Petikan dari email yang diforward.. amat menyakitkan hati bila di baca..
Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.
Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.
Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu? (more…)
Ditulis pada 7 June '08 oleh KhaiHassan | 533 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 25 Respon

Akhirnya, berupdate jua blog ni seperti yang dijanjikan. Penat seribu kali penat. Internship dah bermula isnin lepas. Malam ni rasa merdeka sikit sebab esok (sabtu) dan lusa cuti. Punyalah rasa dua hari tu penuh bermakna. Seperti yang Khai cerita dulu, Khai dapat industrial traning kat Limkokwing University di mana di situlah tempat Khai study. Syukurlah sebab tak payah susah-susah cari company lain macam member lain tu. Dapat Khai simpulkan di sini, seminggu kerja ni memang penat. Masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik tak tentu kadang-kadang pukul 6 dan macam hari ni bila kerja berlambak, baliklah lambat sikit pukul 7:30. Tapi kerja kita enjoy buat kan, balik baru rasa penat.
Nak tahu dalam seminggu internship ni apa kerja Khai? Kalau korang masuk official website of Limkokwing University, korang boleh lihat berita-berita kat depan tu semua Khai yang siapkan. Prosedur dia teramatlah rumit tapi alhamdulillah, sekali si Peter (office mate) tunjuk, Khai dah dapat buat sendiri. Selain itu, Khai juga terlibat untuk design footer bagi website Limkokwing University V7 (still belum release) yang mungkin akan direlease beberapa minggu lagi. (more…)
Ditulis pada 6 June '08 oleh KhaiHassan | 670 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 12 Respon
Tak mahu cerita panjang, korang pergi la nengok sendiri kat Scukz tu sebab Khai dah cerita panjang lebar apa dah jadi dengan Scukz. Sekarang Scukz berada di bawah Exabytes dan tiada lagi sebarang kena mengena dengan CGYhost yang Khai rasa dah sampai tahap bankrupt dia kot (seperti kata ex-staff dia)..
psstt: Khai dah hampir seminggu mula praktikal sampai takda masa untuk blog dan Scukz. Entri terbaru nanti Khai story la sikit pasal internship tu ye. Penat sangat. Pergi pukul 8:30 pagi, balik pulak hari-hari pukul 7 malam. Sadis siot.. Mungkin korang nak tahu ape kerja Khai untuk Internship ni. Nanti Khai story ok. Jom la join Scukz!!
Ditulis pada 5 June '08 oleh KhaiHassan | 608 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 13 Respon