
Khai tak tahu ape dah jadi dengan Advertlets. Dahulunya mereka sebuah syarikat pengiklanan di internet yang paling Khai percaya instead yang satu lagi tu, Nuffnang. Di blog merata sana-sini orang bercerita pasal Advertlets. Iklan Advertlets dilihat merata-rata. Letak iklan Advertlets pernah diperkatakan sebagai satu kemestian. Kalau kau tak letak, kau bukan blogger namanya.
Tapi itu dulu. Situasi seperti itu susah sekali untuk dilihat hari ini. Ramai blogger yang dah mula jemu dengan taktik mereka. Bahkan, penyokong tegar Advertlets seperti Mohd Ismail juga dah lama menurunkan iklan Advertlets dari blog beliau. Pastinya Rumpun II tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Kalau ada pun, pastinya tanpa Advertlets. Duit iklan amat susah sampai ketangan kita. Berbanding dengan yang satu lagi, Nuffnang. Sebulan dua lambat kita boleh terima lagi. Mungkin mereka ada problem. Tapi kalau dah berbulan-bulan, itu bukan problem lagi, tapi biggest problem yang tidak berkesudahan atau lebih mudah dipanggil sebagai buat-buat lupa, buat-buat tak nampak. (more…)
Ditulis pada 16 June '08 oleh KhaiHassan | 656 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 40 Respon

Semalam lepas makan tengahari (before masuk waktu solat jumaat) kat Street Mall Cyberjaya, Khai terlibat dalam sebuah kemalangan. Waktu rehat hari Jumaat awal, jam 12 macam tu. Member Khai, BigShow nama gelarannya sms ajak makan kat Street Mall. So Khai pun follow je la naik kereta Produa ViVa baru dua minggu keluar kilang dia tu. Harta yang pastinya buat masa ini, paling dia sayang.
Masa nak keluar dari Street Mall tu, boleh pulak datang sebuah teksi merah dari arah bertentangan. Gedegak!!! habis remuk sebuah Produa ViVa dan sebuah teksi merah buruk bermodelkan Proton Saga. Khai dan BigShow keluar kereta. Pemandu teksi tu pun. Bigshow keluar tapi diam tergamam. Terkejut melihat ViVa baru dua minggu yang remuk di sebelah kanan. Khai bersuara, “Ape ni Pakcik, yang masuk jalan orang tu ape hal!! Dah tahu jalan sempit ramai orang parking, slow la!!”.. (more…)
Ditulis pada 14 June '08 oleh KhaiHassan | 1,128 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 40 Respon
Eh, Khai ade blog rupanya. Hahaha. Punye la busy dengan internship sampai dah kurang masa nak update blog ni. Lagipun tengah nak develop balik Scukz tu. Kesian ko JustKhai. Apepun, ni nak update la ni.
Ini mengenai dua plugin untuk Firefox. Sebelum ni Khai tak amik berat sangat pun pasal dua extension ni. Tapi bila dah internship kat company web design ni, nak taknak, kat PC office pun pakai, kat Laptop pun pakai.
Thanks to Peter (Khai punya office mate yg kacak bergaya) sebab memperkenalkan dan tunjuk Khai satu-satu semua fungsi kedua-dua extension Firefox ni. Jika korang seorang yang bercita-cita menjadi web designer or web developer, Khai wajibkan untuk korang download. Kalau cita-cita korang just main internet untuk Myspace yang langsung tidak memberikan korang duit, abaikan saje lah.
1. Firebug – Firefox Extension/plugin

– Khai terpegun dan terpersona dengan ke’dasyat’an plugin seperti ini. Pendek kata, dengan plugin seperti ini, korang boleh detect apa yang salah dan betul dalam website korang tu dalam sekelip mata. Korang juga boleh inspect any coding dari mana-mana website sekalipun. Untuk kaki curi design n theme orang, rasanya plugin ni wajib untuk korang. Kalau before, korang nak try and error dengan cara leceh like download upload guna ftp file korang tu, dengan Firebug korang boleh buat editing any coding secara live. Untuk apa-apa website sekalipun. Nak menjahanamkan website orang pun boleh tapi untuk suka-suka korang je la. Web sebenarnya tetap macam tu jugak. Korang cubalah sendiri. Tahu la apa yang Khai bebelkan ni. Atau lihat DEMO dia di sini.
Firebug Download Link: Here | download & counting…
2. Web Developer – Firefox Extension/plugin

Ini lagi satu kegunaan para pembangun website di dunia. Nama plugin pun dah “web developer” ye tak? Apa yang seronoknya kalau korang ada plugin ni? Banyak juga function yang sama seperti Firebug, tapi Web Developer ni bagi Khai kelihatan lebih complete untuk para web designer n developer. Nak disable Myspace CSS pun boleh supaya korang lebih senang nak customize page kat sane. So ini satu lagi plugin yang tidak merugikan korang langsung malah amat menguntungkan untuk dicuba. Boleh lihat DEMO di Youtube.
Web Developer Download Link: Here | download & counting…
Pssttt: Ini tips berguna untuk mereka yang menggunakan Photoshop untuk edit gambar yg nak diletakkan dalam blog/website. Bila nak save, janganlah save as (ctrl + s), tapi gunakan save for web (ctrl + alt + shift + s). Untuk gif, gunakan dafault setting. Kalau Jpg pula, set kan quality hanya 75 sahaja. Inilah tips yang digunakan oleh para web designer untuk hasil gambar yang tiada cacat cela tapi bersaiz ringan.
Ditulis pada 13 June '08 oleh KhaiHassan | 628 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 15 Respon