
Pernah makan Pringles? Korang suka makan? Kalau korang suka makan, Khai pun suka makan. Best kan? Di Petronas, di 7-Eleven atau di mana-mana pasaraya pun, korang pasti akan ternampak lambakan Pringles yang tersusun rapi. Persoalannya di sini, sejauh mana status halal makanan ringan yang terlalu popular ni? (more…)
Ditulis pada 18 August '08 oleh KhaiHassan | 4,155 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 93 Respon

Hi all. Membaca entri di blog Mohd Ismail membuatkan Khai menyokong apa yang ada dalam kepala Khai selama beberapa minggu ni. Merdeka, korang pon mesti perasan dengan amat-amat ketaranya perbedaan antara sambutan kemerdekaan negara ke-50 dengan yang ke-51 untuk tahun 2008 ni. Alahai, kesian. Sangat kesian.
Ismail menyenaraikan beberapa perkara yang selalunya pasti ada setiap tahun bila tiba bulan kemerdekaan.
1. Iklan kemerdekaan penuh artistik & penghayatan dari Petronas.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang.
3. Penjualan Jalur Gemilang secara besar-besaran.
4. Pertandingan reka logo & tema hari kebangsaan.
5. Pengumuman logo & tema hari kebangsaan.
6. Kereta Proton penuh dengan Jalur Gemilang.
Masih ingat sambutan tahun lepas, seingat Khai, bulan Februari lagi dah sibuk dicanang mengenai sambutan pada bulan Ogos. Awal tahun dah terasa semangat kemerdekaan tu. Untuk tahun ni, rasanya bahang politik yang paling terasa. Tambah-tambah bila kerajaan sekarang ibarat hidup segan mati tak mahu. Khai tidak menyokong mana-mana pihak tetapi tuhan berikan kita akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak, ia tak?
Dek kerana harga minyak naik, sambutan tahun ni dikurangkan modalnya dari 4 juta ke 2 juta. Baguslah tu kalau nak elakkan pembaziran tapi kalau penjimatan modal ini berkaitan dengan harga minyak, di mana rasionalnya? Kau kurangkan modal sampai 100 ribu sekali pun atas dasar minyak naik, apa keuntungan yang kami dapat? Isi minyak tetap sama, Mahal!! Lainlah kalau kau kurangkan dari sebab penjimatan sambutan merdeka tu. (more…)
Ditulis pada 16 August '08 oleh KhaiHassan | 1,923 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 26 Respon
* kalau keluar suruh enter email, tekan X kat sebelah kanan atas.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tiba masanya untuk Khai mengumumkan para pemenang pertandingan design birthday card yang merupakan buat pertama kalinya berlangsung di blog ini. Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tak berapa nak menang, jangan putus asa, korang semua hebat cuma ada mereka yang lebih hebat kerana usaha mereka lebih sikit daripada korang.
3 orang juri tidak termasuk Khai dah memilih mana design yang bukan setakat cantik, tetapi keaslian, kerumitan dan segala jenis aspek lagi turut diambil kira. Ada beberapa kad yang kami detect hanya menggunakan wallpaper dari internet kemudian just tambah ayat-ayat sikit je. Itu bukan design, tapi itu adalah design si pencuri. Hehe. Jangan maraa..
Para Pemenang: (more…)
Ditulis pada 12 August '08 oleh KhaiHassan | 1,820 views telah diterima.
Dalam kategori Acara, Istimewa | Promo di Twitter! | 29 Respon