Fast Update #1
Ini adalah ruangan Fast Update pertama yang aku buat. Hasil ilham oleh saudara Mohd Ismail. Mungkin cukup untuk aku rangkumkan sesuatu.
Server Problem

Aku tak tahu apa yang terjadi. 2 hari lepas, semua website yang berada di dalam server CGYhost terganggu dek kerana core swith yang rosak. Mungkin ada antara kalian pasti tidak tahu apa itu Core Swith dan apa sumbangannya pada server. Menurut CEO CGYhost, Core Swith yang beharga 9 ribu ringgit ini begitu penting. Lihat sahaja fungsinya,
Server >> Switch (in rack) >> Core switch >> Router
Masalah ini berakhir pada keesokkan harinya. Alhamdulillah. Tetapi apa yang merunsingkan aku sekarang, aku menerima Email dari CGYhost support yang mengatakan Scukz.Com akan disuspend dari jam 12:30 hingga 1:30 petang oleh kerana penggunaan CPU usage yang sangat tinggi pada waktu itu. Aku tak tahu samaada ianya akan berlaku tiap-tiap hari atau pada masa tertentu sahaja kerana ia tidak dinyatakan. Seperti kalian semua tahu, Scukz.com kini disponsor sepenuhnya oleh CGYhost dan aku sangat berpuas hati dengan tajaan ini. Jadi semangnya aku perlu akur dengan kamahuan mereka bagi tidak menjejaskan pihak mereka sendiri dan mengekalkan tajaan yang bukan calang-calang dapat diterima ini. Tajaan ini membuatkan aku tidak perlu lagi bersusah-payah menyeru user agar memberi sedikit donation untuk membuat pembayaran server.
Tetapi apa yang merimaskan aku sejak dahulu lagi, menggenai CPU Usage yang tinggi ini. Dari mana datangnya? Dulu kerana sistem portal yang berat diikuti penggunaan beberapa module dan yang terkini, module Gallery terpaksa aku mansuhkan dari portal itu. Ingat masalah CPU usage yang tinggi ini akan selesai, tapi rupanya belum. Aku masih menunggu jawapan dari pihak CGYhost support mengenai masalah ini. Kepada semua penyokong dan pengguna Scukz.Com, jangan risau kerana aku akan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin dan apa yang paling merisaukan aku adalah kerana aku menggunakan Scukz.Com sebagai tapak utama semua assignment website yang aku buat.
Styloz Studio

Aku melihat gambar di atas di DeviantArt. Apa yang uniknya pada gambar itu, blog ini turut barada antara salah satu website yang selalu dikunjungi lelaki yang berada di atas katil itu. Terima kasih arizaNur. Kalian boleh melihat hasil kretiviti anak muda ini dengan ke website utamanya, Styloz Studio.
Hotlink Super Savers

Hotlink Super Savers pula telah tamat. Kata Hotlink, sehingga hujung bulan September tapi apa sudah jadi. Cuba kalian beli lagi dengan mendail *100# kemudian reply dengan 1.
” This Hotlink Super Savers has been sold out! Watch out for new exciting Super Savers next month! “
Sold Out?!! Ini kenyataan yang terpaksa kita terima. Apapun, terima kasih kepada Hotlink kerana berani membuat tindakkan drastik seperti Super Savers ini. Ianya sangat berbaloi kepada semua penggunanya dan diharap, akan ada lagi pada bulan hadapan. Cuma satu harapan aku, kalau nak buat sesuatu yang macam ni, pastikan tiada lagi masalah line busy. Aku cukup sakit hati bila aku yang tidak membuat Super Savers ingin menghubungi seseorang tetapi tidak dapat dek kerana line yang sangat busy bahana mereka yang tak reti-reti nak tidur melayan Super Savers sampai habis waktu sahur. Tahniah kepada mereka yang berjaya lakukan hari-hari Super Savers ni. Kan dulu aku pernah cakap, PM aku di YM tanyakan bagaimana caranya untuk apply dengan cara mudah. Agak ramai yang bertanya dan aku dengan senang hati berkongsi. Buat sesiapa yang susah untuk berjaya apply Super Savers tu, nanti bila ada lagi, jangan segan silu bertanya aku ya!
Counter Strike: Source

Masih ingat dengan Counter Strike? Ini adalah game pertama yang aku main masa baru-baru jumpa komputer dulu. Ironinya, game ini sehingga kini masih diminati ramai. Lihat sahaja di Cyber Cafe, dipenuhi anak-anak melayu kita dok perabih duit mak bapak bermain Counter-Strike! Hah! mati kau!, itu satu ungakapan yang dah biasa sangat kita dengar jika berkunjung ke Cyber Cafe. Semalam, Fezree memberi aku sebuah website yang menghidangkan sesuatu yang enak. Kini aku tidak lagi bermain CS:Source dalam suasana biasa dan bosan, berilah kelainan kepada CS. Seperti aku, aku tukarkan semua jenis bom kepada botol minuman seperti Coca Cola, Pepsi dan F&N. Ha, itu lebih unik. Radio juga turut aku tukar. Bak kata Yazrie, menggunakan radio versi SWAT memang boleh manambahkan feel. Bukan itu sahaja yang mampu kita lakukan, banyak lagi. Mungkin kau mahu melihat polis memakan kostum Spiderman untuk berperang. Fezree juga mengajak aku menyertai projek beliau dan aku dengan senang hati ingin menjadi sebahagian projek itu. Ianya projek mengenai Counter-Strike Online Nonsteam version. InsyaAllah, kalau jadi akan aku mulakan apabila memasuki Semester 5 nanti. Jadi pergilah ke FPSBanana.
Limkokwing London
Tahniah kepada rakan-rakan aku yang dapat ke London. Sebenarnya sesiapa pun boleh ke London dengan bayaran hanya RM300 kerana Limkokwing University berbaik hati ingin membawa pelajarnya ke majlis perasmian Limkokwing University London oleh Perdana Menteri kita. Aku tak dapat pergi dek kerana assignment yang sangatlah tidak mengizinkan aku untuk bersantai. Siapa yang pergi tu, kat sana jangan nak buat kecoh plak ye!! hahaha.. aku nak ole-ole dari London!

















