Archive for 'Kisah Cinta'

Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 2)

Sambungan kepada Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1).

hukum-karma-2

Berbalik kepada kisah aku yang tak berkesudahan pada bahagian entri ini yang sebelumnya, bukan mudah untuk aku ceritakan. Mungkin ada yang menanti sambungan entri ini. Jadi aku sambung entri ini walau pada hakikatnya, aku tak rela sebenarnya. Aku tak berniat nak kisahkan ceritera cinta aku di sini, tapi anggaplah kisah aku dan kisah dia, sedikit sebanyak menambahkan asam garam dalam kehidupan kita semua. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan aku.

Aku mempunyai kekasih. Orang yang paling aku sayang. Pernah dulu aku meletakkan dia nombor 1 di dalam hidup aku. Biasalah, budak baru nak kenal erti cinta sebenar kononnya.

Tiap kalinya dia merindukan aku, tanpa sempat ingin merasa rindu, terpacak aku hadir di sisinya. Dek kerana taknak dia merengek, habis sahaja azan aku terus memecut ke sana dan kadang-kala dari habis azan, terus berkumandang azan yang seterusnya, aku masih tidak mengambil air sembahyang (faham-faham je lah maksudnya). Nyatanya betapa bodoh dan banggangnya aku hanya kerana keinginan seorang wanita, aku abaikan perkara yang patut aku dulukan. Itu dulu, sekarang insyaAllah tidak lagi. (more…)

Posted on 30 March '10 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta, Motivasi. 92 Comments.

Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1)

* Izinkan Khai menulis entri ini menggunakan “aku” instead of “Khai” seperti selalunya. Anggaplah ini luahan hati dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

Dalam kehidupan kita ni, semua orang akan bercinta. Aku, kau, dia, semuanya akan bercinta. Cinta bukan hanya terletak pada kekasih hati. Mungkin cinta kepada pencipta, mungkin cinta kepada ibu-bapa dan keluarga atau mungkin cinta kepada harta-kebendaan. Tapi dalam kes aku ni, nak cakap pasal percintaan bersama kekasih hati lah.

Mungkin ramai yang masih belum pernah bercinta. Samaada merasakan dunia percintaan hanya satu pembaziran atau mungkin masih belum bertemu insan yang bernama cinta. Ramai juga yang kata taknak bercinta sampai bila-bila atau mungkin tidak mahu berkahwin, tapi sebenarnya sebagai manusia yang normal, jauh tersimpan di lubuk hati perasaan cinta. Perasaan mencintai dan dicintai. Itukan lumrah yang Allah jadikan bukan? Sesuatu yang menyeronokkan bila kita tahu diri kita dicintai dan disayangi. Begitu juga betapa feeling’nya perasaan mencintai seseorang samaada insan yang di’impikan itu tahu atau tidak. Atau mungkin pura-pura tak tahu. Stalker!

Aku seorang lelaki dan mungkin pembaca blog Justkhai ini lebih ramai wanita dari yang lelaki. Jadi aku tidak pernah berniat untuk melabelkan wanita sebagai sesuatu yang tidak enak. Ibu aku, kakak aku dan nenek aku juga seorang wanita. Jadi apa adanya untuk berbuat demikian?

Dalam kehidupan, (more…)

Posted on 16 March '10 by , under Kisah Cinta, Motivasi. 102 Comments.

Siapa nak Google Wave?

8JCBMV5KZKWS


* Klik gambar untuk saiz sebenar

Wohha! Siapa nak invitation Google Wave? Ada 8 je invitation ni. Google Wave ni bagi Khai akan menggantikan semua teknologi chatting yang korang pernah dengar. Banyak plugin best dan mudah untuk share gambar serta apa-apa file di bawah satu conference. History pun takkan di padam jadi sama macam korang discuss dalam email cumanya ianya lebih berbentuk conference bukan dengan seorang tapi dengan ramai member dalam satu-satu masa.

Chatting pula ada banyak jenis. Chatting saja-saja buang masa, chatting berilmiah atau mungkin meeting dengan rakan-rakan sekerja juga. Itulah penerangan Google Wave secara ringkas dan padat. Nak tahu lebih lanjut, boleh Google sendiri. Kalau nengok screenshot kat atas tu pun korang fahamlah.

So siapa yang tak nak cuba Google Wave ni memang rugi sangat lah kot. Ramai yang dah ada akaun Google Wave, korang bila lagi?

Ada satu syarat kalau korang nak invitation dari Khai. Senang je. (more…)

Posted on 24 November '09 by , under Kisah Cinta. 60 Comments.