Archive for 'Istimewa'

Allah Selamatkan Kamu, Pak Hassan

Hari ni hari jadi abah aku. Dah makin tua abah aku sekarang. Masuk 59 tahun dah umur dia. Aku sedar makin tua dia, makin meningkatlah umur aku. Sejauh mana kehidupan aku selama hampir 22 tahun ini mampu membuat dia ketawa? hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Kepada Abah, orang sayang abah sangat-sangat. Tak lebih tak kurang rasa sayang orang dengan mak. Abah adalah abah terbaik di dunia bagi saya. Abah tak pernah walau sekalipun pukul orang time kecik dulu tapi tanpa pukul dan marah-marah, abah tetap berjaya jadikan orang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah.

Setiap satu dan sekelumit dosa orang didunia ini, bukanlah ditanggung salah abah dan mak lagi tapi salah orang sendiri. Tahniah kepada abah kerana berjaya membimbing kita sekeluarga sehingga ke tahap ini. Sesungguhnya, orang bersykur atas segala-galanya dan rasa betul-betul beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga Pak Hassan. (more…)

Posted on 22 May '10 by , under Hidup Khai, Istimewa. 60 Comments.

Ada Apa Dengan Crocs?

Justkhai-Crocs-Logo

Crocs? Rasanya satu Malaysia dah kenal apa lagi dunia. Walaupun korang tak minat, tapi mesti selalu nampak orang pakai kan? Tak pun kalau pergi Uptown Downtown, itulah yang paling banyak kedai jual. Dah macam takde benda lain nak jual. Semua nak jual brand buaya darat ni. Ada seorang makcik ni dulu Khai perasan dia jual kain baju kat Downtown. Sekarang ni dah tak jual kain dah tapi jual Crocs. Huh! Anyway, ini adalah sebuah cerita pendek (cerpen?) dari mana diriku mengenali dan bagaimana diriku boleh berminat dengan jenama dan design si buaya darat yang diberinama, Crocs!

Last year, Khai nampak seorang mamat Chelsea kerek ni pakai CrocBand warna biru line merah. Oleh kerana mamat tu kerek semacam (mungkin dia bajet awek dia tu cun), terus rasa meluat nengok dia dan kasut-kasut tu sekali. Dan tak pasal-pasal dengan awek dia yang tak bersalah tu pun meluat jugak nak nengok. Hahaha. Errr, tapi memang awek dia cantik pun! (more…)

Posted on 7 May '10 by , under Hidup Khai, Istimewa, Review. 84 Comments.

Respon Khai Pada Dunia – Part 2

Artikel berikut adalah kesinambungan dari artikel Respon Khai pada Dunia – Part 1.

i-love-u

Salam guys. W00t!! Hampir terlupa untuk udpate Justkhai ni. Manjang rajin update Oh! Khai tu je. Hehehe. Tapi memang betul la bukan senang nak update Justkhai ni sebab tak boleh nak cerita yang biasa-biasa (expectation korang agak tinggi). Apalagi hal personal, semuanya dah Khai pindah masuk Oh! Khai dan Khai rasa korang yang rajin masuk Justkhai ni pun nak baca something yang bermaklumat dan berfaedah. Who cares about me? Betul tak?

Ok, kesinambungan untuk Respon Khai pada Dunia – Part 1, kita teruskan untuk Part 2 pula. Macam biasa, 5 respon diberikan dalam setiap bahagian.

6. Who the Hell behind Petaling Street, Downtown, Uptown etc?

downtown-kl

Kerat jari kalau korang tak kenal semua tempat-tempat ni. Uptown Damansara, Uptown Danau Kota, Downtown Cheras, Downtown Shah Alam dan Petaling Street. Dan Khai sanggup kerat jari kuku (huhu) kalau ada lagi antara korang yang tak pernah jejak tempat tersebut untuk beli baju, kasut atau at least baju dalam! Woot!

Kat situ semua murah-murah dan sedia maklum kesemua benda yang dijual kat tempat-tempat macam tu, memang bukan original dan kebanyakkan barang datang dari negara China dan Indonesia. Persoalannya, bolehkah tempat-tempat macam tu boleh ada di Malaysia dengan senang hatinya?

Polis mana? (more…)

Posted on 27 April '10 by , under Daily Craps, Istimewa, Motivasi, Tergempar. 82 Comments.