Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? – Part 1

Time-time cuti semester macam ni, bila balik kampung tu, mesti lalu depan sekolah. So nak taknak, macam-macam ler kenangan best ngan tak best yang masuk dalam kepala ni. Masa kat Universiti, lecturer tak macam cikgu. Student pulak semua boleh dikatakan satu taraf tak macam kat sekolah dulu ada pengawas, ketua kelas dan macam-macam lagi la. Eh tapi kat campus kira Khai ketua kelas cuma takde la dipanggil ketua kelas. Dah macam budak sekolah plak bunyiknye. Ianya dipanggil? Class Rep. Hehe. Ada la lagi student yang jadi Embassador la ape la.
Ok sambung pasal teringat zaman sekolah tadi, entri kali ni Khai nak senaraikan beberapa perkara zaman sekolah yang bila dikenang balik masa zaman Universiti ni, rasa macam nak pergi bakar je sekolah tu.Tapi harap maklum, ini semua atas pengalaman Khai sendiri dan kejadian di sekolah Khai.
1. Salin Semula
– Khai betul-betul tak faham, kenapa dulu cikgu mesti suruh salin semula soalan dalam buku latihan dulu then jawab soalan kat bawah dia. Pernah dulu Khai taip semula soalan tu then tampal dalam buku, sekali kena piat telinga juga. Nasib Khai taip, kalau fotostat la agaknya, lagi parah. Dia cakap kenapa pemalas sangat?!! Pelik bukan? Bukankah itu memudahkan murid. Mana yang penting, soalan atau jawapan wahai guru? Lagi haru ada pelajar yang salin soalan, then baca soalan dari buku teks juga. Alasan sebab tak faham dengan apa yang dia salin. Ape taknye, tulisan macam cakar mak ayam. Hehe..
2. Datang Lambat
– Masa form 5, Khai adalah seorang pengawas dan kebisaannye, Khai bangun tidur jam 6:30 pagi. Lepas siap-siap semua, pergi sekolah dalam jam 7:15 pagi. Time tu, mana-mana sekolah pun, paling lewat boleh sampai pagar jam 7:30 pagi. Dek kerana guru HEM yang poyo, waktu paling lewat sampai pagar adalah jam 7:00 pagi. Wtf? Tak kiralah pengawas atau murid biasa, kalau dah lebih pukul 7 pagi tu, nasiblah. Kena rotan dengan cikgu lelaki, boleh tahan lagi just sekali kat punggung. Dapat kat guru HEM perempuan, hurm nahaslah puting. Dia main cubit kat puting daaa.. Gila seks mungkin.
3. Lepas Tangan

– Bagi mengelakkan pelajar-pelajar sampai lewat ke sekolah, pihak sekolah menyarankan pelajar ke sekolah dengan motosikal. Khai pun pergi la sekolah dengan motor lama Khai dulu. Suzuki RGV biru je beb masa tu. Tu pun dah kira motor paling “kaya” kot masa tu dan menjadi motor idaman para wanita yang gemar menumpang. Hehehe. Memang hebat kan cadangan pihak sekolah tu sampaikan diorang siap sediakan tempat parking untuk motor kat depan sekolah. Tapi yang bangangnya, kadang-kadang ada JPJ datang buat sportcheck motor sambil cari tuan motor tu mintak lesen. Yang kejamnya, bila jadi macam tu, pihak sekolah kelu seribu bahasa. Tak nak masuk campur langsung. See?
4. Ragam Kelas

– Masa Khai form 5 dulu, lantai kelas Khai bukan lantai biasa tapi ada mozek. Masuk kelas siapa pakai kasut, jawapannya kalau kepala tak kena luku tiga kali dek cikgu Rahman (kurang ajar betul main kepala), mesti kena duduk luar kelas sampai balik. Masalahnya, bila dah bukak kasut, ramai plak student yang pakai stokin duk main ski atas mozek tu. Licin la katakan. Hasilnya, stokin putih boleh bertukar jadi hitam dan bila pakai kasut, hah lihatlah hasilnya di bahagian dalam kasut tu. Eeee.. geli..
5. Jerat
Kat belakang kelas Khai juga terdapat papan karem (mainan jentik2 buah masuk lubang tu la) dan juga papan main dam yang siap ada tutup oren lagi. Apa yang peliknya, cikgu-cikgu buat-buat tak nampak atas kewujudan permainan tu. Khai pun masa masuk kelas kali pertama dulu memang dah nampak permainan tu. Tapi baguslah, at least kitorang boleh release tension ape lagi lepas subjek Add Math yang menggunakan kepala lutut tu. Tapi lama-lama kitorang rasa ianya bagai sebuah jerat. Apa tidaknya, kalau la ada cikgu yang masuk time kitorang happy-happy main karem atau dam belakang kelas, hehe, malaslah nak cerita. Lu pikirlah la sendiri bak kata Nabil.
lagi? ada lagi.. tapi.. dalam part 2 nanti yang lebih menarik. Tunggu ek! ๐
psstt: Tolong jangan kasi komen macam cikgu banyak berjasa la, Khai tak mengenang jasa la dan apa-apa pun komen yang poyo since entri ni masih ada sambungan. Untuk komen kali ni, please sokong Khai atau nak tolong kutuk cikgu or sekolah korang pulak, dipersilakan. Ok guys!!

















