
Entri ini agak menarik untuk dikongsikan. Makna dayus seperti yang semua orang tahu adalah lelaki yang takut pada perempuan. Contoh seperti si suami yang takut kepada bini. Hurm, harap Khai nanti takde la jadi macam tu. Taknak tidur kat luar weii.. Hehehe.
So dalam entri kali ni, Khai nak menyampaikan apa yang Khai tahu kepada korang semua. Sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Untuk panduan diri Khai sendiri dan mungkin juga korang semua. Apapun ingat, Saidina Umar RA pernah berkata yang sehina-hina lelaki adalah lelaki yang tunduk pada wanita. Jika ada lelaki-lelaki yang takut pada bini kat luar sana, mahukah korang menjadi lelaki yang hina. Dan tahukah korang bahawa lelaki dayus, tiada ruang’nya untuk bau Syurga Allah Swt. Nauzubillah..
Apapun dayus bukan saja bermaksud untuk lelaki yang takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut kepada kaum wanita. Khai cukup benci bila dengar orang perempuan kata yang diorang ni setaraf je dengan kaum Adam. Agaknya mereka sedar atau tidak, mereka hanya dijadikan dari tulang rusuk Nabi Allah, Adam. Hanya tulang rusuk. Bagaimana boleh dikatakan setaraf. Jangan cakap korang setaraf dengan lelaki bila mana korang tak pernah mampu kencing berdiri. Hahaha. Gurau je wei.. Jangan marah yer coz entri ni bukan nak ‘down’ kan kaum wanita ke ape, cuma nak beri sedikit kesedaran.
Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:
1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. (more…)
Ditulis pada 23 January '09 oleh KhaiHassan | 1,552 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 62 Respon
Puduraya, tak perlu diperkenalkan. Selain dipenuhi dengan bas lalu-lalang yang entah datang dari mana. Kadang-kadang ada tahap yang pelik namanya. Takpe tu tak penting. Beberapa jam Khai menunggu seseorang di Puduraya, sempat jugak untuk nengok pelbagai ragam manusia. Hurm, memang Puduraya satu tempat yang penuh warna-warni ragam manusia pelbagai rupa. Penyangak pun tak kurang ramai kat situ. Kalau rasa macam nak kene “POW” tu, pandai-pandai la simpan duit backup dalam stokin. Hahaha. Kalau perempuan, paham-paham je la tempat apa paling strategik kat bahagian kolar baju tu.. ehehe..
Polis berdaya kreatif

Dua orang polis trafik yang berada di tempat yang amat strategik. Dalam tempat parking kereta stage 2 kat Pudu tu, Khai nampak dua orang lelaki berbaju putih atau tak perlu Khai perkenalkan lagi, mereka adalah Polis Trafik. Dari jauh tanpa berkelip Khai perhatikan apa yang diorang buat ni. Mata penuh sayu lagi kesian (ala-ala kucing dalam cerita Shrek) merenung jauh ke depan dan kemudian menulis ke bawah. Lama Khai perhatikan mereka. Oh, sekali diorang tengah seronok menulis surat saman. So lepas ni bila korang park kereta atau motor kat depan Puduraya tu untuk ambil orang, hati-hati kerana dengan meletakkan kereta di situ dengan harapan selamat kerana tak nampak kelibat polis or DBKL, rupanya diorang ada dicelah-celah bangunan daaa.. Sekali lagi, hati-hati.
Peluk-peluk di’khalayak ramai

Well, ini perkara dah macam “lumrah” kat Malaysia ni apa lagi di Kuala Lumpur. Kalau nak sebut peluk-peluk tu, kat mana-mana aja korang boleh nampak kan. Lagi-lagi mereka yang datang dari luar negara. Cuma apa yang Khai nampak kali ni pelik sikit. (more…)
Ditulis pada 20 January '09 oleh KhaiHassan | 898 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 44 Respon

Tahniah buat PAS kerana memenangi pilihan raya kecil bahagian Kuala Terengganu baru-baru ini. PAS menang majoriti lebih dari 2000 undian berbanding dengan kemenangan UMNO di tempat yang sama. Samaada korang Pro Umno mahupun Parti Keadilan Rakyat, mahu tidak mahu ini negara demokrasi, buka minda dan hati untuk menerima. Kira bagus apa ada pemimpin yang bukan sekadar ambil hal hal duniawi, tetapi juga soal akhirat kelak.
Seramai 63,993 atau 79.9 peratus daripada 80,229 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November 2008. – Sumber Berita Harian.
Dari respon seorang pembaca di Justkhai, mengenai kes kepala babi dalam Surau Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya.. Melihat dari gambar, dah cukup membuktikan bertapa kurang ajar’nya “mereka” yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi beralaskan bendera PAS di dalam sebuah surau. Dalam korang sibuk-sibuk memboikot sana-sini barangan Israel (ye la tu korang boikot? Hehe), tak tahu la kalau tak rasa apa-apa dengan apa yang jadi ni. Bukan bendera PAS yang ingin di jadikan isu (peduli apa), tapi kepala babi di dalam surau. What a rude? Satu dunia pun tahu kan babi adalah haiwan yang cukup sensitif dalam kehidupan sebagai muslim.
Bagi Khai, apa yang dah terjadi dan bakal terjadi lepas ni, semuanya (more…)
Ditulis pada 19 January '09 oleh KhaiHassan | 1,375 views telah diterima.
Dalam kategori Politik | Promo di Twitter! | 49 Respon