Kehidupan saya selepas berkahwin. Thrill enough?

837 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

justkhai-khai-eifa-nikah-4

Hurm, manis alam perkahwinan ni. Siapa yang dah lalui alam perkahwinan mesti faham kan? Dalam manis tu, kadang-kadang ada masamnya. Ala macam cerita Ramlee Puteh, Masam-Masam Manis tu. Hehee. Dalam kegembiraan hidup berumahtangga, kadang-kadang tu ada dugaan yang akan sampai. Tapi berbalik pada kita nak tempuh dugaan tu bagaimana. Kalau tak pandai nak tempuh, itu yang sampai bercerai-berai. Minta dijauhkanlah perkara yang dibenci Allah ni.

Dari dulu biasa dengar orang kata, best hidup dah berkahwin ni. Bila diri sendiri dah lalui, terdetik di hati “kalau tahu best macam ni, awal-awal lagi aku dah kahwin kot!!”. Hahhaa. Tapi itulah semua orang kalau boleh nak kahwin awal kan? Benda senang je kalau ikutkan tapi dunia hari ni yang jadikan perkahwinan tu satu perkara yang susah. Rata-rata yang belum kahwin beri alasan belum jumpa jodoh atau calon yang sesuai tapi rata-ratanya belum bersedia atas faktor kewangan dan pelbagai lagi. Hurm memang, nak kahwin zaman sekarang ni memang pakai duit yang banyak. Buat kecil-kecilan pun tapi nak jamu orang makan tetap pakai duit. Tapi hakikatnya, buatlah ikut kemampuan kita. Cari redha Allah, bukan cari redha manusia. Bersederhanalah dalam perkahwinan biarpun kita mampu sekalipun kerana dari kesederhaaan itu datangnya redha Illahi.

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-2

Sebagai seorang lelaki, bergelar seorang suami adalah satu perkara yang amatlah mencabar. Apa yang Khai suka, perkahwinan ni buat Khai rasa mampu untuk keluar sejauh-jauhnya dari zon selesa. Kalau dulu kita sasar semua benda yang jadi minat kita, sekarang ni kita sasar semua benda yang perlu sahaja which is lebih bagus dan tak berlaku pembaziran yang bukan-bukan. Kalau dulu sasaran kita untuk pencapaian peribadi, sekarang ni tentulah pencapaian terbaik untuk keluarga dan kalau boleh, meninggalkan sesuatu yang bermakna untuk anak-anak kita nanti teruskan. Hidup zaman sekarang pun dah kental, apa lagi di zaman anak-anak kita membesar nanti kan? Kalau hari ni kita hidup untuk kejar sasaran peribadi, bila dah berkahwin ni sasaran tu menjadi lebih luas dan besar. Ianya tak lain tak bukan sebagai satu cara untuk menduga dan menguji sejauh mana kemampuan diri sendiri.

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-11

Tentang soal akhirat, ianya juga penting sebagai seorang suami. Risau sebenarnya takut tak berjaya pimpin keluarga ke arah yang terbaik menuju akhirat. Iyelah kadang-kadang nak jaga diri sendiri pun selalu alpa, inikan pula pegang satu tanggungjawab yang teramat-amat besar dalam hidup. Jadi pandai-pandailah nak mengemudi “kapal” masing-masing. Orang kata kalau nakhoda pun tak betul, no wonder kapal karam kan? Jadi sama-samalah kita menjadi yang lebih baik dari semalam.

Ada yang tanya bagaimana hidup Khai lepas berkahwin? Jawapan dia tak banyak berbeza dari dulu. Adanya isteri ni rasa hidup lebih teratur. Maklumlah dah ada orang jaga. Hehehe. Kita sebagai lelaki macam biasa carilah rezeki untuk keluarga sebaiknya. Tunaikan nafkah zahir dan batin. Tang batin tu, sendiri mau ingatlah. Hahahaa!!

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-6

Dulu nak tengok TV, rilek je tengok channel yang kita suka. Now bila dah kahwin, kena selalu beralah dengan bini kalau dia nak tengok channel lain. Macam Khai sangatlah tak suka channel ZEE yang ada cerita tamil dan hindustan tu tapi wife memang suka buka channel tu layan hidustan. Kadang-kadang cerita tamil pun dia layan. Memang benda normal sebab orang Kelantan rata-ratanya suka layan cerita Hindustan.

Ingat lagi beberapa tahun dulu masa duduk serumah dengan member, member suka buka channel tu sampai Khai letak password. Bila nak buka channel Zee tu je, terus kena masukkan password dulu. Tak masukkan password tak boleh buka. Hahaha. Punyalah berbulu member time tu tapi terpaksalah dia redha je sebab bukan dia yang bayar pun bil Astro tu. Haha. Problem bro? Tapi takkan nak buat macam ni dengan bini kan? Jadi relakan sahaja dan perlahan-lahan belajar untuk suka channel tersebut. Euueww..

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-10

Khai tinggi, si dia ni rendah sikit paras bahu Khai. Jadi shower dalam bilik air tu selalu berubah tempat. Tiap kali nak mandi terpaksalah Khai tinggikan level dia sebab si dia selalu rendahkan level shower tu. Then setting untuk heater pun kalau dulu kita dah tetapkan satu suhu yang paling sesuai dengan kita, now selalu juga setting heater tu berubah jadi sejuk sikit. Si dia tak suka kalau panas-panas sangat. Then dulu sinki penuh dengan barang kita, now dah kena share dengan barang-barang si dia. Cincin la, bulu mata palsu la, contact lens la, dan macam-macam lagi lah. Almaklumlah pulak barang-barang perempuan tentulah jauh lagi banyak dari lelaki kan? Hahaha. Tapi tak mengapalah, inilah dia kehebatan hidup berumahtangga. Semua benda sharing is caring. So lovely. Awuuuuu!! Hehe..

Dulu buat macam-macam benda tak fikir panjang. Sekarang dah ada orang yang boleh dijadikan pendapat kedua. Kadang-kala apa kita buat tu kita rasa betul tapi bila dengar pandangan dari insan yang paling caring dan sayang pada kita (selain ibu), ada benar kata-katanya. Siapa lagi yang bersungguh-sungguh nak tengok kita berjaya dunia akhirat kalau bukan keluarga dan isteri.

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-7

Kolam ni dibina sendiri oleh Pak Hassan untuk cucu-cucunya mandi bila sekali-sekali balik kampung. Fuh best!

Kolam ni dibina sendiri oleh Pak Hassan untuk cucu-cucunya mandi bila sekali-sekali balik kampung. Fuh best!

Best bila hidup berumahtangga kita anggap isteri kita tu macam kawan. 24 jam hidup berkawan dan tak berkeseorangan. Nak keluar ke mana-mana pun, kalau dulu selalu seorang membawa diri, sekarang dah ada teman duduk sebelah. Bila balik kampung takyah cakap la, lagilah seronok balik kampung bawa bini.

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-3

Rasa dahaga, rilek je minta bini bancuhkan air milo. Rasa lapar, suruh bini masak makanan ringan-ringan untuk dikunyah. Patutlah orang kata hati-hati sebeb lepas khawin gerenti badan akan naik. Tapi depend la dapat isteri jenis rajin atau malas. Dalam kes Khai ni, alhamdulillah. Moga-moga kekal begini sampai ke akhir hayat. Berat badan naik pun, naiklah. As long sihat. Hehe!

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-9

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-5

Soal anak juga satu hal biasa yang menjadi pertanyaan orang. “Bila nak ada anak ni?”. Rasa bernanah telinga bila family dan kawan-kawan tanya. Hahaha. Macam biasa kita tak plan pun. Kalau Allah dah beri kita terima, tak beri pun kita teruskan usaha. Apa yang berlaku tu ada sebab dia yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Selainnya orang yang dah kahwin tahu lah kot. Mana yang tak kahwin tu, kenalah kahwin dan rasai sendiri akan kenikmatannya. Hahaha! Satu lagi, sejak akad nikah, kami tak pernah bergaduh lagi. Orang kata dah kahwin ni salah-satu cabaran paling kuat bila berlaku salah faham laki-bini. Jadi Khai tekadkan satu misi untuk diri sendiri cuba sedaya upaya untuk tidak bertengkar dan bermasam muka dengan si dia. Setakat ini dah hampir 2 bulan berumahtangga, memang kami hari-hari bermanja-manja tak pernah lagi bermasam-muka. Tengok lah sejauh mana misi ni mampu bertahan. Hopefully, sampai bila-bila.

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-1

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-14

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-4

Kepada yang dah berkahwin dan bakal berkahwin, Khai doakan kebahagiaan dan dipermudahkan urusan buat kalian. Satu perkara terpenting dalam sebuah perkahwinan adalah persefahaman dan selalu beralah kalau ada sebarang perkara yang memungkinkan untuk bertengkar. Sebagai suami, sentiasalah berpandangan jauh ke hadapan dan bekerja keras untuk kebahagian dunia dan akhirat. Sebagai isteri pula, perlulah sentiasa memandang tinggi martabat sorang suami dan tidak mengingkari segala larangan suami kerana apa yang dilarang tu tentulah sentiasa memberi kebaikan kepada si isteri selagi tidak bertentangan dengan kehendak syara’.

Dalam artikel sebelum ini, ramai yang mendoakan kebahagiaan Khai. Terima kasih kerana sudi mendoakan kebahagiaan Khai dan isteri dan pastinya insan yang rajin mendoakan kebahagiaan orang lain ni, hidupnya akan sentiasa diberi ketenangan yang berpanjangan. Hingga jumpa lagi πŸ™‚

justkhai-kehidupan-selepas-kahwin-13

Pssttt: Gambar yang dipaparkan mungkin tak kena mengena dengan artikel. Tapi semua gambar-gambar ni memberi maksud yang sangat best untuk diri ini. Hehehe. Ianya seleksi gambar dari arkib Minister of Insgram yang merupakan “diari bergambar” peribadi untuk saya dan syarikat.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 11:15 am 17 March '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 837 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

34 Comments »

Comment by ZapDragon
2013-03-17 12:45:15

Wow aku ingat aku sorang je makan cekodok ngan mayonis. Hahaha!

..
 
Comment by Ryehanna
2013-03-17 12:59:01

Semoga berbahagia sampai bila2… bab anak.. hmmm, baru 2 bulan kawen kot? Org yg tanya tu sebok je.. rileks la.. hehe… enjoy la masa berdua ni.. sbb bila dah ade baby, life is totally different. U’ll miss moment2 berdua ngan isteri (but of cos la ade anak sgt2 best dr berdua je… ;p)

..
 
Comment by Akuro San
2013-03-17 13:11:07

Fasa hidup yang semakin hari semakin berubah dan semakin mencabar… Tahniah Khai.. semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat…

..
 
Comment by Kaio
2013-03-17 14:32:59

tahniah atas perkahwinan ni. hopefully kekal hingga ke syurga. selalu dengar orang cakap “bila tau kahwin best macam ni mesti kahwin awal2” haahaha! πŸ™‚

..
 
Comment by Lawrence Vision
2013-03-17 15:05:19

Persefahaman itu penting. tahniah khai, semoga kekal sampai hujung nyawa

..
 
Comment by ardi maliki
2013-03-17 15:18:15

tahniah khai….semoga berbahagia ke anak cucu….aminnn…..hahaha

..
 
Comment by ejardkethot
2013-03-17 16:11:58

[^_^] haha.. idk why..tp ku baca post khai gelak2..hahaha..
Semoga bahagia Dunia & akhirat .
[^_^]

..
 
Comment by perttzyana
2013-03-17 20:49:07

Wahh best lah khai dah sampai stage org tanya bila nak ada anak .hihi yg kita ni, org still tanya bila nak khawin. Dorang kata dah nak expired kat kita πŸ™ kejam x…
apa pun..all the best dunia & akhirat πŸ™‚ post lah lagi bab kawin2 ne heheh

..
 
Comment by me amor
2013-03-18 01:07:26

best kan kawin…hahaha… cekodok bilis + kentang ke tu? πŸ˜‰

..
 
Comment by sheila
2013-03-18 04:46:37

rileks lah..baru 2 bulan..enjoy dulu fasa berdua..nanti dah ada anak,memang akan ada masa berdua tetapi amatlah terbatas…semoga bahagia selalu,kalau tergaduh pun itu untuk mematangkan rumahtangga kita..nama pun hidup bersama,kurang gula,garam tu benda biasa….

..
 
Comment by arina
2013-03-18 05:20:35

yeayy congrats bro..kita pn bru 2 bln kahwin..feeling cam sama je..hihi..no gaduh2..no masam2 muka..senyum selalu..yang penting usaha..kn kn

..
 
Comment by azman
2013-03-18 13:32:14

Selamat melayani bahtera………..yg penting benda kecik jangan diperbesarkan,tolak ansur,tetapi awas perkahwinan selepas 5 tahun banyak dugaan wooo…

..
 
Comment by Fathul Khair Mohd Dahlan
2013-03-18 14:48:35

Assalamualaikum.

Mengikuti kisah di laman ini sejak pertama kali baca tahun lalu. Tambahan kisah mengenai alam perkahwinan. Tahniah kerana sudah menjajaki ke alam perkahwinan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah.

Amin Ya Rabb…

..
 
Comment by hisham
2013-03-18 14:59:58

wah, mmg teratur la penyampaian nko, ada pendahuluan, ada isi dan ada penutup.. berapa hari prepare tuk 1 content begini ya? hehehe soklan cepumas nih…

..
Comment by Khai
2013-04-04 11:31:02

Ades.. di Justkhai ni secara jujurnya saya tulis terus menerus tanpa menyemak semula mahupun menyemak kesalahan ejaan.. Habis je terus publish tanpa baca semula.. Menulis entri macam bercerita dengan orang.. Hehe..

..
 
 
Comment by shidaidris
2013-03-18 16:35:36

selalu baca tapi xpernah komen. lama x bukak blog khai, ayooo x sangka dah kahwin. kahwin ngan org kelantan pulak tu, give me five….hikhik. shida pun orang kelantan.

2 bulan baru lagi, jangan risau, teruskan usaha. shida pun br kahwin bulan 6 tapi dah preggy 6 bulan, alhamdulillah.

muda-muda dah kahwin, jeles tau. semoga berbahagia selamanya dan cepat-cepat dapat baby yg comel. eh, mcm kenal je pengantin perempuan. gambar kat atas adakah jeram pasu? haha

..
 
Comment by Anarm
2013-03-19 02:36:27

Semua yg baru kawin mesti akan cakap ‘menyesal’ tak kawin awal2.. Haha.. Betapa bestnya nikmat perkahwinan.. Kepada kaum lelaki kalau dah cukup syarat tu kahwin la cepat2.. Syok ooo kahwin..

..
 
Comment by Afiq Danial
2013-03-19 02:41:12

Tahniah khai.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Tp serius aku terkenang masa bebaru kahwin dulu.. Nak pergi keje pun malas lah, kalau boleh nak dok bermanja je..

Skang aku lebih bahagia dgn seorang anak yang sangat aktif.. itulah nikmatnya orang berkahwin.. Yang bujang2 tu, kau memang xkan faham.. Kan khai??

..
 
Comment by jengkreng
2013-03-19 02:42:40

kemah khai.. lejeng

..
 
Comment by lomuse
2013-03-19 02:45:11

baca artikel ko ni watkan aku nak cepat kawin je.hahaha

..
 
Comment by Nik Hazwan
2013-03-19 02:46:20

Setelah lama mengikuti perkembangan khai kini baru berani komen. hehe

Akhirnya kawin sudey.. tahniah. semuga barakah!

..
 
Comment by Akmal
2013-03-19 02:48:02

Hidup kalau tak up and down mana nak kenang eh?
kalau beban tak dipikul,sia sia sahajalah semua usaha yang telah dicurahkan,
ingat baik baik nak menasihati isteri atau dengarlah dua tiga kata isteri khai itu.

Insyallah bahagia akan sentiasa dijumpa walaupun ada susah kian melawat depan pintu rumah tetangga,

P/s : apa macam khai?
best Windows 8?
saya pakai sekarang ini pun agak suka la dengan interface dia,
memula struggle tapi makin lama makin memudahkan hidup.

..
 
Comment by azwan
2013-03-20 09:36:19

tahniah khai

..
 
Comment by aizuddin
2013-03-24 01:34:19

Moga cepat dapat anak, kalau ada anak mesti lagi best kan πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-04-04 10:39:04

Mudah-mudahan. Kalau Allah nak kasi, ada la nanti. Hehe.

..
 
 
Comment by muhsin
2013-03-26 03:03:40

tahniah khai..
part keluarge dan kawan2 tanye bab bile nak dapat anak 2 same la ngan saya..
kawen jun tahun lepas.. sampai sekarang x dapat anak.. belum rezki lagi.. πŸ™‚

..
 
Comment by Aya
2013-04-01 06:41:55

semoga terus berbahagia.. dugaan dalam berumahtangga pasti akan ada .. tujuannya untuk menguji kita bagaimana menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam rumahtangga dengan cara yang terbaik..

..
Comment by Khai
2013-04-04 10:35:12

Terima kasih Aya. insyaALlah.

..
 
 
Comment by maeng129
2013-04-04 19:41:01

tahniah bro..
haha dah kawin dah sorang kawan maya aku nih.
dulu ingat lagi baca blog ni beli 125z pastu hilang. scukz lagi. haha
rindu rindu

..
 
Comment by arip
2013-04-08 04:20:01

bro..ape id psn??leh kawan add..

..
 
Comment by Cik Lisa
2013-04-13 10:54:47

wah taniah bro, dah berpunyalah sekarang ni iyer. hehe semoga berkekalan hingga akhir hayat ^__^

..
Comment by Khai
2013-04-19 03:38:39

Hahaha. Terima kasih Cik Lisa. Mudah2an anda juga Amin.

..
 
 
Comment by anak tekak
2013-06-14 14:15:04

tahniah khai..best baca pe yang ko tulis..teringat masa awal2 kawin dulu(hehe macam la dah lama sangat aku kawin)..rasa bahagia je..sekarang ni lagi la bahagia bila dah ada amani..so bila lagi nak bagi kawan kat amani??dulu cakap nak kejar aku..huhu

..
Comment by Khai
2013-07-16 04:46:30

Ahahaha. Ye Tina. Takpa nanti insyaAllah pelan-pelan aku kejar dari belakang ye? Hehehehe! Moga berbahagia ya bersama suami dan Amani. Adik untuk Amani bila? πŸ˜€

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?