I’m lucky I’m in love with my best friend


Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Lama tak berbicara soal cinta dalam blog ni macam ceritera sebuah cinta seorang Khai yang dulu. Seronok bila baca balik sebab semua tu dah jadi kenangan. Bila kita dah jumpa sang pengganti, doesn’t mean kita perlu melupakan perkara yang lalu. Kerana perkara yang dah berlalu tu selalunya menjadikan siapa kita hari ini. Apa yang silap dalam hubungan terdahulu, dalam hubungan kini kita perbetulkan.

Semua orang berhak berbicara mengenai cinta sebab kalau dah memang Allah jadikan hambaNya dengan perasaan kecintaan yang tinggi untuk pelbagai perkara. Berbicara soal cinta kepada kekasih, semua orang akan mengalaminya. Samada cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta suka sama suka, kira sama’lah tu. Kalau dalam dunia nyata, Khai lebih gemar diam dari sibuk menjadi doktor cinta. Orang kata kalau kita pun tak pasti rumah kita dah cukup tiang ke belum, jangan la sibuk nak pasangkan tiang kat rumah orang lain. Nanti rumah orang lain dah jadi banglo, rumah kita senget sebelah sampai tak kesudah. So, cukuplah sekadar jadikan kisah orang lain sebagai pedoman hidup kita dan pasangan.

Alhamdulillah. Selepas sekian lama menderita dengan cinta terdahulu dan melalui 1001 halangan, tangisan dan kekecewaan dek kerana seorang wanita yang tidak pernah menghargai, ditakdirkan Tuhan untuk Khai menemui seorang insan yang macam tak pernah Khai jumpa sebelum ini. Terlalu istimewa di mata sampai bila pandang perempuan lain, nampak perempuan lain tu macam tiang elektrik je. Seyes! (more…)

Ditulis pada 4 October '10 oleh | 8,728 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Love, Special | Promo di Twitter! | 71 Respon

Tips untuk yang susah nak lelap

Korang nak tahu tak? Selama ni Khai ingat Khai ada masalah susah nak tidur. Maksud’nya kalau selama ni Khai cakap “nak tidur lah“, dan terus baring atas katil, confirm memang takkan dapat lelap! Tension gile kot?!! Orang kata, nak lelap kiralah kambing. Then Khai pun try. Kiralah kambing ke, cipanzi ke, tenuk ke, memang takkan dapat lelap mata jugak. Memang sakit hati bila otak dan badan betul-betul perlukan rehat.

Khai memang tak perlukan tempoh tidur yang lama mungkin kerana Khai tak perlukan tidur yang lama untuk dapatkan kembali tenaga tapi tetap perlu tidur untuk merehatkan otak. Sebab tu dalam sehari, dapat tidur 3 ke 4 jam dah sangat-sangat memadai. Kerja Khai duduk atas kerusi mengadap laptop tiap-tiap hari sampai kadang-kadang lupa nak nengok matahari. So memang badan tak penat la kot sebab tenaga tak keluar tapi otak memang sakit lah kan.

Then masalah susah nak lelap ni dapat Khai atasi dengan melakukan something sambil berbaring. Dua perkara yang Khai buat bila dah baring atas katil adalah dengan surf internet dengan Merlot Jr dan satu lagi main game bola (PES 2010) di PS3.

Tapi penyelesaian ni still lambat sebab Khai terpaksa tunggu sampai “tertido”. Kadang-kadang sampai main game/surf sampai 3 jam atas katil baru terlelap. Sedar-sedar lappy atau joystick dah ada bawah badan. Nasib tak jatuh dari katil je. (more…)

Ditulis pada 1 October '10 oleh | 6,855 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 49 Respon

Sejak bila main kutu haram?

main-kutu

Tak boleh nak kelip mata nengok tajuk utama akhbar Kosmo hari ni (29 September 2010). Khai baca online je la ye (I ni saving orang’nye. Haha). Dah 22 tahun Khai bernafas atas muka bumi ni, baru hari ni tahu yang main kutu ni haram. Dulu masa kecik selalu je nengok mak Khai main kutu dengan jiran. Dan semalam baru bincang-bincang dengan girlfriend nak ajak member-member main kutu. Dan hari ini….

KUALA LUMPUR – Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. (more…)

Ditulis pada 29 September '10 oleh | 6,336 views telah diterima.
Dalam kategori Daily craps | Promo di Twitter! | 65 Respon

Dua website permainan online buatan Malaysia

Banyak sebenarnya website-website hebat kelahiran anak tempatan tapi mereka tidak memberitahu ianya milik siapa. Mungkin Khai punya, mungkin Amanz punya, mungkin Mrkay punya atau mungkin kawan-kawan korang sendiri yang pasti ianya dijadikan projek underground. Ianya dijadikan 100% look-alike seakan-akan website milik warga amerika dan yahudi sehinggakan mereka sendiri terjerat dengan kehebatan anak-anak tempatan kita (tidak sangka).

Sebagai contoh paling dekat, pernah korang masuk mobile88.com tak? Ini website reference untuk pelbagai jenis handphone terbaru mahupun lama. Nak refer harga terkini pun semua boleh kat situ dan website tu memang menjadi reference Khai sejak dulu lagi. Dan awal tahun hari tu, baru Khai tahu ianya milik syarikat tempatan di Malaysia yang berpangkalan di Cheras. Siapa jangka bukan?

So untuk entri kali ni, nak memperkenalkan 2 website permainan flash online yang dicipta oleh anak tempatan. Since game-game kat Facebook pun makin lama makin bosan, mungkin korang boleh abadikan sedikit masa untuk melihat sendiri kehebatan anak tempatan kita. Paling hebat ianya dari anak melayu sendiri. Siapakah dia? Rahsia!

1. Defence Tower Games

URL: http://www.defencetowergames.com | FB Fan Page
Mempunyai ratusan game flash pilihan untuk korang main secara online. Memang pelbagai dan cubalah mana yang korang minat. Ianya dibina ala-ala sebuah blog di mana di bawah game, korang boleh komen mengenai game tersebut atau berkongsi dengan kawan-kawan sebarang hidden thing di dalam game tersebut. Ada beberapa game juga yang boleh korang save. Kemudian boleh load balik untuk sambung. (more…)

Ditulis pada 28 September '10 oleh | 6,663 views telah diterima.
Dalam kategori Gaming, Review, Web Promotion | Promo di Twitter! | 23 Respon

Para Pemenang Hadiah Mug dan Car Sign Oh! Media Network

Sebulan dah pun berlalu dan seperti yang Khai pernah janjikan pada artikel lalu bertajuk “Heart Beat dan hadiah penuh sentimental value“, pengirim komen yang pertama, ke-10 dan sampailah ke genap 70, akan menerima mug menarik Oh! Media yang memaparkan snapshot website-website di bawah terbitan Oh! Media Network sendiri.

Tadi tengah pisat-pisat, Skynet dah ada kat depan rumah sebab nak hantar hadiah-hadiah ni. Thanks Heart Beat sebab servis terbaik korang dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan pada pembeli. (more…)

Ditulis pada 27 September '10 oleh | 1,852 views telah diterima.
Dalam kategori Brands, Contest | Promo di Twitter! | 32 Respon

Bila semua web browser berbeza haluan

bwoser-fight

Satu benda yang Khai selalu harapkan datang dari browser-browser internet ni, supaya diorang semua sama je dari segi penampilan website. So para designer dan developer, tak perlu susah payah nak test kerja diorang kat macam-macam web browser yang nyata’nya membuang masa mereka dan merendahkan kadar produktiviti mereka. Kiranya, kalau developer kerjakan satu website ni kat Firefox, so dekat semua browser pun hasilnya sama macam yang dilihat kat Firefox. Kenapa diorang tak boleh nak buat macam tu ye? I mean, pakai la sistem yang paling ok antara banyak-banyak browser yang ada. Siapa paling cepat load code tu, lain cerita.

So bilalah masalah ni akan selesai. Mungkin sampai bila bila kot? Diorang je yang tahu. Dan kempen untuk “KILL-IE” mungkin takkan selesai dengan kedatangan Microsoft Internet Explorer 9 yang mempunyai kelebihan dia sendiri.


* Penampilan Justkhai melalui IE9

Selama ni Khai guna IE bila ada komputer yang baru format je then Khai terlupa bawak installer dalam Pendrive. So gunakan IE untuk download installer Firefox. Lepas install Firefox, memang selamat jalan untuk IE. Maka bersarang dan berlumutlah IE tidak digunakan. Booyah! (more…)

Ditulis pada 23 September '10 oleh | 5,331 views telah diterima.
Dalam kategori Software, Windows | Promo di Twitter! | 43 Respon

Sampai juga akhirnya iPhone 4 kat Malaysia

Petang tadi dapat invitation dari Maxis melalui email dan sms mengenai jemputan untuk datang ke majlis pelancaran iPhone 4 hujung minggu ni. Finally sampai juga iPhone 4 ke Malaysia. Since Khai bukan peminat Apple Brand dan tak berapa nak follow semangat fanboyism ni, tapi tetap ada rasa minat nak tahu mengenai perkembangan semasa gadget dan teknologi.


So 23 hingga 25 September ni, akan berlansunglah pelancaran iPhone 4 oleh Maxis di The Gardens, Mid Valley. Mungkin Khai akan pergi kot pada 25 haribulan belah petang. Pergi dengan beberapa blogger yang lain, insyaAllah. (more…)

Ditulis pada 22 September '10 oleh | 4,847 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Mobile | Promo di Twitter! | 47 Respon

Innity punca masalah malware oleh Google

Baru lepas suka-suka balik rumah lepas nengok ManUtd kalahkan Liverpool, bukak Twitter ramai yang kasitahu pasal web-web Oh! Media termasuk Justkhai ni di’cop sebagai “attack site” oleh Google. Ianya menyebabkan ramai yang dapat warning macam dalam gambar kat bawah ni oleh Google. Rupanya ramai lagi yang dapat masalah yang sama.

So memang comfirm masalah ni datang dari Innity. Boleh check detail kat sini. Khai dah contact Innity suruh clean masalah ni as soon as possible. Innity, Duh!! Come on!! Masalah macam ni dulu hampir sama dengan masalah yang buat Advertlets tidak lagi diterima ramai. Taknak nasib yang sama menimpa korang pulak. (more…)

Ditulis pada 20 September '10 oleh | 2,212 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, google, Innity | Promo di Twitter! | 34 Respon

(Tutorial) Cara Mudah Download MP3 melalui Google

google-mp3

Kalau bulan Ogos tahun 2009 lepas (kejap je dah setahun lebih), Khai ada tulis pasal (Tutorial) Cari MP3 Sekelip Mata dengan Google. So dari entri tu, wujudnya tutorial ringkas ni mengenai cara terbaik mencari lagu menggunakan Google sahaja.

Tolong la jangan guna P2P software macam Imesh, Limewire or whatsoever jika korang bukan advance user sebab risiko untuk PC korang dijangkiti virus dari software P2P tu amatlah tinggi. Memanglah senang nak cari apa sahaja dengan peer to peer software ni, tapi karang sebulan sekali duk format Windows balik. Tak ke buang masa korang tu? Hehehe. Untuk advance user, korang punya pasal la sebab korang memang kebal virus.

Ok, untuk tutorial kali ni, sangat ringkas ok. Khai dah try search & download beratus-ratus lagu, video, document dan apa sahaja. Buat masa ni, masih belum ada yang mengecewakan. (more…)

Ditulis pada 19 September '10 oleh | 8,529 views telah diterima.
Dalam kategori google, Tutorial | Promo di Twitter! | 39 Respon

Ini Novel Hari Raya 2010 saya!

Warning! Ini adalah artikel kisah peribadi. Haters tidak digalakkan untuk baca. Nanti kepala korang jugak yang akan masuk air. Teehee!

justkhai-raya2010-3.jpg

Tiba-tiba rasa sangap nak update blog. Baru sampai KL untuk hidup normal kembali dengan internet yang tidaklah selaju mana, tapi cukup untuk buat tidur itu satu pembaziran masa ntuk aku. Hahaha! “AKU”? Kata-kata yang selalu digunakan dalam Oh! Khai. Kadang-kadang rasa rindu gak la nak update kisah diri balik macam dulu kat Just Khai ni. Since wujud Oh! Khai tu, sepi Just Khai ni dari sebarang kisah peribadi. Bila nak update, sentiasa nak kena fikir sebarang informasi yang ingin dikongsi. Walhal kisah peribadi yang menjadi identiti mewujudkan blog ini dulunya. Di tulis bukan nak suruh orang lain baca pun, tapi sebagai menyempurnakan kehendak suka membaca kisah dan catatan sendiri. So kali ni nak update kisah raya kat Justkhai. Ketepikan Oh! Khai dulu. Hehehe. Sorry diary.

Dua hari sebelum raya, balik kampung di Gemas, Negeri Sembilan dengan member-member. Kitorang konvoi je naik motor dari Kuala Lumpur. Dari KL nak ke kampung Khai tak jauh pun. Ada la dalam 2 jam setengah macam tu. Tapi kalau bawak superman, tak sampai 2 jam pun dah boleh sampai. Hehe.

So kat kampung banyak habiskan masa dengan family & kawan-kawan je lah. Streamyx dah potong awal tahun hari tu sebab takde siapa nak guna. Membazir itu amalam syaitan. W1max pulak takde coverage lagi dan Maxis Berukband, baiklah takde dari ada. Buat sakit hati je. Siput vavi jalan pun lagi laju. Hehe. (more…)

Ditulis pada 15 September '10 oleh | 2,816 views telah diterima.
Dalam kategori Celebration, Hidup Khai, Special | Promo di Twitter! | 36 Respon