Perlukah Berbadan Sasa Untuk Perempuan?

Entry Khinzir, Sucikah Ia? betul betul meletup. Sabar, jangan terlalu emosi. Sama-sama kita memperbetulkan kesilapan antara satu sama lain secara profesional. Maklumlah, perkara yang melibatkan soal agama terlalu sensitif. Aku cuba berkata apa yang aku tahu dan aku menerima sebarang pembetulan dari yang lebih arif tapi biar kena dengan caranya. Ah, aku tidak dapat ke Rumpun 07 petang nanti atas sebab-sebab tertentu. Sebentar lagi jam 7:30 pagi aku dah perlu ke Putrajaya menghadiri Karnival Bunga dan Taman bersama Lecturer. Pukul 6 pagi dah kena bangun sedangkan waktu tidur aku pukul 6 pagi juga. Oh tidak. Aku tak tahu apa-apa tiba-tiba Nieza mengajak aku petang tadi. Kalau tak ikut nanti, kata kita tak sayang dia pula kan? Aku sebagai Boyfriend yang mithali, turutkan saja! Hahaahacumm!!

Masih ramai yang membuat permohonan mahukan blog Free di Scukz Free Blog. Buat masa sekarang, agak susah untuk aku setting’kan untuk mereka kerana talian internet yang macam jadah. Jadi aku akan umumkan di blog ini bila aku akan buka kembali permohonan tersebut. Tetapi jika kau tahu bagaimana mahu install WordPress sendiri (kira kau dah ada pengalaman tentang ftp semua), baru lah kau boleh request blog sepertimana yang dilakukan oleh Hafreze yang meminta blog berdomain’kan http://hafreze.scukz.com/. Hubungi sahaja aku di YM. ID’nya, khai_luct. Jika mahu berkenalan juga boleh. Hihi

bina-badan-6.jpg

Entri kali ini, aku ingin tunjukkan bagaimana manusia yang terlalu obses untuk menjadi seorang yang gagah. Aku pernah kenal dengan seorang lelaki yang berbadan sasa. Kelihatan sungguh gagah dan bergaya. Kau juga pasti mengenalinya jika kau ada menonton iklan Shieldtox di kaca televisyen. Lelaki tersebut pernah menjadi tunang akak aku suatu ketika dahulu. Semasa itu aku masih di sekolah rendah. Pernah dia datang ke rumah aku tetapi apa yang menyusahkan, dia tak boleh makan semua makanan istimewa yang ibu aku sediakan semata-mata untuk menyambut kedatangan dia. Dia hanya makan daging yang direbus atau telur separuh masak bagi merealisasikan set pemakanan harian’nya. Ah, aku takut melihat orang seperti itu mujurlah kini akak aku sudah berkhawin dengan lelaki lain dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata. Fuh!

Ramai lelaki yang mengimpikan badan yang sasa dan tampak gagah. Ya, aku pun inginkan badan sebegitu. Tidak’lah terlalu kurus melidi ataupun tampah lemah tidak bermaya. Tetapi bagi aku cukuplah seperti badan hero Hindustan, Salman Khan mahupun Hero melayu kita, Fahrin Ahmad. Memiliki badan seperti mereka merupakan satu daya tarikan kepada kaum wanita. Kepada kaum wanita yang membaca, pasti kau mengangguk-anggukkan kepala kerana kau tahu lelaki akan lebih kelihatan macho berbadan begitu. Aku ada seorang kawan yang terlalu obses (more…)

Ditulis pada 25 August '07 oleh | 958 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 24 Respon