Entri ini khas untuk semua warga Scukz atau mereka yang mengenali apa itu Scukz.
Khai hentikan sementara entri best-best untuk semua pembaca blog ni bagi memberi laluan kepada entri khas mengenai isu Scukz dan CGYhost yang tiada kesudahan. Buat pembaca baru, Scukz lah yang memperkenalkan Khai dalam dunia maya ni. Scukz adalah sebuah komuniti remaja di Malaysia dan mempunyai pengikut-pengikut setianya yang tersendiri dan Scukz pula telah disponsor oleh CGYhost sejak dari awal penubuhannya. Nak tahu lebih lanjut, Google adalah tempat yang paling sesuai.
Sebelum itu, korang semua dijemput membaca komen dari orang-orang besar CGYhost semalam di dalam entri Crazy of Luck + Hoster Problem. Baca segala reply dari Encik Yazrie selaku CEO CGYhost. Kalau dah baca, baru korang boleh teruskan baca entri ni.
Ok, first of all, tanpa berdolak-dalih, Khai ingin memohon maaf dari pihak CGYhost tentang beberapa entri lepas yang dilihat telah menghentam CGYhost secara sinis sekali. Malam tadi, Yazrie sendiri hubungi Khai dan kami berbual agak lama jugak la. Yazrie bercerita tentang apa yang dah jadi dan apakah arah tujuan CGYhost selepas ini. Itu membuatkan ura-ura CGYhost sudah bankrupt seperti yang Khai dapat dari bekas staff-staff mereka terus lenyap dari fikiran Khai. Kenapalah baru sekarang kau call aku Yazrie. Kalau dari dulu kan ni semua tak jadi. Sebagai special customer seperti Scukz, berilah tahu Khai dulu sebab Scukz membantu mempromosikan CGYhost. Bila jadi perkara macam ni, orang salahkan kita.Tapi tak boleh salahkan Yazrie sebab dia cakap, dia sakit. Apapun Khai doakan, semoga cepat sembuh.
Ok, kalau dilihat, entri yang Khai tulis tu bertarikh selepas hampir sebulan Scukz down. Sebelum itu, Khai hanya bersabar dan mendiamkan diri dan menunggu sebarang email pemberitahuan sebab dari pihak CGYhost. Yela, web dekat sebulan tak boleh masuk. User plak ramai yang complain sampai takde mood nak reply sorang-sorang kat YM tu. Lama-lama meletup jugak. Sampai terwujudnya Justkhai.Com ni. Buat pengetahuan semua, blog ini disponsor oleh si gadis manis, Syia dan dihostkan di Exabytes. 100% tidak termasuk dalam network Scukz dan sponsorship dari CGYhost lagi.
Aku rindu.. Aku terlalu rindu.. Aku rindu dengan Scukz.Com.. Aku terlalu rindu untuk design welcome page dia. Aku rindu untuk meng-edit itu dan ini. Aku rindu dengan forums dan semua ahli-ahli forums lebih 10 ribu orang. Aku rindu dengan semua division yang aku buat hampir setiap minit waktu aku online sebelum ini. Aku rindu dengan Scukz yang aku wujudkan dari tingkatan 5 lagi. Tapi itu dulu, sekarang? harta yang aku ada cuma justkhai ini. Blog picisan ini. CGYhost dengan selamba mak bapak depa telah suspend Scukz tanpa sebab. Bila orang masuk Scukz je, akan keluar page suspend sebab tak bayar. Orang akan anggap aku tak bayar hosting tu. Padahal server depa yang down (tak bayar mungkin) dan menghilangkan semua-semua data yang aku buat kali kedua’nya. Kalau dunia ini adil, mungkin aku boleh saman mereka dengan ketahian ini. Ini semua tahi. Janji-janji selama ini hanya tinggal janji. Aku masih simpan janji-janji mereka mengenai sponsorship Scukz.Com. Itulah syarikat Melayu. Kita nak tolong dia, kita kena prek balik!
Sekarang ni hidup ni aku rasa tak berapa best. Aku jarang sekali online. Jarang sekali untuk buka YM lagi. Jarang sekali membuka laptop melainkan assignment. Segala update dan kegembiraan aku di blog ini hipokrit semata. Aku menangis dalam hati. Kerana satu daripada 5 perkara yang membuatkan hidup aku bahagia telah lenyap begitu sahaja. Tanpa sebarang notis atau email dari pihak CGYhost. Begitu tahi bukan? Salah aku juga, tak mahu dengar kata orang lain. Orang cakap CGYhost sucks, aku cakap CGYhost best. Kerana aku ingin memberi peluang kepada mereka. Tapi bila aku dah ditahi’kan?
Jika lepas ini CGYhost itu masih wujud, nasihat aku, jauhi tahi seperti itu. Sekarang nak hantuk’kan kepala kat dinding pun tak guna, sebab mereka dah hilangkan data dengan sekelip mata tanpa sebarang notis. Begitu juga dengan nama domain Scukz.Com. Sungguh tahi bukan? Noktah!!
Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini: – Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
– Entri yang akan Khai tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Khai tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.
Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!
Download Video dari Youtube (right click & save link as – open with GOM)
Kalau korang rasa video kat youtube tu tak berapa clear or kecik, silakan download file sebenar video tu yang hanya bersaiz 4MB sahaja. Download VIDEO Cinta Tiga Segi – orang sudey download taw!
Alkisahnya, Khai baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab room mate Khai, Rizal yang beria-ia sangat nak lagu ni. Dia cakap kat Khai lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Khai buat, begini ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman (more…)