Fast Update #7 – 2010

645 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Rasanya baru semalam wujud Fast Update #6 kat Justkhai ni tapi bila check balik, alamak! 16 Julai 2010 ni genap setahun la pulok? Gila laju masa berlalu meninggalkan kita semua. Janggut Khai makin panjang (suka), misai pun makin lebat (tak suka) dan segala bulu-bulu yang lain makin berkembang dengan majunya (ada yang suka ada yang tak. Haha). Korang pun sama je jangan nak mengata orang. Oh ya, sebenarnya mana-mana entri fast update kat blog ni, tujuan utama dia untuk rujukan Khai sendiri di masa hadapan.

1. Sesi Hentam-Menghentam sesama blogger

Perkara ini sangat interesting sebenarnya dan tak tahu mana noktahnya. Khai tak ambil port sangat biarpun kadang-kadang, Khai sendiri memang banyak dihentam dan disakiti tapi semua itu langsung tak memberikan apa-apa makna. Kalau orang dah benci kita, kita cakap apa pun, dia tetap benci jugak kan? So abaikan sudah. Bukan dia kasi kita beras pun. Tapi yang salute’nya, hari-hari tetap jadi stalker setia (cari bahan untuk artikel).

Memang tak indah rasanya hidup mendedikasikan masa dan hidup untuk memfitnah dan mencari kesalahan orang lain. Lagi tak boleh pakai jika ada yang mendedikasikan hidupnya untuk mengambil screenshot di blog orang lain dan menjadikan artikel di blog sendiri. (Kata seorang member, siapa makan babi, dialah terasa haramnya).

Suka dengan kata-kata orang yang berilmu seperti Nass (diakan cikgu) di blog Rara (good article).

“Pernah dengar kata Dr Fadzillah Kamsah? Utamakan yg utama dan perkecilkan atau hilangkan yang kurang penting. Blogger sebegitu seorang yang murung, di dunia nyatanya penuh konflik, tiada perhatian, bila di alam maya, dia jadi disaster kepada orang lain. Itulah namanya looser. Gagal di mana2 sahaja. Dan memang dia ingin menjadi orang yang gagal dengan menyamakan dirinya dengan Iblis. Aku tertanya2, Islam kah dia? Atau dia seorang Freemason? Sebab dia terlalu mengagungkan IBLIS. Bagi salam pon takde wlau sebaris pon dalam blog dia. So, dia memang teruk, teruk dan teruk. LOOSER!”

Ok nuff said.

2. The Magical of 2010 FIFA World Cup

Tujuan utama apply Astro Byond dulu pun sebab 2010 FIFA World Cup Africa Selatan ni la. Tapi last-last berapa match je yang betul-betul nengok kat rumah sendiri. Yang lainnnya tetap kat mamak and McDonald. Mungkin “feeling” bagi orang lelaki yang bujang-bujang ni lain sikit kot antara layan bola kat rumah sendiri dengan layan bola kat mamak atau McDonald. Tapi selalunya dengan member lah. Kalau sorang-sorang nak melepak tempat macam tu layan bola, gila lonely siot.

Semua pun tahu World Cup kali ni tak se’sedap edisi World Cup sebelum ini. Semua andaian gila tersasar. Bila si Gergasi selalu tumpas pada si Kerdil, maka selalu kecewalah si Kaki Judi World Cup. Padanlah dengan muka. Pendapat peribadi Khai, team-team gergasi ni banyak kalah mungkin atas faktor cuaca di Afrika sana (yang panas nak mampus) berbanding dengan negara diorang. So benda ni memang effect pada stamina lah kot. Ada juga yang berpendapat Afrika pasan Vodoo la apa la. Ah lantak la kan as long Argentina, Brazil & Portugal kali ni main memang bagus (favorite team mengikut susunan). Harapanku pada England, dari awal dah hancur berkecai. [sound effect cermin pecah]

3. Tempat Tidur Baru Saya

Benda ni tak payah nak tulis pun takpe. Tapi ada seorang peminat Justkhai kat Facebook ni paksa khai tulis juga. So point ke-3 ini didedikasikan untuk beliau. Beliau seorang perempuan ya. Kalau lelaki, 50-50 untuk request korang ditunaikan. Hehehe.

Hurm, tempat tidur yang baik digambarkan pada sebuah katil semuat dan seselesa badan dilengkapi bolster, bantal dan tilam yang empuk dan berkualiti. Perkara yang tak pernah Khai ambil berat sebelum ini sehinggalah rasa badan sakit-sakit sebab terlalu kerap duduk depan PC. Jadi dengan rela hati’nya, pergi kedai perabot buat investment untuk badan sendiri. Terbang lagi lebih RM1550 untuk sebuah tempat tidur teramat-amat selesa dan dilengkapi kain cadar bertulisan jepun yang unik. Happy sangat sebab tak sampai 10 minit landing atas dia, dah boleh terlelap. See, betapa pentingnya tempat tidur harus dititik-beratkan.

4. Paling “inspired” minggu ini

Setiap apa yang ingin kita lakukan, perlu ada sesuatu yang mampu memberikan kita semangat dan inspirasi. Inspirasi untuk minggu ini ialah Julien Morel, selaku pereka graphic khas untuk Matt (WP Founder) dan juga pereka graphic bebas. Dengki gila la dowh dengan dia ni. Eh, tak baik dengki-dengki eh? Sebenarnya, dengki juga perlu untuk memberikan inspirasi kepada kita. Dengki cara baik la kiranya. Bukan dengki yang menjatuhkan. Gyahahaha! (gelak gaya gay. Abislah kena screenshot lagi. Hahaha.)

Apapun setiap satu hasil kerja dia memang betul-betul “kick ass”!! Sumpah jeles!!

URL: http://joolz.fr/folio/category/all/

5. Adakah kita semua mempunyai semangat Patriotik?

Secara peribadi, Khai terfikir apa yang ada pada diri Khai (tak kisahlah luar atau dalam) yang menjadikan Khai benar-benar patriotik dan ada minat untuk pupuk semangat cintakan negara? Rasanya selain dari tak pernah lupa setiap rangkap Rukun Negara, takde lagi la kot? Nak tanya, korang kalau duduk kat rumah dengar kat TV lagu Negaraku, korang berdiri tegak tak? Rasanya tak kot kan? Kirim salam aje lah. Kalau azan pun ramai antara kita yang memekak cerita hal dunia, ape lagi lagu Negaraku tu.

So lepas ni selain dari korang menghadiri majlis formal, sama-sama la kita belajar hormati lagu Negaraku dan paling penting, Azan. Lagu Negaraku takpe lagi tapi kalau azan tu, takut nanti mati lidah kelu dan tak mampu untuk mengucap. Fuh, minta dijauhkan. Kawan-kawan realiti ku, tolong lempang aku laju-laju kalau aku bercakap time azan.

Ok sambung balik. Untuk menanam semangat patriotik dalam diri yang tak seberapa ni, weekend ni ada bincang dengan member (Eifa), nak jalan-jalan cari pasal kat Muzium Negara. Memang sedih rasanya sebab hari-hari kalau keluar akan lalu depan Muzium Negara, tapi tak pernah tergerak hati nak menyinggah jumpa khazanah-khazanah lama negara kita sendiri. Last time pergi Muzium Negara masa darjah 3 kot? 13 tahun yang lalu. Ngeee~

Errr Cik Eifa, nanti pergi Tugu Negara sekali eh? Manjang nengok dalam duit je tapi langsung tak pernah nak pergi depan-depan. Hahaha.

Ok cukuplah 5 point. Dah nak azan subuh dah ni. Oh ya baru perasan kenapa lama sangat takde Fast Update ni, mungkin kerana kewujudan Oh! Khai dan Khai’s Live Blog la kot? Dua blog ni korang boleh la follow sekali kalau sudi. Blog peribadi bebas iklan di mana takkan korang jumpa lagi blog-blog Oh! Media yang takde iklan. Hehehe. Kecuali Oh! Islam lah.

Ok guys, terima kasih kerana sudi membaca.

Pssttt: Kepada anda yang terlalu bebal di luar sana, sekali sahaja saya beritahu yang saya tiada masa untuk membina blog “anti” kepada mana-mana pihak. Jika ada, kewujudannya diluar pengetahuan saya sendiri. Masa dan tenaga saya dirasakan terlalu berharga untuk menulis sesuatu yang sia-sia. (ceeey.. tiba-tiba guna “saya”.. Hahaha!!)

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 6:06 am 22 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 645 views
Dalam kategori: Blog, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

31 Comments »

Comment by syahidah
2010-06-22 06:16:55

sangat best tang “Masa dan tenaga saya dirasakan terlalu berharga untuk menulis sesuatu yang sia-sia”

..
 
Comment by Sy8
2010-06-22 06:19:38

point no.5 aku stuju….point no.3 sumpah jeles…hahahaha…. :8

..
 
Comment by syahirul
2010-06-22 06:23:44

lawak la entri ko khai…

“Kawan-kawan realiti ku, tolong lempang aku laju-laju kalau aku bercakap time azan”.

erm akan dilaksanakan nanti apabila tiba waktunya, boleh kan? hahahaaa….

ko nak gi ngan eifa aje ke muzium negara? kalo waktu tu aku ada kat m’sia ni, aku join wokey? bawak dslr jadi forographer korang…

..
 
Comment by menteil
2010-06-22 06:24:13

nak tidur katil ko boleh?
tapi ko tidur bawah la.. aku tido sorang jer.. haha…

..
 
Comment by Khai
2010-06-22 07:00:53

@syah – hahaha.. lek lekkk lluuuuuuu.. jgn pi singapore dulu.. jom2 follow gi Muzium. Aku tahu ko lagi la x pernah jejak pon Muzium tu kan? hehehe..

Mengenai azan tu, ya sila lempang bila sampai masanya. Aku terima dgn hati yg terbuka.. ehehe..

@menteil – fuh!! ingat ko ajak aku tido skali tadi atas katil aku. Baru nak buat report kat SKMM atas tuduhan “sexual harrasment”.. hahahhaa!! ๐Ÿ™‚ boleh2.. pe salahnya.. aku dah biasa dah tido kat tempat yg tak empuk-empuk ni.. maklumlah orang susah..

..
 
Comment by lanunsepet
2010-06-22 07:17:01

wah.. tempat beradu ko..
dayang ade tak ?? he3

..
 
Comment by faiez
2010-06-22 07:43:24

gila bestnya jd kau… point 1 tu buat x tau jer… jgn risau aku akan lempang laju2 kalau ko ckp masa azan… permintaan akan ditunaikan… hahahaha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by little darkstar
2010-06-22 09:11:38

xsuka baca blog yang mengutuk orang…
blogger bgaduh sesama blogger,
no need to worsening anyone to make ourself feel better.

Kdg2 lebih baik xyah view blog org camni,
teruskan je usaha…gambatte

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-06-22 09:33:12

wohha spain menang

..
 
Comment by Rara
2010-06-22 09:38:16

Hai Khai, bila pulak nak lepak-lepak minum-minum dengan kita? Hehehehe :p Itupun kalau sudi, kalau tak sudi nak buat macamana :8

Thanks sebab link ke blog i. Eh, nak tanya lagi la, theme blog ni ada update versi 3.0 tak? versi 3.0 macam tak best je hehe. Kalau tak update boleh tak?

..
 
Comment by YaNa
2010-06-22 09:43:55

jeles ngan No. 3.. ek pasal sampai RM1550? kasi detail khai..
sumpah jeles.. huhu.. :o:

p/s: xsuka baca blog dengki2 nie.. huhu. otak yg serabut makin sesak..oksigen bai

..
 
Comment by aizuddin
2010-06-22 10:11:46

world cup tahun ni pelik..paling best setakat ni portugal bantai korea utara.. ๐Ÿ™‚
tapi kat afrika panas ke skang?bukan sejuk jugak ke?belas2 darjah c je..

..
 
Comment by rosmerah
2010-06-22 10:19:41

hehe… aku lg suka banget.. mmg niat nk abis kan mase 1 hari tu dgn pg tempat2 bersejarah kt kl ni.. dapat gak ilmu xde la merewang x tentu hala kn….

jom la kawan-kawan join kiteorang… terutama en shahirul, dan jgn lupe bw DCLR anda ya…

boleh snap byk2 utk anak cucu kelak….hahaha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by iZwaN
2010-06-22 10:32:53

jeles tgk tpt tido tue…
haha…
nway…u deserve it all..

..
 
Comment by Khairi
2010-06-22 11:54:34

Salam,

selalu blogger fast update tulis, “kena marah ngn bos. xde mood tulis blog”

sekali kau nyer fast update tu diaaa panjang haha. Anyway, salute blogger otai.

err… kat south africa panas ke? sbb aku dgr last time suhu dia 17 degree. Kena cek balik la ni .

..
 
Comment by Cik Nass
2010-06-22 13:30:18

macam tu la…~ hidup ni singkat je, so fikirkan apa jua cara untuk awet muda dan terus ceria dan happy dalam hidup. Rugi kalau dibazirkan begitu sahaja melayan perkara2 atau aktiviti2 yang membuatkan diri kita tertekan dan sedih. kan? Cheer up and chill out! Dengan mengingati ALLAH, hati pasti menjadi tenang. ๐Ÿ˜€ Kerja dan tugas iblis adalah sentiasa hendak mencari idea untuk menarik manusia untuk masuk neraka bersama2nya. Kalau kita layan iblis tu, maknanya iblis tu berjaya. Memang dah tercatat dalam al-Quran pun, ALLAH melaknat iblis sekeras-kerasnya, bukan? So, dah kalau seseorang tu kalau mengaku dia Iblis, mengapa perlu layan? PSSST: Tak pernah lagi aku dengar Iblis mengaku dengan bangga yang dia tu Iblis. Ekekeke. Take care, bro. :aie:

..
 
Comment by rashid
2010-06-22 13:36:11

A’ah, memang pantas masa berlalu, tapi betul ke tarikh fast update tu khai, bukan 16 julai 2009…hehe…setiap apa yang ko tulis tu aku rasa berlaku dalam bulan jun ni, kecuali poin 3,4 ngan 5..Ada juga manusia yang bersangka buruk dekat alam maya ni, oh, mungkin dorang tu tak terima kasih sayang yang secukupnya..

..
 
Comment by eiyda
2010-06-22 13:50:09

fast update yg panjang..hehe banyk ct lam satu entry ek…
paling suke soal tempat tdo..tau xpe..kalo tempat tdo selesa..badan pon selesa..eekek..
blogger skang tak tau la pe nk kt kn..skang musim kutuk mengutuk kot,,kt pon ikut peredaran mase..huhu..bila sorang kutuk..hbs sume nk ikut tanpa tau hal sebenarnmyer…cermin dr dulu b4 nk mengata owang len..ekeke..
diam itu lbh baik kot kan..

..
 
Comment by Kujie
2010-06-22 14:13:51

bab tgok bola kat luar tu…
kakak ugut nk potong astro sebb anak2 dia keluar nengok bola kat luar tiap mlm..abis tu astro nk buat ape?

dah le utk sport mahal! hehe

..
 
Comment by Eriyza
2010-06-22 14:27:07

Setuju sgt tang WC tu tesangatlah hambar.
David Villa tak wat hatrik plak tu. Grrrr! :p

..
 
Comment by ZE
2010-06-22 15:09:22

pasukan england tertinggal bakat kat england kot, tah mana silap pon tak taw..WC macam tak best jer..dah la kurang gol, pastu banyak seri..macam dah tak berseri dah..hehe

salam singgah..=)

..
 
Comment by are-pa
2010-06-22 15:31:49

lau khai tak cakap time azan un aku nak lempang jugak la kalau boring2. wah3.. >.<

p/s: gyahahhaa! gay? kah3..

..
 
Comment by online contest
2010-06-22 16:08:34

Agree with your point No. 2. I feel disappointed to England too.

..
 
Comment by din
2010-06-22 16:52:28

bile tulis entri mesti pnjg..camne nak jadi bagus cmni jgk ye..hihi..

..
 
Comment by Khai
2010-06-22 17:19:10

@rara – nak minum-minum ke? meh sini meh.. bangsar.. hehehe.. nnt roger2.. phone no ada kat my twin (syazeyra)

@yana – xmo la jeles2.. hehe.. katil tu harga dia RM600.. tilam King Koil Faberix RM450, rak belah kanan katil tu RM250.. kain cadar RM200+ something (King Size). Bantal dan bolster King Koil dapat percuma. Bolster tu dapat free kalau beli side rack tu.. sbb tu khai beli gak demi bolster.. wakakaka..

@cik nass – u take care to my friend.. Terima kasih di atas segala nasihat yg diberikan..

@rashid – betul la.. tahun lepas nye artikel tu.. dan fast update no 7 ni mmg byk yg berlaku baru2 ni. Yg bulan2 dah lepas, byk tertulis di ohkhai.com tu..

@all – thanks for da comment..

..
 
Comment by Anarm
2010-06-23 11:25:36

muzium negara.. tempat aku praktikal dulu.. abis semua tempat aku dah masuk.. sampai dah boring.. haha.. paling syok tengok muzium.. err.. apa ntah nama die, lupa plak.. muzium tu pamerkan khazanah dasar laut.. gile cun..

..
 
Comment by Aunty Yin
2010-06-23 12:44:41

bestnyer….. nk nk nk…

..
 
Comment by h3r0
2010-06-23 13:23:36

Aku pun dalam planing nak pergi muzium…
Tapi maybe nak pergi sunway lagoon dulu kot..
Menghiburkan hati bersam keluarga.. jom la join khai..

Teringin nak jumpa… he he he.. :[

..
 
Comment by SyHakim
2010-06-23 15:52:08

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya =(

errr…terkeluar topic kah aku..hehehehe~ 8)

..
 
Comment by Nur Najaa^^
2010-06-24 18:23:13

Syhakim : anda memang dah terkeluar dari topic. boh lagu suara ku berharap plak. cehh.~ ๐Ÿ˜€

khai suruh lempang ? ok je. ๐Ÿ™‚ hehhehe !

khai oh khai, cuba buka blog ni. Giler best. Setiap kali p blog nih, memang akan tegelak tak pun, tersengih sorang2 sebab terasa cam ada kena mengena dengan kita. bro ni baru bt blog tp pengikut dah byk. pandai lak tu. blajar sampai ke Jepun tuu.. 8) ini link nya – http://www.zackzukhairi.blogspot.com

psst : jgn ditanya mengapa dia tak pakai wordpress. 8)

..
 
Comment by ALAM
2010-07-29 22:13:23

ya lah selalunya blog power2 ni gunakan wordpress

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?