Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Siapa minat menonton TV3? Jika kalian peminat setia TV3 seperti Khai, pasti akan setuju dengan apa yang ingin Khai tuliskan di sini. Kalau nak tahu, tv kat rumah Khai ni tak pernahnya nak bertukar channel. Kalau boleh, biarkan je TV3 24 jam tak tutup-tutup. Tapi remote control yang rosak & bagai retak menanti belah turut memainkan peranan di sini gara-gara malas bangun nak tukar channel lain. Haha. Ini merupakan kritikan yang hanya ditujukan untuk TV3 dan bukan channel lain terutama RTM yang minta maaflah sebab tak sudi nak nengok. Berkenaan TV3, aku sebagai seorang lelaki pun dah cukup malu dengan lambakkan iklan tuala wanita di channel tersebut apatah lagi wanita?. Jika kita berfikir sendiri, adakah kaum wanita di Malaysia ini begitu bodoh dan malas untuk membaca sendiri label yang tertulis di pek tuala tersebut? Perlukah iklan untuk menjelaskan fungsi setiap jenis tuala dari keluaran Kotex?

scukz_blog_pad.jpg
Sudah semestinya, pihak pengiklan terlalu kaya untuk mengiklankan produk mereka. Tidak cukup dengan iklan, ada plak drama bersiri “Kisah Kaisara’ di mana bagi aku cerita tu kosong. Langsung takde faedah untuk nengok. Just for fun ok la. Jika kau peminat setia cerita tu, Ya, mereka telah berjaya memperdayakan kau dengan lambakkan wanita-wanita cantik yang tak abis-abis mempromosikan tuala istimewa mereka. Jika kau seorang yang peka, adakah logik untuk remaja simpan pad dalam locker? Dah tu berbungkus-bungkus dan macam-macam jenis plak tu. Locker ke mini market tu? Kaisara kasi 1 pack Kotex yang masih belum di buka untuk kegunaan kawan dia yang kemudian terus ke tandas. Bila dah siap pakai, logik ke pek yang dia pinjam tadi masih belum dibuka? Still in perfect shape and condition? Alahai, sape director dia ni? Hah, lagi satu ada ke awekawek kat luar sana tu yang muka tak tahu malu nak pinjam pad kat kawan? Alahai.. cukuplah pasal iklan tuala wanita, 3R siap buat episod khas lagi baru baru ni. Open discussion lagi. Diharapkan pihak TV3 lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia terutama kaum hawa. Tapi bukan Kotex je, ade StayFree la, Whisper la dan macam-macam lagi yang membuatkan kaum wanita di luar sana rambang mata tapi lelaki, sakit mata. Hahaha. Itulah zaman makin berkembang. Orang semua cakap, Open Minded la sket beb!! aku pun tak kisah sebenarnya, tapi korang yang perempuan tu, tak tahu la ada rasa malu ke tidak.

Lagi pasal iklan mempromosi Singapore. Kata tahun melawat Malaysia tapi mana iklannye oi? Apesal iklan visit singapore yang dah la panjang, pastu buat aku sakit hati yang asib keluar? Apesal sakit hati? Kau pun faham-faham je la ape lagi kalau bukan pasal pertikaian Pulau Batu Putih dan dua lagi pulau tu. Naik menyampah aku dengar. Senang-senang dua-dua tak payah amik. Biar je hantu duduk. Kalau ikutkan hati aku ni, kasi je la singapore yang sekangkang kera tu ambik pulau-pulau yang 100% confirm tenggelam kalau Tsunami kecil melanda. Tsunami melanda ye bukan sos tumpah melanda. Haha.. Tapi bukan kasi gitu-gitu je. Syaratnya Johor tak payah kasi Singapore air lagi. Kalau setuju, Deal!! Tapi apakan daya, hak tetap hak dan aku doakan Malaysia akan dapat semua Pulau tersebut dengan segala bukti yang Malaysia ada. Oi Singapore, nengok jarak pulau-pulau tu dengan negara kau pun, kau dah kalah la.

khai_blog_tv3.jpg
Menonton Buletin Utama setiap hari juga hampir jelak dengan isu-isu tak sudah. Isu penyapu? Aku simpulkan di sini, si dia (kau pun tahu sape) tak perlu nak ubah tanggapan masyarakat Melayu kita sejak beratus-ratus tahun lamanya tentang apa itu penyapu. Rasanya bukan kaum Melayu je yang ada tanggapan buruk dengan penyapu, tapi semua bangsa kot. Seperti yang kalian tahu, penyapu digunakan untuk sapu longkang, sapu najis, kejar korang keliling rumah kalau degil dan pendek kata, benda tu memang kotor la dan secara tak sengaja semua dah tahu penyapu tu bad luck. Perlu ke nak adakan ‘Anugerah Penyapu’ yang terang-terangan menghina pelbagai pihak. Tolong la jangan buat sesuatu yang kononnya baru tapi tak boleh diterima akal. Banyak lagi benda lain boleh dijadikan Anugerah walau nak memerli pun.

Then pasal masalah orang asing yang buat hal ni. Ape kejadahnye semua ini (cey, Khai aka Wan Kamarudin la beb). Apesal melambak diorang kat Malaysia ni? Aku rasa, kita semua dah tak payah susah-susah nak melancong pergi oversea lagi sebab kat sini pun dah rasa macam kat oversea. Diorang ni pun kadang-kadang kesian gak sebab dek kerana spyware seekor, abis rosak data se’hardisk’. Haha, peribahasa baru hari ini! Aku yakin yang cikgu-cikgu diorang masa sekolah dulu bukanlah terlalu pemalas untuk letak grade kelakuan kat sijik peperiksaan. Ape kata before masuk Malaysia, kita check dulu grade kelakuan diorang. Kalau grade “D” yang jahat nak mampus masa sekolah dulu, sepak je masuk laut biar berenang gi balik negara diorang. Then untuk indon-indon tu, suruh baca doa Qunut ke, Tahyat akhir ke, at least nampak yang mereka tu solat dan beriman yang tahu baik dan buruk. Idea aku ni nampak cam sengal je, tapi cuba praktikkan. Tapi kalau ikutkan hati aku dan mungkin juga kalian, suruh je diorang tu semua balik negara. Biar Malaysia ni ZERO pendatang haram mahupun halal. Lagi bagus kan idea tu? tapi lepas tu jom la kita warga Malaysia beramai-ramai panjat tinggi-tinggi buat bangunan ngan tar jalan tengah-tengah panas.. Nak tak? Kalau nak, ok je… hehe..

scukz_blog_himpun_haram.jpg

Pasal perhimpunan haram plak, Huh, sakit betul hati dengan “si bodoh” yang rupanya masih ramai kat Malaysia ni. Menyusahkan orang. Tu la dia bila dah taksub dengan politik. Benda yang takde pun cuba di ada-adakan. Untuk SPR apa susah, ikut aje la ape yang diorang nak. Kasi puas hati. Pasal kejadian bunuh, rompak, rogol, rasuah dan segala macam lagi yang ada dalam Buletin Utama tu, sebenarnya ada satu je kesimpulan dia iaitu undang-undang ciptaan manusia takkan mampu menghentikan jenayah. Percayalah!!

Paling aku pelik dalam berita TV3 ni, apesal Karam Singh Walia yang ternyata bukan melayu tu je yang pandai berpantun hebat-hebat? Agaknya wartawan melayu yang berlambak kat TV3 tu bila cuba berpantun, terkehel lidah tu kot. Hehe, kesian…..

* Artikel di atas adalah pendapat En. Khai sahaja dan tidak bertujuan menentang kerajaan mahupun mengkritik TV3. Apapun, memang TV3 la yang terbaik dari semua channel yang ada especially RTM. Anti betul!!

Ditulis pada 2 December '07 oleh | 638 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 33 Respon