. Jadi siapa yang apply ads kat Oh! Artis tu adalah mereka yang bijak di mana lebih ramai yang bijak, lebih kencang Oh! Artis untuk beroperasi. Whoa!
Dari cerita kat atas, itu sebabnya kita perlu jana website sehingga dikenali ramai dan popular itu akan datang sendiri tanpa kita duga. Jangan buat satu dua blog, kemudian korang target nak jana income yang tinggi dari beberapa advertising program yang ada kat Malaysia ni. Kalau sekadar RM100 sebulan tu memang la boleh untuk tampung bil internet, tapi cukup ke nak tanggung kos kehidupan dalam sebulan? Tidak.
So Jangan berharap pada satu-satu blog sahaja. Come on. Up lagi banyak-banyak website. Buat brainstorm sikit untuk pilih weblog ber’niche’kan apa kemudian running terus jangan banyak bunyi lagi. Bila dah ada semua tu, baru fikir mengenai iklan. Bila blog dah benar-benar popular, akan ada banyak tempahan iklan dari perseorangan yang mahukan banner mereka di weblog kita. Itu kalau blog dah popular dan ada permintaan mengenai iklan dari orang perseorangan. Kalau takde permintaan, apa yang patut kita buat adalah mendaftarkan diri di beberapa syarikat pengiklanan tempatan yang ada (untuk blogger).
1. Innity
Antara pilihan utama Khai dalam bidang pengiklanan di internet adalah Innity. Innity ni dah lama wujud cumanya bukan semua publisher iaitu blogger dan web developer boleh mendaftar. Mereka yang mempunya sebuah website dan blog yang agak tinggi sahaja akan diterima. Boleh lihat “site requirement” kalau blog korang lepas atau tidak. Iklan Innity ni selalu dapat kita nengok di Hmetro, Forum Cari dan banyak lagi website popular lain.
Syarat Innity juga agak menarik di mana iklan Innity boleh saja dicampur satu tempat bersama iklan yang lain tidak seperti Nuffnang dan Advertlets yang tidak mengizinkan iklan lain dicampur dengan iklan mereka di sesebuah blog. Ini sebenarnya bagus kepada mereka tetapi tidak bagus kepada blogger. Kerana apa? Kerana pendapatan korang dah puh di’had’kan kepada satu sumber sahaja.
Berikut adalah bukti pendapatan Innity Khai di salah satu website Khai dan juga salah satu kempen yang sedang running.
* Klik untuk paparan saiz sebenar
Gambar kat atas ni pendapatan untuk 2 minggu pertama bulan Disember 2009 bagi sebuah website Khai dengan Innity dan Khai target untuk Innity sahaja di satu website tersebut maybe akan berjumlah dalam RM4,000 untuk bulan Disember ini.. W00t! Dengan Innity sahaja, Khai hanya perlu duduk dirumah bermain PES2010 tanpa perlu jadi seorang web developer atau Software Engineering atau pensyarah mungkin, untuk mencari sesuap nasi sambil mengkayakan orang lain. Wohha!
Update pendapatan March 2011:
* Klik untuk paparan saiz sebenar
2. Nuffnang
Menyentuh tentang Nuffnang, Khai nak mohon maaf kepada newbie-newbie yang terasa masa Khai tegur dengan cara keras sebagai penulis blog jemputan di sebuah blog tempatan tempoh hari. Team-team klik Nuffnang ni dah semakin melampau. Bukan kita tak pernah tegur cara elok sebelum ni, tapi langsung tak di’endah’kan atau langsung tak terbukak mata dia untuk membaca. Bila kena tegur cara macam tu, masing-masing baru nak menggelupur macam kena santau. Dan itulah cara teguran sebenar untuk yang dungu tak reti dengar cakap.
Berbalik pada Nuffnang, pada pendapat peribadi khai Nuffnang ni memang boleh pergi jauh lah kalau apa yang mereka ada sekarang di teruskan dengan lebih baik. Tiada syarat untuk korang join Nuffnang even blog baru release 1 jam sekalipun. Cumanya di Nuffnang, untuk mendapatkan status Glitterati (geli hati hehe), korang tak boleh mencapuri iklan Nuffnang bersama iklan-iklan yang lain dari Asia. Itu sahaja syarat mereka kalau korang nak pendapatan lumayan dan pembayaran yang lebih cepat berbanding yang non-glitterati.
Berikut adalah cek pendapatan yang Khai terima hasil cashout tempoh 2 minggu juga bagi bulan November (Khai cashout duit iklan 2 minggu sekali). Dan ini pendapatan dari sebuah website yang tidak dicampuri dengan iklan-iklan lain termasuk Innity.
Khai dah dapat banyak sangat dah cek Nuffnang ni tapi semua Khai tak ambil gambar. Buat apa nak tunjuk-tunjuk kat blog kan? Tapi untuk entri kali ni, buat pertama kalinya Khai snap gambar dan upload untuk tatapan umum supaya korang sendiri boleh consider, dengan usaha berterusan apa yang menanti korang di hadapan.
Oh ya, Khai juga dah tolak jemputan Nuffnang untuk join Project Alpha #2. Maaf ya para blogger sekalian yang nak sangat Khai join. Khai lebih senang dikenali sebagai underground blogger berbanding menempa populariti sampai orang kampung pun nak mintak sign otograph kejap lagi. Hahahaha! Tak kose i.
3. Advertlets
Advertlets ni adalah sebuah rival terkuat dari Nuffnang. Advertlets pada awalnya lebih berkuasa dari Nuffnang bukan seperti apa yang korang nampak dan nilai sekarang. Sehingga satu-persatu masalah yang datang merosakkan reputasi Advertlets sedia ada. Seingat Khai, bermula dengan domain yang expired sehingga menyusahkan ramai blogger yang blog tak dapat load kerana iklan Advertlets yang domain’nya dah expired tersebut telah redirect’kan setiap website ke sebuah web landing. Bermula dari situ, ramai blogger telah mengeluarkan iklan Advertlets dari blog dan berasa serik.
Kemudian diikuti dengan masalah pembayaran yang tidak berkesudahan. Tetapi sekarang Advertlets kembali memuncak apabila memberikan banyak advertorial kepada blogger-blogger bertuah serta melunaskan duit pembayaran blogger yang telah lama tertunggak. Untuk yang masih menggunakan Advertlets dan ingin request pembayaran iklan terdahulu, boleh hubungi mereka melalui email dengan cara baik dan berhemah.
Itu kalau korang masih pakai Advertlets lah. Kalau tidak, memang ianya tidak akan dilayan. Ialah kan, sokongan penuh diperlukan untuk siapa-siapa pun kembali bersaing seperti dulu dan ini berita baik untuk semua blogger menandakan dunia blogger di Malaysia ni semakin berkembang maju seiring dengan kelajuan internet Malaysia yang tak lama lagi dah pun 15mbps. Wohha!
Tiada screenshot untuk pendapatan dari Advertlets buat masa ni mahupun cek, sebab diorang selalu bankin je dalam akaun Khai. Apapun cuma nak cakap yang Advertlets memang bayar tak kiralah siapa pun. Bukan pilih bulu atau apa. Kena dengan cara ok lah. Pendapatan Khai dengan Advertlets ni ada lah dalam 6 ke 7 ribu.
4. Lain-lain
Buat masa ni, selain 3 yang kat atas ni bagi Khai nonsense, merapu dan ntah-apa-apa. Catcheye la, Gokita la or whatsoever yang entah wujud entah tidak lagi tak payah la korang buat masa nak join melainkan mereka menunjukkan prestasi yang baik dari segi pembayaran, kempen dan sebagainya. Kalau nak join juga, itu hak korang. Khai senyum je. Hehehe.
******************************
Ok segala-galanya tentang 3 syarikat pengiklanan di atas telah di ceritakan untuk bacaan pembaca blog ini. Itu tak termasuk kalau korang obses dengan pengiklanan secara terus dari reader tanpa pihak ketiga, advertorial atau sebagainya.
Tiada apa-apa dengan artikel ini dari segi personal’nya. Hanya berkongsi pengalaman buat sesiapa yang berminat sahaja moga buat korang semua yang tercari-cari kebenaran sejauh mana blog boleh buat duit, adalah something kat atas tu yang akan membakar semangat korang untuk lebih berusaha.
Dan ini mungkin kali pertama dan terakhir Khai ceritakan mengenai pengalaman sebagai Full Time Blogger walaupun di awal usia 21 Tahun. Kalau Khai boleh korang lagi la boleh. Korang buat sesuatu yang korang nak, dan korang terima ganjaran seadaanya. Tak perlu join affiliates, ebook or whatsoever tu. Bagi Khai, itu semua bullshet!
Biar kita ramai-ramai jadi Full Time Blogger. Woohhaaa!
3 tu yg power tapi innity tu syarat nya power juga. Apa pandangan bro tentang churp churp.
Denaihati,
mengenai churp-churp, boleh join tp sekadar suka2 dan x anggap serius. Sebab pendapatan dia slow sangat. Khai hari ni dah ada 5 kempen publish dan 2 masih Khai biarkan baru berapapa puluh je. Bila nak cecah seratusnya ye tak?
Tapi nak buat camana kalau dah churp-churp tu pun promosi via Twitter je. Based on follower di Twitter. Apapun churp-churp ni anak syarikat Nuffnang. So tanpa keraguan mmg boleh dipercayai.
unique hits 3k/month, frequently update, dan web mestilah root domain.. which mean pengguna blogspot yang masih belum berdomain sendiri, akan diconsider lebih dari mereka yang berdomain dot com.
So, kepada pengguna blogspot, kenapa tak mahu berubah? Bila dah jadi macam ni, tak ke dah macam double standard tu? hehehe.
🙂 sifu khai heheh,ko memang super nuffnag,dapat seribu lebih dalam masa tu fulamak,cayalah….
lpas ni terang plk pasal google adsense
next part maybe? hehe.. tp nak teruskan dulu dengan part installation wordpress tu dulu. Sian diorang yg follow topik tu. Hehehe.
Salam khai.
wokeh,pepun perkara yg diupdte akn dibce .;p
wah wah wah…
kaya nyer ko…
mengalahkan jurutera or doctor..
rezeki ko khai.Syukur.hehe.Aku berblog sebagai hobby je. ^_^
aku plak tak tahulah berblogging sebab ape.. kalau x update sehari rase nak demam. lol!
gila ah khai…ahhaaha…berbulat2 mata aku tngok cek khai…hahahaha…
tahniah khai…
betul2..
Haha. Nice. Tolak tawaran nuffnang masuk Project Alpha.
Traffik naik memanglah. Tapi golongan orang mengutuk makin jugak bertambah. Dari biar orang tambah dosa, baik tak payah masuk. Haha.
🙂
normal la tu.. blogger pun dah macam artis skarang ni. Ramai je yg sakit hati lantas megutuk2.. hahaha..
khai macam aku ni boleh ker jadi seorang blogger,sebab apa hasil penulisan aku kureng lah,hhehe
tu adalah nilai yg harus dibayar untuk menjadi blogger a.k.a Penulis
hhhmm…camne nk kasi visiter ramai kat web plak???nk jual link merate-rate ea??? :bloody:
uit… jangan jual2 link.. kene ban ngan Google sat gih 😀
khai..hebat betul kamu.
‘gaji’ 2 minggu dh mcm gaji sebulan aku di bawah tekanan org atasan. apa2 pun rezeki masing2, bersyukur dgn apa yg ada
Gaji dah mcm pensyarah
Hah itu dia Khai telah menunjukkan bukti pendapatannya, tak cukup otai ke tu wahai team klik klik?
Kaya gila ko khai, innity+nuffnang jer dah 3k lebih, belum campur adverlets + iklan yang orang tempek kat blog ko semua peh kaya amat nih leh kawen dah.
Tak dapat tengok life Khai dlm Project Alpha 2, haha takpe beb, privacy ko hak ko 🙂
ntah bile nak jumpe cik khai ni kan? hurmm
Nuffnang ngan advertlets je buat masa ni.. Tapi aku belum dpt konsistensi cash out tiap bulan..
Takpe jalan masih panjang.. Khai yang muda belia pun leh dpt ribu2..
Takkan aku yang tua tak leh nak dpt ratus2 kan..
p/s:- Saja memotivasikan diri yang kurang motivasi ni
keep it up bro! Good luck
tq khai..bnyk input yg dapat hari ni, hasil p’bacaan.wlapun ku xtahu apa2 bekenaan blog ni ttp mcm ada minat je…..nik rasa pdaptn khai lbh dr sorg doktor ea…insyaAllah khai blh lah knal kan m’sia kat mata dunia ni..semoga bjaya..nnt blje mkn kitorg sume
Problogger. tahniah khai.
“Pendapatan Khai dengan Advertlets ni ada lah dalam 6 ke 7 ribu.”
Perghh..x banynk lak…mrah gler rezeki ko khai…agk2, sbulan ko bleh brape total…?? mesti gempak kn…ramai nk thu gak ni…bg la klue sket2..haha 🙂
duit iklan aku byk pusing buat benda2 lain yg orang lain tak tahu. Hahaha. Total 1 bulan ada la sket.. tp hari2 kasi enjoy juga..
khai dah byk dapat sponsor.. amanz.. dan co.hosting..
Khai is great Blogger.. tahniah Khai… baru terbukak sikit mata n Minda kitowang… (alamak terlebih puji ke? kang kembang plak dak Khai ni) hehe anyway.. mmg kagum sangat ngan u Khai :8
haha.. takde le bro.. perkara2 macam ni mengangkat anak melayu tu sendiri khasnya (since blog2 public khai semua BM) dan secara am nya mengangkat nama Malaysia kalau kita usaha sama2..
bagus2… I really like ur blog… I follow ur blog since 2006 sejak u guna domain khaiscukz lagi (as a silent reader 🙂 ) u xnak create ebook ke utk tutorial Blog? 😀
oh ye ke? thanks. Takpelah tak yah ebook-ebook ni.. nanti timbul plak niat nak menjual.. dah rosak niat berkongsi ilmu tu. Hehehe. So tabur semua kat blog ni je la lagi senang. Hehehe.
ni niat nak sampaikan ilmu secara ikhlas la ni ek… heheh… ok bgs2… :8
Khai gunakan konsep sedekah ilmu yg bermanfaat dlm berBLOG…
memang patut rezeki ko murah Khai… 🙂
semoga rezeki murah
Rezeki ada di mana2 beb… tgk justkhai… duk umah jer… jgn la para siswazah ckp Malaysia ni xde kerja… think out of box la
salam khai..ha3 bagus ko x menyombong diri..meh la kite jd underground blogger.. 😉
p/s:agak2 dlm 5 ribu sbulan skali cashout ade x….? :((
khai cashout 1 juta sebulan ko tahu tak? 🙂
hebat2…
gd luck in ur future..
tapi ak jadi partime blogger je la..
x leh jadi cam ko full time..
x pro kot..hehe 🙂
aku pun.. tapi aku suka blog.. :bloody:
gile ah… khai, aku ade satu soklan, antara nuffnang ngan advertlets, mane lg ok?
Kalau tanya Khai, dua-dua pun ok sbb dua-dua Khai guna tanpa sebarang masalah. Tp dari yang paling baik ke yang baik, dalam entri kat atas ada hint. Dari 3 tu, no 1 tu adalah yg terbaik.
oohh..ok, thnx 4 the info…
no 1 blog aku x lepas, x cukup kelayakan:P… :aie: :aie:
pakai la domain .com dulu lepas tu capai sehari 100 pembaca pun dah cukup. Lepas tu update selalu blog. Mesti approve punya.
wah kagum dengan kebolehan ko khai! baru aku nampak sebenar-benarnya gambaran bagaimana ko menjadi full time blogger berbanding aku yang menjadi househusband (kah3).
lepas ni kena lebih banyak bersujud (sembahyang sunat) untuk mengalakkan darah dan oksigen langsung ke dalam urat saraf otak suaya menjadi lebih bijak! (hu3)
terima kasih khai berkongsi pengalaman yang bagi aku sangat berharga kepada semua blogger. rugi aku tak kenal ko lebih awal atau berjiran (kah3).
sama2 la kita megat. Hehehe. Pe pun lain orang lain caranya ye tak? Cara bro menampung kehidupan berkeluarga dari rumah juga, amat dikagumi.
Dengan komputer dan internet, seribu-satu macam cara kita boleh buat untuk dapat duit. Nak hack account maybank orang pun boleh kalau nak rasa makan duit haram. hahaha
woot!.. nk terkluar bijik mata aku nengok innity ko.. 2 minggu je dah dpt +rm2k.. mengalahkan gaji penjawat awam. huhu.. lps ni boleh la ko buka bisnes sendiri bermodalkan duit innity tu.. gerenti berganda-ganda duit ko. lpstu ko panggil aku jd pekerja. hahaha..
advertlets sejak aku pasang iklan lain, earning yg dulunya sehari boleh dpt rm10 skrng nk dpt rm5 pun susah.. hampeh.. tp tkpe la, sbb dah ada yg lebih power.. advertlets tu pun skadar penambah sen je. hehee..
neway, nice sharing dan tahniah utk ko.. raya tahun dpn jgn lupa bg duit raya yer 🙂
hehe nice tips khai..alah kecewe giler ko tak join project alpha..aku nak jumpe ko pun pyh..ish3..tak aci la camni…haha..mane tau nti hitz lagi bertambah sbb join sume tu tmbh kejambuan batu ko tuh..haha…
entri ni baru takde kata2 kesat…haha…utk ko yg depan lappy byk ni jgn lupe kuo la bersukan sekali sekala ye.. 🙂
haha.. ye la jambu batu.. hehee… ala aku tiap2 malam sabtu main futsal ape (pes2010). hahaa.. pe pun blog2 juga, kesihatan tetap no 1. Baru dapat badan athletic.. 🙂
best gile.. Blog khai ni la yang banyak tolong saye belajar pasal bloging ni.. thanks khai..
:[ bnyk giler… tahniah!! kagum sesangat kat ko dalam usia muda dah sampai ke tahap ni.. hoho..
frust gk biler khai tolak projek alpha.tp xpe ah.aku respect pndrian ko.
neway thniah jd blogger tkenal d usia 21 thun!
kagum dengan ko..
semoga usaha ko berganda2 hehe
perghh byk giler laa income ko dr iklan jer..murh rezki btol laa..ble laa aku dpt wt mcm ko ne ek.. 😆
Keep up a good work Khai..Satu2 nya blogger yg aku rsa bermain dlm local market.
For me, dalam apapapun target kita kena kecil dulu. Bermula dengan local, then baru sikit2 masuk inter.. hehe.. international bukan inter milan.. hahaha! 🙂
Btul jga ckp ko khai..aku punya nuff x jln kt blog aku..dorg ckp ssh jga nk cri ads sbb visitor dr luar ramai.
Smlm reg dgn innity sbb aku tgk ramai(xrmai pn sbnrye) arini dh approved. Nk cuba men market dlm plk..asyk market luar je..
perkgh!
Tabik spring! You are rich they way you want it. Kami kerja ikut jari bos. ;(
setelah aku tahu Problogger.net dan JohnChow memang aku yakin blogging boleh jadi kerjaya cuma MESTI sabar..kejayaan tidak datang sekelip mata …HIDUP BERANI UNTUK GAGAL …
Patutnya entri part 1 dan 2 ni kalau masuk contest Hidup Berani Untuk Gagal dan betul dah ye tak? hehee.. Ye la berani tak kerja untuk buat blog je.. hehe..
Sebelum itu (di part 1), Khai kata bukan mudah berblogging full time, tapi kali Khai seperti bersemangat menjadi blogger sepenuh masa.. so camne ?
+ Puas hati sgt dgn dekripsi ‘bullshet’ drpd Khai ^^ Dlm Malaysia ini ramai yg meniru gaya professional blogger seperti blogger pro dari USA. Tin kosong ini (bkn semua) x serik2 mempromosikan ebook mereka, (agak hina tapi gua rasa sedikit sbyk hakikat ini = hakikat) padahal x nmpk bukti dan kerjayaan yg betul2.. Harap2 mereka tu bertaubat awal2 dan berhenti, kalau tidak mereka yg full time hanya dpt buat duit keropok jer :o:
Memang bukan mudah bro. Khai tido 3 4 jam je sehari ikut jejak langkah Tun Mahathir dan Tan Sri Lim Kok Wing. Itu yang dikatakan bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudian.
Mengenai deskripsi “bullshet” tu maaf pada sesiapa yang terasa.
20jam bro blogging ke ?! atau 20jam belajar blogging ?
Erk tak la.. mmg masa tido dan macam tu. Selebihnya blogging + riadah + create new project..
ehh.. ada lg tu khai… + tengok wayang + riadah Pro Evo Soccer + rambu ramba lg heheh 🙂
ohh baru tahuu 🙂
thanks problogger khai!
Wah..post yg menarik.Nie yg buat aku makin bersemangat dlm dunia blog nie…target tahun depan 2010..nak jadi mcm khai.
eh eh.. jgn la target nak jadi macam Khai.. target le nak jadi macam Bill Gates ke.. hehehe
wahh
bnyak tu dapat duit tu
rezeki kan
terus2kan
part time herbalife kat tenet pon dapat 2 ke 3 ribu gak
call custemer spya jaga kesihatan
duit masuk
huhu
thx for the info
tahniah khai
ko sumber inspirasi ku 🙂 🙂 🙂
hoho. sedikit demi sedikit, ramai dah nampak potensi menulis blog nih..
khai, misal katalah kalau kamu disenaraikan dalam ‘Malaysian Book Of Records’, agak-agak kamu nak tak? dalam title; ‘Blogger Terkaya Di Malaysia’ atau ‘Best Malaysian Blogger’… Amacam? huhu~ 😉
apa pun, nasihat saya khai simpanlah duit untuk masa depan. jangan banyak sangat enjoy~ ok~
W00t.. takde la sampai macam tu. Ramai lagi kat luar sana blogger malaysia yg berjaya. Tapi bergerak secara underground untuk market international.. Contohnya Hongkiat tp dia bukan melayu la. Hehe..
Khai, nak tanya sikit. Kalau innity pilih antara check ngan bank in. Mana lagi bagus, daripada kecepatan menerima payment. Satu lagi daripada banyak kempen2 yang tersenarai pada innity. Berapa banyak kempen yang khai tak reject? Ker…….biarkan jer semua?
1. Khai lebih prefer bank-in sebab lebih cepat dan selamat (secure).
2. Innity selalu akan bank-in awal bulan. Tpi sometime selewat2nya minggu kedua dalam bulan tersebut.
3. Kalau kempen semua ok (takde arak etc), kenapa perlu reject? hehehe.
Khai, u ada suggestion utk WP Plugins tak? blh share? 🙂
Dah pernah share dalam entri Justkhai ni semua plugin yg Khai guna. Tapi Khai sendiri tak ingat di artikel mana tapi dalam kategori “tutorial” dan “wordpress” la. Takpe, nnt dalam part-part seterusnya pasal entri membina blog tu, Khai akan list’kan sekali lagi.
ok thanks Khai… xpe nnt i search dlu post2 lepas
mak aii.. apasal komen aku tak kluar since ptg td? khai dah taknak aku komen kat blog beliau ke? takpe la, aku sedar siapalah aku ni. sob3 =(
neway, aku nk ckp congratz dan semoga terus sukses..
haha.. komen ko dan beberapa yg lain masuk pending/spam la bro.. hehee.. dah approve kejap tadi. Tak sempat approve petang tadi. Anyway, thanks.. 😀
Khai..adakah ketiga-tiga syarikat pengiklanan di atas untuk blogger sahaja?kalau website lain atau forum boleh ke join?maap newbie..
blog, website, forum atau apa sahaja semuanya boleh.. asalkan kena pada syaratnya. Macam Nuffnang tu syarat tak berapa sgt tapi Innity syaratnya boleh refer link Khai letak kat atas tu.
Khai, apa beza create new zone dengan Alternate Ad Management???? tengok settingnya macam berlainan?
create new zone untuk letak ads kat tempat-tempat berlainan.misalnya zone leaderboard, balloon, skyscrapper.
alternate ads untuk selang-seli Innity dengan google adsense atau iklan-iklan lain kot.
kalau salah harap betulkan ya. 😉
(sampai sekarang tak pandai register google adsense) :bloody:
Khai telah membuka mata sebagai Problogger sebenar. X perlu buat produk2, ebook yg ajar buat duit tp penulisnya sendiri x de hasil blogging. Jual maklumat palsu yg terdapat di google je.
awat tak join project tu..hehehe..takpe2 teruskan sebagai underground blogger..hehhe
Terima kasih Khai sebab buka jalan dan beri info tentang Innity. Hopefully dapatlah something dari Innity.
Teruskan berblog. Lebih banyak blog bahasa Melayu yang berkualiti lagi meriah dunia blog tanahair. Kami sebagai peminat dan pembaca akan terus menyokong justKhai. 😉
wow!! byk nya! seronok tgk org dapat gaji dari berblogging.. jeles je tgk.. tapi belum layak ke situ.. keh3 ada blog pown suke2.. update pown sebulan sekali.. kah3 :bloody:
congratz la bro…mantop. kitorg menyokong ko dr blkg je. huhu
hoho.. salam.. aku pun baru dapat join innity aritu.. kau join tak ajak sklai pun khai.. solo je :o:
Ada ilmu, hang boleh share la Khai. Aku nak juga pendapatan melalui internet macam hang tu. Boleh la nak tanggung duit internet bulan – bulan.
Terkejut aku tengok income hang dari Nuffnang tu, tapi aku tak heran la sebab hang ni memang hebat bab – bab macam tu.
Teringin memang teringin, tapi kena la sedar yang diri kita ni sapalah sangat dan juga tak banyak ilmu. Masih perlu banyak belajar!
Tunjuk ajar sikit!
tahniah Khai…memang hebat kau!!!
memang patut ko jdi blogger 24 jam sehari 7 kali seminggu
30 hari sebulan 12 bulan setahun…
dpt income bgitu cpt…blog pun best…hari pun riang!!!
Salam Maal Hijrah 1431 😀
mantap gila pendapatan ko, aku ada gak banyak blog. tp boleh bagi tips tak mcm mana nak meningkatkan trafik ke blog kita tu. malumlah, aku ni masih di kategori noob. then, pasal innity aku pun dah pasang kat salah satu blog aku. cuma aku ada masalah tentang nak update blog setiap masa. apa pula tips untuk mengupdate blog dan memperbanyakkan entri yang bermanfaat. 🙂
Good Luck Khai 🙂
Huh..memang cun la pendapatan ko khai..dah tak payah kerja pun…hehe
khai, ko buat la tutorial camne nak clear cek…aku pun pernah dapat cek, dpt bila pegawai bank suh isi borang cek, kan banyak benda kena buat dalam tu…
aku ni first dapat cek jadi tahu la nak buat camne…nak tanya balik diorg sibuk…plz khai…boleh la…ko kan suka share ilmu…hehe.. 🙂
cek nuff la… :8
aku nk follow kau la brader khai.. ko ingt lagi x aku braderzu dulu, pnah benaung under kau mase ko wat scukz punye blog tu.. braderzu.scukz x ingt aku.. hehehe lame dah kita lost contect.. tp aku ingt lagi zaman2 tu dimana kau begitu semangat mengajak dak2 ni berblogging.. pape hal ko idola aku beb.. hahahahah..
thanks khai 4 da info. tp aku mcm malas lagi nak register benda2 ni. hehe… nti aku buat. 🙂
jaga2 khai… pujian berlumba2 datang tu…
hg mmg sempoi la khai.. terima kasih.. sesudi la sggh ye ke blog sy..
bleh ke campur iklan nuffnang dengan innity tu?
Khai memang otaila..terbeliak dan hampir berdarah hidung aku..tahniah khai..terima kasih kongsi-kongsi tips..
salam khai…
tumpang tanya khai… lau aku start blogging secara konsisten… staun leh dpt bape org reader tetap agak2
msti ko pnah wat freelancing… leh bg tunjuk ajaq sket?
salam khai..nk tnya sikit la pasal innity ni..
1. dlm innity kn, type campaign dia yg cpc,cpm n cpe 2 apa maksudnya ek?
2.dlm akaun innity sy, even klik bnyak tp x earning..kenapa ek?
3.dlm innity ni, utk kta kumpul earning ia bergantung kpd klik kt iklan innity semata-mata ke @ mcm mana?
maaf sbb tnya soalan bnyk2 mcm 2..sy ni pemblogger hingusan je..hehehehe
salam mieran..
1. boleh rujuk website mereka untuk rujukan lanjut mengenai cpc dan cpm..
2. dia bukan lihat dari klik sahaja. nengok la campaign apa yang kita dapat. kalau dapat campaign cpc, baru kira ikut klik. Dan kalau ada 10 klik dari IP yang sama, dia kira 1.
3. Ya, iklan innity semata-mata.
salam…hai…terima kasih atas entri ini…sgt berinformasi…
Cume saya kurang faham, utk nuffnang, yang anda kata xboleh cmpur iklan lain tu adakah termasuk jgk iklan ebook oleh blogger lain??? terima kasih
untung nuffnang, iklan yg macam tu takpe.. cuma iklan seperti advertlets dan innity yang tak boleh.
huhu, aku pun dah join innity, oklah innity ni…lumyan jugak..
walaupun tak sehebat blog khai :love:
salam Khai.
TQ ya atas perkongsian dari part 1 -2 ini banyak mencelikkan saya.patutlah ada kawan yang dah lama dlm dunia blog ni tanya saya kenapa saya delete blog lama saya.
tggu sy bersara jd nurse dl r br bley jd full time blogger..
wakakakaka 🙂
update blog pun sminggu skali..
adeyh, btol xde ms..
teringin sgt nk jd mcm khai tp kekangan ms wt sy susah nk aktif dlm dunia blog ni..huuuu =(
sangat sempoi penerangan dan senang dipahami…thanks khai…
“kui3x…stelah bertahun mnjadi silent reader….arini nk interprem la skit..ahakss
orang yang membina kerjaya atas minat dan semangat yg tinggi akan lebih berjaya berbanding terjun dlm bidang yang bukan minat dan atas desakan org lain…
teruskan menulis sesuatu yang bermanfaat 🙂
tabik hormat pada lu khai…
inspire gua.. memang berbulu dgr earning ko.
papepun.. aku doakan ko jd the best blogger..
betul2, wat per masuk project alpha..poyo jer..
menarik juga, jom kongsi maklumat kt blog aku ek
kagum.. amat kagum, tengok cek dari nuffnang tu membuatkan aku rasa alangkah bagusnya kalau aku ni khai, takyahla nak pinjam loan PTPTN…huhu
HEBAT!! khai, tahniah, rezeki dari allah, syukur~~ =(
Bagus.
thanks.. wa salute u bro.banyak tipss2 yang berguna kepada semua blogger. semoga maju jaya. 😉
saya pon teringin juga nak ada 1 domain tp.. xpandai pula nak setup template bila ada webhosting nanti… :8
🙂 saye ni lg la…dh dekat setahun lebih berblogging. Bru sekarg tau bleh wat duit guna blog..hehehehe…ape la…mgkin salah saye x explore ape yg patut..hehehe..
anyway..you rocks!! khai..
(name dah ade mcm irfan KHAIri, irfan KHAIri ke?)
khai tahniah..
saya pon masih mencari sinar untuk mencari blogger..
i will ‘anggap’ u as my teacher
thanks 🙂
Sgt brinforma c bg blogger bru cam ak… 😉
salam, semua perkara yang khai berikan tu mmg berguna dan boleh dijadikan panduan dlm menempuh dunia blogger yg agak mencabar…
terima kasih.
Tahniah khai, teruskan memberi tip2 berguna kepada kita semua
InsyaAllah.. i WILL!
whoaahhh aaa ! bila tengok income khai yang dah bertahun lepas lamanya pun berapa ribu dah dapat. apatah lagi sekarang kan. makannya, semua khai dah try la ni kan. ishh, cool. best best.
ini yang semangat lagi nak berblog ni. tapi no wonder la, semua output khai berguna untuk semua orang. dengan ohmedia network, dengan oh tidak yang boleh hilangkan boring tension pekerja office (oopss) yang kena marah dengan boss dorang. haha way to go ! 🙂
salam en khai
saya rasa amat bertuah dapat jejak kaki ke sini, terlalu banyak info yang positif tentang blog yang dapat blogger seperti saya untuk mempelajari dunia blogging..
apapun, saya tertarik untuk bertanya satu soalan, siapa klik pada iklan innity, nuffnang atau advertlets sehingga en khai boleh dapat ribuan ringgit?
dan adakah teknik tertentu untuk menarik pembaca klik iklan tersebut?
terima kasih kerana merungkai persoalan di kepala saya ini 😉
wassalam
fuhhh banyak siot…
Khai, nape ko tak ceritakan pasal Google Adsense?
Sebab tak prefer untuk sesiapa yang baru untuk menceburi pengiklanan Adsense. Ianya memerlukan ilmu, skill dan pengalaman yang tinggi.. Eloklah kita tumpukan pada syarikat pengiklanan tempatan.
encik khai…boleh kasi taw saya kt mana saya bleh blajar buat blog yg lebih advance?? saya dh lama nk buat blog…tp xberapa pndai…thanx 🙂
Google sahaja selalunya akan ada. Kalau nak lebih mudah, joinlah mana-mana kursus membina blog. Banyak yang dianjurkan sekarang ni.
Alhamdulillah saya dipertemukan dengan blog ni..bnyk giller input..tq bro Khai..sememangnye usaha tangga kejayaan 😉
khai,screen print yang terbaru tak de ke? nak tgk plz..
Since OH! Media dah menjadi sebuah syarikat ni, semua maklumat tu dah jadi terlalu sulit. Saya tak dapat nak berkongsi lagi dah dengan anda semua. Maaf ya. Hehe.
Thanks khai, your article motivates me too much 😉
Tak perlu join affiliates, ebook or whatsoever tu. Bagi Khai, itu semua bullshet!!!
#kata2 mcm ni buat sy rasa semangat menggunung semula..thanks abg khai
Gambar Semasa Majlis Pertunangan Liyana Jasmay
Tahniah Saudara Khai.Kau suntik kembali semangat aku untuk terus blogging walaupun mood aku sejak akhir2 ni menurun.Blog pun lama x update.Aku promise akan berusaha lebih keras lagi untuk mencapai impian sebagai seorang blogger yang berjaya macam ko.
Memang susah jadi blogger ni,bukan senang sebenarnya.Perlu kesabaran seperti yang bro katakan selain menulis dengan ikhlas.Mungkin selama ini aku menulis untuk suka2 je,terikut-ikut dengan orang lain, asyik kejar SEO.Patutlah income blog aku semakin menurun.
Mak aiihh…siot gila tahap gaban income innity ko…pergh
salam..khai,..aku bahsekn diri aku nie akulaa k, tkot khai tak slesa laks…aku nk tnye siket bleh?..aku skrg pkai blogspot, aku nk ade dot.com mcm blog blog lain…aku dah survey serverfreak,tapi tak paham cmner nk beli…..huhuhuh..ak newbie lg… =( kalau dah beli,nk kne buat ape lak?.dia bagi kita tools sama mcm blogspot ke,,,huhuhuhuhu..thanks khai kalau kau tolg jwb… =(
khai, kalau boleh nak je jumpa khai sekarang ni mintak ajar cara blogging ni. HAHA. semoga success selalu bro 🙂
Hahaha. Ades. Tenkiyu bro!
hi khai, dh lama membaca blog ni, saya ada minat utk menulis & blog tp tak tau apa nak ditulis,,
Hi Midi,
Perlu start dulu nanti akan tahu apa yang nak ditulis.
thankz bro..
banyak info berguna dapat..
kena banyak belajar lagi ni..
http://beritasini.blogspot.com/2012/12/ustaz-azhar-idrus-dipilih-personaliti.html
Assalamualaikum.hai khai akk bru je follow blog khai ni tu pun jumpa sbb cri maklumat ttg kereta Kia Forte..
Akk minat nk berkecimpung dalam dunia blogger ni tpi akk tak tahu mcm mana caranya…akk ade blog tpi untuk suka2 je…mcm mana nk buat blog yang berbayar ni….guna blogspot je ke atau ade blog yg disewa?
Waalaikumsalam… untuk buat blog berbayar, perlu ada hosting n domain. Hosting tu RM60/year dah boleh dapat manakala untuk domain tu, paling mahal pun RM40/year. Domain ni untuk nama .com tu dan hosting tempat kita simpan file2 blog kita (gambar, video, file2 blog, etc). Pakai blogspot juga boleh buat duit, tiada masalah. Cuma dari kita buat blog untuk suka2, adalah lagi best kalau buat blog secara serius dan cara jalan untuk dapatkan duit dari blog kita. Contoh macam guna blog untuk jual barang dan sebagainya. Harap membantu ya.
Salam Khai, aku baru plan nk beli domain & hosting selepas baca post ttg FTP wordpress apa bagai smpai memeningkan kepala. selepas tu, baca post ni plak. mmg best. sebelum ni aku dah baca dah entri psl hosting tu. smpai aku print jdikn sumber rujukan pada masa hadapan (aku print artikel tu pada tahun 2010. whoa, lama tak lama aku smpan). Mmg entri tu membantu aku. thanks bro.. nk khatam satu hari blog ko ni mmg tak hbs lah..
W’salam. Hahaha. Nampak je sudah tapi bila dah try mesti akan jadi mudah.. Hehe.. Baguslah begitu saya harap ianya bermanfaat untuk anda dan ramai lagi insan di luar sana..