Hi guys. Sedang online di Old Town dengan koneksi internet yang sangat menyakitkan hati. Nama WiFi bukan main lagi, “OLD TOWN 20MB”, walhal hakikatnya “OLD TOWN 20kb”. Nasiblah ada iPhone, jadi boleh jadikan iPhone sebagai hotspot atau kata lainnya, iPhone yang dijadikan router. Terima kasih DiGi untuk data plan yang unlimited ini hanya serendah RM68 sebulan. Ya, ini iklan percuma untuk DiGi kerana kehebatan mereka menyedapkan hati pengguna baru seperti saya.
Berbalik kepada Old Town tadi, mungkin inilah yang pertama dan yang terakhir saya online di sini. Lokasinya di Old Town bersebelahan dengan Ampang Point. Rasanya ini pertama kali saya bermasalah bila online di Old Town. Di Old Town lain rata-ratanya sangat bagus terutamanya di Old Town Bangsar South. Buat kerja ditemani kopi dan disulami bunyi air terjun. Tak percaya? Cuba cari Old Town Bangsar South dan rasailah sendiri. Hehe. Sejak berhijrah ke Ampang ni, lama sangat tak ke sana. Rindu pula rasa hati.
Mungkin rata-rata pembaca blog ini tahu yang Oh! Media kini telahpun mempunyai sebuah office yang penuh kehijauan dan alkisahnya, saya bangunkan syarikat tersebut dengan modal sepenuhnya dari duit poket sendiri. Ini buat pertama kali saya berkongsi cerita, modal sejak permulaan syarikat Oh! Media dibuka sehingga kini, telah melebihi RM20,000. Saya tahu, rata-rata ahli perniagaan akan mula mencari pelabur untuk memulakan syarikat mereka tapi saya cuba untuk berdiri dengan kaki sendiri kerana tidak mahukan sebarang isu dikemudian hari. (more…)
Meluncur profail Facebook merupakan sesuatu yang agak mustahil untuk tidak saya lakukan walau dalam sehari. Untuk saya, Facebook adalah sesuatu yang rutin, sama seperti sesuap nasi yang perlu saya salurkan ke dalam perut yang semakin membesar (haha). Pada saya, Facebook bukan sekadar tempat untuk membina empayar perniagaan dengan berkongsi pandangan atau mengikuti perkembangan insan-insan yang hebat di dalam karier mereka, malah ianya juga adalah tempat kita untuk berkongsi apa sahaja maklumat terkini, jauh lebih pantas dari tabloid.
Bagi saya, Facebook bukanlah tempat untuk mencari kenalan. Mencari kenalan di Facebook selalunya akan berhasil sesuatu yang amat sia-sia. Berkawan di Facebook adalah jenis berkawan datang dan pergi. Hari ini dapat kawan baru, esok bila dapat kawan baru lain, kawan lama dilupakan. Bagi saya, jika saya merasakan mencari kawan di laman sosial itu sekadar suka-suka, maka saya telah merugikan diri saya sendiri kerana telah membuang masa dengan perkara sampah seperti itu. Satu lagi perkara yang amat saya benci bila diri saya lakukan, adalah berchatting perkara yang tiada asas.
Well, dalam kepala saya hanya satu iaitu menggunakan Facebook untuk kepentingan saya untuk berjaya di masa akan datang. Setakat hari ini, saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook. Terkejut? Dahulu saya rasa ianya perkara yang mustahil tapi akhirnya, saya dah buktikan pada diri saya yang ianya langsung tidak mustahil. Tidak mengapa, saya akan ulas perkara ini di dalam keluaran ebook pertama saya yang akan datang.
Bagi saya, saya masih jauh lagi dalam untuk berada di dalam kelompok orang-orang yang berjaya biarpun sesetengah orang disekeliling saya menganggap saya seorang remaja yang berjaya. Ya, manusia tidak pernah puas dan saya termasuklah di dalam golongan itu. Berpuas hati dengan sesuatu sebelum masanya, adalah sesuatu yang merugikan. Namun dihati, haruslah tebal dengan rasa syukur. Alhamdulillah.
Sedang melayari Facebook sebentar tadi, saya didatangi pula satu soalan dari seseorang. (more…)
Hari ini merupakan hari yang agak berinspirasi untuk saya tapi sedikit memenatkan. Minggu lalu mungkin satu minggu yang amat baik untuk soal perniagaan di dalam hidup saya tetapi agak kurang sedikit di dalam soal hati dan perasaan. Dalam 1 tahun 3 bulan dan 15 hari kami bersama, ini kali pertama kami bergaduh yang agak dasyat juga. Tapi saya maintain. Masih lagi seorang lelaki yang kool dalam menyelesaikan masalah. Bila dah baik balik, tentunya perasaan cinta itu bertambah beribu kali ganda rasanya. Ah, persetankan tentang itu kerana ianya bukanlah penting sangat.
Saya masih ingat semasa saya masih kecil, saya tidak pernah dipukul oleh kedua ibu-bapa saya. Sehinggalah dah besar panjang begini. Kalau dimarahi tu biasalah. Budak-budak bukan? Tapi menurut mereka, saya seorang anak yang baik dan sentiasa dengar kata. Eh, biar betul? Kata mereka lagi, sukar sekali untuk melihat saya melawan kata atau buat perangai di belakang pengetahuan mereka.
Orang kata, budak-budak masa kecil kalau berperangai baik, nanti dah besar akan terjal dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, mungkin saya masih dapat mengekalkan keperibadian saya sehingga ke hari ini. Kedua ibu-bapa saya bukanlah orang senang, tetapi mereka tidak pernah mengajar saya tentang kehidupan yang susah. Mereka tidak pernah mengajar saya bagaimana susahnya untuk mencari duit. Alasan mereka, tidak mahu kehidupan saya sama seperti mereka, susah seperti mereka. (more…)
Pagi ni update blog dari Mamak RNK Bistro, Pandan Mewah. Dah nak pukul 6 pagi ni, saja online temankan member yang mata dah berakar katanya. Sakit mata lah tu. Tadi masa on the way ke sini, terfikir tentang teknologi. Makin hari teknologi makin canggih sampai tak terkejar. Kalau langsung tak kejar, pasti akan tertinggal. Kenapa Khai kata macam tu?
Ok, kita ambil laptop sebagai contoh. Makin hari makin canggih laptop di jual kat pasaran. Orang kata, laptop ni akan expired dalam masa 2 tahun. Maksud dia tu bukan laptop tu akan confirm jahanam dalam masa 2 tahun, tapi dalam masa dua tahun pastinya laptop tersebut akan dikategorikan sebagai laptop yang ketinggalan zaman. Kenapa?
Hari demi hari, pelbagai software yang dikeluarkan. Dan rata-ratanya menerima sentuhan terbaru dan canggih untuk setiap keluaran. Kita ambil contoh Adobe Photoshop. Kalau laptop kita 2 tahun lalu boleh run Photoshop CS2 dengan bergaya, hari ini laptop yang sama kalau nak run Photoshop CS5 pastinya akan mengalami masalah lagging dan sebagainya. Cara developer nak paksa orang ikut perkembangan ni, sebab tu CS5 punya file tak boleh buka kat CS2 dan sebagainya. (more…)
Sengaja nak menceriakan dunia blog. Wordless Wednesday ni adalah satu rutin bagi ramai blogger untuk mengeluarkan artikel pada hari Rabu di mana tiada sebarang ayat diperlukan di dalam artikel tetapi hanya satu gambar sudah cukup menceritakan segalanya. InsyaAllah setiap hari Rabu lepas ni pun Khai akan post satu gambar random yang diambil pada setiap minggu. Klik gambar untuk paparan sebenar ya?
Hi guys. Disebabkan dah takde apa kerja lagi nak buat, ini masa paling sesuai untuk update Justkhai. Tak tahu nak update apa. Ada lagi ke orang yang nak baca Justkhai ni? Hehe. Hope ada lagi la yang sudi membaca walau dah beberapa minggu kecundang tanpa update. Artikel kali ni lebih kepada personal, sekadar nak mencari mood untuk kembali menulis blog ini
Khai sebenarnya takde la busy mana, cuma saja buat-buat busy. Dengan buat-buat busy, kita akan mengisi setiap kelapangan masa yang ada dengan sesuatu yang bermakna dan berguna. Orang kata, “busy is a good problem”. Ya memang betul lah tu.
Dari blogger jalanan ke blogger aircond.
Maknanya, dulu Khai adalah blogger yang boleh online di mana-mana sahaja Khai suka tapi sekarang dah ada office sendiri. Oh! Media kini alhamdulillah, dah lebih meluas dari dulu dan kini dah ada beberapa krew yang bekerja kerana sayangkan jenama ini. Ada yang rasmi, ada yang sementara. Kena lihat dulu bagaimana prestasi mereka. Dulunya, kita try untuk push online market, tapi sekarang kita try untuk push offline market pula. Dengan lebih ramai kakitangan ni, satu sahaja harapan agar jenama ini dapat berdiri lebih gah dan bukan masih ditahap yang sama sahaja. (more…)
Tadi Khai dengan beberapa member yang lain try nak makan kat satu tempat baru ni, tapi tempat tu tutup pulak. So bila dah tak tahu nak makan kat mana, Khai suggest diorang untuk cuba satu burger yang pemes ni kat Keramat. Siapa lagi kalau bukan Burger Bob.
Burger Bob ni memang best dan memang tak jumpa kat tempat lain. Dari satu blog yang bercerita tentang kedai burger pernah Khai baca sebelum ni, dia cakap hanya ada dua stall burger sahaja yang paling best kat Malaysia ni. Kiranya dia yang memang rajin jalan-jalan cari burger paling best tu, hanya suka kepada dua burger ini sahaja. Satu di hadapan 7 Eleven, Pandan Jaya dan satu lagi di AU 5C, Keramat.
Ini kali kedua Khai ke Burger Bobby ni atau lebih mesra dipanggil Burger Bob. Dulu sedap, sekarang pun still sedap lagi. Dengan kedai burger dia yang dalam kawasan rumah dan amat jarang ada kereta lalu-lalang, still ramai orang yang datang. Memang ramai yang sanggup datang dari jauh untuk cuba sendiri Burger Bob ni termasuklah kitorang sendiri. (more…)
Khai tak berapa ingat, maybe dalam 3 minggu yang lepas macam tu, Khai ada buat pembelian satu aksesori untuk Macbook ni. Aksesori ni taklah seberapa pun tapi memang menarik kerana ianya akan menutup sedikit logo Apple yang berlampu tu hingga nampak macam kepala orang dengan penuh kretif sekali. Macbook ni memang jenis laptop yang tak sesuai untuk ditampal apa-apa sticker sebenarnya kerana mencacatkan ke’seksi’an yang ada pada Macbook tersebut. Tapi untuk sticker kali ini, ianya langsung tidak menjejaskan penampilan seksi untuk sesebuah Macbook.
Khai dapat tahu ni dari Faizah Chokilala. Dia yang beli sticker ni dulu. Tak tahu la dia tahu dari mana. Then Khai tanya beli kat mana, dia pun kasi website sticker ni, www.stickwithmebaby.com. Selepas menjelajahi beberapa minit web tersebut, terus tertarik untuk cuba beli satu. Banyak design untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keperibadian tuan Macbook. Pembayaran dilakukan melalui Paypal atau kad kredit.
Penghantaran mengambil masa hampir 2 minggu lebih untuk sampai ke rumah Khai disebabkan penjual sticker tersebut beroperasi di Barcelona, Spain. Cakap banyak pun tak guna, gambar berikut mungkin menjelaskan semuanya. (more…)
Hari ni dah masuk hari raya ke-4. Biar betul baru hari raya ke-4? Kalau dulu time-time macam ni, orang masih berjalan-jalan dari rumah ke rumah lagi. Budak-budak mencari duit raya dan yang dewasa, terus merapatkan silraturahim. Hari ini apa yang kita nampak pada hari ke-4? Keadaan yang sama seperti apa yang kita biasa nampak hari-hari yang bukan hari raya. Kenapa agaknya perkara ini terjadi? Ini apa yang terlintas secara spontan di fikiran Khai.
1. Kewujudan Social Network
- Susah nak jumpa kad raya lagi dah sekarang ni. Apatah lagi nak dapat. Kalau pergi kedai, ada la kat sudut-sudut terceruk mereka letak kad raya tu. Sebabnya dah kurang permintaan. Kalau dulu, sampai kat luar kedai diorang letak dan sekejap je dah habis. Pelbagai cara dilakukan seperti meletakkan kartun-kartun yang menarik pada kad raya tapi tetap macam tu ajelah. Ramai yang lebih prefer untuk mengucapkan Selamat Hari Raya melalui Twitter dan Facebook. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerana ianya teknologi yang memudahkan. Tentulah ramai yang lebih memilih jalan mudah dari yang leceh.
2. Menggunakan SMS
- Selain dari Twitter dan Facebook, orang wish hari raya ni ikut SMS aje. Bila dah send SMS, tak pedulilah samaada penerima SMS tu baca atau tidak, kita akan terus consider yang kita dah pun mengirimkan “kad raya” versi digital kepada mereka. Hakikatnya, sentimental value tu langsung tiada. Ya, langsung tiada. Baca sekali imbas, terus lupa. Apa lagi kalau delete terus SMS tu, apa pun takde yang tinggal berbanding kad raya yang berbentuk fizikal. 10 tahun akan datang pun insyaAllah ada lagi dalam laci rumah kita. (more…)
Seronok bila dah sampai kampung. Bila umur dah 20-an ni, dalam setahun tu boleh kira beberapa hari je akan balik ke kampung. Kononnya sibuk sangat la ye tak? Hehe. So bila dah sampai hari raya macam ni, gunakan peluang yang ada tu untuk pulang ke kampung. Best bila ada kampung ni. Rasa rugi sangat la sesiapa yang takde kampung ni. Hehehe. Untung saya dilahirkan sebagai seorang anak kampung. Hehe.
Pagi semalam lepas sahur je gerak terus dari KL. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke kampung Khai di Negeri Sembilan. Sampai je depan rumah, terus nampak buah rambutan dah bergantung-gantung bukan main merah lagi. Serius menguji keimanan saya yang sedang berpuasa. Hehe. Ni semua adik beradik dah balik. Awal mereka balik (baguslah tu). Hehe. Seronok bila nengok mak abah gembira anak-anak dia balik awal-awal sket untuk buat persiapan hari raya. Lagi seronok bila nengok anak-anak saudara main. Macam-macam ragam mereka ni.
Abang Ipar layan PES2011 kat PS3
InsyaAllah, esok kita dah raya dan hari ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita. Entah ada kesempatan lagi nak bertemu ramadhan tahun depan atau tidak, wallahualam. (more…)
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.